Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

LAWATAN KERJA KE MAHKAMAH SYARIAH SINGAPURA

25 Oktober 2018 | 16 Safar 1440H (Khamis) - YAA Datuk Hj Mohd Radzi bin Hj Abd Latif, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka mengetuai delegasi Lawatan Kerja MSNM (Mahkamah Syariah negeri Melaka) ke Mahkamah Syariah Singapura. Lawatan yang dianjurkan bersempena dengan penyertaan MSNM ke ICQCC menjadi serampang dua mata, bagi perkembangan undang-undang syariah kedua-dua mahkamah. Peserta lawatan disambut dengan penuh hormat oleh Ustaz Alfian Yasrif Kuchit, Senior President Mahkamah Syariah Singapura. Program kunjung hormat ini adalah wadah perhubungan kerjasama diantara MSNM dan Mahkamah Syariah Singapura. Perbincangan meliputi beberapa perkara asas antaranya penguatkuasaan perintah harta sepencarian mahkamah dua negara, perbezaan bidangkuasa nikah, cerai dan rujuk diantara mahkamah dan pejabat agama Singapura serta pelaksanaan lafaz cerai melalui tele-conference dari penjara ke dewan perbicaraan, tanpa memerlukan kehadiran banduan secara OTP. Perbincangan santai ini turut disertai oleh pendaftar, mediator dan pegawai mahkamah keluarga Singapura yang banyak memberi maklumat bermanfaat kepada peserta lawatan. Delegasi dibawa melawat sekitar dewan perbicaraan dan bilik mediasi serta kaunter mahkamah. Kesemua peserta berpuashati dan menyatakan penghargaan atas layanan baik oleh Mahkamah Syariah Singapura. Diharapkan program lawatan kerja dan kunjung hormat ini dapat memartabatkan syiar perundangan Islam rentas sempadan.

Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura
Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura
Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura Lawatan Kerja Ke Mahkamah Syariah Singapura

 

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin