Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Pertanyaan Atas Talian

Inquiry


Ruangan ini dikhususkan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan Pentadbiran, Perundangan dan Kehakiman Syariah.

Sila gunakan bahasa (Melayu/Inggeris) dengan ejaan yang betul dan tidak menggunakan singkatan perkataan untuk memastikan pertanyaan anda dijawab oleh Panel Pertanyaan@Web MSNM.

Untuk cara-cara penggunaan Sistem Pertanyaan Atas Talian (Online Enquiries) ini, sila rujuk Manual Pengguna dengan klik di sini

Soalan   

# aktiviti isteri curang terhadap suamihj badaruddin bin selamat 2016-03-15 14:51
ISTERI YANG CURANG TERHADAP SUAMI

FENOMENA ISTERI CURANG TERHADAP SUAMI BUAT MASA MUTAAKHIR INI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN KERANA KEMUDAHAN ICT , HANPHONE PINTAR, INTERNET DAN FACEBOOK.
JIKA TIDAK DI BENDUNG AKAN MENYEBABKAN RUMAHTANGGA AKAN MENJADI PORAK PERANDA.

PUNCA PUNCA ISTERI CURANG ADALAH DI SEBABKAN BEBERAPA PERKARA DI ANTARANYA:
1. KECUAIAN SUAMI MENGAWAL ISTERI DALAM PERKARA KEBAJIKAN RUMAHTANGGA
2. PERTEMUAN SEMUALA (REUNION ) RAKAN RAKAN LAMA SEKOLAH YANG SUDAH TIDAK BERJUMPA PULUHAN TAHUN TIBA TIBA BERJUMPA DI TAMBAH LAGI DENGAN KENANGAN LAMA.
3. HUBUNGAN INI AKAN BERLANJUTAN MELALUI WHATSAPP, FACEBOOK, EMAIL YANG DI MULAI DENGAN PERBUALAN BIASA, DI IKUTI DENGAN PERBUALAN YANG LEBIH MENDALAM DAN LEBIH INTIM SERTA PERBUALAN BERKAITAN HUBUNGAN BADAN DAN PERSEBUHAN AKHIR SEKALI PERTEMUAN DI KEDAI-KEDAI MAKAN DAN AKHIRNYA KE BILIK HOTEL ATAU DI MANA-MANA TEMPAT YANG TAK BOLEH DI KESAN.

BAGI SUAMI-SUAMI YANG TERJUMPA KES KES SEPERTI INI APAKAH NASIHAT YANG SEBAIKNYA KEPADA ISTERI-ISTERI YANG TERPENGARUH DENGAN LELAKI AJNABI DI ATAS DAN APAKAN TINDAKAN-TINDAKAN SUSULAN YANG PERLU DI LAKUKAN SECARA AMALAN SYARAK.
Balas
# isteri curangPanel Pertanyaan MSNM 2016-03-22 10:34
Assalamualaikum w.b.t,

Berkaitan persoalan yang dikemukakan, suami perlulah memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang efektif. Salah satu tanggungjawab suami adalah memberikan ilmu agama kepada isteri dan ahli keluarga. Jika tiada ilmu maka sesebuah keluarga itu akan menjadi keluarga jahiliah dan tidak akan mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.

Dalam menangani isteri yang nusyuz, pertama suami perlu menegur sikap isteri tersebut. Sekiranya gagal, kaedah kedua suami perlu mengasingkan tempat tidur dengan isteri. Jika gagal, suami boleh memukul isteri dengan pukulan mendidik bukan pukulan yang menyakitkan.

Terima Kasih
Balas
# Ketidahhadiran Kes Sebutan Pada 15/3/2016Islawati Bt Ibrahim 2016-03-15 00:18
Saya, Islawati Bt Ibrahim (771016-08-7098) tidak dapat menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Melaka untuk 2 Sebutan Kes pada 15/3/2016 (Kes Pendaftaran Perkahwinan Poligami & Kes Interim Hadhanah) berikutan tidak mempunyai wang perbelanjaan untuk ke sana. Pihak peguam pemohon (Pn Halimatussadiah) telah pun maklum mengenai perkara ini ketika menyampaikan Afidavit Saman di rumah saya pada 1/3/2016. Naun pihak pemohon masih lagi gagal menyediakan nafkah yang mencukupi untuk saya & anak-anak, malah Road Tax kereta saya (WQY 9799) juga telah mati pada 27/2/2016. Saya juga menghadapi kesukaran untuk perjalanan jauh kerana kedua-dua tayar kereta bahagian hadapan telah pun botak. Perkara ini juga telah dimaklumakan kepada peguam pemohon menerusi aplikasi whatsapp namun tiada tindakan yang diambil. Bil talifon saya juga telah dipotong kerana ketiadaan wang. Saya terpaksa menggunakan unifi rumah yang juga bila-bila masa akan dipotong berikutan kegagalan suami menjelaskan bil. Saya memohon agar kedua-dua kes ini ditangguhkan sehingga saya mendapat nafkah atau duit perbelanjaan untuk saya menghadiri sebutan kes di Melaka. Saya memohon maaf diatas sebarang kesulitan. Terima kasih
Balas
# KetidakhadiranPanel Pertanyaan MSNM 2016-03-22 09:35
Assalamualaikum w.b.t,

Berkaitan persoalan yang dikemukakan, puan perlulah memaklumkan ketidakhadiran puan dengan mengemukakan surat/dokumen rasmi dengan menyatakan sebab yang munasabah dan diserahkan kepada pembantu Hakim sebagai makluman ketidakhadiran pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah.

Terima Kasih
Balas
# Suami tidak tidur di rumahOdah binti ishak 2016-03-14 22:48
Saya odah bt ishak... sy terasa sangat tertekan apabila mendapat tahu suami saya ada perempuan lain.... hubungan kami semakin hari semakin teruk... sehinggakan sy pindah..dia x pernah tidur di rumah kami lagi... anak2 menangis d depannya supaya ayahnya balik dan jgn pergi...dia tidak pedulikan...kejadian ini belarut dr 31.2.2016 hingga sekarang...jadi apa yang saya patut buat sekarang... t kasih
Balas
# Suami tidak tidur di rumahPanel Pertanyaan MSNM 2016-03-22 09:44
Assalamualaikum w.b.t,

Berkenaan persoalan yang dikemukakan, puan perlulah mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu. Kedua-dua pihak pelu hadir bagi memudahkan serta melancarkan sesi rundingcara tersebut

Terima Kasih
Balas
# nani 2016-03-14 22:47
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai satu kes penganiayaan dan penderaan mental dan fizikal oleh seorang suami. adakah si isteri perlu merujuk kepada pihak polis dahulu sebelum membuat tuntutan perceraian untuk kes sebegini? bagaimana pula sekiranya si isteri melarikan diri dari rumah / suami kerana takutkan suami yang selalu mengugut ingin mencederakan?
Balas
# PenderaanPanel Pertanyaan MSNM 2016-03-22 09:45
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkenaan soalan yang dikemukakan, sebaiknya puan membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan perceraian bagi memudahkan proses semasa di peringkat bicara.

Terima Kasih
Balas
# Permohonan ceraiErizafida Binti A.Kadir 2016-03-11 08:33
Saya,Erizafida ingin bertanya bagaimana proses dan prosedur untuk menuntut cerai dari suami saya.Suami saya tidak memberi nafkah sepanjang perkahwinan kami.Tambahan,suami kuat berjudi dan menggunakan semua duit gaji saya untuk tujuan berjudi.Sepanjang perkahwinan,hanya saya yang menyara keluarga.Kami dikurniakan 2orang cahaya mata.Suami saya juga seorang yang panas baran dan adakalanya memukul saya.Saya sekarang mengandung anak ketiga.
Diharap pihak tuan dapat membantu saya.Terima kasih.
Balas
# Permohonan ceraiPanel Pertanyaan MSNM 2016-03-22 09:45
Assalamualaikum w.b.t,

Berkenaan persoalan yang dikemukakan, Puan boleh samada membuat permohonan perceraian secara fasakh, ta\'liq, tebus talak atau perceraian secara lafaz oleh suami di dalam mahkamah.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, puan boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Peguam Syarie yang bertauliah atau boleh hadir terus ke kaunter Mahkamah Syariah.

Terima Kasih
Balas
# Postpone of court dateMuhamed Sallehin Bin Samad 2016-03-08 17:34
Saya tidak dapat menghadiri pembicaraan pada tarikh 14 march 2016 yang bernombor 04003-054-0060-2016.Saya bekerja di singapura Oleh kerana majikan saya tidak mambenarkan saya mengambil cuti untuk hadiri pembicaraan tersebut. Saya ingin memninta bantuan serta simpati agar pembicaraan saya di tangguhkan pada tarikh yang lain.Saya mohon agar tuan/puan dapat membantu saya untuk tarikh yg baru. Terima kasih.
Balas
# Tangguhan kesPanel Pertanyaan@Web MSNM 2016-03-11 08:29
Assalamualaikum w.b.t,

Bagi tujuan pengangguhan kes, tuan perlulah terus menghubungi Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan maklumkan kepada pembantu Dewan Mahkamah tersebut dengan menyatakan kod kes bagi tujuan menangguhkan kes dan dapatkan tarikh selanjutnya untuk kehadiran tuan ke Mahkamah

Terima Kasih
Balas
# TaklikYuhanizah 2016-03-03 10:25
Assalamualaikum. Jika suami isteri yang bekerja di tempat kerja yang sama tidak bertegur selama lebih 4 bulan disebabkan pertengkaran akibat tidak sefahaman dan mereka tidak tinggal sebumbung, adakah isteri boleh memohon taklik kerana suami tidak memberikan nafkah?
Terima kasih.
Balas
# TaklikPanel Pertanyaan Web MSNM 2016-03-09 09:53
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan soalan tersebut, seseorang boleh memohon cerai ta\'lik sekiranya suami telah melanggar mana-mana salah satu atau semua syarat-syarat ta\'lik yang telah dilafazkannya selepas akad nikah.
Permohonan ini perlulah difailkan di Mahkamah Syariah bagi dibicarakan dan ditentukan keputusan oleh Hakim Syarie.

Terima Kasih.
Balas
# Dakwaan ditangkap khalwatSiti Zainora Binti Mohamad 2016-02-29 14:26
Salam,kes saya ini telah lama dan saya sendiri tidak pasti tarikh sebenar saya ditangkap atas tuduhan berkhalwat di Hotel Portugis Melaka Raya bersama seorang lelaki melayu iaitu Redzuan bin Hasmi serta seorang perempuan cina pada jam lebih kurang 2pagi pada awal bulan July 2013(tidak ingat).Saya ingin tahu apakah status kes saya sekarang kerana baru-baru ini ada pegawai dari JAIM datang ke rumah keluarga ibu bapa saya di Bukit Katil untuk menahan saya tetapi saya tidak berada disana.Saya juga ingin tahu apa hukuman yang bakal saya hadapi & berapa jumlah denda yang saya kena bayar sebenarnya? Tolong ambil perhayian untuk beri jawapan secepat mungkin.TQ
Balas
# Dakwaan ditangkap khalwatPanel Pertanyaan@Web MSNM 2016-03-03 10:51
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan persoalan berikut, Puan boleh merujuk terus kepada pihak pendakwaan. Ini kerana pelaksanaan kes Jenayah Syariah dikendalikan oleh pihak pendakwaan. Fungsi Mahkamah Syariah adalah untuk mendengar, membicarakan dan memutuskan kes yang di bawa oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Terima Kasih.
Balas
# Tuntutan Cerai FasakhSharniza binti Sirazzuthin 2016-02-26 14:45
Assalamualaikum wbt.. Saya ingin membuat pertanyaan tentang bagaimana saya boleh menuntut cerai fasakh. Tujuan ingin minta fasakh adalah setelah berkahwin hampir 3 tahun, suami tidak memberi nafkah zahir dan culas tentang keperluan anak kerana saya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Saya berkahwin di ipoh perak dan saya mempunyai anak berumur 2tahun.. Saya amat tertekan sekarang.. Apa patut saya buat?
Balas
# Tuntutan Cerai FasakhPanel Pertanyaan@Web MSNM 2016-03-03 10:50
wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan persoalan berikut, Puan perlu dapatkan nasihat dan panduan daripada Peguam Syarie yang bertauliah bagi rundingcara masalah berikut. Puan juga boleh terus hadir ke Kaunter Mahkamah Syariah bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bagi kes tersebut.

Terima Kasih
Balas
# status permohonan mengenai nafkah anakkhazlina 2016-02-17 09:14
Assalamualaikum,

saya telah memfailkan kes nafkah anak yang tertunggak pada bulan mei 2015 di BSK.tapi sehingga sekarang kes saya belum ada apa2 tindakan dari pihak bsk.alasan yang mereka berikan pada saya kes terlampau banyak dan peguam yang mengendalikannya seorang sahaja dan saya terpaksa menunggu giliran.sampai bilakah saya harus menunggu.sedangkan perbelanjaan kos sara hidup meningkat dengan anak2 masih bersekolah.andai ditakdirkan umur saya tak panjang macam mana nasib anak2 saya nanti.mohon perjelasan dari pihak tuan /puan.
terima kasih terlebih dahulu kerana sudi membantu saya.
Balas
# permohonan mengenai nafkah anakPanel Pertanyaan MSNM 2016-02-17 17:19
Waalaikumussalam..

Berkaitan permasalahan berikut pihak SBSK Melaka telah pun melakukan tindakan yang sewajarnya bagi mempercepatkan kes-kes yang dikendalikan oleh SBSK Melaka.

Terima kasih
Balas
# nafkah anaksabrina salleh 2016-02-15 19:50
Assalamualaikum. .
Saya ingin tahu, bagaimana cara nyer saya ingin memohon kenaikan nafkah anak.sudah hampir 10 tahun lebih anak saya mendapat nafkah yg sama.sejak dari bercerai hingga usia anak saya sekarang sudah 14.apakah cara yg perlu saya lakukan.tq.
Balas
# nafkah anakPanel Pertanyaan MSNM 2016-02-17 17:20
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan persoalan yang dikemukakan, puan perlulah membuat permohonan mengubah perintah bagi nafkah anak.

Puan boleh hadir ke kaunter Mahkamah Syariah untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut serta menfailkan permohonan tersebut.

Terima Kasih
Balas
# Persoalan Samada Perjanjian Jual Beli Tanah Yang TMahmud bin Ahmad 2016-02-01 10:08
Assalammualaikum w.b.t,

1. Ayah saya yang berusia 89 tahun, telah membeli sebidang tanah pada tahun 1967 dengan arwah datok saya.

2. Hak milik Grant tanah tecatit sebagai hak milik nya.

3. Dia ingin membuat rujukan kepada Pajabat Shariah perihal Faraid, kerana mengkhuatiri yang transaksi jual beli Tanah nya yang berlaku pada tahun 1967 tidak menepati sharat faraid.

4. Inshaallah, kami akan ke-Pejabat Shariah Melaka esok 2th Feb 2016 untuk ingin mendapat nasihat dari Pegawai Shariah berkenaan status jual-beli tanah ini.

5. Apakah process untuk kami turuti untuk membuat appointment dengan Pejabat Mahkamah Shariah supaya mendapat nasihat berkenaan kes kami?

Terima Kaseh.

Mahmud bin Ahmad
Blk 62 Chai Chee Road #12-826
Singapore 460062
+6598327247
Balas
# pusakapegawai penyelidik 2016-02-02 22:53
Wa\'alaikumussalam,

Berkaitan khidmat nasihat di Mahkamah Syariah, pihak tuan boleh terus berurusan dengan kaunter di Mahkamah Syariah Melaka, kemudian petugas di kaunter akan salurkan kepada pegawai yang berkenaan.

Terima Kasih
Balas
# Mariah 2016-01-25 10:49
Assalammualaikum.
Saya telah bernikah di daerah Alor Gajah tetapi sekarang menetap di Alor Gajah. Boleh ke saya memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Alor Gajah kerana mulai bulan 6/ 2016 saya akan bertukar ke Melaka. Terima kasih.
Balas
# PerceraianPanel Pertanyaan MSNM 2016-01-26 10:18
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Bagi pendaftaran kes, Mahkamah melihat kepada alamat permastautinan pihak-pihak menurut alamat di kad pengenalan atau sekiranya ingin memfailkan kes di daerah lain maka pihak-pihak perlu mengemukakan surat mastautin di karih tersebut.

Terima Kasih
Balas
# Berpoligami Tapi Tidak Mendapat Izin IsteriMohamad Kelana Bin Juwit 2016-01-22 18:47
Assalamualaikum....

Saya ingin berpoligami tetapi tidak mendapat izin atau restu isteri pertama. Bagaimana untuk saya menyelesaikan masalah ini
Balas
# PoligamiPanel Pertanyaan MSNM 2016-01-26 10:18
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan soalan yang diajukan, tuan perlulah membuat permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Syariah terlebih dahulu bagi dibuat penentuan samada perlu diberi kebenaran atau sebaliknya selepas mahkamah meneliti beberapa kriteria yang telah ditetapkan menurut undang-undang.

Terima Kasih
Balas
# nurul ain 2016-01-20 13:57
Apakah soalan hakim kepada plantif kepada defended semasa kes perbicaraan penceraian berlaku?
Balas
# Panel Pertanyaan MSNM 2016-01-21 12:41
Terima kasih atas persoalan berikut.

Soalan hakim kepada plaintif dan defendan dalam kes perceraian bergantung kepada keadaan dan masalah yang berlaku antara plaintif dan defendan yang menyebabkan pihak-pihak ingin bercerai


Terima Kasih
Balas
# Pertanyaan tentang perceraian oleh kerana si isterZURIATIE BINTI ABUAS 2016-01-16 12:04
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya bagaimanakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah rumahtangga saya dengan suami?sebenarnya saya sudah hilang rasa sayang atau cinta dengan suami,oleh kerana sikap suami sendiri tidak pernah solat,mengira dari segi kewangan..saya bertahan pun kerana anak?
Balas
# perceraianPanel Pertanyaan MSNM 2016-01-20 09:04
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Bagi situasi yang dihadapi oleh puan, cara yang terbaik dalam menangani masalah tersebut adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling di Jabatan Agama Islam Melaka bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

Terima Kasih
Balas
# Hak Penjagaan BayiNurul Afiqah 2016-01-16 00:16
Assalammualaikum..saya telah menikah semasa kandungan saya berusia 5bulan..selepas saya bersalin suami saya tidak memberikan nafkah zahir dan batin selama 4 bulan.. saya ingin menuntut cerai kepada suami saya..jika saya bercerai adakah suami saya berhak ke atas anak saya..?
Balas
# Hak penjagaan bayiPanel Pertanyaan MSNM 2016-01-20 09:05
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Bagi mendapatkan hak penjagaan anak perlu melihat beberapa kriteria yang penting, seperti keselamatan, hak-hak anak terjaga, didikan agama dan lain-lain. Hak penjagaan anak perlu ditentukan oleh Mahkamah Syariah sekiranya berlaku pertikaian antara ibu bapa.

Puan boleh mendapatkan nasihat dan pandangan yang lebih lanjut daripada Peguam Syarie atau datang ke kaunter Mahkamah Syariah.

Terima Kasih
Balas
# Permohonan FaraidNorzahirah 2016-01-14 00:07
Assalamualaikum,

Saya ingin membuat permohonan Faraid bagi harta pusaka ayah saya. Walaubagaimanapun sijil nikah ayah dan ibu saya telah tiada dalam simpanan dan pihak pejabat agama islam juga gagal mengesan salinan sijil nikah tersebut dalam sistem mereka ketika saya membuat permohonan salinan sijil nikah ibu dan ayah saya. Memandangkan ibu saya juga telah meninggal dunia terlebih dahulu daripada ayah saya, adakah saya boleh membuat permohonan Faraid bagi harta pusaka ayah saya tanpa mengeksibitkan salinan sijil nikah tersebut atau saya perlu membuat permohonan di mahkamah syariah bagi mendapatkan perintah pengesahan perkahwinan ibu dan ayah saya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan Faraid bagi harta pusaka ayah saya.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Permohonan FaraidPanel Pertanyaan MSNM 2016-01-20 09:05
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan permasalahan tersebut, salinan sijil nikah adalah bukti yang jelas bagi membuktikan perkahwinan seseorang. Namun jika salinan sijil nikah tersebut tiada, maka terpulang kepada Yang Arif Hakim ingin menggunakan pembuktian yang lain seperti keterangan saksi-saksi atau sumpah dari pemohon dan lain-lain bukti mengikut keperluan dan kehendak Yang Arif Hakim.

Puan boleh datang ke akunter Mahkamah Syariah bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Terima Kasih
Balas
# wali tuntut wali selepas saya nikah di songkhlashila wati Binti Mustapha 2016-01-04 21:44
saya telah bernikah di songkhla thailand berwali hakim disana. penikahan ni atas kerelaan saya tidak paksaan mana-mana pihak.sekarang wali saya tuntut walinya mengatakn penikahan kami tidak sah.kami belum daftar di malaysia lagi apabila ayah tuntut walinya. adakah saya boleh terus daftar atau tunggu ayah saya failkan tuntutan beliau.semua document saya lengkap dengan cop duta disana. saya seorang ibu tunggal hubungan dihalang
Balas
# Pengesahan Nikahpegawai penyelidik 2016-01-11 16:24
Terima Kasih atas persoalan tersebut.
Mana-mana pernikahan yang dilangsungkan di luar Malaysia perlulah di buat pengesahan nikah tersebut di Mahkamah Syariah bagi di buat penentuan samada sah atau sebaliknya termasuklah isu berkenaan wali. Pihak-pihak boleh mendaftarkan permohonan pengesahan nikah di kaunter Mahkamah Syariah.

Terima Kasih
Balas
# apa status syFAZILAH BTE HASSAN 2015-12-05 19:42
Aslm...setahun yg lps suami ada berkata kpd sy bahawa dia tidak ada isteri atau bini buat apa dia ikut kami.selepas suami berkata begitu dia tidak bersama sy lg walaupun kami tgal sebumbung.segala keperluan anak makan minum pakai sy yg tanggung.baru2 ini dia ada minta maaf itu yg membuat saya takut.selama setahun tiada nafkah zahir batin.sy buntu sekarang.sy takut.harap pihak tuan dapat membantu saya.sekian terima kasih
Balas
# LAFAZ CERAIPanel Pertanyaan MSNM 2016-01-04 15:07
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Bagi persoalan tersebut,lafaz yang dilafazkan oleh suami adalah satu lafaz kinayah yang jika disertai dengan niat untuk menceraikan isteri, maka akan terjatulah talak.

Namun begitu,kes ini perlulah dirujuk dihadapan Hakim yang bijaksana bagi membuat keputusan yang lebih jelas.

Puan perlulah menfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkmamah syariah.

Terima Kasih
Balas
# pembelaan kes poligamirosmarina 2015-11-27 19:59
assalamualaikum
sy ingin bertanya pihak mahkamah
suami sy telah membuat permohonan poligami pd 28 Oktober 2015.
sy dan suami telah bertemu dengan pegawai pendaftar pada 12 Nov yang lalu dan kami diminta utk hadir semula utk sebutan kes pd 26 Nov.
pd 26 nov, sy dan suami telah ke mahkamah tinggi tetapi suami telah mengupah peguam swasta. peguam tersebut telah mengarahkan sy untuk pulang (tnpa bertemu pegawai pendfatar)
suami memaklumkan kpd sy bahawa pd 14 Disember 2015, sy, suami, bakal isteri dan wali dipanggil berjumpa dengan hakim.
1)soalan saya..adakah berlaku satu sesi pertemuan di antara peguam suami (plaintif) dengan pihak mahkamah pd 26 nov, sedangkan sy diarahkan supaya balik tnpa bertemu dengan pendaftar. hal ini menyebabkan sy rasa tertindas.
2) adakah saya masih boleh membuat surat jawapan kepada jawapan dr pihak peguam plaintif? jika dibenarkan, bilakah saya perlu membuat surat jawapan tersebut.

semoga sy mendapt jawapn yang segera. memandangkan sy telah menguhubungi no tel yang diberikan beberpaa kali namun tidak bersambut.
sekian terima kasih.
Balas
# pembelaan kes poligamiPanel Pertanyaan Web MSNM 2015-12-09 12:34
wa\'alaikumussalam,

Berkenaan soalan yang ditujukan, puan perlu membuat pembelaan samada setuju atau tidak setuju dengan permohonan yang dibuat oleh suami puan. Berkenaan tarikh yang ditentukan, puan boleh merujuk kepada pendaftar mahkamah.

Terima Kasih
Balas
# pusakanyemah 2015-11-18 18:56
Adakah mahkamah tinggi syariah akan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka bersama-sama dengan Sijil Faraid?
Balas
# pusakaPanel Pertanyaan MSNM 2015-11-24 12:55
Terima kasih di atas persoalan tersebut,

Mahkamah Tinggi Syariah hanya berbidangkuasa untuk mengeluarkan Sijil faraid sahaja.

Bagi urusan surat kuasa mentadbir samada Grant of Probate atau Letter of Administration bukanlah dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ianya melibatkan bidangkuasa Mahkamah Sivil (nilaian harta simati melebihi RM2 juta, gabungan harta alih dan tak alih), Bahagian Pusaka Kecil JKPTG (nilaian harta simati kurang RM2 juta, gabungan harta alih dan tak alih), dan Amanah Raya Berhad (nilaian harta simati kurang RM600 ribu,harta alih sahaja). Dengan menggunakan surat kuasa mentadbir ini segala urusan pertukaran nama dan tuntutan harta-harta pusaka lain dapat dibuat.

Terima Kasih
Balas
# Keliru - mohon penceahanPn. Anis 2015-11-09 22:23
Assalamualaikum,

Saya seorang ibu yang mempunyai seorang anak dan kini hamil 5 bulan. Suami tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan kami sering bertengkar kerana kekangan kewangan selain beliau hanya endah tak endah dengan urusan kami anak beranak. baru-baru ini kami telah bertengkar di mana saya minta dilepaskan sekiranya beliau tidak mahu susah dan beliau menjawab itu perkara wajib yang beliau akan bagi selepas ini di mana beliau juga bersumpah, lillah akan memberinya nanti (selepas bersalin). soalan saya, adakah jatuh talak ?

mohon pencerahan. terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2015-11-18 11:37
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Lafaz talak terbahagi kepada dua, iaitu lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (tidak jelas). Sekiranya sesuatu lafaz perceraian itu mencukupi syarat-syarat maka ianya dikira jatuh talak.

Namun begitu, ini adalah pandangan saya sahaja. Nasihat saya, sebaiknya puan perlulah hadir ke Mahkamah Syariah dan membuat pengesahan lafaz perceraian supaya hakim dapat membuat keputusan yang lebih jelas samada sabit atau tidak sabit lafaz perceraian tersebut.

Terima Kasih.
Balas
# Harta peninggalan arwah abangnyemah abdullah 2015-10-30 17:57
Assalamualaikum

Tuan,

Ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2007.
Emak saya yang berusia 85 tahun telah uzur dan pergerakan beliau terhad akibat mild stroke yang di alami 1 tahun lepas.
Adik beradik saya terdiri dari 3 lelaki dan 3 perempuan. Tiga orang tinggal di Kuala Lumpur, satu di Seremban dan 2 lagi tinggal di Melaka.
Baru-baru ini abang saya yang tinggal di KL telah meninggal dengan status bujang serta tidak pernah bernikah. Beliau telah meninggalkan beberapa iaitu:-
1. Rumah di Kuala Lumpur - telah selesai bayaran ansuran;
2. Kereta - telah selesai bayaran ansuran;
3. Akaun simpanan;
4. Akaun Tabung Haji;
5. Amanah Saham Bumiputera; dan
6. Amanah Saham Nasional.

Kami (saya dan kakak) telah berkunjung ke Jabatan Kehakiman Syariah di Seremban bagi mendapatkan khidmat nasihat. Kami telah dinasihat untuk mengunjungi Pejabat Mahkamah Syariah Melaka bagi mendapatkan sijil faraid dengan mengambilkira kesihatan emak.
Persoalan saya adalah:-
1. Mohon bekalkan SOP jabatan tuan bagi pengeluaran sijil faraid;
2. Adakah sijil yang dikeluarkan oleh jabatan tuan boleh digunakan untuk urusan tuntutan tukar nama rumah yang berada di Kuala Lumpur; dan
3. Adakah sijil yang dikeluarkan oleh jabatan tuan boleh digunakan bagi tujuan tuntutan semua harta-harta arwah yang tersenari di atas.

Atau kami mesti/wajib berurusan dengan Amanah Raya bagi urusan tuntutan harta arwah.

Diharap perkara ini mendapat respon daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Harta peninggalanPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-11-18 11:37
wa\'alaikumussalam,
Terima kasih di atas persoalan tersebut.

Bagi memulakan permohonan sijil faraid, waris perlulah membuat pendaftaran kes di kaunter mahkamah syariah terlebih dahulu.

Bagi pengurusan harta pusaka ada beberapa agensi yang terlibat dan mempunyai bidangkuasa yang berbeza. Fungsi Mahkamah Syariah adalah bagi menentukan waris-waris yang berhak mendapat faraid dengan mengeluarkan perintah dalam bentuk sijil faraid, selain itu membuat pengesahan hibah, penentuan hak dalam harta sepencarian kepada pasangan simati sekiranya ada pertikaian,wakaf dan lain-lain.

Bagi urusan surat kuasa mentadbir samada Grant of Probate atau Letter of Administration bukanlah dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ianya melibatkan bidangkuasa Mahkamah Sivil (nilaian harta simati melebihi RM2 juta, gabungan harta alih dan tak alih), Bahagian Pusaka Kecil JKPTG (nilaian harta simati kurang RM2 juta, gabungan harta alih dan tak alih), dan Amanah Raya Berhad (nilaian harta simati kurang RM600 ribu,harta alih sahaja). Dengan menggunakan surat kuasa mentadbir ini segala urusan pertukaran nama dan tuntutan harta-harta pusaka lain dapat dibuat.

Diharapkan dengan maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan.

Terima kasih.
Balas
# menuntut cerai bg isteri tenteraBella 2015-10-01 21:19
Assalamualaikum wbt..

Sy seorang isteri kepada anggota tentera. Sy sudah berkahwin selama setahun lebih dan mempunyai seorang anak berusia 6 bulan. Sy ingin membuat permohonan cerai kerana sudah tiada persefahaman dlm rumah tangga, dan tidak tahan dgn sikap panas baran suami, juga sikap mementingkan dirinya sendiri, serta tidak menunaikan tanggungjawab kepada Allah, dan juga kerap mengabaikan sy dan anak sehingga pulang lewat malam ke rumah akibat gemar melepak di luar. Suami juga bersikap kasar dan seringkali melontarkan kata-kata kesat kepada sy mengakibatkan sy berasa tertekan dan tawar hati kepadanya. Untuk makluman, sy sudah pernah menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama islam pahang iaitu di kampung halaman sy tetapi suami enggan hadir dan sy juga pernah membuat permohonan cerai di kampung sebelum ini, namun sy menarik balik permohonan tersebut kerana percaya suami akan berubah. Tetapi sikap suami tetap tidak berubah dan semakin berkelakuan buruk. Soalan sy, perlukah sy membuat permohonan cerai di kem tempat kerja suami terlebih dahulu atau terus pergi ke mahkamah rendah syariah melaka untuk mengisi borang permohonan cerai? Kerana sy khuatir prosuder perceraian bagi seorang anggota unit beruniform adalah berbeza daripada orang awam. Soalan sy yg ke dua, perlukah sy keluar dari rumah kelamin kami, setelah sy membuat permohonan cerai di mahkamah walaupon talak belum dilafazkan? Kerana sy bimbang suami akan mengapa-apakan sy sekiranya dia mengetahui bahawa sy telah menuntut cerai drpdnya. Terima kasih terlebih dahulu kerana sudi membantu sy.
Balas
# menuntut cerai bg isteri tenteraPanel Pertanyaan Web MSNM 2015-10-07 11:27
wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkaitan persoalan yang diberikan, puan boleh terus hadir ke Mahkamah bagi mendaftarkan permohonan cerai tanpa membuat permohonan di Kem Tentera.

Seorang isteri dikira nusyuz (derhaka) kepada suaminya jika keluar rumah tanpa kebenaran suami. Namun sekiranya bimbang suami melakukan sebarang tindakan di luar kawalan, puan boleh mendapatkan perlindungan di luar rumah bagi menjamin keselamtan diri. Nasihat saya, puan perlu merujuk kepada Pegawai Agama di Kem Tentera terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat yang sewajarnya sebelum keluar daripada rumah.

Terima Kasih
Balas
# penceraianani 2015-09-30 20:29
saya telah ke majlis agam islam pada 18.9.2015 berkenanan pengesahan lafaz cerai.mereka ada memberi saya surat untuk ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai.akan tetapi saya masih belum menghantar surat itu ke mahkamah adakah saya masih boleh hantar surat itu kerana saya ingatkan suami akan berubah malah sebaliknya
Balas
# penceraianPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-10-02 15:49
Terima kasih bagi persoalan tersebut.

Surat daripada Majlis Agama Islam berkaitan pengesahan lafaz cerai itu boleh dibawa ke mahkamah pada bila-bila masa. Surat tersebut perlu bagi mendaftarkan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah Syariah.

Terima Kasih
Balas
# Permohonan wali hakimSiti Zulaikha binti Abdul Hali 2015-09-07 04:09
Assalammualaikum w.b.t.

Saya bakal berkahwin dan masih mempunyai bapa kandung sebagai wali. Saya juga terbaca mengenai syarat sah wali. Saya agak khuatir bahawa bapa saya mungkin tidak boleh menjadi wali yang sah kerana bapa saya bukan seorang yang patuh ajaran Islam. Sejak kecil saya tidak diajar mengenai ajaran agama. Saya mempelajari ibadat agama di sekolah dan di kelas agama. Tambahan, saya mempunyai masalah keluarga bapa pernah berkata kepada adik lelaki bahawa dia mungkin enggan menikahkan saya.

Persoalannya, perlukah saya memohon wali hakim? Jika perlu, bagaimana prosedur tersebut?

Terima kasih.
Balas
# Permohonan wali hakimPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-09-10 15:39
wa\'alaikumussalam w.b.t,

Berkenaan soalan berikut, untuk pengetahuan puan, bapa merupakan wali mujbir kepada anak perempuannya. Perpindahan wali hanya boleh berlaku sekiranya bapa telah meninggal dunia atau telah bertukar agama kepada agama selain Islam setelah mendapat pengesahan daripada mahkamah dan undang-undang berkenaan pertukaran agama itu.

Tetapi sekiranya bapa enggan untuk menjadi wali pernikahan, puan perlulah membuat permohonan wali enggan/wali hakim.Puan perlu berurusan dengan Pejabat Agama Islam terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di mahkamah Syariah.

Terima Kasih
Balas
# penceraianafiq 2015-09-03 22:40
Assalamualaikum..saya mempunyai isteri yang sedang mengandung dan seorang teman wanita,teman wanita saya selalu mnyuruh saya meninggalkan isteri saya dan saya memberitahu teman wanita saya(nanti la lepas isteri saya beranak dulu) tanpa niat saya ingin menceraikan isteri saya...adakah jatuh talak ...???
Balas
# penceraianPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-09-10 15:38
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Lafaz talak terbahagi kepada dua, iaitu lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (tidak jelas). Sekiranya sesuatu lafaz perceraian itu mencukupi syarat-syarat maka ianya dikira jatuh talak.

Namun begitu, ini adalah pandangan pada pandangan saya sahaja. Nasihat saya, sebaiknya tuan perlulah hadir ke Mahkamah Syariah dan membuat pengesahan lafaz perceraian supaya hakim dapat membuat keputusan yang lebih jelas samada sabit atau tidak sabit lafaz perceraian tersebut.

Terima Kasih
Balas
# pn. Syira 2015-08-06 23:58
Assalamualikum wbt.

Adakah prosedur yang boleh dirujuk untuk tuntutan nafkah oleh isteri sekiranya belum bercerai.

Sejak berkahwin suami mengabaikan tanggunjawab memberi nafkah terhadap keperluan keluarga dan isteri.

Adakah saya boleh menuntut nafkah tanpa melalui proses perceraian?

Perlukan melalui proses khidmat kaunseling?

Jika dibolehkan apakan jenis tuntuan yang boleh dibuat, misalnya nafkah perbelanjaan anak2 yang telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh isteri.
Balas
# nafkahPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-19 11:24
wa\'alaikumussalam,

Terima Kasih atas persoalan tersebut.

Bagi situasi tersebut, Puan perlu mendapatkan nasihat Peguam Syarie atau boleh terus berurusan terus dengan pihak mahkamah. sekiranya puan mendaftarkan kes tersebut di mahkamah, maka kes seperti ini akan diagihkan ke bahagian Sulh bagi mengadakan sesi perbincangan diantara suami dan puan yang akan dibantu oleh pegawai Sulh bagi mendapatkan persetujuan bersama. Namun sekiranya proses Sulh itu gagal mencapai kata sepakat, maka kes ini akan dibicarakan di hadapan Hakim.

Terima kasih.
Balas
# poligamisiti naurah 2015-07-29 09:00
Salam alaik , bagaimana proses untuk brpoligami tanpa persetujuan isteri pertama kerana isteri pertama tidak mengizinkan .saya bakal isteri kedua .mereka mempunyai dua anak lelaki yang mana seorang di jaga di melaka seorang di kl .hampir 2 tahun mereka tidak sebumbung
Balas
# poligamiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-04 11:30
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya. Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa perkahwinan poligami perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut : -

(1) Tiada seorang lelaki pun semasa berterusannya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang
lain dengan perempuan lain.
(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.
(3) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan di dalam Negeri Melaka seseorang lelaki yang bermastautin di dalam atau di luar Negeri Melaka dan bagi perkahwinan di luar Negeri Melaka seseorang lelaki yang bermastautin di dalam Negeri Melaka.
(4) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan
perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperoleh terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.
(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteriisterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati
Balas
# Statistik Kes CeraiJESSE VINCE 2015-07-28 07:04
Salam semua. Nama saya Jesse, siswa UiTM Johor. Untuk pengetahuan pihak mahkamah, saya telah diberikan tugasan mengenai isu-isu perkahwinan oleh pensyarah dan saya telah memilih untuk menyiasat perkara mengenai kes cerai di Melaka. Saya hendak mendapatkan statistik kes cerai mengikut punca dari tahun 2006 hingga 2011. Harap pihak tuan?puan?saudara?saudari boleh membantu saya. Terima kasih.
Balas
# Statistik Kes CeraiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-04 11:30
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.

Puan perlu terlebih dahulu berurusan dan berjumpa dengan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk urusan berkenaan.

Terima Kasih.
Balas
# Diri teraniayaiNurul aqidah binti abd rahman 2015-07-15 05:28
Bulan 9/2014 ketika saya dalam pantang selepas bersalin anak ke 2,suami ditugaskan bekerja di sarawak, selepas 8 bulan suami pulang, suami telah membuat pengakuan telah melakukan zina lebih daripada 3 kali bersama wanita di serawak dan sekarang wanita itu sedang mengandungkan anak suami, suami ingin bernikah dengan wanita itu tanpa menceraikan saya,disini saya ingin bertanya adakah boleh saya meminta fasakh daripada suami kerana saya tidak yakin suami boleh berlaku adil dan mampu memberi nafkah kepada kedua2 pihak dan anak2 saya. Sekarang suami tidak memberi saya dan anak2 nafkah selama 2 bulan. Suami mengaku tidak ada perasaan terhadap saya dan mengugut ingin mengambil kedua2 anak saya, sedangkan dari kecil keluarga saya yang memberi duit untuk susu anak2 kerana suami mempunyai masalah dalam mencari pekerjaan. Apakah saya mempunyai peluang untuk menyara dan membela kedua2 anak perempuan saya.
Balas
# Diri teraniayaiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-04 11:27
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv)melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya
adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati
melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu puan akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan puan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.
Balas
# Diri teraniayaiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-04 11:29
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv)melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya
adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati
melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu puan akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan puan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.
Balas
# Kes RayuanAbdul Rahman Bin Abdullah 2015-07-02 18:53
Saya tidak berpuas hati dengan suatu perintah injunksi yang telah di tolak oleh mahkamah tinggi syariah.

Saya telah memfailkan notis rayuan sehari selepas perintah di keluarkan.

Setelah lebih setahun berlalu tiada apa-apa maklumat yang saya peroleh dari makamah.

Apa tindakan yang patut saya buat?
Balas
# Kes RayuanPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-04 11:26
Encik boleh menghubungi atau berjumpa dengan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk mendapatkan kepastian berkenaan kes tersebut

Terima Kasih
Balas
# pemotongan gaji nafkah anakNORKARMILA BINTI MOHD NOOR 2015-07-02 16:38
assalamualaikum
saya telah pun membuat tuntutan nafkah anak dan telah mendapat perintah mahkamah mengenai hak jagaan dan tuntutan nafkah bulanan anak.Akan tetapi saya telah mengalami masalah menguruskan perbelanjaan bulanan akibat kelewatan pihak bekas suami membayar nafkah anak. Oleh itu, apa yang perlu saya sediakan untuk saya membuat proses semula agar dapat mengubah perintah mahkamah tentang pemotongan gaji untuk nafkah bulanan anak?
perlukah saya menyediakan bank statement sebagai bukti kerana lewat memasukkan duit nafkah bulanan anak?
Balas
# pemotongan gaji nafkah anakPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-07-30 10:46
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Bagi kes ubah peintah mahkamah nafkah anak, pihak kami akan merujuk puan ke bahagian Sulh di mahkamah syariah, di mana semasa proses Sulh itu berlangsung, puan akan diberi panduan secukupnya bagi menyelesaikan kes berikut.

Terima Kasih.
Balas
# pertanyaan rujuksaleha 2015-06-12 20:30
Assalamualaikum. di sini saya ingin bertanya, jika sudah terima lafz cerai dan kemudian ingin merujuk semula, apa yang perlu dilakukan? perlu pergi pejabat agama untuk lafaz rujuk ke? kena bawa saksi sekali ke? terima kasih
Balas
# RujukPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-08-04 11:26
Wa\'alaikumussalam w.b.t,

Bagi tujuan untuk rujuk semula selepas perceraian perlulah terus merujuk kepada Pejabat Agama.

Terima Kasih.
Balas
# surat ceraiBadariah 2015-05-18 12:36
Assalam. Adakah pihak mahkamah akan mengeluarkan satu surat kepada plantif dan defendan setelah bercerai pd hari lafaz tersebut? surat itu dikeluarkan oleh ketua pendaftar cerai dan ditandatangani.surat itu bkn sijil cerai tapi makluman perceraian. Adakah ia palsu atau memang mahkamah yang keluarkan? sy perlukan penjelasan dari pihak mahkamah adakah ia palsu atau benar.
Balas
# surat ceraipegawai penyelidik 2015-06-02 09:00
wa\'alaikumussalam.

Terima kasih atas pertanyaan.

Sila bawa surat berkenaan untuk disemak oleh ketua pendaftar.
Puan boleh datang pada bila-bila masa ke Kompleks Mahkamah Syariah di Ayer Keroh.

Terima Kasih.
Balas
# peralatan yg tidak dikembalikanshapiei bin mohd rasul 2015-05-18 12:36
Anak lelaki saya telah bercerai selepas dua tahun kahwin.selepas detaching strength Ringgold Botswana says semua barangan Keperluan harian diambil dari rumah saya.selepas bercerai bekas isteri nya membawa semua barangan menjadi hak miliknya.apakah langkah saya untuk mendapatkan semula barangan yang berharga dari Belgian.
Balas
# peralatan yg tidak dikembalikanpegawai penyelidik 2015-06-02 08:59
Bagi kes yang berkaitan harta selepas perceraian, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap tuntutan nafkah, muta\'ah perkahwinan dan harta sepencarian. Pihak-pihak boleh menuntut hak ke atas berikut samada dengan persetujuan kedua-dua pihak atau membuat tuntutan di Mahkamah Syariah bagi ditentukan hak masing-masing oleh Hakim. Sekiranya suatu perintah Mahkamah telah dikeluarkan maka perlulah dipatuhi perintah tersebut. Jika ada pihak-pihak yang melanggar perintah tersebut maka boleh dikenakan hukuman.

Terima kasih.
Balas
# Guest 2015-05-18 12:36
Assalam. Sy ingin bertanya. Adakah mahkamah syariah daerah jasin akan mengeluarkan satu surat menyatakan plantif dan defendan telah bercerai? Dan surat tu diberikan pd plantif n defendan pd hri tersebut. ( bkn sijil nikah) surat tersebut ada tandatangan ketua pendaftar tetapi tidak ada cop mahkamah. Adakah surat itu palsu?
soalan ke 2. berapa lama sijil cerai boleh diambil.?
Balas
# pegawai penyelidik 2015-06-02 08:59
wa\'alaikumussalam.

Terima kasih atas pertanyaan.

Sila bawa surat berkenaan untuk disemak oleh ketua pendaftar.
Tuan/Puan boleh datang pada bila-bila masa ke Kompleks Mahkamah Syariah di Ayer Keroh.

Terima Kasih.
Balas
# surat perceraian.mariam bin ahamad 2015-05-18 12:35
Saya ingin bertanya. Adakah pihak mahkamah rendah daerah jasin ada mengeluarkn surat makluman bercerai ( bkn sijil cerai? Kpd plantif dan defendan slps bercerai pd hr tersebut iaitu hr perceraian. Dalam surat itu ada tandatangan ketua pendaftar. berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan sijil cerai bg lelaki dan ppuan.?
Balas
# surat perceraianpegawai penyelidik 2015-06-02 08:59
wa\'alaikumussalam.

Terima kasih atas pertanyaan.

Sila bawa surat berkenaan untuk disemak oleh ketua pendaftar.
Puan boleh datang pada bila-bila masa ke Kompleks Mahkamah Syariah di Ayer Keroh.

Terima Kasih.
Balas
# tuntutan nafkahfatin 2015-05-18 12:25
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang tuntutan nafkah tertunggak terhadap bapa saya. ibubapa saya berkhawin pada 1979 sehingga februari 2015 (kini dalam proses penceraian). selama perkhawinan, bapa saya tidak memberi nafkah untuk kami adik-bradik yang terdiri dari 7 orang.segala perbelanjaan termasuk untuk bapa saya, ditanggung oleh ibu saya sendiri. hanya bermula pada 2012, bapa saya mula memberi nafkah yang berserta syarat duit tersebut hanya untuk membeli barang makan sahaja kepada ibu saya. saya berumur 26 tahun, pernah bekerja dan kini saya sedang menyambung pelajaran, adakah saya boleh membuat tuntutan nafkah tertunggak terhadap bapa saya? sekian, terima kasih.
Balas
# tuntutan nafkahpegawai penyelidik 2015-07-02 16:40
Terima Kasih atas persoalan.

Pada pendapat saya, kes seperti ini memerlukan nasihat dan panduan mereka yang pakar dan arif tentang undang-undang dan hukum kerana ianya melibatkan isu tuntutan tunggakan nafkah yang agak lama. Puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana peguam syarie yang bertauliah bagi memudahkan dan melancarkan tuntutan tersebut atau boleh dating terus ke kaunter Mahkamah Syariah bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas..

Sebagai panduan, puan boleh merujuk kepada Seksyen 70.ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002 :

(1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar hendaklah dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat
terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.

Terima Kasih
Balas
# nafkah anak tertunggakRose 2015-04-16 13:45
salam,sy ingin bertanya bagaimanakah prosedur untuk membuat aduan tentang nafkah anak yg tertunggak 3 bulan oleh bekas suami saya.TQ
Balas
# Nafkah anak Tertunggakpegawai penyelidik 2015-05-18 12:34
Wa\'alaikumussalam,

Terima kasih atas persoalan berikut,

Langkah yang perlu diambil oleh pihak puan adalah dengan membuat aduan di Mahkamah Syariah. Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendaftarkan kes dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu kes puan ini akan diagihkan ke unit Sulh, yang mana pihak-pihak akan dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi, yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian tercapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa. Sekiranya proses Sulh ini gagal, maka kes ini akan dibicarakan dihadapan hakim di dalam mahkamah.
Balas
# perkahwinan dengan warga asingErnawati bt Mahidi 2015-04-10 10:18
Salam,saya ada seorang kawan perempuan yang berkahwin dengan warga australia.selama 2 tahun berkahwin tiba-tiba suami dia ajak berpisah,tapi bukan bercerai.Dalam masa 2 minggu berpisah dia ada menhantar nafkah dan tetapi selepas itu terus tiada khabar berita dari suaminya,ada tak apa-apa hak dan macam mana nak buat tuntutan.
Balas
# perkahwinan dengan warga asingPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-04-20 14:20
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana
beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)
bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga
bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau
lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan
perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada
masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami
telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur
baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi
oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara
lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan
aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup
keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv)
melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan
hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada
menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri
lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau
isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan
atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya
adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)
apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di
bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati
melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Sila datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.
Balas
# Tuntutan fasaknorhaida 2015-03-25 21:22
Assalamualaikum.
Saya ada seorang kawan perempuan yang berkerja sebagai guru. Masalah dia adalah berkahwin dengan suami yang mengambil syabu. Semasa awal perkahwinan, dia tidak tahu yang suami dia mengambil syabu. Sekarang usia perkahwinannya sudah mencecah 7 tahun. Baru tahu yang suaminya ambil syabu. Tanda-tanda orang ambil syabu ada pada suami dia. Sekarang dia dalam dilemma antara perlu minta fasak atau tidak. Masalah dalam rumah tangga sering berlaku. Dia ingin membantu suami dia untuk pulih tapi suami dia sendiri tidak ada usaha untuk pulih. malah masih mengambil lagi syabu tersebut. Dia memikirkan kesan pada anak-anak jika dia teruskan perkahwinan tersebut. saya ada nasihat untuk datang kaunseling tapi dia takut suami dia mengamuk.
Apakah jalan penyelesaian yang patut dia buat?
Balas
# Tuntutan fasakhPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-04-08 12:29
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati
melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu puan akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan puan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.
Balas
# HARTA FARAID KEPADA BEKAS ISTERISARI HANUN BT MD DIN 2015-03-23 19:13
Assalamualaikum w.b.t.,
Saya ingin bertanya berkaitan dengan dokumen yang diperlukan sekiranya saya mohon surat faraid dari Mahkamah Tinggi Syariah. Arwah ayah saya pernah berkahwin sebelum ini dengan isteri pertama dan mempunyai 5 orang anak. Mereka bercerai dan masing-masing berkahwin lain (ayah saya berkahwin dengan ibu saya). Oleh itu, saya ingin bertanya sekiranya dokumen surat cerai dengan isteri pertama tiada, adakah dibolehkan untuk mengemukakan surat nikah bekas isteri pertama dengan suami sekarang? Atau adakah dibolehkan untuk mengemukakan hanya dokumen waris yang berhak sahaja iaitu anak-anak ayah saya dan ibu saya sahaja? Ini kerana kami kebanyakannya sibuk dan saya mengambil cuti yang terhad untuk uruskan permohonan ini. Cuma menjadi masalah ialah surat cerai yang dimaksudkan tidak dapat diperoleh.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2015-04-02 16:58
wa\'alaikumussalam,

Terima Kasih atas persoalan.

Bagi keadaan berikut, Mahkamah biasanya akan menyiasat terlebih dahulu samada berlaku perceraian atau tidak di antara pasangan. kebiasaanya Mahkamah memerlukan dokumen asal sijil cerai untuk pengesahan perceraian. Tetapi sekiranya tiada sijil nikah yang dikemukakan atas alasan hilang atau sukar dicari, maka mahkamah akan membuat siasatan dengan mengambil kenyataan dan perakuan daripada bekas pasangan simati beserta saksi-saksi.

Diharapkan penjelasan tersebut dapat membantu.

Terima Kasih
Balas
# tentang harta pusaka nenekMADZENI ABDOL GHANI 2015-03-17 00:47
Assalamualaikum,
Saya mohon pencerahan tentang harta pusaka.Untuk makluman tuan bapa saya telah meninggal dunia dan emak bapa saya (nenek) masih lagi hidup.
saya indin mengetahui adakah saya adik beradik ataupun ibu saya layak menerima harta pusaka daripada daripadda nenek.Unruk makluman tuan nenek saya masih lagi mempunyai anak yang masih hidup.untuk makluman tuan juga semasa arwah ayah saya masih hidup dia menjaga nenek saya dari dia bujang sehingga mempunyai cucu dan meninggal.Lebih kurang 40 tahun lebih.
Sekian Terima kasih.
Balas
# tentang harta pusaka nenekPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-04-02 16:58
wa\'alaikumussalam,

Terima Kasih atas persoalan.

Bagi keadaan seseorang yang telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum pemilik harta, waris bagi orang tersebut tidak layak untuk menerima bahagian faraid, kecuali ada dibuat permohonan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah oleh anak-anak waris tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu.

Menurut Seksyen 27 ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005:

(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada harta pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga, bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

(2) Kadar wasiat wajibah cucu hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam harta pusaka datuknya yang mati, dengan andaian bahawa ayahnya itu mati selepas kematian datuknya: Dengan syarat bahawa wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati.

(3) Cucu itu tidak berhak kepada bekues jika dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika datuk atau neneknya semasa hayatnya dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi mereka harta yang bersamaan dengan apa yang mereka berhak untuk menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat bahawa jika wasiat itu kurang daripada apa yang dia sepatutnya berhak menerima, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika wasiat itu melebihi apa yang dia sepatutnya berhak menerima, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat suka rela yang tertakluk kepada persetujuan waris-waris.


Diharapkan penjelasan tersebut dapat membantu.
Balas
# Pengambilan anak angkatAbdul Halim Bin Dandai 2015-03-05 19:24
Assallamualaikum,

Saya ingin mengambil anak saudara saya menjadi anak angkat saya, bagaimanakah procedure yang sepatutnya.
Saya harap pihak tuan/puan dapat menerangkan secara detail apakah document yang diperlukan dalam proces ini.

Sekian Terima kasih,

Yang Benar,
Abdul Halim Dandai
Melaka
Balas
# Pengambilan anak angkatPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-17 14:57
wa\'alaikumussalam,

Terima kasih atas pertanyaan tersebut.

Bagi proses pengangkatan anak angkat bukanlah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Encik boleh merujuk terus kepada Jabatan pendaftaran Negara bagi proses pengambilan anak angkat dan sekiranya inginkan panduan yang lebih jelas boleh dapatkan nasihat daripada Jabatan Bantuan Guaman.

Terima Kasih
Balas
# mazitah binti tamat 2015-02-25 00:07
Salam..sy wakil bg kakak kandung sy nk tanya surat faraid dr simpn kakak hilang..blh tak kakak sy dpt salinan surat tui balik dr mahkamah syariah air keroh..trima ksih
Balas
# sijil faraidPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-10 11:23
wa\'alaikumussalam,

Sila datang ke kaunter Mahkamah Syariah untuk mendapatkan salinan sijil faraid tersebut.

Terima Kasih
Balas
# faraidadam 2015-02-16 08:47
salam,saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta pusaka kecil telah dibuat mengikut hukum faraid akan tetap merumitkan apabila 2rumah tersebut satu ibu tiri saya duduk dan satu lagi dia ambil duit sewa tersebut.kwsp pn dia ambil semuanya tampa mambuat pembahagian faraid seperti yang telah tercatat dalam pusaka kecil itu.so secara keseluruhannya semua harta tersebut dimonopoli oleh ibu tiri saya.saya telah failkan semula di mahkamah syariah jadi pertanyaan saya bolehkah saya mohon mahkamah syariah utk beri surat kuasa untuk jual semua harta tersebut dan dibahagi mengikut faraid?
Balas
# faraidPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-03 09:59
wa\'alaikumussalam,
Terima kasih atas persoalan.

Bagi pengurusan harta pusaka ada beberapa agensi yang terlibat dan mempunyai bidangkuasa yang berbeza. Fungsi Mahkamah Syariah adalah bagi menentukan waris-waris yang berhak mendapat faraid dengan mengeluarkan perintah dalam bentuk sijil faraid, selain itu membuat pengesahan hibah, penentuan hak dalam harta sepencarian kepada pasangan simati sekiranya ada pertikaian,wakaf dan lain-lain.

Bagi urusan surat kuasa mentadbir samada Grant of Probate atau Letter of Administration bukanlah dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Ianya melibatkan bidangkuasa Mahkamah Sivil (nilaian harta simati melebihi RM2 juta, gabungan harta alih dan tak alih), Bahagian Pusaka Kecil JKPTG (nilaian harta simati kurang RM2 juta, gabungan harta alih dan tak alih), dan Amanah Raya Berhad (nilaian harta simati kurang RM600 ribu,harta alih sahaja).

Diharapkan dengan maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan.

Terima kasih.
Balas
# Tuntutan fasakhizah 2015-02-10 08:17
Assalamualaikum. Sy ditinggal oleh suami tanpa nafkah zahir batin. Suami cuma beri nafkah ank2 pd bln 10/2014 dan 1/2015.
Untuk makluman..suami jarang sekali (seingat saya hampir tiada) memberi nafkah sepanjang kami kahwin dan punya anak2.
Sepanjang tempoh itu suami tidak bertanyakan khabar anak2. Dan hanya melawat anak2 3kali sahaja.
Kami sudah ke kaunseling sebanyak 2kali. Namun pihak suami tetap berkeras dengan berdiam tanpa kata putus.
Puncanya..saya halang dia utk berkahwin dan hal ini sudah diketahui oleh kedua2 ibu bapa dan adik beradik kami(sebelah saya dan suami.)
Soalan saya...adakah kes fasakh saya(saya mahu mohon) akan lancar dan segera selesai jika ada kerjasama suami?
Adakah akan gugur hak penjagaan anak2 untuk saya?
Adakah tuntutan yang saya tidak layak untuk pohon jika saya mohon fasakh? Minta pencerahan.
Terima kasih.
Balas
# Tuntutan FasakhPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-10 11:24
Wa\'alaikumussalam,

Pada pandangan saya, sekiranya ada kerjasama daripada pihak suami, maka kes ini boleh dipinda daripada kes fasakh kepada kes perceraian di dalam Mahkamah secara persetujuan oleh pihak-pihak.

Berkenaan hak penjagaan anak tidak gugur sekiranya berlaku fasakh.
Hak hadahanah, muta\'ah dan ada beberapa hak-hak yang berkaitan akan tidak layak dituntut sekiranya fasakh berlaku.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hadir ke kaunter Mahkamah atau mendapatkan bantuan nasihat dari mana-mana Peguam Syarie.

Terima Kasih.
Balas
# tuntutan fasakhPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-10 11:24
Wa\'alaikumussalam,

Pada pandangan saya, sekiranya ada kerjasama daripada pihak suami, maka kes ini boleh dipinda daripada kes fasakh kepada kes perceraian di dalam Mahkamah secara persetujuan oleh pihak-pihak.

Berkenaan hak penjagaan anak tidak gugur sekiranya berlaku fasakh.
Hak nafkah eddah, muta\'ah dan ada beberapa hak-hak yang berkaitan akan tidak layak dituntut sekiranya fasakh berlaku.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hadir ke kaunter Mahkamah atau mendapatkan bantuan nasihat dari mana-mana Peguam Syarie.

Terima Kasih.
Balas
# children visitationkameel 2015-01-22 04:20
Dear Sir/Madam,
my name is Ciro Cattaneo, muslim name Mohamed Kameel. I got married with a Malay woman in 2008 and divorced in 2013 in Melaka, we have 2 children, Yasmin 3 1/2 years and Eilhaan 1year old. Last time I saw them was on 23/11/2014 through Skype, I normally visit them every 3 months travelling to Malaysia and I normally see them through Skype every week. Now the mother has decided to hide them to try to get more money from me. Now I think Im in need of a legal help as it\'s not right her abuse of power on the children. I would like to determine what\'s the amount to be paid and the children visitation timing for a father or even custody. I am not a wealthy man and I have other two older children in Italy from a previous relationship to maintain. Please let me know if you could help me and what are your fees and suggestions. I care for my children very much and I would love to see them more often and be close to them, but the mother has been very unfair and abusive to me, so I don\'t have any other solution than to seek the help of a court.
If you cannot help me directly can you please suggest someone who can?
Waiting for your reply
Sincerely
Mr. Ciro Cattaneo ( Mohamed Kameel)
0091-9791038337
Balas
# children visitationPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-01-26 12:50
related to the following questions:
The first thing you must do is to determine if there is a court order regarding custody and visitation rights of children. If there is no court order, then you can register this case to syariah court to seek visitation rights of children. If your ex-wife does not obey the court order, it is insulting to the court and may be subject to other penalties.

Can you try to get help from the Shariah lawyers to assist you to solve this problem as soon as possible.

Thank you.
Balas
# norhayati 2015-01-19 16:43
assalamualaikum,
bagaimana proses permohonan perceraian sekiranya kad nikah/sijil nikah telah hilang? adakah perlu pasangan tersebut membuat sijil / kad yang baru semata-mata untuk bercerai?
Balas
# sijil nikahPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-01-21 09:41
wa\'alaikumussalam,

terima kasih atas soalan yang dikemukakan,

sijil nikah diperlukan semasa perbicaraan dihadapan hakim bagi memastikan tiada sebarang keraguan tentang pernikahan puan.

Puan boleh cuba untuk dapatkan sijij nikah di pejabat agama daerah puan diakad nikahkan.

Terima Kasih
Balas
# mohon cerainor 2015-01-19 16:41
salam sejahtera,
saya ingin mengetahui apakah berdosa sekiranya seorang isteri selalu memendam rasa dan hasrat ingin berpisah daripada suami memandangkan suami sering memberi tekanan fizikal dan mental kepada si isteri?dan jika berlaku sedemikian, wajarkah si isteri meminta cerai daripada suaminya?
terima kasih atas maklum balas tuan/puan.
Balas
# mohon ceraiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-03 10:00
wa\'alaikumussalam w.b.t

Puan boleh samada menfailkan fasakh atau takliq sekiranya enggan menceraikan dan puan sentiasa menerima tekanan fizikal dan mental daripada suami.

untuk keterangan lebih lanjut, puan boleh berkunjung ke kaunter Mahkamah Syariah atau mendapatkan khidmat Peguam Syarie

Terima Kasih
Balas
# Salinan Sijil Faraidhedzir bin idris 2015-01-08 16:07
Salam Tuan/Puan

Saya Hj. Hedzir Bin Idris ingin mendapat pencerahan bolih ke saya dapatkan salinan sijil faraid kerana sijil faraid yang kami dapat telah hilang.

Keduanya bagaimanakah caranya untuk mendaptkan salinan sijil faraid tersebut serta nyatakan dokumen2 yang diperlukan.

sekian terima kasih

Hj. Hedzir Bin Hj. Idris
Balas
# Salinan Sijil FaraidPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-01-12 14:23
wa\'alaikumussalam w.b.t,

Terima kasih atas soalan,

Encik perlu hadir ke kaunter mahkamah syariah bagi cuba untuk mendapatkan salinan tersebut.
Balas
# Mut\'aahshukeri najib 2015-01-07 18:36
Seorang perempuan yang telah bercerai sebanyak dua kali tetapi suaminya rujuk pada perceraian pertama.. sekarang telah bercerai kali kedua .. Soalannya bolehkah perempuan tersebut menuntut mut\'aah dua kali .. kali pertama utk perceraian pertama dan kali kedua utk perceraian kedua.. mohon pencerahan...
Balas
# Mut\'aahPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-01-12 14:31
Terima kasih atas soalan.

Pertamanya, perlulah dibuat pengesahan perceraian di mahkmahah terlebih dahulu sekiranya belum berbuat demikian. Sekiranya sabit perceraian tersebut maka hakim boleh untuk samada mensabitkan atau tidak muta\'ah tersebut.

Diharapkan jawapan ini dapat membantu

terima kasih
Balas
# nur azlina 2014-12-15 16:13
assalamualaikum..saya seorang pelajar tahun akhir, sedang menjalankan projek ilmiah dan sedang mengkaji kes terbaru yang berkaitan mutaah. saya menemukan kes tersebut yang berlaku di mahkamah pihak tuan. akan tetapi kes tersebut tidak disebut tidak menyatakan plaintif mahupun nama defenden serta citation kes. diharap pihak tuan sudi untuk memberikan kes penuh yang sebenar.
kes mal bil: 04100-016-0176-2007
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-16 09:04
Sila buat temujanji dan hadir sendiri ke mahkamah dan berurusan dengan Ketua Pendaftar bagi mendapatkan maklumat yang lengkap.

Terima kasih
Balas
# Pembahagian Harta - Wasiat WajibahJamilah Ahmad 2014-12-13 07:57
Assalammualaikum, saya nk bertanya mengenai pembahagian harta pusaka atok, di mana ibu saya telah meninggal dahulu daripada atok. Maka adik beradik ibu mengata bahagian ibu hanyala mendapat 2k sahaja itupun saguhati. Apa yang menjadi persoalannya, makcik saya mendapat puluhan ribu dengan alasan beliau menjaga atok dan nenek. Ketika arwah nenek meninggal beliau telah mendapat brg kemas nenek, dgn alasan telah menjaga nenek, ketika atok pula meninggal, beliau mendapat tanah dan rumah yang diduduki atok. Skrg dgn jualan tanah getah pula, dgn bermodalkan alasan yg sama, beliau mendapat puluhan ribu. Adakah ini adil bagi kami anak2 yatim piatu?? Makcik saya ibu tunggal yg masih belum bercerai ketika tinggal dgn atok nenek. Adakah patut dia mendapat harta yg byk? Untuk pengetahuan tuan, ibu telah mendapat tanah setapak umah, asalnya tanah itu kepunyaan kakak nenek(tiada anak),beliau meninggal dan nenek wasiatkn tanah itu kepada ibu. Atok berhutang dgn org kg(penyewa rumah atas tanah ibu) sebyk 1k, dgn syarat sesiapa membyr hutang itu, akan dpt tnh itu, ibu sy telah membayarnya. Oleh itu, ibu bkn mendapat itu secara percuma !! Berikut adalah senarai bayaran hasil jualan tanah, 1. paklong- meninggal mendpt 10k, 2.ibu - meninggal (2k-saguhati), 3. maklang- meninggal (tidak mendpt apa2 krn dibela org lain, 4. Makcik 40k (anak dewasa, semua dah berkahwin) 5. pakcik 15k. Saya berharap pihak tuan dpt menjelaskan perkara ini.Terima Kasih
Balas
# wasiat wajibahPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-03 09:58
wa\'alaikumussalam,

Terima Kasih atas persoalan.

Waris yang telah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum pemilik harta, maka waris tersebut tidak layak untuk menerima bahagian faraid, kecuali ada membuat permohonan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah oleh anak-anak waris tersebut berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu.

Menurut Seksyen 27 ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005:

(1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu berhak kepada satu pertiga daripada harta pusakanya dan, jika cucu itu diberi kurang daripada satu pertiga, bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

(2) Kadar wasiat wajibah cucu hendaklah setakat kadar bahagian ayahnya dalam harta pusaka datuknya yang mati, dengan andaian bahawa ayahnya itu mati selepas kematian datuknya: Dengan syarat bahawa wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka si mati.

(3) Cucu itu tidak berhak kepada bekues jika dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika datuk atau neneknya semasa hayatnya dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi mereka harta yang bersamaan dengan apa yang mereka berhak untuk menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat bahawa jika wasiat itu kurang daripada apa yang dia sepatutnya berhak menerima, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika wasiat itu melebihi apa yang dia sepatutnya berhak menerima, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat suka rela yang tertakluk kepada persetujuan waris-waris.


Diharapkan penjelasan tersebut dapat membantu.

Terima Kasih
Balas
# hak melawat dan penjagaan anakmohd khairil azwan 2014-12-10 03:16
Assalamulaikum. Saya seorang bapa yang mempunyai dua orang anak. Telah bercerai Dan sekarang anak-anak saya dijaga Oleh bekas isteri. Seorang berusia 6 tahun. Seorang lagi berusia 5 tahun. Selepas bercerai dia brjanji membenarkan saya melawat Dan boleh berbincang tentang mereka. Selama hampir setahun saya melayan kerenah bekas isteri saya yang tidak membenarkan saya melawat anak-anak saya. Hanya sekali saya dapat melihat anak-anak saya itu dengan bekas isteri mengikuti saya bersama makciknya. Saya ingin bertanya bagaimana hendak mendapat hak me lawat Dan hak jagaan anak-anak. Kerana tidak tahan dengan sikapnya yang menggunakan anak-anak saya. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian terima kasih.
Balas
# hak melawat dan penjagaan anakPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-03 09:58
wa\'laikumussalam,

Terima Kasih di atas persoalan berikut.

Encik perlulah menfailkan kes Hadhanah anak bagi mendapatkan hak lawatan ke atas anak-anak sekiranya isteri tidak memberi kerjasama yang baik dalam perkara ini.

Diharapkan penjelasan tersebut dapat membantu.

Terima Kasih.
Balas
# proses penceraianlin 2014-12-08 09:52
saya seorang pelajar, saya ada tugasan berkenaan bagaimana proses penceraian mengikut enakmen syariah negeri Melaka. bolehkah pihak tuan memberi proses penceraian secara lengkap? terima kasih.
Balas
# Proses penceraianPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-08 15:10
Terdapat beberapa proses penceraian mengikut kategori jenis perceraian. Sila buat temujanji dan hadir sendiri ke mahkamah bagi mendapatkan maklumat yang lengkap.

Terima kasih
Balas
# Ida 2014-12-08 09:46
Assalamualaikum wbt...
Hubungan saya & suami sering kali bermasalah kerana sikapnya yang terlalu ego. Saya pernah membuat 2 aduan terhadap suami & kami telah diberikan runding cara perkahwinan kali pertama di PAID Hulu langat pada tahun 2009 dan kali kedua di PAID Jasin pada 2014. Baru-baru ini suami telah memfailkan permohonan cerai terhadap saya atas 4 alasan, antaranya saya didakwa sering melawan, keluarga saya didakwa masuk campur dalam urusan rumah tangga, saya didakwa pernah menghalau suami dari rumah dan ayah saya didakwa menumbuk & meludah suami. Namun, atas persetujuan bersama suami telah menarik balik permohonan cerai tersebut. Untuk makluman, hubungan kami sering bermasalah kerana sikap kurang bertanggung jawab suami & ego yang terlalu tinggi sehingga sebarang nasihat yang diberikan oleh saya mahupun orang tua saya tidak dipedulikan. Ayah saya memarahi suami kerana anak saudara kami telah menemui video lucah dalam telefin bimbit suami & suami berdendam kerana peristiwa itu. Masalah semakin teruk apabila suami berlaku biadap terhadap ibu bapa saya & apabila ibu bapa saya meminta agar suami meminta ampun, suami enggan berbuat demikian. Ibu bapa saya telah menyatakan mereka tidak akan mengampunkan suami selagi suami tidak memohon ampun & meminta agar saya memohon cerai dari suami. Saya tersepit antara kedua-dua pihak. Selama ini ibu bapa saya telah banyak membantu dari segi kewangan & penjagaan anak-anak kami. Sedangkan suami memang telah menunjukkan rasa benci terhadap kedua-dua ibu bapa saya. Saya sedar ketaatan saya adalah kepada suami tapi saya juga khuatir kerana suami seorang yang mementingkan diri sendiri. Sekiranya saya memilih untuk kekal bersama suami, keluarga akan membuang saya. Sekiranya saya memilih untuk memohon cerai, adakah ini termasuk antara alasan yang dibenarkan untuk memohon fasakh?
Balas
# fasakhPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-16 09:04
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana
beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)
bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga
bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau
lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan
perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada
masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami
telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur
baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi
oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara
lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan
aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup
keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv)
melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan
hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada
menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri
lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau
isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan
atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya
adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)
apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di
bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati
melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu puan akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan puan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.
Balas
# assalamualaikumshamimie 2014-12-08 09:40
Assalamualaikum...saya pernah melakukan kesalahan berpakaian tidak sopan masa lalu saya, jdi telah smpai surat di rumah kampung saya,saya bukan tak mahu pergi ke mahkamah,masalahnya saya sangat risau apabila suami saya dpat tahu,kerana suami sya x boleh terima keadaan mcam tu,dia sudah ckp,pe yg terlibat dalam syariah ini dia akan menceraikan saya sekiranya dia dpat tahu, skrg ni sya buntu terammat sngt,x tahu mahu buat mcm mana, memang slah sya tpi tu masa lalu saya,skrg sy sudah berkeluarga,sya hendak pergi ke pejbat agama tpi sya x pandai bwk motor,apa lagi keta,kalu pergi dgn suami sya dia mesti dapat tahu..tolong la masalah yg saya hadapi ni
Balas
# kesalahan syariahPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-16 09:04
wa\'alaikumussalam..

Pihak pendakwa telah membuat pendakwaan di Mahkamah Syariah, sekiranya puan ingin menyatakan bahawa puan telah insaf dan telah berubah, perlulah dinyatakan dihadapan hakim di dalam mahkamah
Balas
# Berkaitan cerai dan rujuk.Nur Asliza 2014-12-08 09:39
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya, suami saya pernah menghantar SMS kepada saya menyatakan sekiranya saya membuka dan membaca SMS didalam hand phone die tanpa kebenaran maka jatuhlah talak satu keatas saya. Beberapa hair berikutnya kami bergaduh dan saya telah memaksa suami utk membuka password di HP die supaya saya boleh membaca SMS dan die dengan marah telah membukakan password dan membalingkan HP kepada saya dan saya telahpun membuka dan membaca SMS didalam HP tersebut... Soalan saya adakah jatuh talak yang telah dilafazkan oleh suami saya melalui SMS tersebut.. Sekian terima kasih..
Balas
# Berkaitan cerai dan rujuk.Panel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-03 09:58
wa\'alaikumussalam.

Pada pandangan saya, bagi keadaan situasi begini adalah berkaitan syarat yang diberikan oleh suami dan sekiranya syarat tersebut dilanggar oleh isteri maka boleh sabit talak.

Tetapi ianya perlu disiasat oleh hakim bagi mendapatkan kepastian yang lebih jelas samada sabit atau tidak talak tersebut.

sekian terima kasih.
Balas
# cerai fasak atau cerai takliqnurul 2014-12-08 09:37
Suami saya tidak pernah memberi nafkah dari awal perkahwinan iaitu pada bulan 12.2013 sehigga bulan 11.2014

Kemudian saya mendapati suami saya mengedar dadah dan penagih

Saya keliru samada saya perlu menuntut takliq ataupun fasak sebab suami telah melanggar salah satu syarat lafaz takliq? (Iaitu tidak memberi nafkah lebih dari 4 bulan walaupun saya tinggal bersama dia tetapi dia tidak meninggalkan saya melebihi 4 bulan)

Bukti yang macam mana saya perlu kemukakan jika suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir?
Balas
# cerai fasak atau cerai takliqPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-16 09:04
wa\'alaikumussalam w.b.t,

Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)
bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv)
melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri
lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau
isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan
atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya
adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)
apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh dibawah Hukum Syarak.

Berkenaan ta\'liq pula :

(1) Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan ta
Balas
# Tuntutan Harta SepencarianKhalid 2014-11-11 19:59
As Salam Tuan/Puan,

Bolehkah harta sepencarian dan hak penjagaan anak dituntut setelah setahun bercerai.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Tuntutan Harta sepencarianPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-08 09:23
Wa\'aalaikumussalam w.b.t,

Harta sepencarian dan hak penjagaan anak boleh dituntut setelah setahun bercerai
Balas
# Tuntutan CeraiIda 2014-11-04 23:09
Assalamualaikum wbt

Saya telah menerima saman tuntutan perceraian oleh suami dan diminta hadir ke mahkamah pada 20 Nov ini. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak setuju diceraikan?
Balas
# Tuntutan ceraiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-12-08 09:27
wa\'aalaikumussalam w.b.t,

Puan perlu hadir ke Mahkamah Syariah pada tarikh tersebut & boleh nyatakan di dalam Mahkamah bahawa puan tidak setuju untuk diceraikan.
Balas
# Enforcement of custody, maintenance and matrimoniaCrystalline Chua 2014-10-31 18:43
Hi. I would like to enquire about Malaysia\'s enforcement procedure for maintenance, custody and matrimonial assets orders in the Syariah Court. DO you have to file any forms and how do you advice the parties when either party have received the necessary orders and wishes to enforce on it? Please advice.

You can email me at crystalline_CHUA@statecourts.gov.sg

Thank you.
Balas
# Enforcement of custody, maintenance and matrimoniaPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-17 14:55
Related to the following questions:

The first thing you must do is to determine if there is a court order regarding maintenance, custody and matrimonial assets . If there is no court order, then you can register that cases to syariah court to claim all that things. If the parties does not obey the court order, it is insulting to the court and may be subject to other penalties.
Balas
# PoligamiMuhammad Riza 2014-10-08 23:24
Assalam admin,

Sekiranya saya ingin berpoligami dengan janda tiada anak di Klebang, Melaka, apa yang perlu saya lakukan bagi proses mahkamah ? - Saya punyai seorang isteri & 2 orang anak kini menetap di Kajang, Selangor.

Riza
Balas
# poligamiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-10-24 14:48
wa\'alaikumussalam,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.

Bagi kes poligami, tuan perlu membuat permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Syariah dalam negeri di mana alamat tuan tinggal.

Terima Kasih
Balas
# tuntutanshah 2014-10-03 11:24
assalammualaikum

sy pernah terbaca dlm hanphone isteri sy ..sorang lelaki ajak isteri saya lakukan zina . kemudian isteri sy terus padamkan msg tersebut.selang beberapa bulan
saya mengendap isteri sy dirumah sy mendapati si isteri bersekedudukan dengan jantan lain .sy rakam video lokasi keadaan mereka
kemudian kami bercerai..diatas pemintaan isteri.

Selepas itu sy sakit mental-hilang ingatan dan sentiasa kemurungan diatas sebab terlallu sedih memikirkan masa depan anak.sebelum bcerai sy ada bg taw bekas isteri.jika nak sangat cerai boleh dgn syarat selepas penceraian sy akan jaga anak .dia stuju dengan syarat saya
selepas bercerai dia bekas isteri langsung tidak bagi anak pada sy dan sampai sekarang sy x pernah jumpa anak sy selama 6tahun

adakah penceraian saya sah.
apakah sy berdosa tidak bagi nafkah pada anak saya kerana selepas bercerai saya tak bekerja sebab sakit mental dan mendapat bantuan jkm.jabatan kebajikan masyarakat.

dalam keadaan saya sakit mental bekas isteri sekeluarga datang kerumah saya berbincang supaya saya rujuk semula.tapi kluarga kami tidak berstuju oleh kerana bekas isteri sy curang dan berdua duaan dengan lelaki banduan ketika ketiadaan sy di rumah.
hampir 2tahun kemudian si bekas isteri datang rumah saya lagi dan menjerit minta rujuk kembali dalam keadaan dia sarat 9 bulan.

Apakah hukum keadaan saya yang sakit tak mampu memberi nafkah kepada anak saya selama hampir enam tahun.dan bagaimana saya ingin melihat anak saya sudah agak lama sy merindunya.

keadaan saya sekarang masih kurang normal sebab saya selalu sedih dan rindu kat anak saya.tapi adakala sy boleh kawal kesedihan saya.dan sekarang saya sudah bekerja ,memiliki kereta da rumah serta sudah 2 tahun berkahwin
Balas
# TuntutanPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-10 11:24
Wa\'alaikumussalam,

Sekiranya perceraian berlaku diluar mahkamah, maka perlulah dibuat pengesahan cerai terlabih dahulu bagi memastikan suatu perceraian itu samada sabit atau tidak.

Jika seseorang itu gila atau hilang akal, maka tidak diwajibkan menanggung nafkah anak. Waris kepada si gila tersebut perlu bertanggungjawab menanggung tanggungjawab tersebut. Tetapi jika ada pertikaian tentang perkara tersebut maka perlulah dibawa ke Mahkamah Syariah.

Untuk penjelasan lebih lanjut, sila hadir ke kaunter Mahkamah atau mendapatkan bantuan nasihat dari mana-mana Peguam Syarie.

Terima Kasih.
Balas
# Isteri mengaku pernah terlanjurJAMAL SAMSI 2014-10-01 09:00
Assalamualaikum,

Saya telah 16 tahun mendirikan rumahtangga.
baru baru ini isteri saya telah membuat pengakuan bahawa
dia pernah mempunyai kekasih semasa bekerja ditempat yang
sama. Perkara ini terjadi 10 tahun yang lalu. Dia juga mengaku pernah terlanjur sekali dengan pemuda tersebut. Selepas kejadian keterlanjuran itu dia terus berhenti kerja dan tidak lagi menghubungi pemuda tersebut kerana tersedar dengan perbuatan curangnya itu. Apakah yang patut saya lakukan.Saya telah memaafkan dia,saya terlalu sayangkan dia. Kami mempunyai 4 orang anak.adakah saya DAYUS?
Balas
# Isteri mengaku pernah terlanjurPanel Pertanyaan@Web MSNM 2015-03-03 09:58
wa\'alaikumussalam,

Jika terus membiarkan isteri terus bergelumang dengan maksiat, itu adalah dayus.

Terima Kasih
Balas
# Saman kepada seseorang tertuduh mahkamah syariahMohd ridzuan 2014-09-25 05:32
Assalamualaikum.saya dapat surat menyatakan saya perlu hadir untuk menjawab pertuduhan di mahkamah pd 2/10/2014 jam 9pagi dan dikehendaki hadir sendiri.persoalan saya adakah perlu saya membawa pasangan saya sekali??? Dan adakah saya perlu membayar saman??? Dan berapakah jumlah saman tersebut??? Kesalahan di bawah seksyen 71(1) melakukan perbuatan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di tempat awam. Dan pada tarikh tersebut saya ada temuduga kerja di westport..
Balas
# Saman kepada seseorang tertuduh mahkamah syariahPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-10-01 08:59
wa\'alaikumussalam w.b.t En. Mohd Ridzuan,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.

Encik hanya perlu menghadirkan diri ke mahkamah seorang diri sahaja. Berkenaan dengan denda atau hukuman masih belum boleh dipastikan kerana ia hanya akan ditentukan oleh Hakim setelah melalui proses perbicaraan.
Balas
# Nafkah anakAbdul Razak 2014-09-15 17:08
Adakah menjadi kesalahan kepada saya jika tidak membayar nafkah anak-anak yang diperintahkan oleh mahkamah disebabkan bekas isteri berpindah tanpa kebenaran,tanpa memberitahu alamat terkini?
Ditambah lagi ketidakyakinan saya duit itu akan digunakan sebaiknya untuk anak-anak saya memandangkan suami baru kepada bekas isteri saya tidak mempunyai pendapatan tetap?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-09-24 09:52
Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.

Berdasarkan kepada situasi tuan, bekas isteri tuan tidak memerlukan kebenaran tuan sebagai bekas suaminya untuk berpindah ke tempat lain, cuma sekiranya ia bertujuan untuk menghalang hak lawatan tuan ke atas anak-anak tuan (jika ada perintah Mahkamah tentang hak lawatan)maka ianya adalah satu kesalahan.

Berkenaan isu kewajipan menanggung nafkah anak adalah jelas menjadi kewajipan bapa untuk menanggung nafkah anak yang dijaga oleh bekas isteri, ini kerana bukan menjadi kewajipan bekas isteri untuk menanggung nafkah anak. Tetapi perkara ini masih boleh dipertimbangkan sekiranya isu ini dibawa dan dibincangkan di Mahkamah Syariah.

Menurut peruntukan undang-undang :

Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak.

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan mana-mana orang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pendidikan sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

Pihak kami amat mengalu-alukan pihak tuan datang ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan penjelasan atau melalui Peguam Syarie yang bertauliah.
Balas
# Online Services - Online Enquiries (Test Function)Rohani 2014-09-12 18:16
Online Services - Online Enquiries (Test Function)for MGPWA Self Assessment 2014.
Balas
# pengesahan lafaz ceraiZara 2014-09-10 12:17
Saya ada satu pertanyaan mengenai lafaz cerai. Adakah lafaz cerai ini sah jika si suami sempat menarik balik kata-katanya sebelum terjadi.

Suami- jatuh talak jika engkau(isteri) keluar rumah tanpa memakai tudung.

Tetapi sebelum sempat isterinya keluar rumah si suami menarik semula kata-katanya.

Keesokkan hari nya si isteri ingkar perintah suami dan keluar rumah tanpa memakai tudung.

Sekian.
Balas
# Pengesahan Lafaz CeraiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-09-24 09:53
Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.
Sukacita saya memaklumkan bahawa sekiranya berlaku sesuatu lafaz cerai atau taklik, maka perlu diteliti terlebih dahulu di hadapan hakim dan disahkan oleh hakim di dalam mahkamah.

Ini kerana masih terdapat keraguan yang belum jelas terhadap lafaz tersebut, mungkin lafaz tersebut ditujukan untuk hari itu sahaja, tidak pada hari-hari yang lain.

Namun demikian, saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu lafaz itu jatuh atau tidak kerana kuasa hakiki adalah kepada Hakim yang perlu kepada keterangan pihak-pihak. Jika puan rasa ragu-ragu maka adalah lebih baik puan atau suami memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berdekatan.

Hakim
akan mendengar keterangan daripada puan dan suami serta saksi jika ada, dan kemudian Hakim akan membuat keputusan.
Balas
# Anak AngkatNorhani 2014-08-21 11:59
Assalam,

Tuan/Puan,

Saya seperti nama di atas ingin mengambil anak saudara yang telah berusia 19 tahun saya sebagai anak angkat. Saya ingin tahu bagaimana proses pengambilan dan syarat-syaratnya.

Sekian, terima kasih
Balas
# Anak AngkatPegawai Penyelidik 2014-08-21 11:52
Wa\'alaikumussalam w.b.t Puan Norhani,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.

Bagi makluman puan,setakat hari ini,
Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa undang-undang berkenaan pengambilan/pengangkatan anak angkat.
Puan boleh merujuk terus kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut

Terima kasih
Balas
# Razif 2014-09-10 12:17
Pengambilan anak angkat hanya yang berusia dibawah 18tahun sahaja. Razif JPN Melaka.
Balas
# Saman Orang ke TigaNur Hazimah 2014-08-21 11:56
Assalamualaikum....

Saya telah bercinta dengan suami orang sehingga mereka bercerai. Jika bekas isterinya ingin mendakwa saya atas akta kesalahan jenayah syariah seksyen 38 (orang ketiga yang dituduh kerana bercerai), bagaimanakah proses tersebut akan berlaku. Bekas isterinya mempunyai segala bukti whatsapp dan gambar.

Terima kasih.
Balas
# Saman Orang ke TigaPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-09-02 10:51
Wa'alaikumussalam..

Pihak bekas isteri perlu membuat aduan kepada pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam terlebih dahulu, selepas itu pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam akan membuat siasatan. Sekiranya dapat disabitkan untuk dibuat dakwaan, maka Pendakwa Syarie akan membuat pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Terima Kasih
Balas
# Wali HakimSerina 2014-08-11 09:59
Assalamualaikum.

Saya pernah berkahwin di Lubuk Cina, Melaka sekitar tahun 2004, berwalikan hakim. Ketika itu segala urusan memohon wali hakim diuruskan arwah ibu dan arwah datuk saya. Sekiranya saya ingin bernikah di Selangor pada Januari tahun depan, bagaimanakah proses untuk saya mendapatkan surat kebenaran wali hakim tersebut dari pihak tuan?
Balas
# Wali HakimPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-08-13 11:46
W.salam Puan Serina,
Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.

Puan perlu membuat permohonan kepada mahkamah untuk dinikahkan secara wali hakim. Mahkamah akan menjalankan penyiasatan dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk memberi keterangan berkaitan dengan permohonan tersebut. Sekiranya mahkamah berpuas hati dengan permohonan tersebut, mahkamah akan memberi kebenaran kepada puan untuk dinikahkan secara wali hakim.

Terima kasih, semoga jawapan tersebut dapat membantu puan.
Balas
# FasakhKhatijah 2014-08-04 15:45
Assalamualaikum

Saya ingin bertanya mengenai fasakh.

1.Mengikut pemahaman saya,jika pihak suami gagal menghadirkan diri setelah 3 kali panggilan dikeluarkan,mahkamah akan mengesahkan bahawa pasangan tersebut telah bercerai dan sijil cerai dapat dikeluarkan.adakah benar pemahaman saya?

2.apakah tunggakan nafkah si suami terhadap isteri dapat dituntut jika permohonan fasakh difailkan.

3.bagaimana dengan hak penjagaan anak jika pasangan mempunyai anak?jika bertahun-tahun anak dan isteri diabaikan,adakah layak suami membuat tuntutan hak penjagaan anak.

Mohon penjelasan tuan/puan.terima kasih
Balas
# FasakhPegawai Penyelidik 2014-08-21 12:03
Wa\'alaikumussalam w.b.t Puan Khatijah,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.

1. Selepas pendaftaran kes di kaunter dibuat, satu saman panggilan ke mahkamah akan dihantar kepada pihak suami. Jika penyampaian saman panggilan ke mahkamah telah sempurna, tetapi suami tidak pernah hadir, atau kerap kali tidak hadir pada tarikh bicara tanpa alasan yang munasabah, mahkamah boleh samada melalui permohonan akan membuat bicara sebelah pihak serta akan memberikan keputusan.


2. Tunggakan nafkah masih boleh cuba untuk dituntut.


3. Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak :

Orang yang berhak menjaga kanak-kanak.

(1) ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu-
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;

(b) bapa;

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;

(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e) kakak atau adik perempuan seibu;

(f) kakak atau adik perempuan sebapa;

(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;

(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;

(j) emak saudara sebelah ibu;

(k) emak saudara sebelah bapa;

(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai
Balas
# statusfarah adilah bt mohd ali 2014-07-18 16:23
Assalamualaikum
Di sini saya ingin bertanya soalan tentang lafaz cerai yang telah disebut oleh suami.ketika kami bertengkar dengan tidak sengaja suami melafazkan \"aku ceraikan kau lepas raya ni\" iaitu pada tarikh 14/7/2014 di rumah ibu saya di dalam bilik tanpa saksi.pada 15/7/2014 suami ingin berbaik dan memohon maaf kerana tak berniat dan terlalu marah.dan kami sudah berbaik dan masih tinggal sebumbung.apa yg menjadi persoalan adalah apakah status lafaz tersebut dan apakah cara untuk baiki semula nikah kami??
Balas
# StatusKetua Pendaftar 2014-07-21 08:26
W.salam puan,

Terima kasih atas pertanyaan, pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan berkaitan perundangan syariah,

Sukacita saya memaklumkan bahawa lafaz yang dibuat oleh suami puan melalui lafaz \"aku ceraikan kau lepas raya ni\" merupakan lafaz yang masih tergantung kerana lafaz tersebut menunjukkan perbuatan cerai akan berlaku selepas raya.Ada kemungkinan lafaz tersebut menunjukkan suami akan melafazkan cerai di Mahkamah Syariah selepas raya. Lafaz cerai akan jatuh pada ketika itu jika suami puan melafazkan \" aku ceraikan kau\" atau \"aku talak kau\". Lafaz sebegini dipanggil lafaz sarih atau lafaz jelas yang tidak perlu kepada niat untuk menceraikan isteri.

Namun demikian, saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sesuatu lafaz itu jatuh atau tidak kerana kuasa hakiki adalah kepada Hakim yang perlu kepada keterangan pihak-pihak. Jika puan rasa ragu-ragu maka adalah lebih baik puan atau suami memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berdekatan.

Hakim akan mendengar keterangan daripada puan dan suami serta saksi jika ada, dan kemudian Hakim akan membuat keputusan.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Pendaftaran PernikahanNur Fadhilah Binti Samsaimun 2014-07-11 11:16
Assalamualaikum..

Saya ada satu pertanyaan yang ingin saya kemukakan pada tuan/puan...Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 10.03.2014,Isnin...Tapi pernikahan kami berdua tidak dibuat di sini...Saya dan suami telah bernikah di Pejabat Majlis Agama Islam di wilayah Songkhla,Thailand dengan bersaksikan dua orang saksi,iaitu abang angkat dan sahabat suami saya sendiri atas sebab-sebab yang tertentu...Kami berdua ingin mendaftar di sini...Apa yang perlu kami berdua buat untuk mendaftar di sini...???Dan berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah kami berdua ini..???Kerana saya dan suami tinggal berasingan atas kekangan kerja...Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan...Terima kasih...
Balas
# Pendaftaran PernikahanKetua Pendaftar 2014-07-21 08:23
W.salam puan,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.
Sukacita saya memaklumkan bahawa sekiranya sesuatu pernikahan yang dilangsungkan di luar negara atau mana-mana tempat tanpa kebenaran Pendaftar perlu membuat pengesahan dari Mahkamah Syariah bahawa pernikahannya adalah sah menurut Hukum Syarak.

Justeru, langkah pertama yang perlu puan atau suami lakukan adalah membuat pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah sama ada pernikahan puan dengan suami telah sah atau tidak menurut Hukum Syarak. Sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa prnikahan itu telah sah menurut Hukum Syarak, barulah Mahkamah akan perintahkan untuk pernikahan itu didaftarkan melalui Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam negeri. Pendaftaran pernikahan ini penting bagi tujuan tidak timbul apa-apa dakwaan bahawa puan dan suami bukan suami isteri atau jika timbul apa-apa tuntutan di kemudian hari. Tempoh masa tersebut bergantung kepada secepat mana puan atau suami memfailkan permohonan pengesahan nikah. Dinasihatkan puan atau suami pergi terlebih dahulu ke pejabat agama yang berdekatan untuk Pendaftar NCR panjangkan permohonan puan dan suami ke Mahkamah Syariah.

Terima kasih, semoga jawapan tersebut dapat membantu puan.
Balas
# Pengesahan NikahPuan Siti 2014-07-11 11:15
Assalammualaikum Tuan/Puan

Saya telah bernikah dengan suami saya pada tahun 2012 di Thailand dan sedang dalam proses untuk mendaftar. Soalan saya sekiranya pernikahan kami telah disahkan oleh Mahkamah, adakah Pejabat Agama Islam akan mengeluarkan sijil nikah yang baru.

Terima kasih
Balas
# Pengesahan NikahKetua Pendaftar 2014-07-21 08:22
W.salam puan Siti,

Terima kasih atas soalan yang diajukan,

Benar sebagaimana yang puan nyatakan bahawa sekiranya pihak Mahkamah Syariah telah mengesahkan pernikahan puan sebagai sah menurut Hukum Syarak maka Pejabat Agama Islam yang berbidangkuasa akan mendaftarkan pernikahan puan dan suami. Pendaftaran nikah itu penting kerana ia berkait rapat dengan sebarang isu-isu lain yang timbul seperti pendaftaran anak,harta pusaka ( sekiranya berlaku kematian salah satu pihak ), tuntutan kemudian ( sekiranya berlaku penceraian ) seperti nafkah, harta sepencarian, mut\'ah dsbnya. Jika tidak dibuat seolah-olah pernikahan itu tidak wujud di Malaysia dan boleh memberi masalah kepada puan dan suami.

Sekian, terima kasih. Semoga jawapan saya dapat membantu puan.
Balas
# zaki 2014-07-11 11:15
Salam... jika kahwin berpoligami.. kahwin ke2 di siam... dan akan datang dan pasangan ingin membuat majlis semula termasuklah akad nikah semula... adakah akad nikah kali kedua yang mana perkahwinan yang belum didaftarkan itu menjadi suatu masalah. Adakah dalam Islam membenarkan atau tidak.

Sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh akad nikah kedua walaupun kahwin di siam.. seperti kes artis yang pernah berlaku tidak lama dulu (kes wawa zainal dan suami)

namun,ada juga pendapat menyatakan.. tiada masalah untuk membaca nikah untuk kali kedua (spt kes wawa zainal dan suami untuk tujuan daftar)- pandangan ini diutarakan oleh uztaz azhar idrus dalam kes ini..

mohon penjelasan...
Balas
# Pendaftaran PerkahwinanPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-08-25 11:09
Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.
Sukacita saya memaklumkan bahawa, sekiranya sesuatu pernikahan yang dilangsungkan di luar negara atau mana-mana tempat tanpa kebenaran Pendaftar perlu membuat pengesahan dari Mahkamah Syariah bahawa pernikahannya adalah sah menurut Hukum Syarak.

Justeru, langkah yang perlu dilakukan adalah membuat pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah sama ada pernikahan suami dengan isteri ke-2 telah sah atau tidak menurut Hukum Syarak. Sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa pernikahan itu telah sah menurut Hukum Syarak, barulah Mahkamah akan perintahkan untuk pernikahan itu didaftarkan melalui Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam negeri, tanpa akad yang baru.

Pihak kami amat mengalu-alukan pihak tuan
datang ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan atau melalui Peguam Syarie
yang bertauliah.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Pembahagian Harta mengikut FaraidMelaka Yang Merantau-2 2014-07-11 11:14
Assalamualaikum. saya ingin memohon jasa baik serta pandangan dari pihak MSNM berhubung dengan
pembahagian harta mengikut hukum faraid.untuk pengetahuan pihak MSNM ayah dan ibu telah meninggal dunia.ayah saya mempunyai 02 x isteri.isteri pertama telah meninggal dunia dan dikurniakan 04 orang anak. 02 x lelaki dan 02 x perempuan,serta 01 x lelaki satu ibu lain bapa.baru-baru ini abang saya telah meninggal dunia.kini tinggal 01 x lelaki (saya) 02 x perempuan (kakak) serta 01 x lelaki (satu
ibu lain bapa.isteri kedua ayah saya mempunyai 04 orang anak.kesemuanya perempuan.manakala abang
saya yang telah meninggal dunia,meninggalkan isteri dan 05 orang anak.(02 x lelaki dan 03 x
perempuan).harta yang ditinggalkan oleh kedua orang tua saya adalah hasil sepencarian mereka
berdua.(ayah dan ibu-isteri pertama-) berikut adalah harta yang belum difaraidkan lagi. a. tanah dan
tapak rumah (rumah) - 05 hektar. b. tanah pertanian - 03 hektar. c. tanah
pertanian - 6.5 hektar. segala hasil pertanian dan rumah isteri kedua serta anak -
anak (ayah) yang guna pakai.manakala kami yang lain telah merantau dan menetap di tempat lain. kami
(semua)pernah berkumpul untuk selesaikan hal ini.tapi tidak selesai juga.ini kerana saya telah
bersuara untuk memberikan 01 bahagian kepada abang(satu ibu lain bapa)atas dasar kasih sayang.ini kerana kalau mengikut faraid abang(satu ibu lain bapa ) tidak layak.pada pendapat saya itu memang benar tapi segala pengorbanan dan titik peluh yang telah dicurahkan kepada kami semua tidak wajarkan saya cadangkan 01 bahagian untuk beliau.dan akhirnya telah sekian lama baru lah, adik beradik serta
isteri kedua(ayah)telah sepakat untuk memberi sebahagian tanah kepada abang(satu ibu lain bapa)atas dasar kasih sayang.yang selebihnya saya tidak tahu dan pasti bagaimana untuk uruskan(agihan).adik
beradik serta yang lain minta saya uruskan dengan segera.saya tiada sebarang pengalaman dalam hal
ini.saya berharap benar agar pihak MSNM dapat membantu saya.saya dalam keluarga adalah anak bongsu....
Balas
# hibah dan wasiatwan azman 2014-07-11 11:13
1.Adakah seseorang yang telah mendapat sebuah rumah daripada bapanya secara hibah layak mendapat pembahagian harta pusaka arwah yang lain, sedangkan adik beradiknya yang lain tidak mendapat apa-apa semasa hayat simati.

2. Adakah hibah diatas terbatal jika tidak terdapat surat hibah atau 2 orang saksi yang mengesahkanya.
Balas
# Hibah dan wasiatKetua Pendaftar 2014-07-24 09:29
Assalamualaikum wrm. wbt.

Tuan,

Terima kasih atas pertanyaan yang menarik ditimbulkan oleh tuan berkaitan dengan hibbah,

Hibbah menurut istilah merupakan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh seseorang terhadap hartanya kepada orang lain pada masa hidupnya dengan tidak mengharapkan balasan. Terdapat 4 rukun hibbah iaitu :

i. Pemberi : baligh, berakal, tidak ditegah mempergunakan hartanya, dengan kerelaan hati, memiliki barang yang diberikan.

ii. Penerima hibbah : orang yang boleh memiliki sesuatu yang diberikan kepadanya.

iii.Sesuatu barang yang diberikan : suci, ada manfaat, dapat diserahkan, pemilik dan mempunyai kekuasaan pemberi, diketahui ( dimaklumi oleh pemberi dan pemilik )

iv. Ijab dan Qabul : ijab diikuti dengan qabul dengan segera, didengari oleh orang yang hampir kepadanya, maksud yang difahami oleh kedua-dua belah pihak, tidak bertaklik, tiada tempoh waktu, ijab tidak berubah sebelum qabul.

Berdasarkan kepada syarat-syarat yang dinyatakan itu, kita boleh membezakan antara wasiat dan hibbah serta faraid iaitu :

i. Hibbah merupakan suatu pemberian semasa hidup dan penerimaan juga semasa hidup.

ii. Wasiat pula pemberian semasa hidup cuma pelaksaannya selepas pewasiat meninggal dunia.

iii. Harta Pusaka merupakan pembahagian secara faraid terhadap harta simati yang diberi mengikut ketentuan Hukum Syarak.

Berbeza dengan wasiat, hibbah tidak disyaratkan pemberian tersebut kepada golongan tertentu atau ahli waris sahaja.Sesiapa boleh menerima hibbah. Manakala wasiat tidak boleh dibuat kepada ahli waris kecuali ada persetujuan ahli waris yang lain.

Sabda Rasulullah saw : \"Sesungguhnya Allah telah memberikan tiap-tiap orang empunya hak akan haknya, oleh sebab itu tidak boleh berwasiat untuk ahli waris\"

Jawapan kepada persoalan tuan :

1. Boleh dan layak untuk seseorang yang telah hibbah untuk menerima wasiat kerana pemberian dan penerimaan hibbah semasa masih hidup.


2. Hibbah yang tidak mempunyai bukti secara jelas perlu untuk membuat pengesahan hibbah di Mahkamah Syariah. Sama ada wujud hibbah atau tidak. Seperti hanya ada keterangan lisan sahaja. Pihak yang hendak menunjukkan telah berlaku hibbah perlulah kemukakan bukti secara melalui keterangan dan saksi-saksi jika ada.

Pihak kami amat mengalu-alukan pihak tuan datang ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan atau melalui Peguam Syarie yang bertauliah.

Sekian, terima kasih.
Balas
# faizol 2014-07-11 11:12
Assalamualaikum..bolehkah saya ingin buka balik fail pengesahan perceraian.saya telah melafazkan talak dalam keadaan marah.kes saya telah dibicarakan dan hakim telah mensabitkn lafaz talak tersebut..saya keliru kerana pada masa melafazkan talak tersebut saya dalam keadaan terlalu marah dan separuh sedar..semasa failkan pengesahan talak saya hadir sendiri ke mahkamah dan saya tidak mendapatkan khidmat kaunseling.saya juga keliru kerana kemungkinan besar saya telah memberi keterangan yang salah kepada hakim pada masa itu.
Apakah harus saya lakukan sekarang..kerana saya khuatir tidak jatuh talak dalam keadaan marah saya pada masa itu..tolong beri pandangan.
Balas
# Lafaz cerai ketika marahKetua Pendaftar 2014-07-21 08:21
W.salam en. Faizol,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.
Suka saya memberi penjelasan berkaitan isu yang dikemukakan seperti berikut :

i. Kes en. Faizol telah dibicarakan di Mahkamah Syariah dan telah diputuskan. Jika en. Faizol tidak berpuashati dengan keputusan tersebut atau rasa ragu-ragu adalah lebih baik en. Faizol memfailkan rayuan di Mahkamah Syariah yang lebih tinggi. Jika keputusan terdahulu dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah, en. Faizol boleh memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

ii. Namun begitu tempoh rayuan adalah selama 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah bicara. Jika tempoh telah tamat atau telah berlalu maka en. Faizol perlu memfailkan permohonan untuk melanjutkan tempoh rayuan. Jika dibenarkan, barulah en. Faizol boleh memfailkan notis rayuan.

iii.Berkaitan isu lafaz cerai ketika marah, saya akui sebagaimana yang dinyatakan bahawa boleh jatuh jika marah itu tidak sampai ke tahap hilang akal dan tidak akan jatuh talak jika dibuat dalam keadaan marah yang hilang akal atau tidak sedar ketika lafaz dibuat. Namun demikian, saya tidak boleh mengatakan sama ada lafaz en. Faizol pada masa itu jatuh atau tidak kerana Hakim bicara sahaja yang boleh menentukannya melalui keterangan pihak-pihak di dalam Mahkamah Syariah.


Sekian, terima kasih. Jika en. Faizol perlu penjelasan lanjut, bolehlah datang ke kaunter Mahkamah Syariah untuk khidmat nasihat dan pertanyaan. Semoga jawapan saya sedikit sebanyak dapat membantu pihak tuan.
Balas
# Nafkah Anak seringkali lewatPn. Rose 2014-07-11 11:11
Assalammualaikum..
Saya ingin mengetahui bagaimanakah caranya saya perlu lakukan bagi kes bekas suami saya yang terlalu liat dan berkira dalam memberi nafkah anak yang telah ditetapkan dalam Perintah Mahkamah setelah kami bercerai pada tahun 2010 lepas. Perintah tersebut menetapkan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan untuk anak kami yang berumur 11 tahun yang mana bayaran perlu dibuat pada atau sebelum 31 haribulan setiap bulan. Untuk makluman pihak tuan bayaran kini telah tertunggak sebulan. Beliau tidak pernah menepati perintah mahakamah yang dikeluarkan iaitu sengaja melewatkan atau mendiamkan sekiranya saya tidak beria-ia meminta daripadanya. Keadaan ini membuatkan saya amat tertekan kerana setiap bulan perlu meminta-minta daripadanya seperti peminta sedekah.. Harap tuan dapat membantu dalam masalah saya ini...terima kasih
Balas
# Nafkah Anak seringkali lewatKetua Pendaftar 2014-07-21 08:22
W.salam Puan Rose,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan.
Sukacita saya memaklumkan bahawa sekira hal keadaan yang puan nyatakan tadi berlaku, dicadangkan supaya puan membuat permohonan penguatkuasaan perintah nafkah secara potongan gaji oleh Majikan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kebenaran dan perintah oleh Mahkamah Syariah.

Untuk makluman puan, Mahkamah Syariah seluruh Malaysia termasuk di Melaka telah mempunyai seksyen Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK ). Seksyen ini ditubuhkan khusus untuk menguatkuasakan perintah nafkah iaitu mana-mana pihak telah memperolehi perintah nafkah dari Mahkamah Syariah dan pihak yang satu lagi gagal untuk patuh kepada perintah tersebut maka unit ini akan membantu. Saya mencadangkan jika puan berkelapangan untuk mendapatkan khidmat nasihat di seksyen BSK kerana terdapat unit Khidmat Nasihat dan Perundangan ( UKNP ) yang bersedia memberi khidmat nasihat berkaitan perintah nafkah. Sekiranya perlu untuk menguatkuasakannya, terdapat unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah ( UPPP ) yang akan kendalikan kes puan sehingga kes selesai.

Sekian, terima kasih. Semoga jawapan saya ini dapat membantu pihak puan.
Balas
# menuntut fasakhsalawati binti ngtiman 2014-07-11 11:11
Assalamualaikum
Saya ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana saya ingin menuntut fasakh dari suami yg tidak pernah memberi nafkah kepada saya sejak mula berkahwin.

terima kasih
Balas
# Menuntut fasakhKetua Pendaftar 2014-07-18 08:51
W.salam puan Salawati,

Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya. Berkaitan isu atau pertanyaan yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu puan akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan puan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan yang telah dikemukakan.
Balas
# bolehkah saya tuntut cerai takliknurul alia abdullah 2014-04-11 11:28
Saya ingin bertanya pada pihak tuan tentang permohonan cerai taklik.saya tiada hati nak kembali dengan suami dan saya telah digantung tak bertali selama 3tahun.Dahulu saya pernah failkan cerai fasakh tetapi kes ditutup kerana saya tiada saksi yang cukup.Sejak dari itu saya membawa diri bersama anak-anak.suami dan saya ada berbincang untuk berpisah cara baik namun suami suruh saya beri anak-anak kepada beliau.saya tak mahu kerana dari kecil saya yang jaga anak2.Bagaimana kalau saya mahu buka semula kes tapi nak tuntut cerai taklik kerana saya tertekan dgn suami yang taknak bertolak ansur.Untuk makluman pihsk tuan saya seorang saudara baru.
Balas
# DERAAN MENTAL DAN EMOSINORHAYATI 2014-04-11 11:27
Assalamualaikum tuan/puan,

Saya telah mendirikan rumahtangga selama lebih kurang 15 tahun. Selama itu jugalah sudah berkali-kali saya menerima siksaan deraan mental dan fizikal. Jika tidak kata-kata makian yang kesat diajukan kepada saya, tangan dan kakinya akan bergerak memukul saya. Tempat yang paling suka dia pukul ialah di kepala saya. Dia juga seorang yang berdendam dengan keluarga saya kerana menyangkakan ahli keluarga saya tidak sudi menerima dia dengan ikhlas dan selalu membuatnya terasa hati. Dia terlalu meletakkan harapan yang tinggi dari saya. Saya disuruh sambung belajar dan menaikkan taraf pekerjaan dan kehidupan saya. Tetapi, saya belum berjaya mencapainya. Semua manusia berlainan takdir hidupnya. Dia impikan seorang teman yang berjaya dari segi pendidikan dan kewangan sedangkan saya hanyalah seorang kerani sahaja. Dia terlalu ego untuk menerima pandangan orang lain apalgi diri saya yang selalu dipandang hina olehnya. Hidup saya amat tertekan. Setiap hari saya memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri darinya. Dia mengugut sekiranya saya ingin berpisah darinya, saya mesti meletak jawatan saya dan tidak dibenarkan menetap berhampiran dengannya. Malah dia mengugut akan mencederakan atau membunuh saya dan keluarga saya sekiranya selepas bercerai saya membawa anak-anak saya untuk tinggal bersama-sama ahli keluarga saya. Saya benar-benar tersepit. Dia inginkan saya pergi dari hidupnya. Sudah berpuluh kali dia mengucapkannnya. Kata-kata maki dan halau juga saya terima. Saya hanya berdiam diri. Dia sentiasa memandang saya serong. Dia tidak dapat menerima saya seadanya seperti saya redha menerimanya. Ingin sahaja saya lari meninggalkannya tetapi, dia sudah tentu tidak akan membenarkan saya membawa anak-anak saya sekali. Saya tidak pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai kes saya ini. Saya cuma pernah menceritakan hal ini kepada kawan lama saya seorang peguam civil. Saya amat buntu. Tidak sanggup hidup dalam ketakutan dan kerisauan sepanjang hari. Saya rasa amat tenang jika dia tiada di rumah.Sampai ke tahap saya tidak kisah dan peduli lagi sekiranya dia pergi kepada perempuan lain (berkahwin lain)kerana untuk mengelakkan dari terkena cacian dan sepak terajang dia. Saya mengharungi detik-detik yang amat sukar dalam hidup saya. Saya tidak pasti berapa lama lagi saya mampu bertahan.apakah hingga akhir hayat saya. Apa yang pasti, saya terpaksa bertahan kerana 3 orang anak lelaki yang saya tidak sanggup terpisah daripada mereka.Kepada pembaca sekelian, saya mengharapkan doa kalian untuk memudahkan urusan saya.
Balas
# DERAAN MENTAL DAN EMOSIPanel Pertanyaan@Web MSNM 2014-08-27 19:04
Terima kasih atas pertanyaan dan pihak kami amat menghargainya.
Berkaitan isu yang dikemukakan, suka saya menjelaskan di sini bahawa puan boleh membuat permohonan fasakh. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan oleh isteri jika terdapat alasan-alasan yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Antara alasan-alasannya :-

(a) bahawa tempat di mana
beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga
bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau
lebih;

(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan
perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e) bahawa suami telah mati pucuk pada
masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami
telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit;

(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur
baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi
oleh suaminya itu;

(h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu, antara
lain-

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan
aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup
keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan
hak-haknya di sisi undangundang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada
menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai isteri
lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau
isteri bersengaja enggan disetubuhi;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau
izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal
keadaan lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri,
sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit mental, sama ada berterusan
atau berselangan, mengikut pengertian Ordinan Sakit Mental 1952 [Ord.31/52] dan sakit mentalnya
adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di
bawah Hukum Syarak.


Jika wujud satu atau beberapa alasan di atas dan Mahkamah berpuashati
melalui keterangan dan pembuktian maka Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan tersebut sama ada suami hadir atau tidak dan sama ada suami setuju atau tidak.

Cara Permohonan : Puan boleh datang terus ke kaunter Mahkamah untuk mendapatkan borang dengan dipandu oleh pembantu di kaunter. Selepas itu puan akan dipanggil ke Mahkamah untuk perbicaraan dan puan perlu bersedia dengan saksi-saksi untuk menguatkan keterangan.

Semoga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.
Balas
# Permohonan Cerai di luar kawasanSiti Noraidah Binti Mohd Yusof 2014-04-11 11:27
Saya telah bernikah di tampin yakni kawasan daerah Alor Gajah... Saya sekarang duduk di Kuala Lumpur dan bekerja di sini. Pertanyaan saya bolehkah saya memfailkan permohonan cerai saya di Kuala Lumpur.
Balas
# Danial 2014-04-11 11:26
salam...

saya telah berpisah dengan isteri saya 3 bulan lepas. kami dikurniakan 4 orang anak. semasa perpisahan kami bersetuju untuk atas hak penjagaan anak-anak dibuat di luar mahkamah. jadi 3 anak pertama akan diletakkan di atas penajagaan saya dan yang bongsu di atas penjagaan dia. tetapi walaupun saya bertanggung jawab untuk menjaga 3 orang adakah dia berhak meminta tuntutan nafkah anak untuk yang bongsu itu. dan dikirakan gaji saya tidak melebihi RM2000 dan tuntutan dia adalah sebanyak RM500.
minta pihak mahkamah untuk memberi pandangan atas isu ini. ataupun apakah cara yang elok untuk menyelesaikan isu ini.

terima kasih
Balas
# Permintaan sumbangan bagi murid OKUNurul Faizah Binti Abdullah 2014-04-10 09:16
Assalamualaikum...saya merupakan pelajar program pendidikan khas.ingin bertanya bahawa pihak tuan ada memperuntukkan sumbangan untuk murid pendidikan khas atau tidak?jika ada,boleh saya mengetahui dimanakah segala urusan saya perlu buat?
Balas
# Wasiat lisanJOHAN REEZA BIN BAHARAM 2014-04-10 09:15
Aassalamualaikum wbt tuan/puan

Arwah Ibu mertua saya telah mewasiatkan secara lisan untuk memberikan rumah kepada anak angkatnya. Yang mendengar wasiat lisan ini saya, anak angkatnya dan kakaknya (anak kandung ibu mertua). Soalannya, adakah ada prosedur yang membolehkan wasiat lisan ini digunapakai untuk mendapatkan harta pusaka (rumah) seperti membuat akuan sumpah dan sebagainya.

Terima kasih.
Balas
# Ketua Pendaftar 2014-07-18 08:54
W.salam tuan,

Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan dan pihak kami amat menghargainya,

Permohonan wasiat dan harta pusaka merupakan dua perkara yang berbeza, iaitu :

Wasiat merupakan suatu pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang lain dan pelaksanaanya selepas pewasiat meninggal dunia. Manakala harta faraid/harta pusaka merupakan harta yang peninggalan simati yang perlu dibahagi secara faraid.Sebelum dibahagi secara faraid, waris yang hidup perlu menyelesaikan 3 perkara, iaitu :

i. Hutang Simati
ii.Wasiat jika ada;
iii.Perbelanjaan pengebumian simati.

Selepas itu, baki harta bari dibahagi secara faraid kepada ahli-ahli waris yang berkelayakan.

Sekiranya sesuatu wasiat dibuat dan tidak ada bukti secara bertulis kesahihahannya, maka pihak yang perlu kepada wasiat tersebut perlu membuat permohonan pengesahan wasiat. Mahkamah akan meneliti semua keterangan dan pembuktian sama ada wujud atau tidak wasiat sebagaimana yang didakwa.

Di dalam kes tuan, wasiat yang dinyatakan perlu dibuat pengesahan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah kerana tiada bukti kecuali secara lisan. Jika tidak dibuat pengesahan dikhuatiri akan timbul kekeliruan dan perselisihan dengan ahli waris yang lain.

Sekian, terima kasih atas pertanyan tuan.
Balas
# Cerai taklikkhairuddin 2014-04-10 09:15
Assalamualaikum..
Saya ada satu persoalan untuk ditanya iaitu adakah jatuh talak taklik ke atas isteri saya jika saya berbuat begini. Saya sudah berkahwin selama 23 tahun. Masa awal perkahwinan saya ada memberi kata jika isteri saya ada dihubungi oleh teman lelakinya yang terdahulu dan jika tidak beritahu kepada saya maka jatuhlah talak itu. Selepas 22 tahun kawan lelaki tersebut telah menghubungi isteri saya tapi dia tidak memberitahu saya. Dia cuma memberitahu saya hanya selepas saya bertanya kepada dia. Dia takut memberitahu saya kerana takut saya marah kepada dia kerana kawan dia itu ada memberi hadiah kepada dia. Dia takut saya tidak akan menerima hadiah itu. Saya berasa ragu dan tidak pasti bagaimana cara isteri saya perlu beritahu kepada saya adakah secara sukarela atau setelah ditanya. Mohon penjelasan berhubung perkara ini.
Balas
# AZMI MD DAN 2014-03-24 16:52
Asalamualaikum tuan/puan

Saya telah berpisah dengan isteri hampir 4 tahun dan selama 2 tahun saya telah menghadiri Mahkamah Syariah Jasin untuk tuntutan dari bekas isteri.Justeru itu Mahkamah telah memutuskan pemotongan dibuat melalui pencen saya sebanyak RM1300 saya mendapat pencen sebanyak RM2000 setelah ditolak baki yang saya perolehi RM700.Dengan pemotongan ini hidup saya semakin
tertekan kerana saya tidak mempunyai pekerjaaan yang tetap tambah bebanan apabila menanggung
keluarga serta bayaran kereta ,sewa rumah serta bil-bil lain..Justeru itu hidup saya teramat
tekanan.Saya memohon pihak tuan untuk memberi pandangan untuk masalah yang saya hadapi ini.Adakah saya perlu membuat rayuan semula di Mahkamah Syariah.Mohon pencerahan dari pihak tuan.

Terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-04-10 09:12
Waalaikumusalam Tn...

Terima Kasih di atas pertanyaan....

Tuan boleh memfailkan \"Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak\" di Mahkamah Rendah Syariah Jasin

Sekian
Balas
# tuntutan nafkahROZALINA BINTI MOHD RASUL 2014-03-24 16:51
Assalammualaikum,
saya ada satu soalan...
saya dan bekas suami telah bercerai 4 bulan lalu,
tetapi sehingga kini beliau masih belum memberi nafkah yang tetap kepada anak beliau..
persoalan saya bagaimanakah cara untuk saya menuntut tuntutan nafkah untuk beliau termasuk tuntutan harta sepencarian...apakah prosedur yang perlu saya patuhi untuk memohon tuntutan tersebut...
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-04-10 09:13
Waalaikumusalam,

Puan boleh memfailkan \"Tuntutan Nafkah Anak\" di mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran dengan tempat kediaman puan. Berkenaan dengan Tuntutan Harta Sepencarian, puan boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah. Puan boleh bertanyakan dan merujuk kepada kakitangan Mahkamah yang bertugas di kaunter tentang prosedur-prosedur yang berkaitan dengan pemfailan kes

Sekian
Balas
# Minta Pandangan/PenyelesaianJamil bin Abu 2014-03-14 17:41
Assalamualaikum Tuan/Puan yang dirahmati Allah..

Saya ingin meminta pandangan/penyelesaian terhadap situasi yang saya hadapi sekarang. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya telah berkahwin selama 20 tahun dan mempunyai anak seramai 4 orang (sulung ialah anak angkat). Selama tempoh itu, saya tidak pernah gagal memberi nafkah kepada keluarga saya. Isteri saya ialah surirumah sepenuh masa. Sikap isteri saya yang tak endahkan keperluan harian saya dan sering bercakap kasar membuatkan kami sering bergaduh.

Pada tahun lepas, saya telah berkenalan dengan seorang wanita. Dia bekerja di kota dan setiap minggu balik ke kampung untuk menzirahi ibu dan adiknya. Sikapnya yang mengambil berat dan lemah-lembut membuatkan saya ingin mengambilnya sebagai isteri. Hubungan saya dengan ahli keluarganya sangat baik dan saya tidak berselindung tentang status saya yang sudah berkahwin. Kami merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Isteri saya telah mengetahui hubungan saya dengan wanita itu. Saya pernah memfailkan Pemohonan Berpoligami dan surat itu dihantar ke rumah. Isteri saya mengamuk dan tidak ambil pusing tentang permohonan itu. Oleh yang demikian, isteri saya telah menghina dan menjatuhkan maruah saya dengan bercerita hal rumahtangga kepada jiran tetangga, keluarganya dan juga keluarga saya. Saya mengambil tindakan untuk berdiam diri.

Dalam 4 bulan kebelakangan ini, bisnes saya jatuh teruk dan saya tidak dapat menanggung perbelanjaan keluarga sepenuhnya. Isteri saya mengambil upah untuk menjaga budak di rumah kami. Dia terus menghina keadaan saya yang sedang susah. Situasi saya ini juga diketahui oleh wanita itu. Dia amat memahami malah turut membantu saya dari segi perancangan bisnes.

Isteri saya secara senyap-senyap telah menghubungi Mahkamah Syariah. Dalam hal ini, apakah yang perlu saya buat sekiranya:

1. Dia memfailkan tuntutan cerai dan nafkah anak-anak sedangkan saya hanya tidak mampu menanggung perbelajaan keluarga dalam 4 bulan yang lepas. Selama ini saya telah memenuhi keperluan keluarga secukupnya.

2. Bolehkah dia menyaman saya disebabkan saya mempunyai hubungan dengan wanita lain sedangkan saya memang mahu mengahwini wanita ini dan telah pun memfailkan Permohonan Berpoligami dan dia tidak mengendahkannya?

3. Dia sebagai isteri telah menghina dan menjatuhkan maruah saya dihadapan keluarganya, keluarga saya dan jiran tetangga. Dia juga telah menggigit belakang badan saya sehingga luka dan meninggalkan kesan sewaktu kami bergaduh. Saya telah mendapatkan rawatan di hospital tetapi saya tidak membuat laporan polis berkenaan hal ini. Dakwaan apakah yang boleh saya buat di Mahkamah Syariah berhubung perkara ini?

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-03-25 17:00
Waalaikumusalam dan terima kasih di atas pertanyaan.

Tuan,

1) Apabila sesebuah kes telah difailkan di Mahkamah, maka Mahkamah wajib mendengar kenyataan dan keterangan kedua-dua belah pihak. Tuan boleh memfailkan penyata pembelaan ke atas dakwaan atau tuntutan isteri tuan dan menyatakan semua butiran yang boleh menyokong pembelaan tuan. Berdasar keterangan kedua-dua belah pihak, maka Hakim akan membuat keputusan.

2)Untuk makluman tuan, tiada peruntukan undang-undang yang Mahkamah Syariah berbidangkuasa ke atasnya yang membolehkan isteri tuan memfailkan saman dengan sebab tuan mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Maka isteri tuan tidak boleh memfailkan saman tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.

3)Tuan boleh memfailkan tuntutan kembali taat ke atas isteri tuan.

Sekian
Balas
# KELIRUMOHD 2014-03-07 10:47
Assalamualaikum,

Tuan/Puan

Pada malam raya tahun 2013, saya telah jatuhkan talak kepada isteri saya dengan berkata \"AKU CERAIKAN ENGKAU DENGAN TALAK 1\" kemudian selepas beberapa jam saya telah rujuk kembali kepada isteri saya
dengan berkata AKU INGIN RUJUK ENGKAU KEMBALI MENJADI ISTERIKU kemudian selepas beberapa jam
kami telah bersetubuh.Saya tidak daftarkan pengesahan rujuk itu dimahkamah dan hidup seperti biasa
Selepas beberapa bulan saya dan isteri bergaduh melalui telefon kemudian saya telah jatuhkan talak
kepada isteri saya dengan berkata \"AKU DENGAN WARAS CERAIKAN ENGKAU TALAK 2\"

Persoalanya ketika saya berjumpa dengan consultant service mereka mengatakan yang saya ini tidak boleh lagi rujuk kepada isteri kerana telah dihimpunkan talak menjadi 3,Saya terperanjat kerana niat saya hanya untuk jatuhkan talak yang ke-2,supaya saya boleh rujuk kembali,ceteknya ilmu saya mengenai talak.Saya fikir selepas jatuhkan talak pertama saya perlu turuti dengan talak yang kedua.Saya sedar akan niat saya masa jatuhkan talak,niat saya hanya untuk jadikan talak yang ke-2,.

Adakah jatuh talak 3?. Sedangkan niat saya masa itu hanyalah untuk jadikan talak yang ke-2 kesilapan saya hanya ketika melafaz talak sahaja.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-03-14 17:39
Waalaikumusalam dan terima kasih di atas pertanyaan

Tuan,

Bagi masalah ini, adalah dinasihatkan agar tuan segera memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah yang berhampiran. Hanya Hakim syarie yang berbidangkuasa untuk menentukan sabitan bilangan lafaz cerai yang telah tuan ucapkan di luar mahkamah.

Sekian, terima kasih
Balas
# HAK PENJAGAAN ANAK DAN NAFKAH ANAKAmarhizaji B.Abas 2014-03-04 11:27
1.Bagaimana hak penjagaan anak sekiranya mahkamah memutuskan hak penjagaan kepada isteri tetapi setelah beberapa bulan isteri mendera anak dan mendapat matlumat dari keluarga isteri.Bolehkah suami menuntut hak penjagaan tersebut.

2.Sekiranya cuti sekolah sebulan adakah perlu si bapa memasukan duit nafkah anak sedangkan pada masa yang sama dia mengambil anak untuk bersama ketika cuti..
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-03-14 17:36
Waalaikumusalam,

Tuan,

Sekiranya tuan merasakan bahawa bekas isteri tuan hilang kelayakan
untuk menjaga anak, tuan boleh memfailkan tuntutan mengubah perintah hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah yang berhampiran. Sekiranya terdapat maklumat bahawa bekas isteri tuan telah mendera
anak tuan, adalah lebih baik sekiranya tuan melaporkan perkara ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengesahkan bahawa anak tuan telah didera, pengesahan tersebut boleh dijadikan satu bukti yang kuat untuk tuan menyokong tuntutan ini.
Balas
# Kes Prosiding Ke MahkamahZikri 2014-03-04 11:27
Assalamualaikum..
Saya hendak bertanya beberapa soalan berkaitan kes prosiding ke mahkamah..
Saya telah membuat kesalahan kes seksyen 71 pada akhir bulan 2013..
Persoalannya adalah :
1) Bilakah kes saya mula diproses?
2) Surat notis dari mahkamah akan dihantar ke alamat semasa atau ke alamat di dalam IC?

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya..
Wassalam..
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-03-14 17:36
Waalaikumusalam,

Tuan,

Bagi kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991,urusan penghantaran saman, pendakwaan dan lain-lain diuruskan oleh Jabatan Agama Islam (Bahagian Pendakwaan). Sebaik-baiknya tuan mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dari pihak yang berkaitan.

Sekian
Balas
# sijil ceraiARIATI 2014-03-04 11:26
Saya telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Jasin..Adakah saya boleh ambil sijil cerai saya di sana..?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-03-14 17:37
Waalaikumusalam puan,

Ya, puan boleh mengambil sijil perceraian di Mahkamah tersebut. Sijil perceraian tersebut akan disiapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dibacakan di dalam Mahkamah.

Sekian
Balas
# Nor Rashidah Binti Mat Ali 2014-02-17 09:05
Assalammualaikum Tuan/Puan,

1. Saya ingin tahu berapa lama proses surat cerai akan dikeluarkan.
2. Adakah saya boleh menuntut hak penjagaan dan nafkah untuk anak selagi surat cerai masih dalam proses?

Sekian, Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-02-24 09:41
Waalaikumusalam puan,

1. Surat perceraian akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari keputusan/pengesahan dibacakan.

2. Ya, puan boleh memfailkan tuntutan-tuntutan selepas perceraian yang lain (seperti nafkah, mut\'ah, hak penjagaan anak dan lain-lain) sekiranya keputusan/ pengesahan perceraian telah dibacakan di Mahkamah.

Sekian
Balas
# Bagaimana daftar perkahwinan luar MalaysiaSamsiah Binti Mohamad 2014-02-17 09:04
Assalammualaikum Tuan/Puan
Saya ingin mengemukakan beberapa soalan:
1. Saya telah bernikah dengan suami saya pada tahun 2009 di Thailand.
Tapi sehingga sekarang kami tidak mendaftar perkahwinan itu sehinggakan timbul masalah untuk mendaftar anak di pejabat pendaftaran.Masalah saya ialah saya masuk ke Thailand melalui seorang kawan dan kami tidak menggunakan passport.sekarang kami tidak ada surat dari kedutaan Thailand yang mengesahkan yang kami telah bernikah di sana.Apa langkah yang perlu saya ambil sekarang memandangkan anak saya didaftarkan dengan bin dan binti Abdullah.
2. Soalan ke 2. bolehkah saya sebagai isteri seorang diri menguruskan proses pendaftaran perkahwinan itu tanpa kehadiran suami ke mahkamah memandangkan suami saya asyik bertangguh
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-02-24 09:41
Waalaikumusalam puan,

1) Untuk memudahkan seluruh proses pendaftaran, puan atau suami puan hendaklah memfailkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah yang berhampiran. Semasa proses pemfailan dibuat, puan boleh mendapatkan maklumat dari kaunter pendaftaran tentang apa-apa dokumen penting yang perlu disertakan bagi tujuan kes ini.

2) Sekiranya pernikahan puan telah disahkan oleh Mahkamah, maka puan boleh mendaftarkan pernikahan puan di Pejabat Agama Islam dan seterusnya melakukan pendaftaran semula anak puan di pejabat pendaftaran untuk dinasabkan kepada suami puan.

3) Mana-mana pihak yang berkepentingan terhadap pernikahan tersebut termasuk puan sendiri boleh memfailkan dan menguruskan kes pengesahan nikah di Mahkamah Syariah.

Sekian.
Balas
# kuatkuasa semula harta sepencarianham 2014-02-10 12:21
Assalamualaikum tuan/puan
1.apakah dokumen dan prosedur yang perlu bagi membuat tuntutan semula harta sepencarian yang telah sedia ada perintah mahkamah memerintahkan harta tersebut (rumah)dipindahmilik ke atas bekas isteri saya dan bekas isteri perlu membuat kemudahan pinjaman semula.
2.dalam tempoh 4tahun ini ,tiada sebarang proses pindahmilik dilakukan oleh bekas isteri saya.malahan,bayaran ansuran rumah tersebut juga tidak dijelaskan menyebabkan rumah tersebut dalam proses dilelong oleh mahkamah tinggi melaka.saya rasa teraniaya kerana kesan dari masalah ini,nama baik saya telah disenarai hitamkan,tiada peluang untuk memiliki rumah sendiri.
3.dalam tempoh tersebut ,pada 2011 saya telah memfailkan kuatkuasa perintah terhadap harta tersebut,dukacitanya hampir setahun kes itu berjalan dan bekas isteri saya selalu tidak hadir ke mahkamah,atas dari nasihat biro bantuan guaman saya menarik semula kuatkuasa harta tersebut.
4.nampaknya masalah tersebut juga tidak selesai,pada 3.2.2014,mahkamah tinggi melaka telah mengeluarkan saman pemula n0:24(F) NCv-241-12/2013 terhadap harta tersebut untuk di lelong.bagi pihak saya tidak dapat berbuat apa2 kerana terikat pada perintah tersebut.
5.berapa lamakah masa yang di ambil untuk proses kuatkuasa semula perintah harta sepencarian?
6.Jika sekiranya,bekas isteri saya masih lagi bersikap ambil mudah dan tidak hadir ke mahkamah,apakah tindakan yang boleh di ambil?untuk pengetahuan ,bekas isteri saya merupakan kakitangan mahkamah dipejabat ketua pendaftar istana kehakiman,putrajaya.
7.saya amat berharap pihak tuan dapatlah kiranya memberi pandangan ,nasihat dan maklumat untuk saya menyelesaikan masalah yang telah tertangguh sekian lama dengan kadar segera.
sekian,wassalam
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-02-13 12:16
Waalaikumusalam,

Tuan,

1) Terdapat 2 jenis perintah iaitu perintah yang melalui proses perbicaraan dan perintah berasaskan persetujuan bersama. Bagi perintah yang dikeluarkan dengan melalui proses perbicaraan, perintah boleh diubah dengan memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibacakan oleh Hakim. Tetapi, bagi perintah berdasarkan persetujuan, rayuan tidak boleh difailkan.

2) Bagi masalah tersebut, bekas sekiranya isteri tuan gagal untuk mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh Hakim, maka tuan patut memfailkan penguatkuasaan perintah.

3) Tempoh masa tidak dapat ditentukan bagi proses kuatkuasa semula perintah harta sepencarian. Ianya bergantung pada banyak perkara dan keadaan seperti kerjasama pihak-pihak, kesempurnaan penyampaian permohonan dan sebagainya.

4) Sekiranya pihak isteri tuan enggan hadir ke Mahkamah, tuan boleh memohon kepada Mahkamah untuk Mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada isteri tuan.


Sekian terima kasih
Balas
# tuntutan harta sepencarianraihana abdul latif 2014-02-10 12:20
assalamualaikum tuan/puan...
saya dan bekas suami saya telah bercerai setahun yang lalu,dan kami memiliki sebuah rumah yang kami beli menggunakan loan bersama...buat pengetahuan tuan/puan,rumah yang kami beli tu...mak ayah juga secara langsung terlibat kerana mak ayah saya telah membayar sebahagian lagi duit rumah...

masalah saya di sini,suami saya asyik menuntut haknya...meminta supaya saya & keluarga membayar pinjaman perumahan tersebut...saya ingin bertanya...bolehkah saya menuntut hak sepencarian untuk saya,untuk anak saya dan untuk mak ayah saya...memandangkan rumah kami bukan duit saya dan bekas suami yang keluar...tapi ada duit mak ayah saya di situ...mohon pencerahan tuan/puan...dan apa dokumen yang perlu saya bawa sekiranya saya ingin membuat tuntutan harta sepencarian tersebut...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-02-13 12:17
Waalaikumusalam puan,

Untuk makluman puan, tuntutan harta sepencarian hanya boleh dilakukan di antara suami isteri atau bekas suami dan bekas isteri. Selain dari itu, pihak-pihak lain tidak boleh menuntut atau menjadi pihak-pihak di dalam tuntutan harta sepencarian. Oleh itu, sekiranya ibu dan bapa puan ada menyumbangkan sejumlah wang atau ada memberikan hutang kepada puan dan bekas suami puan,maka puan boleh memasukkan sekali jumlah wang tersebut di dalam bahagian puan yang mana wang tersebut dikira sebagai sumbangan puan.

Maka apabila perintah telah dikeluarkan, puan boleh membayar hutang kepada ibu dan bapa puan dengan menggunakan wang yang diperolehi dari perintah tuntutan harta sepencarian tersebut. Tetapi pembayaran tersebut dilakukan tanpa melaui proses di Mahkamah Syariah kerana Mahkamah sSyariah tidak berbidangkuasa untuk mendengar kes-kes melibatkan tuntutan hutang melainkan hutang yang berkaitan dengan pembayaran nafkah.

Sekian, terima kasih
Balas
# raihana abdul latif 2014-02-24 09:42
terima kasih atas penerangan yang pihak tuan/puan berikan...
Balas
# Tuntutan HadhanahZulkarnain 2014-02-06 11:06
Assalamualaikum.........

Tuan/Puan,

Saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan Tuntutan Hadhanah. Sebelum ini saya telah memfailkan Tuntutan Hadhanah dengan menggunakan peguam yang telah saya lantik terhadap bekas isteri saya. Perlantikan peguam berkenaan dibuat adalah bagi membantu saya untuk mendapatkan hak saya sebagai bapa dan mendapatkan penjagaan sepenuhnya anak saya memandangkan banyak perkara yang boleh dijadikan bukti sehingga bekas isteri tidak layak untuk menjaga anak saya. Kes berkenaan telah berlangsung lebih kurang 1 tahun lebih sehingga telah dikeluarkan satu Perintah Mahkamah setelah melalui perbincangan untuk menyelesaikan secara baik bagi memudahkan saya untuk mendapatkan hak saya sebagai bapa pada awalnya. Perintah Mahkamah berkenaan telah dibuat bagi bekas isteri bertukar ke Selangor supaya akses saya sebagai bapa dapat dilakukan. Perintah berkenaan berlaku setelah pertukaran bekas isteri ke Selangor. Soalan saya:


Soalan 1: Bolehkah saya memfailkan semula Tuntutan Hadhanah tanpa menggunakan peguam yang telah dilantik oleh saya sebelum ini memandangkan Perintah Mahkamah yang telah dikeluarkan seperti diingkari oleh bekas isteri?

Soalan 2: Apakah dokumen yang diperlukan jika perkara seperti di soalan 1 boleh dilakukan?

Soalan 3: Bolehkah saya memohon kepada Mahkamah untuk menukarkan hakim yang sebelum ini(kendalikan kes saya) kepada hakim yang baru?


Sekian, Terima Kasih.......

Assalamualaikum......
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-02-10 12:08
Waalaikumusalam... Terima kasih di atas pertanyaan

1) Jika bekas isteri tuan telah mengingkari perintah Mahkamah, tuan boleh failkan perintah pengkomitan ke atas bekas isteri tuan kerana mengingkari perintah Mahkamah. Tuan bebas untuk melantik mana-mana peguam. Tuan juga bebas untuk melantik lebih dari seorang peguam. Selain itu, tuan bebas untuk menukar seseorang peguam walaupun dalam prosiding (kes) yang sama.

2) Dalam setiap tindakan yang ingin difailkan, beberapa dokumen yang penting hendaklah disertakan. Oleh itu, saya menasihatkan tuan untuk merujuk sendiri ke kaunter pemfailan kes di Mahkamah Syariah yang berhampiran dan tuan boleh mendapatkan khidmat nasihat secara langsung tentang proses pemfailan kes tersebut.

3) Bagi setiap tindakan/ pemfailan yang baru, tuan tidak boleh memilih Hakim mana yang patut mendengar kes tuan. Namun begitu, apabila kes tuan telah dibawa ke Mahkamah, tuan bebas untuk memohon bagi menukarkan hakim yang membicarakan kes tuan dengan mengemukakan alasan-alasan yang munasabah. Adalah dinasiahatkan agar tuan menggunakan khidmat peguam sekiranya tuan mahu melakukan permohonan sedemikian.

Sekian, terima kasih
Balas
# Tuntutan HadhanahZulkarnain 2014-02-17 09:05
Terima kasih atas nasihat dan info dari pihak Tuan...........



Assalamualaikum...............
Balas
# Permohonan PenceraianNoraini Abdullah 2014-02-04 17:30
Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Saya ingin membuat permohonan penceraian, adakah perlu saya merujuk kes ini kepada Jabatan Agama Islam terlebih dahulu.

Sekian Terima Kasih.
Balas
# Ketua Pendaftar 2014-02-06 10:19
W.salam puan,

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan puan.
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat dua situasi jika seseorang ingin membuat permohonan cerai.

i. Sekiranya puan berpendapat perlu kepada kaunseling dan masih berharap perkahwinan puan boleh diselamatkan, maka pihak puan bolehlah merujuk kepada Jabatan Agama Islam yang berhampiran kerana mereka menyediakan khidmat kaunseling kepada pasangan suami isteri. Justeru kaunseling ini bukanlah mandatori.

ii. Sekiranya puan berpendapat tidak perlu lagi kepada kaunseling dan tetap dengan pendirian untuk bercerai maka pada ketika itu puan boleh terus pergi ke Mahkamah Syariah. Di Mahkamah Syariah puan boleh mendapatkan borang dan panduan untuk mengisi permohonan penceraian oleh pembantu di kaunter. Setelah puan memfailkan permohonan, Mahkamah Syariah akan menetapkan tarikh untuk kes didengar di hadapan Hakim dan kedua-dua pihak akan dipanggil bergantung kepada jenis permohonan penceraian yang puan mohon.

Sebarang pertanyaan puan berkaitan permohonan penceraian juga boleh dirujuk di kaunter Mahkamah Syariah.

Diharap jawapan ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak puan untuk menyelesaikan kekeliruan yang puan hadapi. Pihak kami bersedia untuk memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan yang dikemukakan.

Sekian, terima kasih.
Balas
# eddah dan dendawan 2014-02-04 17:29
Assalamualaikum. ....

Saya ingin bertanya,
1. Sekiranya seseorang itu telah melafazkan cerai pada isterinya ketika isterinya haid dan suaminya tahu isterinya sedang haid.... adakah jatuh talak pada ketika itu?

2. Sekiranya jatuh talak pada ketika itu bagaimanakah pengiraan eddah bagi isterinya.?

3. Pasangan harus ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut...
Seperti yang saya maklum peruntukkan undang-undang ada memperuntukkan denda jika perceraian dilakukan di luar mahkamah.
Berapakah denda maksimumnya?

Terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2014-02-10 12:07
Waalaikumusalam, terima kasih di atas pertanyaan

1) Jika seseorang suami itu melafazkan cerai ke atas isterinya ketika isterinya sedang haid, maka lafaz tersebut adalah sah dan jatuh talak. Namun perbuatan suami itu adalah haram dan dikira berdosa kerana menceraikan isteri ketika haid.

2)Mengikut mazhab Syafie, eddah dikira dengan tempoh tiga kali suci. Jika seseorang itu dicerai ketika haid, selepas haid itu tamat, datanglah tempoh suci, maka tempoh itu dikira sebagai suci yang
pertama.

3)Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka)2002 menyatakan :-

Seseorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dalam apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda
tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.

Sekian
Balas
# Tuntutan nafkahWan 2014-01-08 10:07
Bolehkah tuntukan nafkah minta dibicarakan semula oleh defendan selepas perintah dikeluarkan selepas Majlis Sulh?
Balas
# Panel Pertanyaan @WebMSNM 2014-01-08 17:17
Assalamualaikum dan terima kasih di atas pertanyaan,

Tuan/puan,

Sekiranya terdapat perubahan pada matan seperti keadaan anak yang semakin membesar yang memerlukan nafkah yang lebih, maka sesuatu perintah yang dikeluarkan berdasarkan persetujuan bersama boleh diubah.

