Official Website

A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

  • Home
  • Langganan RSS
  • Berita & Aktivti
  • Lawatan dan Kunjung Hormat oleh Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Wilayah Hong Kong pada 27 hingga 31 Ogos 2019

Lawatan dan Kunjung Hormat oleh Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Wilayah Hong Kong pada 27 hingga 31 Ogos 2019

27 Ogos 2019 | 26 Zulhijjah 1440H - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Program lawatan Penyelidikan dan Pembangunan Perundangan Syariah ke Wilayah Hong Kong,China.

Rombongan lawatan penyelidikan seramai 12 orang tersebut telah diketua oleh YAA Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka,YA Tuan Mohamad Khalid bin Shaii Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar,Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah negeri Melaka,Pegawai Sulh dan Penolong-Penolong Pendaftar. Lawatan Penyelidikan pada kali ini bertemakan " Global Transformatif and Innovation of Syariah Court" dan diantara tujuan lawatan penyelidikan adalah untuk melihat dan mempelajari sistem kehakiman dan perundangan yang berkaitan dengan pernikahan, penceraian di Family court dan proses mediasi.

Pada hari pertama ahli rombongan telah diberikan sambutan yang sangat mesra dari Pejabat Konsul Jeneral yang telah menyambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.Pada sebelah petang Yang Berbahagia Tuan Yap Wei Sin Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong telah menerima kunjungan hormat oleh YAA Ketua Hakim Syarie dan rombongan dan mengalu-alukan kehadiran rombongan ke Hong Kong. Sesi perbincangan bersama diantara Konsul Jeneral dan YAA Ketua Hakim Syarie turut dihadiri oleh Cik Grace Rebekah Teh Mei Shan yang juga Ketua Canseri Pejabat Konsul Jeneral Malaysia dan Encik Kamaruzzaman Musa Konsul Muda (konsular /Bangunan Malaysia) dan juga ahli Rombongan MSNM.

Layanan Mesra oleh Konsul Jeneral semasa perbincangan dan sepanjang berada di Hong Kong telah memberi semangat kepada rombongan penyelidikan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan seterusnya memberi input yang sangat berguna kepada MSNM dan khususnya kepada institusi Perundangan dan Kehakiman Syariah di Melaka dan Malaysia amnya.

 

consulate1  consulate9  consulate2

consulate3  consulate5  consulate6

consulate7  consulate8

 

 

FaLang translation system by Faboba