Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

LAWATAN KE PUSAT PELUPUSAN AL QURAN ZEE ENTERPRIZE

23 November 2018 | 15 RabiulAwal 1440H (Jumaat) - Sekretariat MS 1900:2014 Patuh Syariah telah menganjurkan program lawatan ke Pusat Pelupusan Alquran Zee Enterprize bertempat di batu 10, Cheras, Bangi yang diasaskan oleh insan yang berhati mulia iaitu Tuan Haji Rahmat Mahdan. Lawatan ini disertai seramai 16 peserta termasuk Unit Rekod MSNM dan diketuai oleh YA Tuan Ahmad bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Antara objektif lawatan ini adalah untuk melihat proses pengumpulan sehingga proses pelupusan al-Quran yang dilakukan secara tertib dan mengikut syariat. Selain itu, sebagai proses persediaan mendokumentasikan proses pelupusan al-Quran yang patuh syariah bagi memenuhi standart MS 1900:2014 Patuh Syariah. Proses pelupusan yang patuh Syariah ini penting kerana kebanyakkan alasan penghakiman, hujah dan nas autoriti pihak-pihak mengandungi ayat al-Quran yg perlu dibuat pelupusan secara tertib demi menjaga kemuliaan ayat suci al-Quran.

Lawatan ke Pusat Pelupusan Alquran Zee Enterprize Lawatan ke Pusat Pelupusan Alquran Zee Enterprize Lawatan ke Pusat Pelupusan Alquran Zee Enterprize

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi