Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

  • Home
  • Langganan RSS
  • Berita & Aktivti
  • Lawatan dan Kunjung Hormat oleh Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Wilayah Hong Kong pada 27 hingga 31 Ogos 2019

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Rasmi Konvoi Sumbangan Infaq Ramadhan Mahkamah Syariah

28 Mei 2019 | 23 Ramadhan 1440H (Selasa) – Perkarangan Bangunan Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh Melaka. Konvoi Agihan Sumbangan Fakir Miskin, Infaq Ramadhan 1440h, Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Adly Bin Zahari Ketua Menteri Melaka. Program yang melibatkan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka telah diadakan buat kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2017.

Sumbangan yang berjaya dikumpul pada tahun ini, adalah sebanyak RM15,000.00 yang akan diagihkan kepada penerima sumbangan seramai 120 keluarga fakir miskin dan fisabilillah sekitar negeri Melaka.

Konvoi diketuai oleh Yang Amat Arif Tuan Mohd Nadzri bin Hj Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka diiringi oleh warga mahkamah syariah dan peguam syarie negeri Melaka sebanyak 15 kenderaan. Agihan berupa barang keperluan asas dan wang tunai yang akan memenuhi hajat mereka yang memerlukan.

Buat pertama kali, Program agihan ini mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan beliau mengucapkan tahniah atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh warga Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Yang Amat Berhormat mengharapkan selain sumbangan yang di sampaikan, para peserta dapat menggunakan peluang ini untuk melihat, penderitaan golongan marhaen yang boleh memberi impak dalam kerja seharian, dari segi erti kesyukuran dan juga keinsafan.

Dalam majlis yang sama seorang penerima sumbangan dari Kampung Gangsa telah hadir beserta keluarga, sumbangan disampaikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka. Majlis disempurnakan dengan acara flag off pada jam 9.30 pagi dan semua peserta bergerak menuju ke lokasi penerima sumbangan di seluruh Negeri Melaka.

 

4B 640x427 8 640x320  2 640x360  4 640x480 0 640x320    6A 640x489  

7 640x479  5 640x479  

FaLang translation system by Faboba