Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Sesi Penerangan Inovasi ICT MSNM Bersama Pihak JKSM & Mimos Berhad Serta Demo Prototype e-Syariah V3

13 September 2018 | 03 Muharram 1440H (Khamis) - Telah berlangsung sesi penerangan inovasi ICT MSNM bersama pihak JKSM & MIMOS Berhad serta demo prototype e-Syariah v3 di Dewan Banquet, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Delegasi rombongan diketuai oleh Tuan Adam Bin Tumiran, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM serta beberapa orang pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) dan wakil MIMOS Berhad. Pada sebelah pagi diadakan sesi penerangan projek inovasi MSNM yang bertajuk Two Easy dan Ez Trace bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Umar. Taklimat disampaikan oleh Pn Norazita binti Mohd Ali dan Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir.

Pada sebelah petang pula diadakan sesi demo prototype e-Syariah v3 bertempat di Dewan Banquet MSNM. Taklimat disampaikan oleh wakil pihak MIMOS Berhad. Majlis turut dihadiri oleh Y.A.A Datuk Haji Mohd Radzi Bin Haji Abd Latif, Ketua Hakim Syarie MSNM, Y.A Tuan Ahmad Bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, Y.A Tuan Khalid Bin Shaee @ Shaii, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar. Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, pegawai serta kakitangan MSNM. Para hadirin telah diberikan penerangan & pendedahan secara tidak langsung berkaitan penggunaan sistem e-Syariah v3 yang akan dilancarkan nanti. Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil pihak JKSM & MIMOS Berhad kerana sudi hadir ke MSNM untuk mengadakan program ini.

 Sesi Penerangan Inovasi ICT MSNM Bersama Pihak JKSM & Mimos Berhad Serta Demo Prototype e-Syariah V3  Sesi Penerangan Inovasi ICT MSNM Bersama Pihak JKSM & Mimos Berhad Serta Demo Prototype e-Syariah V3  Sesi Penerangan Inovasi ICT MSNM Bersama Pihak JKSM & Mimos Berhad Serta Demo Prototype e-Syariah V3

 Sesi Penerangan Inovasi ICT MSNM Bersama Pihak JKSM & Mimos Berhad Serta Demo Prototype e-Syariah V3  Sesi Penerangan Inovasi ICT MSNM Bersama Pihak JKSM & Mimos Berhad Serta Demo Prototype e-Syariah V3  

Disediakan Oleh: Abdul Razak Bin Ali