Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016

16 Disember 2016 | 16 Rabiulawal 1438H (Jumaat) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah diadakan di Hatten Hotel Melaka. Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 ini berdasarkan prestasi dan khidmat cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun tersebut ialah Puan Izzah Hanani binti Suhaimi (Pegawai Sulh - Unit Sulh MSNM Melaka), Encik Azahar Bin Jaapar (Penolong Pendaftar - Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah), Encik Mohd Nizam Bin Othman (Pembantu Syariah - Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah), Encik Ahmad Khairul Amir Bin Nawawi (Pembantu Syariah  - Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin), Encik Azmir bin Ab Aziz (Pembantu Am Pejabat - Unit Pentadbiran MSNM Melaka.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tahun 2016

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka iaitu Y.A.A. Datuk Hj. Mohd Radzi bin Hj. Abd Latif. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih tekun, jujur dan ikhlas serta dapat memberi bimbingan kepada setiap anggota bawahan dan sentiasa bekerjasama di dalam satu pasukan.

Disediakan Oleh: Ramlah binti Kassim