Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Perbincangan Rasmi diantara Delegasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Mahkamah Tinggi & Family Court Di Hong Kong Sempena Lawatan Penyelidikan MSNM

 28 Ogos 2019 | 27 Zulhijjah 1440H - Delegasi MSNM yang diketuai oleh YAA Tuan Mohd Nadzri Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan perbincangan rasmi dengan Family Court di Hong Kong yang diketuai oleh The Honourable Madam Justice Au Yeung Mahkamah Tinggi Kelas Pertama Hong Kong dan turut disertai oleh His Honour Judges George Own,District Judges of The Family Court.

Sesi perbincangan dan berkongsi ilmu pengetahuan di antara Mahkamah Tinggi Hong Kong dan MSNM dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh The Honourable Madam Justice Au Yeung yang teruja dan mengalu-alukan kehadiran YAA Ketua Hakim Syarie dan delegasi MSNM serta sangat berfaedah untuk kebaikan bersama. Puan Jamiah Husin Hakim Mahkamah Rendah Syariah bertindak sebagai wakil telah memperkenalkan semua delegasi MSNM dan diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh YAA Ketua Hakim Syarie diatas sambutan oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong.

Sesi taklimat disampaikan oleh His Honourable Judge George Kent berkaitan dengan Family Court dan bidangkuasanya. Di antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan undang-undang keluarga yang berkaitan perkahwinan,penceraian,tuntutan nafkah dan proses mediasi. Pihak Mahkamah Hong Kong juga menunjukkan minat untuk mempelajari dan menjalinkan kerjasama berkaitan proses sulh yg dipraktikkan di Malaysia. Selama tempoh satu jam setengah perbincangan di antara kedua-dua pihak banyak perkara telah dipelajari secara bersama dan perkongsian yang boleh dijadikan panduan untuk pelaksanaan undang-undang yang lebih berkesan.

Sesungguhnya Program lawatan Penyelidikan dan Pembangunan Perundangan Syariah ke Wilayah Hong Kong,China telah memberikan impak yang sangat berguna khusus berkaitan undang-undang keluarga dan sulh yang dilaksanakan di MSNM dan pada masa yang sama Hong Kong juga berminat untuk mempelajari dari Malaysia berkaitan Sulh.

Senarai Delegasi Penyelidikan MSNM

1. YAA Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman - ketua Hakim Syarie
2. YA Tuan Mohamad Khalid bin Shaiie@Shaee-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
3.Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz-Ketua Pendaftar
4.Tuan Amirrudin bin Abdul Latip -Hakim Mahkamah Rendah Syariah
5. Puan Jamiah binti Husin -Hakim Mahkamah Rendah Syariah
6. Puan Aisah binti Saleh- Hakim Mahkamah Rendah Syariah
7.Tuan Dhiauddin bin Muhammad Yusuff -Hakim Mahkamah Rendah Syariah
8. Tuan Mohd Arip bin Omar -Pegawai Sulh MSNM
9. Cik Puan Izzah Hanani binti Suhaimi - Pegawai Sulh MSNM
10. Tuan Mohd Tarmizi bin Jaafar -Pegawai Penyelidik
11. Encik Mohd Hafidz bin Azman - PenolongPendaftar
12. Encik Mohamad Ariffin bin Yaakup - Penolong Pendaftar

Turut serta dalam lawatan adalah wakil Konsul Jeneral Cik Grace Rebekah Teh Mei Shan,Ketua Canseri Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong.

" Global Transformation and Innovation of Syariah Court"
"Syariah Asas Keadilan"
"Melaka Berwibawa"
"Pintar,Hijau,Bersih"

 

  familycourt5  familycourt1 familycourt4 familycourt3  familycourt6