Sehubungan itu, tuan/puan boleh memfailkan tuntutan mengubah perintah nafkah anak di Mahkamah

Sekian
Balas
# Nurdeliana binti Whid 2014-01-03 17:06
Salam ustaz,
Saya dalam proses menunggu prosedur penceraian di luar mahkamah pada 9.1.2014.Apakah dokumen-dokumen yang perlu saya bawa bagi memudahkan proses itu?Adakah bekas suami saya akan dikenakan sebarang denda kerana telah melafazkan talak diluar mahkamah?
Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-01-08 10:04
Waalaikumusalam,

Puan mesti membawa dokumen-dokumen berikut:-

1)Kad Pengenalan (asal)
2)Sijil Nikah (asal)
3)Kad Nikah (asal)
4)Sijil Cerai (asal) (sekiranya ada)
5) Sijil Rujuk (asal) (sekiranya ada)

Melafazkan cerai di luar Mahkamah adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah. Sama ada denda akan dikenakan atau tidak, itu adalah dalam budibicara Hakim (bergantung kepada fakta-fakta kes yang dikemukakan kepada Mahkamah).

Sekian
Balas
# PertanyaanAini 2013-12-19 17:15
Assalammualaikum Ustaz
Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata
\" Aku Ceraikan Kau\"
\" Aku Haramkan Kau Jejakkan kaki dekat rumah ini\"
\" Ambil semua barang-barang kau dan berambus dari rumah ini\"
Semasa dia lafazkan ayat di atas 2 abang, adik perempuan serta ibu saya ada mendengar. Selepas saya ambil semua barang saya terus keluar dari rumah suami dan tinggal bersama kakak saya.
Saya dengan keluarga telah pergi ke Mahkamah Syariah dan sekarang menunggu untuk sebutan bicara. Setelah hampir 4 hari saya tinggal berasingan suami ada memujuk dan meminta saya pulang semula ke rumah

Soalan:
- Adakah situasi tersebut boleh menjatuhkan talak @ cerai.
- Bolehkah saya tinggal di rumah kakak sehingga kes kami selesai
- Sekiranya jodoh kami masih panjang, bolehkah saya kembali tinggal bersama setelah suami MENGHARAMKAN saya jejakkan kaki ke rumahnya

Mohon penjelasan ustaz
Terima Kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-01-03 17:02
Waalaikumusalam puan, terima kasih di atas pertanyaan

Puan,

Lafaz yang diucapkan oleh suami puan itu adalah lafaz yang sorih (jelas). Jika merujuk kepada hukum talaq telah pun jatuh. Walau
bagaimanapun, puan hendaklah menunggu pengesahan Mahkamah dikeluarkan terlebih dahulu. Dalam tempoh ini, puan wajib tinggal berasingan dengan suami dan suami wajib sediakan tempat tinggal untuk
puan.

Berkenaan dengan lafaz pengharaman suami ke atas puan untuk menjejakkan kaki di rumah milikannya, lafaz tersebut tidak memberi apa-apa kesan terhadap ikatan perkahwinan. Oleh kerana rumah itu 100% miliknya maka dia berhak untuk menghalang atau membenarkan sesiapa sahaja untuk datang ke rumahnya.

Namun begitu, sebagai seorang suami, hukumnya WAJIB menyediakan tempat tinggal untuk isteri. Sekiranya suami puan tidak mahu puan masuk ke rumah tersebut, dia wajib menyediakan rumah yang lain untuk puan. Jika dia gagal, maka dia telah melakukan dosa besar dan puan
berhak memfailkan tuntutan nafkah tempat tinggal ke atasnya dalam tempoh perkahwinan.

Sekian
Balas
# hukum keluar rumah tanpa izin suamisiti 2013-12-19 17:14
Saya mempunyai seorang anak dan bakal melahirkan anak kedua.persoalan saya suami saya bertindak menghalang saya balik berjumpa orang tua saya sejak 3 tahun lepas..anak saya pun tidak dibenarkan untuk saya bawa pulang berjumpa datuk dan nenek sebelah saya.memandangkan orang tua saya sudah tua dan kini sakit buah pinggang dan kencing manis saya ingin menziarahi mereka semasa hayat mareka masih ada.tetapi saya tidak diizinkn oleh suami berbuat demikian.saya amat tertekan.hal ini disebabkan suami marah dan dendam pada orang tua saya yang telah memarahi beliau 3tahun lepas..akhirnya saya dijadikan mangsa.saya terlalu rindukan keluarga saya.Bukan itu sahaja ibu mertua saya turut masuk campur dengan memberi kata dua samada saya pilih suami atau orang tua saya..ibu mertua turut menghalang saya dari pulang ke kampung sehinggakan sekiranya saya ingin pulang juga ibu mertua meminta saya supaya minta cerai dengan anaknya.sekiranya saya pulang juga ke kampung tanpa izin suami adakah saya akan dikatakan nusyuz?apa yang harus saya buat kerana saya terlalu tertekan dengan tindakan suami dan mertua..
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-01-03 17:02
Assalamualaikum puan,

Sebagai seorang isteri, puan wajib mentaati suami. Namun begitu, ketaatan kepada suami ialah pada perkara-perkra yang ma\'aruf sahaja. Ada pun pada perkara-perkara yang mungkar, puan tidak wajib mentaati suami. Ini kerana sebagai seorang Muslim, ketaatan kepada Allah
dan Rasulullah adalah melebihi ketaatan kepada suami.

Rasulullah SAW bersabda, \"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah\"
Balas
# FARAIDMOHD NADZREN ABDUL HARITH 2013-12-19 17:10
Kami mempunyai 6 adik beradik 3 lelaki dan 3 perempuan.
Kemusykilan :

Adakah benar rumah yang dibeli oleh ibu dan ayah perlu difaraidkan setelah ayah meninggal dunia. Jika difaraidkan bagaimana dengan harta sepencarian ibu atas rumah itu. Ibu ingin merobohkan rumah tersebut kerana telah usang dan digantikan dengan membina semula rumah yang baru untuk keselesaanya. Adakah ibu berhak atas rumah itu mengikut faraid walhal rumah tersebut bukan untuk dijual.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-01-03 17:02
Assalamualaikum, terima kasih di atas pertanyaan.

Untuk makluman tuan/puan, jika seseorang suami itu meninggal dunia, isterinya berhak ke atas harta sepencarian dan faraidh. Oleh itu, pembahagian harta sepencarian hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum membahagikan secara faraidh. Ini kerana harta sepencarian adalah harta yang sememangnya milik isteri dari asal, sedangkan harta
pusaka adalah pada asalnya milik suami.

Oleh itu, ibu kepada tuan/puan berhak ke atas harta sepencarian dan faraidh bagi rumah tersebut. Bagi menyelesaikan masalah pembahagian ini, sama ada perlu dijual atau sebaliknya, pihak tuan/puan hendaklah mengemukakannya ke Mahkamah sekiranya tiada persetujuan tentang cara pembahagian.

Sekian
Balas
# ugutan ceraihayati 2013-12-19 17:09
assalamualaikum,

saya seorang ibu beranak 3. saya ingin bertanya, suami saya seorang yang panas baran dan dia selalu mendesak saya dgn berkata yang jika saya berbohong sekian, sekian, sekian..(untuk perkara tertentu) maka akan jatuh talak. adakah jatuh talak tersebut? adakah berdosa kerana seakan bermain dengan talak. dan bagaimana pula jika dia seolah mengugut jika saya berkata bukan seperti yang dia kehendaki di hadapan al-quran, maka saya akan ditimpa laknat. saya pernah menipu (untuk memuaskan hatinya, kerana dia percaya yang saya melakukan perkara tersebut sedangkan saya tidak melakukannya), di hadapan al quran. adakah tertimpa laknat atas saya walaupun saya menipu kerana alasan saya supaya selamat dari ugutan dan pukulannya?dia seolah mengkehendaki yang apa yang dia ketahui mengenai saya adalah benar sedangkan saya tidak melakukannya.untuk pengetahuan tuan, hidup saya penuh dalam ketakutan.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-01-03 17:02
Waalaikumusalam puan,

Sekiranya terdapat lafaz cerai secara ta\'liq diucapkan oleh suami puan,puan hendaklah membawa perkara ini ke Mahkamah untuk disahkan lafaz tersebut. Tindakan ini merupakan tindakan yang paling selamat.

Mengenai sumpah laknat yang puan lakukan kerana terpaksa, maka
ianya tidak akan ditimpa oleh Allah, insya Allah. Ini kerana sesuatu yang dilakukan kerana terpaksa tidak akan diambil kira oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dari Abu Dzar al-Ghifari dan Abdullah ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda,
\"Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta apa yang mereka lakukan kerana dipaksa\".(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim, at-Thabrani dan
ad-Daruquthni)

Sekian
Balas
# Penderaan MentalIna 2013-12-19 17:06
Salam....
saya ingin mengutarakan beberapa kemusykilan yang kami sedang hadapi berkenaan 3 orang anak perempuan (anak tiri saya)berumur 9 tahun,13tahun dan 15tahun yang mana sebelum ini berada di bawah penjagaan ibu mereka.awal tahun 2013,ibu mereka telah menyerahkan anak-anak ini dan hak sepenuh penjagaan di bawah ayah mereka( suami saya).
Baru-baru ini saya mendapat tahu dari anak-anak tiri saya,yang selama ini mereka selalu menyaksikan perbuatan tidak senonoh ibu mereka dengan teman lelakinya.Anak-anak ini terlalu takut untuk menceritakan perihal ini kepada sesiapa pun.
dan anak yang kedua 13tahun,pernah terbaca sms dari teman lelaki ibunya didalam telefon bimbit ibunya yang meminta melucutkan pakaian ketiga anak ini dan menghantar MMS kepadanya.tapi tiada respon dari ibunya.persoalan ini seringkali menganggu anak ini dan takut apabila ibunya ingin menemui mereka dan cuba mencari alasan tidak mahu menemuinya.
anak-anak ini sering ketakutan dan kerisauan jika sekiranya hak jagaan mereka akan dikembalikan kepada ibunya kerana tiap kali berjumpa dengan mereka ,ibu mereka akan mengingatkan yang dia (ibu) berhak menukarkan sekolah dan mengambil mereka semula.
walaupun perkara maksiat yang ibu mereka lakukan telah berlalu agak lama,tapi kesannya sekarang anak-anak itu ketakutan,risau dan sering menggangu dan menghantui fikiran mereka.
soalan saya:
1. adakah ini di namakan penderaan mental?
2.Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya?
3.Dari segi perundangan,bolehkah membantu anak2 ini.
4.Bagaimana saya dan suami dapat memberi keyakinan dan menghilangkan rasa gusar anak-anak tersebut
diharap pihak tuan dapat membantu kami,mencari jalan yang terbaik untuk anak-anak ini yang makin meningkat dewasa dan perjalanan hidup mereka masih jauh.
sekian,terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2014-01-03 17:02
Waalaikumussalam,

Puan,

Saya di sini hanya akan memberikan nasihat dari sudut perundangan.
Adapun dari sudut psikologi seperti mengesan kewujudan penderaan mental,menghilangkan rasa gusar anak tersebut dan sebagainya, adalah dinasihatkan agar puan utarakan pada pihak yang berkelayakan seperti pakar kaunseling kanak-kanak.

Dari sudut perundangan, sekiranya anak-anak akan mendapat mudarat jika tinggal dengan salah seorang penjaga yang berhak (sama ada ibu atau bapa), maka ayah/ibu hendaklah mengemukakan tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah. Sekiranya telah ada perintah tentang hak penjagaan tersebut, maka pihak-pihak boleh mengemukakan tututan mengubah perintah hak jagaan anak. Semasa di dalam perbicaraan, ibu/ayah boleh mengemukakan alasan-alasan mengapa anak tersebut tidak patut tinggal dengan pihak yang satu lagi.Selain itu, pihak-pihak juga boleh memohon kepada Mahkamah untuk Mahkamah putuskan apa-apa perkara yang boleh menjamin keselamatan anak-anak tersebut.

Sekian.
Balas
# re: Pertanyaannur 2013-11-29 15:55
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. kemudian ibu suami terus masuk ke dalam bilik. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau.
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ) kerana saya sangat pasti suami melafazkan ke arah tv dan tidak memandang saya walaupun saya ada di belakang sebelah kanan suami. Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
2. Saya ada bertanya kepada suami mengenai lafaz tersebut dan suami berkata lafaz tersebut TIDAK DITUJUKAN KEPADA AWAK (isteri )..
abang (suami) tujukan kepada orang dalam TV tu ( hantu perempuan yang kahwin dengan manusia lelaki )
3. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-12-11 09:38
Walaikumusalam puan dan terima kasih di atas pertanyaan.

Jika dilihat secara zahir seperti apa yang dinyatakan oleh puan, saya berpandangan bahawa lafaz tersebut tidak sah. Walau bagaimanapun,
saya menasihatkan puan atau suami untuk memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran dengan tempat kediaman puan. Ini merpakan tindakan yang paling selamat kerana hanya
Hakim Syarie yang berbidangkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu lafaz itu sah ataupun tidak.
Balas
# lafaz kinayahnur 2013-11-29 15:52
Assalammualaikum..ustaz
Saya ingin tanya tentang lafaz kinayah yg berkaitan dengan talak.
Saya dan suami bertengkar, suami marah-marah dan tinggi suara dan berkata \" kalau dah tak nak jaga anak,keluar ( berambus ) dari rumah ni..aku tak nak tengok muka kau lagi...jangan berani jejak kaki kat rumah ini lagi..\"..suami berkata secara berulang..
Kemudian, bila suami dah reda...saya dan suami pun berbaik semula. Suami kata \" abang sayangkan awak\"..jangan buat lagi tau.
Kemudian saya pun tanya suami melalui sms .
Isteri : abang tadi cakap macam tu sebab nak beri amaran pada saya atau abang DAH TAK NAK SAYA LAGI ?
suami : Bagi amaran. Abang sayang awak sangat-sangat la.

Kemudian selang 3 hari kemudian..saya bertengkar lagi dengan suami. Suami marah saya kerana saya telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya di hadapan keluarganya..Suami marah dan terus berkata seperti berikut:
1. Kemas baju sekarang dan keluar dari rumah ni
2. pergi balik ke rumah mak ayah kau
3. tak ada kau pun aku boleh hidup la..aku boleh hidup tanpa kau..
4. Kang aku hantar kau balik kampung kang
5. Abang telefon ayah kau sekarang ...suruh dia datang ambil kau

Kemudian bila sudah reda..saya pun message suami guna handphone..dan bertanya mengenai ucapan suami semalam..kandungan message seperti berikut:
Isteri: setiap kali gaduh, abang mesti cakap keluar dari rumah ni..saya nak tahu maksud abang cakap macam tu
Suami : Bukan yang tu...(cerai)..Abang hantar balik kampung..nanti abang ambil balik..abang tak ada niat tu la...

Soalan:
adakah situasi tersebut boleh terjadi jatuhnya talak @ cerai.
Mohon penjelasan ustaz
tk.
Balas
# Lafaz Kinayahketua Pendaftar 2013-12-11 09:30
W.salam wrm wbt.

Terima kasih atas pertanyaan dan kemuskilan yang puan berikan. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan perundangan Syariah.

Dimaklumkan bahawa lafaz talak itu terbahagi kepada dua, iaitu :
Lafaz Sarih ( jelas ) dan lafaz kinayah ( tidak jelas ).Lafaz Sarih seperti lafaz talak, dikira talak dan tidak perlu kepada niat melakukan talak. Manakala lafaz kinayah pula dikira talak jika disertakan dengan niat cerai semasa mengeluarkan perkataan tersebut.

Lafaz Sarih : menggunakan lafaz talak, dan mengikut mazhab Shafie dan Maliki, lafaz firaq ( pisah ) dan lafaz tasrih ( lepaskan ) juga adalah lafaz sarih.

Lafaz Kinayah : lafaz yang tidak dikhususkan untuk bercerai seperti \"kamu haram bagiku\" atau \"tinggalkan aku keseorangan\" atau \"carilah suami lain\" atau \"baliklah kamu ke rumah keluarga kamu\". Lafaz tersebut memerlukan niat menceraikan isteri semasa mengeluarkan lafaz tersebut.

Mengikut lafaz yang diberikan oleh puan jelaslah lafaz tersebut dibuat secara kinayah dan memerlukan niat suami semasa melafazkan niat. Pihak kami menasihatkan puan untuk membuat pengesahan di Mahkamah Syariah sekiranya ada rasa ragu-ragu sama ada jatuh atau tidak talak berdasarkan kepada lafaz yang telah dibuat oleh suami. Pihak kami tidak mempastikan sama ada jatuh atau tidak kerana semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah, barulah hakim akan menilaikan berdasarkan keterangan yang akan diberikan oleh pihak-pihak.

Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 memperuntukkan bahawa :

(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125-
(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;

(b) merekodkan perceraian itu; dan

(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.


Justeru, Hakim Syarie sahaja yang boleh menentukan sama ada lafaz cerai telah sabit berlaku ataupun tidak berdasarkan kepada keterangan pihak-pihak.

Terima kasih, semoga jawapan kami memuaskan kehendak soalan puan.
Balas
# PertanyaanNazrul Afiq 2013-11-25 09:09
Tuan,
Saya, pelajar UM ingin meminta tunjuk ajar pihak tuan mengenai penggunaan Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah. Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan statistik kesalahaan di bawah akta kesalahan jenayah syariah untuk kegunaan assignment tetapi saya tidak dapat mencari link untuk melayari sistem tersebut ataupun apa-apa laporan statistik jenayah syariah yang mengandungi maklumat perinci jenis kesalahan dan bilangan kes.Harap tuan boleh memberi bantuan.Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-11-29 15:49
Assalamualaikum,

Bagi setiap kajian yang bertujuan untuk mendapatkan sebarang maklumat (sama ada
statistik, maklumat kes atau lain-lain)dari Mahkamah Syariah ini, pihak tuan dikehendaki untuk
datang sendiri ke Mahkamah untuk mendapatkan maklumat tersebut.Ini kerana setiap maklumat yang
disalurkan ke luar hendaklah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan Mahkamah Syariah.

Sekian,
terima kasih.
Balas
# PERMOHONAN NO: 04001-051-0148-2013ELWISA BINTI DALWIN 2013-11-25 09:09
SALAM TUAN,
MOHON MAKLUMABALAS BERKAITAN PERMOHONAN WALI HAKIM BAGI CADANGAN PERNIKAHAN SAYA DENGAN PASANGAN SAYA.
ELWISA BINTI DALWIN (KP:890419-12-5898)
PASANGAN
MUZID BIN LAMBURUKAN (KP: 760720-12-6181)

MOHON MAKLUMBALAS KERNA SAYA AMAT MEMERLKUAN WALI HAKIM DALAM URUSAN PERNIKAHAN SAYA.

TERIMA KASIH. b5dms
Balas
# Panel Pertanyaan 2013-11-29 15:47
Waalaikumusalam,

Terima kasih di atas pertanyaan,

Untuk makluman Cik Elwisa, bagi sebarang pertanyaan tentang tarikh kehadiran ke Mahkamah (sekiranya permohonan telah difailkan)atau apa-apa pertanyaan yang berkaitan dengan status permohonan yang telah difailkan di Mahkamah,Cik Elwisa hendaklah berhubung terus dengan kaunter pendaftaran di Mahkamah Syariah. Pihak Mahkamah berpendapat bahawa sebarang status kes/ permohonan adalah tidak wajar untuk untuk dipaparkan di laman web yang mana ianya boleh dilihat oleh orang awam.
Balas
# Ida 2013-11-01 12:42
Assalamualaikum wbt

Saya telah berkahwin selama 7 tahun dan memiliki 2 orang cahayamata. Perkahwinan kami kerap dilanda krisis ekoran sikap suami yang kurang bertanggung jawab terutamanya dari segi nafkah. Suami suka berhutang atas tujuan yang tidak diketahui dan kini ansuran bulanan untuk hutang sahaja menjangkau RM2500. Nafkah untuk anak-anak hanya akan diberi sekiranya diminta namun sering kali saya yang perlu menambahnya dengan alasan suami banyak hutang sedangkan hutang itu bukan untuk kesenangan atau kegunaan saya dan anak-anak. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana saya juga mengalami masalah kewangan kerana perlu membayar lebih RM1000 untuk ansuran bulanan rumah yang kami duduki kini.
Saya pernah mengajak suami untuk berbincang namun ditolak mentah-mentah. Saya pernah meminta suami untuk tinggal berasingan sekiranya suami ingin merasa kebebasan kerana suami juga setiap hari pulang lewat ke rumah kerana bermain games dengan rakan-rakan sepejabat. Saya simpulkan bahawa suami terlalu berkira dengan saya dan anak-anak dari segi wang ringgit mahupun tenaga. Saya juga pernah menyuarakan rasa ingin bercerai namun isu ini juga tidak mendapat apa-apa respon daripada suami.
Apa prosedur yang perlu saya lakukan untuk menuntut cerai? Adakah saya perlu memohon kaunseling dijalankan terlebih dahulu atau teruskan dengan permohonan cerai? Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2013-11-15 12:49
Assalamualaikum puan,

Bagi isteri yang ingin memohon cerai dengan sebab suami gagal memberikan nafkah kepadanya, dia boleh mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah sama ada melalui tuntutan cerai secara ta\'liq atau tuntutan secara fasakh. Sekiranya puan tidak faham tentang cara dan prosedur tuntutan-tuntutan tersebut, puan boleh bertanya di kaunter Mahkamah. Pihak Mahkamah sedia melayani puan.

Untuk makluman puan, Mahkamah Syariah tidak menyediakan perkhidmatan kaunseling kerana Mahkamah adalah sebuah institusi perundangan. Jika puan ingin mendapatkan khidmat kaunseling, puan boleh ke Jabatan Agama Islam yang berhampiran dengan tempat kediaman puan.

Menjalani sesi kaunseling bukanlah satu kewajipan sekiranya puan ingin mengemukakan apa-apa tuntutan di Mahkamah Syariah. Puan boleh mengemukakan apa-apa tuntutan atau permohonan di Mahkamah Syriah tanpa perlu menjalani proses kaunseling terlebih dahulu.

Sekian.
Balas
# pernikahan semula dengan bekas isterijamaluddin bin husin 2013-11-01 12:41
salam,
Saya telah bercerai dengan bekas isteri saya pada 14hb Februari 2013 di luar mahkamah dan telah mendaftarkan perceraian tersebut di mahkamah, Sekarang saya sedang menunggu perbicaraan kerana perceraian luar mahkamah.Saya dan bekas isteri telah bersetuju untuk bernikah semula.Jadi, apakah yang kami lakukan untuk tujuan yang tersebut.
Harap dapat penjelasan.
TQ.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2013-11-15 12:48
Waalaikumus Salam,

Terima kasih diucapkan atas pertanyaan tersebut.

Tuan,

Sekiranya tuan telah menfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah, tuan harus menunggu sehingga tarikh kedatangan ke Mahkamah dan tuan wajib hadir di Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Lafaz cerai yang diucapkan oleh tuan di luar Mahkamah mesti disahkan oleh Hakim terlebih dahulu.

Sekiranya Hakim memutuskan bahawa lafaz cerai yang diucapkan oleh tuan itu tidak sah, maka tuan tidak perlu bernikah semula dengan isteri kerana ikatan pernikahan itu masih wujud.

Sekiranya Hakim mengesahkan lafaz cerai yang diucapkan oleh tuan, maka tuan mesti mendaftarkan dahulu perceraian tersebut di Pejabat Agama Islam. Setelah itu, tuan boleh mengemukakan permohonan untuk bernikah di Pejabat Agama Islam.

Sekian.
Balas
# cerai luar mahkamahDin 2013-11-01 12:41
Assalammualaikum...
Saya telah mendirikan rumah tangga selama 18tahun.
saya telah melafaskan cerai ke atas isteri di rumah kerana dia terlalu mendesak untuk diceraikan. Persoalan saya di sini:

(1)Apakah yang saya perlu lakukan selepas talak dijatuhkan?
(2)Adakah saya akan dikenakan saman kerana melafaskan talak keatas isteri saya di luar mahkamah dan lafaz itu dilakukan kerana isteri saya yang terlalu mendesak.
(3)Dan kadar saman yang akan dikenakan?
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2013-11-15 12:48
Waalaikumus Salam

Tuan,

Setiap perceraian yang berlaku di luar Mahkamah hendaklah disahkan
oleh Mahkamah. Oleh itu, tuan wajib memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Sekiranya lafaz cerai yang diucapkan oleh tuan itu telah disahkan oleh Mahkamah, maka tuan wajib untuk mendaftarkan perceraian tersebut di Pejabat Agama Islam.

