Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H

Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H7 Julai 2015 - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan aktiviti Sumbangan ikhlas warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk Golongan Fakir Miskin Bersempena Bulan Ramadhan 2015 M / 1436 H. Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada aktiviti pada Ramadhan tahun sebelum ini dan menjadi tradisi kepada warga MSNM untuk membantu golongan miskin yang amat memerlukan.

7 Julai 2015 - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan aktiviti Sumbangan ikhlas warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk Golongan Fakir Miskin Bersempena Bulan Ramadhan 2015 M/ 1436 H. Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada aktiviti pada Ramadhan tahun sebelum ini dan menjadi tradisi kepada warga MSNM untuk membantu golongan miskin yang amat memerlukan.

Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
Gambar : Aktiviti Sumbangan Sempena Ramadhan 2015
 
Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
Gambar : Aktiviti Sumbangan Sempena Ramadhan 2015 
 
Segalanya bermula pada 26 Jun 2015 (Jumaat) kutipan oleh warga MSNM telah dimulakan dengan melancarkan tabung khas untuk mengutip sumbangan seusai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil selesai. Bentuk sumbangan yang disyorkan adalah dalam bentuk kewangan, makanan asas contohnya beras, tepung, gula dan sebagainya serta pakaian terpakai. Segala bentuk bantuan dikumpulkan melalui En. Muhammad Afiq bin Ab Samat, Biro Agama dan Kerohanian, KSK dan Pn. Norazita Binti Mohd Ali, Biro Kebajikan, KSK. Manakala di Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah bantuan dikumpulkan melalui En. Mohd Hafiidz Bin Azman dan Mahkamah Rendah Syariah Jasin dikumpulkan melalui Pn. Ramlah Binti Kassim.Tempoh kutipan sumbangan berlanjutan sehingga 1 Julai 2015 (Rabu) dimana jumlah kutipan dari segi kewangan adalah amat memberangsangkan iaitu sebanyak RM 2600. Manakala sumbangan dari segi makanan asas juga datang melimpah ruah. Malahan sumbangan juga ada diterima daripada orang awam dan para peguam syarie yang berminat untuk menyumbang. Hasil daripada kutipan dan kiraan daripada ahlijawatankuasa kelab dan atas pimpinan TYDP Kelab, Tn Amiruddin bin Latip maka diputuskan bahawa segala bantuan yang terkumpul dapat disalurkan kepada 40 keluarga yang terpilih di seluruh negeri Melaka pada tahun ini.

Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
Gambar : AJK KSK Sibuk Membuat Persediaan Sebelum Aktiviti Pengagihan

Tarikh 7 Julai 2015 telah dipilih untuk aktiviti mengagihkan sumbangan tersebut. Warga MSNM yang terlibat dengan aktiviti pengagihan sumbangan telah dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan iaitu Kumpulan Dodol di kawasan Serkam dan sekitarnya, Kumpulan Ketupat melibatkan kawasan Semabok dan sekitarnya, Kumpulan Wajik melibatkan kawasan Sungai Udang dan Alor Gajah dan manakala Kumpulan Lemang melibatkan kawasan Klebang, Pulau Gadong dan sekitarnya. Kumpulan Dodol diketuai oleh Pn. Zubaidah binti Yacop dan mengiringi YAA Tuan Mohd Radzi Bin Abd Latif di dalam kumpulan tersebut untuk menyampaikan agihan. Manakala kumpulan Ketupat diketuai oleh En. Mohd Nazri Bin Mohamad@Yusop dan mengiringi Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM bagi menyampaikan sumbangan. Kumpulan Wajik pula diketuai oleh TYDP Kelab, Tn. Amiruddin bin Latip manakala Kumpulan Lemang diketuai oleh En. Muhammad Afiq bin Ab Samat bagi mengiringi Tn. Mohd Tarmizi bin Jaafar untuk proses pengagihan.

Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
 Gambar : YAA Tn Mohd Radzi turut Terlibat Dalam Aktiviti Pengagihan
 
Gambar : Antara Penerima-Penerima Sumbangan Daripada MSNM
 
Tepat pada pukul 8.30 am taklimat berkenaan pergerakan dan proses pengagihan dimulakan dengan ucapan aluan daripada TYDP Kelab Kebajikan Dan Sukan MSNM, Tn. Amiruddin bin Latip kemudian disusuli oleh amanat yang disampaikan oleh YAA Tuan Mohd Radzi Bin Abd Latif, Ketua Hakim Syarie MSNM. Antara amanat yang disampaikan oleh YAA KHS ialah mengharapkan usaha dan sumbangan warga MSNM serta tenaga yang digembleng untuk jentera ini diberkati dan diredhai oleh Allah swt selain daripada berpesan agar setiap kakitangan menjaga keselamatan diri ketika menjalankan pengagihan sumbangan. Seterusnya taklimat berkenaan pergerakan, pecahan kumpulan dan jenis bantuan telah disampaikan oleh Biro Agama dan Kerohanian, KSK MSNM, En. Muhammad Afiq Bin Ab Samat kepada semua warga yang terlibat. Kemudian bacaan doa untuk keberkatan dan keselamatan perjalanan aktiviti ini telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Karim Bin Ibrahim. Sejurus bacaan doa diaminkan, beg-beg untuk sumbangan terus dimasukkan ke dalam kenderaan jabatan dan bergerak mengikut kumpulan dan pergerakan yang telah ditetapkan.

Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
Gambar : Antara Penerima-Penerima Sumbangan Daripada MSNM 
 
Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
Gambar : Antara Penerima-Penerima Sumbangan Daripada MSNM 
 
Sumbangan Ikhlas Warga MSNM Untuk Golongan Fakir Sempena Bulan Ramadhan 2015/1436H
Gambar : Antara Penerima-Penerima Sumbangan Daripada MSNM 
 
Alhamdulillah, sepanjang proses pengagihan dijalankan adalah amat lancar dan seperti yang dirancang 40 keluarga dapat disalurkan sumbangan. Rata-rata penerima sumbangan adalah terdiri daripada golongan warga emas dan juga orang kurang yang upaya. Malahan, Kumpulan Wajik yang diketuai oleh Tn. Amiruddin bin Latip juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak 60 naskhah Al-Quran kepada Jabatan Penjara yang terletak di Sungai Udang bagi kegunaan tahanan penjara. Proses pengagihan berakhir pada pukul 2.30 pm. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang telah memberi komitmen yang amat tinggi dan mudah-mudahan tradisi untuk memberi sumbangan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

 Disediakan Oleh: Encik Muhammad Afiq bin Ab Samat