Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Rendah Syariah Masjid Tanah Telah Beroperasi

9 Januari 2018 | 21 Rabiul Akhir 1439H (Selasa) - Masyarakat Islam yang bermastautin dalam Daerah Alor Gajah khususnya dalam Parlimen Masjid Tanah kini tidak perlu bimbang lagi dengan masalah jarak jauh untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan urusan masing-masing. Sejak tertubuhnya Mahkamah Rendah Syariah di Masjid Tanah, secara tidak langsung telah memberikan kemudahan kepada masyarakat yang bermastautin dalam Parlimen Masjid Tanah untuk hadir ke Mahkamah Syariah.

MRS Masjid Tanah Telah Beroperasi MRS Masjid Tanah Telah Beroperasi

Orang awam yang hadir untuk pelbagai urusan di Mahkamah Syariah Masjid Tanah

Mahkamah Syariah Masjid Tanah telah mula beroperasi dan menjalankan fungsi secara rasmi sebagai Institusi Kehakiman Syariah sejak September 2017 setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kes-kes telah mula dibicarakan di Mahkamah itu sejak awal November 2017 yang lalu. Institusi Kehakiman Syariah itu kini beroperasi di Bangunan Mahkamah Rendah Syariah & Kaunter Kutipan Hasil/Cukai Tanah Cawangan Masjid Tanah, Kompleks Japerun Lendu, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

 

MRS Masjid Tanah Telah Beroperasi  

 

Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Masjid Tanah oleh YAB Ketua Menteri

MRS Masjid Tanah Telah Beroperasi

Petugas kaunter Mahkamah sedang memberikan penerangan kepada pelanggan

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di Pekan Masjid Tanah tersebut merupakan cawangan kecil kepada Mahkamah Syariah Daerah Alor Gajah dan berbidangkuasa untuk menerima kes-kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah sepertimana yang termaktub dalam peruntukan Seksyen 50, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002.

MRS Masjid Tanah Telah Beroperasi

Bangunan Mahkamah Syariah Masjid Tanah & Kaunter Kutipan Hasil / Cukai Tanah

Lokasi Mahkamah Syariah tersebut yang berhampiran dengan Perhentian Bas & Teksi Masjid Tanah secara tidak langsung dapat memudahkan pemastautin dari kawasan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Lubok China, Ramuan China, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan lain-lain kawasan sekitar Parlimen Masjid Tanah untuk hadir ke Mahkamah Syariah.

Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman