Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Hari Keluarga MSNM Tahun 2019

21 April 2019 | 15 Syaaban 1440H (Ahad) - Hari Keluarga Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) Tahun 2019 disambut meriah dengan kehadiran pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga masing-masing. Hari Keluarga yang dianjurkan di Ismah Beach Resort, Padang Kemunting Pengkalan Balak, Melaka ini telah dihadiri seramai 150 orang. Program ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi MSNM yang diketuai oleh Tuan Amirrudin bin Abdul Latip, selaku Yang Dipertua dengan kerjasama pihak pengurusan MSNM. 

Objektif program adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan MSN, pada masa yang sama mengukuhkan hubungan kekeluargaan bersama ahli keluarga dan anak-anak di samping memupuk semangat berpasukan dan setiakawan. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh ahli jawatankuasa kelab antaranya sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, pertandingan menganyam ketupat, tarik tali dan cabutan bertuah.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Y.A.A. Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie, pada jam 1.00 tengah hari. Turut hadir memeriahkan acara adalah Ketua Pendaftar, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Rendah, Yang Dipertua Kelab serta Timbalan Yang Dipertua Kelab, Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa / Exco Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi MSNM yang telah menjayakan program dan aktiviti sepanjang Hari Keluarga pada tahun ini.

 

Hari Keluarga MSNM Tahun 2019 Hari Keluarga MSNM Tahun 2019 Hari Keluarga MSNM Tahun 2019
Hari Keluarga MSNM Tahun 2019 Hari Keluarga MSNM Tahun 2019 Hari Keluarga MSNM Tahun 2019
Hari Keluarga MSNM Tahun 2019 Hari Keluarga MSNM Tahun 2019 Hari Keluarga MSNM Tahun 2019

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman