Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kempen Zon Menutup Aurat

1 Jun 2018 | 16 Ramadhan 1439H (Jumaat) - Berdasarkan persetujuan  didalam Mesyuarat  Jawatankuasa  Penasihat  Syariah MSNM telah memutuskan satu garis panduan berkaitan etika patuh syariah msnm hendaklah dikeluarkan. Atas saranan tersebut, Sekretariat  MS 1900:2014 Patuh Syariah telah menganjurkan satu Kempen Zon Menutup Aurat  sesuai dengan tuntutan syarak dan keperluan MS 1900:2014 Patuh Syariah. Kempen telah dilancarkan oleh Y.A.A Datuk Hj. Mohd Radzi bin Hj. Abd Latif, Ketua Hakim Syarie MSNM pada 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadhan 1439H.

Kempen Zon Menutup Aurat MSNM

Kempen Zon Menutup Aurat MSNM

Dengan pelancaran Kempen Zon Menutup Aurat menunjukkan MSNM sentiasa tegas dalam menegakkan prinsip etika pakaian patuh syariah dan menjadikan kawasan zon MSNM sebagai kawasan zon menutup aurat. Kempen ini diperluaskan promosi melalui banner, bunting, laman web dan facebook MSNM dan televisyen kaunter Kompleks MSNM. Promosi berkenaan zon menutup aurat akan dilaksanakan lagi dari semasa ke semasa sehinggalah masyarakat awam mempunyai maklumat kepentingan menutup aurat ketika hadir ke MSNM.

Kempen Zon Menutup Aurat MSNM

Kempen Zon Menutup Aurat MSNM

Kempen Zon Menutup Aurat MSNM

 

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi