Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Program Perkongsian Penambaikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam dan Audit Dalam Bersilang EKSA daripada JKSN Pulau Pinang

08 Oktober 2019|9 Safar 1441H (Selasa) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah menerima lawatan penanda aras bagi Program Perkongsian Penambaikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam dan Audit Dalam Bersilang EKSA daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Rombongan tersebut telah disambut oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman - Ketua Hakim Syarie MSNM, Tuan Abu Suffian Bin Abd Yaziz - Ketua Pendaftar MSNM dan Pegawai serta Jawatankuasa Induk EKSA MSNM.

Delegasi rombongan telah diketuai oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid yang merupakan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dengan jumlah rombongan seramai 26 orang yang rata-ratanya terdiri daripada Jawatankuasa Kerja Induk EKSA. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan yang jelas berhubung pelaksanaan EKSA di MSNM, di samping memberikan peluang kepada MSNM dan jabatan tersebut untuk berkongsi ilmu bagi mendapatkan pensijilan kategori cemerlang dalam EKSA. Dalam masa yang sama kedua-dua pihak turut bertukar pendapat dalam mengenalpasti kaedah terbaik amalan EKSA jabatan.

Antara input perancangan EKSA yang turut dikongsi bersama rombongan lawatan adalah mengenai perluasan skop pengauditan dan poerancangan mengadakan pertandingan kreativiti dan inovasi dalam mendidik dan mengcungkil bakat warga MSNM di samping mengamal dan membudayakan EKSA secara berterusan. Penambahbaikan dari masa ke semasa terhadap teguran-teguran lisan yang dikeluarkan oleh auditor dalam semasa pengauditan terdahulu.

Lawatan JKSN Pulau Pinang Lawatan JKSN Pulau Pinang Lawatan JKSN Pulau Pinang
Lawatan JKSN Pulau Pinang Lawatan JKSN Pulau Pinang Lawatan JKSN Pulau Pinang6
Lawatan JKSN Pulau Pinang

 Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim

FaLang translation system by Faboba