Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Program My Beautiful Malaysia Di Pulau Besar, Melaka

22 Oktober 2017 | 2 Safar 1439H (Ahad) - Sekretariat Amalan Hijau Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berkerjasama dengan pelbagai agensi antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengindahan Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pejabat Tanah Dan Daerah Melaka Tengah, Majlis Agama Islam Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan Kolej Profesional Mara Melaka dengan komuniti setempat telah mengadakan Program My Beautiful Malaysia Di Pulau Besar, Melaka pada 22 Oktober 2017 hari Ahad.

Program My Beautiful Malaysia Di Pulau Besar, Melaka

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Majlis MBMB, Mat Faris Bin Mohd Taib mewakili Adun kawasan Telok Mas, Datuk Seri Latiff Tamby Chik. Hadir sama, Ketua Hakim Syarie Yang Amat Arif Datuk Hj. Mohd Radzi Bin  Hj. Abd Latif, Pengarah Jabatan Pengindahan Bandar MBMB dan Penolong Pengarah AADK Negeri.

Program My Beautiful Malaysia Di Pulau Besar, Melaka

MyBeautifulMalaysia 3

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan mencetus semangat kesukarelawan dikalangan belia Malaysia. Program ini juga diharap mampu memberi impak positif dikalangan masyarakat setempat. Selain itu, program ini dapat mengindahkan lagi kawasan persisiran Pulau Besar yang menjadi tumpuan pelancong saban minggu.

Program My Beautiful Malaysia Di Pulau Besar, Melaka

Program My Beautiful Malaysia Di Pulau Besar, Melaka

MyBeautifulMalaysia 7

Disediakan Oleh: Ramlah binti Kassim