Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Program Kembara Ilmiah 1 SMKA Sultan Muhammad, Melaka Ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka

20 September 2017 | 29 Zulhijjah 1438H (Rabu) - MSNM telah menerima lawatan seramai 70 orang pelajar tingkatan 6 (sem 1) dan 2 orang guru pengiring.Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan fungsi Mahkamah Syariah serta merasai sendiri pengalaman mendengar kes perbicaraan di dalam dewan bicara.

smkasm1

Taklimat awal telah diberikan oleh wakil Seksyen Khidmat Korporat MSNM dan seterusnya para pelawat dipersembahkan dengan tayangan video korporat MSNM dan seterusnya pembahagian kumpulan bagi mendengar kes perbicaraan. Setelah tamat mendengar perbicaraan selama satu jam setengah, sesi perkongsian pengalaman mendengar kes di adakan bagi memberikan peluang kepada para pelajar melontarkan pandangan dan idea berkaitan kes-kes yang telah diikuti di dalam dewan bicara.

Program Kembara Ilmiah SMKA Sultan Muhammad

Seterusnya melawat Galeri MSNM untuk melihat sendiri Replika HUKUM KANUN MELAKA yang bersejarah semenjak Kesultanan Melayu Melaka. "Sesungguhnya pengalaman ini tidak boleh dapat dari mana-mana orang selain diri sendiri yang merasainya. Ini pengalaman sangat berharga yang tidak ada di dalam buku pelajaran..." kata salah seorang pelajar. 

Program Kembara Ilmiah SMKA Sultan Muhammad

Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar. MSNM mengucapkan terima kasih kepada Pihak Sekolah kerana memilih MSNM untuk sesi Program Kembara Ilmiah kali ini.

Program Kembara Ilmiah SMKA Sultan Muhammad

Disediakan Oleh: Seksyen Khidmat Korporat MSNM