Menurut Seksyen 125 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002, perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran
Mahkamah adalah satu kesalahan yang boleh membawa hukuman maksimum denda sebanyak RM 1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Balas
# perintah untuk tinggal di rumah kelamin Hidayah 2013-10-18 10:52
Assalamualaikum,
saya ingin tahu cara untuk mendapatkan perintah untuk tinggal di rumah kelamin (perkongsian nama suami isteri), sebelum penceraian, memandangkan saya mempunyai 2 orang anak berusia 8 bulan dan 2 tahun, dan tidak mempunyai tempat tinggal tetapi telah dihalau keluar dari rumah oleh suami.
saya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-10-28 09:26
Walaikumusalam..

Puan,

Mengikut hukum syarak, apabila puan bercerai dengan suami, selepas
tamat tempoh eddah, puan tiada hak untuk menuntut nafkah tempat tinggal. Namun, anak-anak puan berhak untuk mendapatkan nafkah tempat tinggal dari ayah mereka (bekas suami puan). Oleh itu, dinasihatkan puan untuk memfailkan hak penjagan anak dan tuntutan nafkah anak. Sekiranya Mahkamah memberikan hak penjagaan anak kepada puan dan Mahkamah juga memerintahkan agar bekas suami puan menyediakan tempat tinggal untuk anak-anak puan, maka puan sebagai penjaga bagi anak-anak tersebut patut untuk tinggal di rumah di mana anak-anak puan tinggal.

Selain itu, puan juga berhak untuk menuntut harta sepencarian bagi rumah kelamin tersebut. Ini kerana puan sebagai isteri berhak ke
atas apa-apa harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan.
Balas
# PENDAFTARAN PERKAHWINANHAJAR 2013-10-18 10:51
Assalamualaikum....

Ustaz, saya ingin bertanya tentang pendaftaran perkahwinan. Saya isteri kedua, kami telah bernikah di Majlis Agama Islam Narathiwat pada Januari 2013 tanpa pengetahuan isteri pertama.Namun hingga sekarang suami masih tidak mahu mendaftar perkahwinan ini. Telah banyak kali saya memujuk.
Pendaftaran hanya dibuat di Majlis Agama Islam Narathiwat dan kami ada sijil pengesahan pernikahan Narathiwat. Saya stress sebab perkahwinan ini masih belum didaftar lagi disini.
Apa yang perlu saya buat?
Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-10-28 09:27
Waalaikumusalam,

Puan,

Pendaftaran pernikahan ini amat penting kerana sesuatu pernikahan yang tidak didaftarkan pasti akan menimbulkan masalah di kemudian hari seperti pendaftaran anak, tuntutan nafkah isteri, harta sepencarian, mut\'ah (sekiranya bercerai), harta pusaka (sekiranya berlaku kematian) dan sebagainya.

Sekiranya suami puan masih enggan untuk melakukan apa-apa tindakan,
adalah dinasihatkan untuk puan sendiri mengambil inisiatif. Ini adalah untuk kebajikan puan seperti
yang dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, sebelum pernikahan puan di daftarkan di pejabat agama, puan
hendaklah memfailkan pengesahan/pengiktirafan nikah poligami terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah
Balas
# Minta Nasihat/pandangannor 2013-10-18 10:40
Salam

saya telah berpisah dengan isteri saya sudah 4tahun.saya telah bersetuju memberikan sebuah rumah kepada beliau.tapi hingga kini rumah tersebut tidak dibayar ansuran bulanan dan telah dilelong.Beliau juga tidak menukarkan atau memindah milik rumah tersebut ke atasnya.Disepanjang 4tahun ini juga saya turun naik mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian tapi tidak menampakkan hasilnya kerana tidak dapat kerjasama dari beliau.
1)Apakah yang perlu saya lakukan?perlukah saya memfailkan semula harta sepencarian kerana beliau engkar dengan perintah mahkamah.
2)Jika ya,perlukah juga saya memfailkan di mahkamah sivil?
saya tidak dapat membuat sebarang urusan pembelian rumah kerana terikat dengan rumah yang telah saya berikan kepada nya.
Mohon bagi pihak tuan/puan memberi maklumbalas dengan kadar segera.
terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan 2013-10-28 09:10
Waalaikumusalam,

Terima kasih diucapkan atas soalan yang dikemukakan oleh tuan
Tuan,

Bagi persoalan di atas, sekiranya tuan masih belum mmfailkan tuntutan harta sepencarian, adalah dinasihakan untuk pihak tuan berbuat sedemikian. Sekiranya pihak tuan telah memfailkan tuntutan harta sepencarian dan Mahkamah telah pun memberi keputusan ke atas kes tersebut, namun isteri tuan telah melanggar perintah Mahkamah, pihak tuan boleh memfailkan perintah pengkomitan iaitu untuk mengkomitkan isteri tuan ke penjara kerana isteri pihak tuan telah melanggar perintah Mahkamah.

Selain itu, berdasarkan kepada prinsip perlembagaan di mana Mahkamah Sivil dan Syariah mempunyai bidangkuasa yang berasingan, maka pihak tuan mempunyai hak untuk memfailkan sebarang tuntutan di Mahkamah Sivil bagi mendapatkan semula hak tuan walaupun tuan telah memfailkan tuntutan di Mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, pihak Mahkamah berpandangan bahawa tuan hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari pihak yang berkelayakan seperti peguam dalam hal-hal berkaitan tuntutan di Mahkamah Sivil.
Balas
# Prosedur Pengesahan Waqf dan HibahMasyi 2013-10-09 10:27
Assalamualaikum.
Tuan/Puan,

Saya ingin mengetahui prosedur untuk pengesahan waqf dan hibah. Apakah yang perlu saya lakukan jika ingin mendapatkan pengesahan waqf dan hibah di mahkamah dan prosedur yang perlu saya lakukan daripada pendaftaran sehingga kepada keputusan mahkamah.

Maklumat dari pihak Tuan /Puan amat saya hargai.
Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-10-18 10:38
Waalaikumus Salam dan terima kasih kepada Tuan/Puan di atas pertanyaan ini,

Tuan/Puan,

Bagi
pengesahan Waqaf dan Hibah, Tuan/Puan hendaklah memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah berserta
dengan afidavit. Dalam tempoh 21 hari dari pada tarikh pemfailan, kes ini akan disebut di Mahkamah.
Sekiranya ada apa-apa persetujuan atau penyelesaian antara pihak-pihak di peringkat sebutan, maka
Mahkamah boleh mengeluarkan perintah berdasarkan persetujuan tersebut. Sekiranya tiada apa-apa
persetujuan bersama dicapai, maka kes ini akan diteruskan ke peringkat perbicaraan. Tuan/Puan
berserta dengan saksi-saksi (jika ada)akan diminta untuk memberikan keterangan dalam peringkat
perbicaraan ini. Setelah tamatnya proses perbicaraan, Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah.
Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan/perintah yang dikeluarkan oleh
Mahkamah, maka dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah/keputusan itu dikeluarkan, pihak-pihak
boleh memfailkan notis rayuan

Sekian.
Balas
# Pembahagian hartaSyuhadah 2013-09-19 15:42
Assalamualaikum

Terima kasih kerana melayan mesej saya ini.
Datuk saya telah meninggal dunia. Perkahwinan pertama dikurniakan 3 anak perempuan, 2 orang anak lelaki..Ibu saya merupakan anak yang sulung. Selepas nenek saya meninggal, datuk saya berkahwin dengan seorang perempuan berusia 30-an. 4 bulan selepas berkahwin, datuk saya meninggal dunia dan ketika itu isteri barunya sedang mengandung 2 bulan.

Datuk saya ada sebidang tanah seluas 3 1/2 ekar..
Ketika datuk saya masih hidup, dia pernah berpesan kepada ibu saya (memandangkan ibu saya anak yang sulung dan berpendidikan) jika hendak menjual tanah tersebut hendaklah dibahagi sama rata dengan adik beradik yang lain. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibu saya, adik lelakinya telah menjual tanah tersebut kepada pemaju untuk dimajukan menjadi taman perumahan.
Ibu saya hanya diberitahu ketika hendak membahagikan bahagian masing-masing.

Ibu saya tidak tahu bagaimana pembahagian dilakukan, tetapi setiap adik beradik mendapat sebuah rumah (dianggarkan RM130k). Disebabkan adik lelaki ibu saya menjadi menjadi orang tengah, beliau mendapat \'lebih\' sedikit dari pihak pemaju (komisen). Tetapi, khabar dari pemaju, adik lelaki ibu saya mendapat hampir RM500k. Malah beliau mampu membuat rumah untuk anak2nya, anak tirinya dan isteri baru beliau, memberi mereka barang kemas dan berbagai lagi. Kami sekeluarga tahu tahap kewangan adik lelaki ibu saya ini yang hanya peniaga ikan dan sentiasa berjudi cthnya suka membeli nombor ekor. Dan tidak mungkin dia mampu untuk membeli semuanya.
Manakala isteri baru datuk saya yang dikahwini hanya 4 bulan, mendapat dua buah rumah masing-masing bernilai RM 130K dan RM180K(corner lot). Ini kerana isteri baru datuk saya mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan datuk saya, maka mereka layak mendapat 2 buah rumah.

Persoalannya,
1. Apakah yang harus dilakukan oleh ibu saya jika mensyaki adik lelakinya melakukan pecah amanah terhadap harta pusaka bapa mereka.

2. Adakah layak isteri baru datuk saya mendapat harta sebanyak itu, sedangkan mereka hanya berkahwin selama 4 bulan dan saya ada mendengar di dalam salah satu rancangan televisyen mengenai harta sepencarian yang boleh dituntut dan tidak boleh dituntut tertakluk kepada jangkamasa perkahwinan dan juga sama ada seseorang isteri itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna atau tidak. Untuk pengetahuan tuan perkahwinan antara datuk saya dan isteri barunya adalah perkahwinan paksa. Iaitu isteri barunya telah dipaksa berkahwin oleh adik beradiknya memandangkan datuk saya seorang yang berharta. Selepas berkahwin, isteri barunya tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana, menurut kata ibu saya(kerana ketika itu saya masih kecil)datuk saya sering datang ke rumah ibu saya untuk mengadu mengenai isteri barunya yang tidak suka memasak dan mengemas rumah dan kerja2 lain. Kebanyakan kerja rumah di lakukan oleh datuk saya sendiri. Malah ibu saya yang menyediakan makan minum serta bekal untuk datuk saya jika beliau datang ke rumah.

Harap pihak tuan dapat menjelaskan perkara ini.
Balas
# ketua pendaftar 2013-09-23 17:30
W.salam puan, terima kasih atas persoalan yang dikemukakan dan pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada pihak tuan.

Setelah saya baca dan teliti permasalahan dan isu yang pihak puan kemukakan, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dan diteliti terlebih dahulu, iaitu :

1. Samada pembahagian harta pusaka milik arwah datuk puan telah dilaksanakan ataupun belum.

2. Samada pernah atau tidak ada apa-apa tuntutan dibuat di Mahkamah Syariah berkaitan harta arwah datuk.

Bagi isu pertama, Islam menyatakan bahawa apabila meninggal seseorang itu ada 3 perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu berkaitan hartanya iaitu :

i. Hutang jika simati ada mempunyai hutang.
ii.Perbelanjaan pengebumiannya
iii.Wasiat jika ada wasiat oleh simati

Selepas ketiga-tiga perkara ini diselesaikan barulah harta tersebut boleh dibahagi menurut faraid ( harta pusaka )iaitu baki setelah ditolak perkara-perkara yang dinyatakan itu.Justeru itu, puan kena pastikan samada harta arwah datuk telah diserah milik atau ditukar nama kepada seseorang atau tidak. Jika tidak dan masih atas nama datuk maka wajarlah waris menyelesaikan 3 perkara yang dinyatakan dan bakinya hendaklah dibahagikan secara faraid yang boleh dibuat pembahagian melalui Mahkamah Syariah.Jika nama belum ditukar dan pembahagian belum dilaksanakan maka adalah salah jika ada pihak yang menjual atau menukar nama pemilik tanah tanpa keizinan waris yang lain, kerana setiap waris yang layak mempunyai bahagian masing-masing. Apa-apa persetujuan juga untuk dibahagi secara samarata antara adik beradik dan sbgnya bolehlah tuan buat melalui pejabat pusaka kecil.


Bagi isu yang kedua, puan kena pastikan samada arwah datuk pernah membuat apa-apa wasiat atau tidak kepada mana-mana pihak. Jika ada wasiat hendaklah diselesaikan terlebih dahulu dan jika ada pertikaian hendaklah dirujuk ke Mahkamah Syariah.Begitu juga dengan harta sepencarian, hanya Mahkamah Syariah yang layak dan berbidangkuasa untuk menentukan kadar harta sepencarian dengan melihat kepada faktor sumbangan pihak-pihak dalam memperolehi harta tersebut ( suami isteri ). Mahkamah Syariah yang akan menilai dan menentukan bahagian yang layak pada masing-masing dengan merujuk kepada keterangan dan pembuktian di Mahkamah Syariah.

Nasihat dan pandangan kami, pembahagian faraid hendaklah dibuat dengan kadar segera jika pembahagian faraid belum dibuat untuk menimbulkan kerumitan lagi pada masa hadapan. Pihak puan bolehlah merujuk kepada pejabat pusaka kecil dan kadar pembahagiannya boleh dibuat di Mahkamah Syariah.

Diharapkan penjelasan kami dapat sedikit sebanyak membantu pihak puan. Pihak puan juga boleh bertanya lanjut di kaunter Mahkamah Syariah atau pun puan dapatkan khidmat Peguam Syarie untuk menyelesaikan isu yang puan hadapi.

Sekian, terima kasih. Wassalam
Balas
# lafaz nak berceraihjh muna 2013-09-10 17:27
Assalamualaikum tuan,

Saya ingin bertanya,

Anak lelaki saya selalu kata pada saya minta nak lepaskan isterinya dan selalu cakap \"susah cerai ja\".dia sudah tiada hati pada isteri dia.tapi saya tahankan dan minta sabar..anak lelaki saya ada anak lelaki 1 orang umur 2tahun.tahun lepas dia cakap dan isu ni jadi..dia masih bersama isterinya hingga la anak lelaki saya ini meninggal dunia kerana kemalangan mengejut..sah ke dan adakah jatuh talaq tu??jika jatuh apa perlu saya buat.hanya saya dan suami yang tahu..selalu dia sms bagitahu hasrat nak bercerai dan kahwin lain...isteri dia tidak tahu sekarang ni...isteri arwah selama ini berpura-pura sukakan keluarga kami sebab takutkan suami.bila anak saya dah tiada isterinya buat kami seperti musuh. Kami tak dapat tengok cucu lagi cucu di hantar ke rumah orang sedagkan kami masih mampu menjaga cucu ni sebab kerja sendiri.menantu dah mula bekerja dan cucu di sembunyikan..apa kami boleh buat sekarang?[color=blue][/color]
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM 2013-09-27 10:18
Waalaikumussalam wbt
Tuan,
Mengenai masalah di atas, pihak tuan hendaklah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah. Ini kerana hanya Mahkamah yang berbidangkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu lafaz itu sah atau tidak.

Mengenai masalah pihak tuan dihalang untuk akses kepada kanak-kanak tersebut (cucu tuan), pihak tuan boleh memfailkan tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah bagi mendapatkan hak tuan.
Balas
# Perkahwinan Poligami Tanpa IzinMuhammad Hazwan 2013-09-04 11:01
Assalamaualaikum Tuan/Puan,
Mohon bertanya lebih lanjut berkenaan perkahwinan poligami.
Adakah perlu seorang suami mendapat izin isteri untuk berpoligami..?
Macam mana prosedur untuk berkahwin(poligami)..?
Apa yang patut saya buat untuk melaksanakan hasrat tersebut..?
Balas
# Perkahwinan Poligami Tanpa Izin Ketua Pendaftar 2013-09-04 13:07
W.salam wrm. wbt,

Terima kasih atas pertanyaan daripada pihak tuan,

Untuk makluman tuan,
berkenaan dengan keizinan isteri bagi tujuan poligami dinyatakan di dalam Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam, iaitu :

sek. 23 ( 4 ) memperuntukkan :
\"Permohonan untuk mendapatkan
kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai
dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut
atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan
kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi
orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau
pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperoleh terhadap perkahwinannya yang
dicadangkan itu\"

Peruntukan ini menjelaskan mengenai beberapa perkara yang diambil kira oleh
Mahkamah Syariah di dalam memberi kebenaran untuk berpoligami. Justeru keizinan isteri juga
merupakan satu perkara yang akan diteliti oleh Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun dalam membuat
keputusan, Mahkamah Syariah akan menilai :

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah
patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan,
keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah
untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia
ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang
dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan
menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon
akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d)
bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau
isteri-isteri yang sedia ada.

Justeru, dapat difahami bahawa jika isteri tidak memberi izin akan
tetapi wujud alasan-alasan yang dinyatakan maka Mahkamah masih boleh memberi kebenaran untuk
berpoligami.

Berkaitan dengan prosedur poligami, pihak tuan boleh datang ke Mahkamah Syariah
untuk mendapatkan borang dan taklimat bagaimana cara untuk mengisi borang. Seterusnya, Mahkamah akan
menetapkan tarikh untuk pendengaran yang akan dibuat di dalam Mahkamah tertutup.

Diharapkan,
penjelasan ini dapat membantu pihak tuan. Kami mengalu-alukan kehadiran tuan untuk membuat sebarang
pertanyaan di kaunter pendaftaran kami di Mahkamah Syariah.
Balas
# PertanyaanNUR WAHIDAH BINTI MOHD PILUS 2013-08-20 10:56
Salam

Tuan,

Saya ingin bertanya beberapa soalan berkaitan perkahwinan tanpa sah dari segi undang-undang Malaysia sehingga melahirkan anak. Kesnya wanita ini dikahwinkn secara pukau tanpa sedar oleh lelaki indonesia di negeri A sehingga melahirkan anak. Cukup 3 bulan wanita ini melarikan diri bersama anaknya terus ke mahkamah negeri lain iaitu B. Soalan saya:

a)adakah perkahwinan itu sah?
b)bagaimana untuk membuat tuntutan penjagaan anak kerana lelaki itu juga menuntut anak ini?
c)bolehkah dalam masa yang sama iaitu membuka fail untuk tuntutan penjagaan anak di mahkamah A dan membuat laporan polis di balai polis negeri B. Hal ini kerana kes berlaku di negeri lain tetapi masih tidak dilaporkan manakala tuntutan anak di buat di mahkamah negeri lain?
d)jika menggunakan biro bantuan guaman berapakah bayarannya?
e)adakah dikenakan bayatan untuk membuat tuntutan hadhanah ini,berapa?

Saya minta penjelasan, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM 2013-09-27 10:22
Waalaikumussalam wbt

Puan,

a) Secara asasnya, jika sesuatu akad perkahwinan itu memenuhi rukun-rukun nikah iaitu suami (lelaki), isteri (perempuan), saksi, wali dan sighah (lafaz) akad nikah, maka perkahwinan itu sah di sisi syarak. Oleh itu, jika terdapat sebarang unsur yang meragukan pihak-pihak, maka salah satu pihak (sama ada suami atau isteri) hendaklah membuat Permohonan Pengesahan Nikah di Mahkamah Syariah di mana pihak itu bermustautin.
b) Sebelum hendak membuat Tuntutan Penjagaan Anak, pengesahan nikah hendaklah dibuat terlebih dahulu. Jika Mahkamah mengesahkan pernikahan itu sebagai tidak sah, maka anak tersebut secara automatik diberikan hak penjagaan kepada ibunya. Ini kerana bapanya tiada nasab dengannya. Manakala, jika pernikahan itu disahkan oleh Mahkamah, maka pihak isteri boleh mengemukakan tuntutan hak penjagaan anak kepada Mahkamah sejurus selepas pernikahan itu disahkan oleh Mahkamah.
c) Seperti yang dinyatakan di atas, pengesahan nikah hendaklah dibuat terlebih dahulu. Mengenai laporan polis, puan boleh melaporkan di mana-mana balai polis yang berhampiran dengan tempat tinggal puan dan untuk makluman puan, laporan polis bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil kira oleh Mahkamah dalam mengesahkan sesuatu pernikahan. Namun begitu, puan boleh buat laporan polis hanya sebagai satu makluman kepada Mahkamah.
d) Bayaran khidmat nasihat adalah sebanyak RM 2 dan bayaran pendaftaran kes juga sebanyak RM 2. (Sila dapatkan pengesahan lanjut daripada Jabatan Bantuan Guaman).
e) Bayaran pendaftaran kes adalah sebanyak RM 50 (tidak termasuk fee penyampaian saman yang mana bayarannya bergantung pada alamat pihak Defendan).
Balas
# Suhaily binti Samsudin 2013-07-26 11:39
Assalamualaikum tuan,
Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang:

1) Saya telah bercerai dengan bekas suami sejak Julai 2010 lagi,semenjak itu bekas suami tidak memberi nafkah kepada anak-anak,bolehkah saya menuntut nafkah anak-anak yang sebelum ini?
Balas
# ketua Pendaftar 2013-09-23 17:30
W.salam puan, terima kasih atas persoalan yang diajukan dan pihak kami amat menghargainya. Berkaitan dengan isu tersebut terdapat dua situasi yang boleh kemungkinan telah berlaku iaitu :

i. Semasa penceraian telah ada perintah Mahkamah Syariah berkaitan kadar bagi nafkah anak-anak yang dibuat secara persetujuan dan dijadikan perintah.

ii. Tidak ada penyelesaian atau perintah berkaitan kadar nafkah anak yang wajib dibayar oleh bapa.

Bagi situasi yang pertama, hal keadaan ini lebih mudah kerana telah ada suatu persetujuan dan dijadikan perintah yang perlu dipatuhi oleh pihak bapa. Jika bapa telah gagal membuat bayaran sejak diperintahkan berbuat sedemikian, maka kadar nafkah itu akan menjadi tertunggak.Malah pihak puan boleh berjumpa dengan pegawai unit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang terdapat di Mahkamah Syariah untuk mendapat khidmat nasihat seterusnya mewakili puan di dalam membuat tuntutan nafkah tertunggak.

Manakala bagi situasi kedua adalah berbeza, ketiadaan suatu perintah mahkamah syariah mengenai kadar nafkah menyebabkan tuntutan nafkah tertunggak boleh ditolak oleh Mahkamah.

Justeru, jika puan telah memperolehi perintah mahkamah dan bekas suami gagal melaksanakannya maka puan boleh membuat tuntutan nafkah tertunggak dan dicadangkan untuk mendapatkan khidmat BSK. Sebaliknya, jika masih belum memperolehi kadar perintah nafkah anak, bolehlah puan cuba untuk mendapatkannya terlebih dahulu dengan memfailkan permohonan ke mahkamah syariah.

Sekian, semoga jawapan kami dapat merungkai serba sedikit permasalahan puan. Pihak kami mengalu-alukan sebarang persoalan jika puan masih belum jelas dengan jawapan yang diberikan.

Wassalam.
Balas
# PERTANYAANQALEEF 2013-07-26 11:37
Salam...

Tuan,

Saya ingin bertanya, adakah anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan tempoh pernikahan boleh didaftarkan atas nama bapanya (lelaki yang dinikahi ibunya). Ini kerana, berdasarkan pengetahuan saya, ianya adalah dilarang dari segi undang-undang dan hanya boleh menggunakan nama \'ABDULLAH\'. Bagaimanapun, saya ada terbaca dari artikel suratkhabar yang menyatakan bahawa ianya adalah tidak salah jika dibin/bintikan atas nama bapanya sendiri untuk menjaga maruah anak tersebut. Saya juga terbaca dari blog yang menyatakan bahawa boleh melakukan perubahan bin/binti \'ABDULLAH\' kepada nama bapanya jika mendapat kebenaran dari pihak mahkamah setelah membuat akuan bersumpah bahawa anak tersebut adalah anak kepada lelaki yang tersebut.
Saya cuma ingin mendapatkan kebenaran, adakah perkara tersebut boleh berlaku dan prosedur yang selalu diambil dan tempat yang perlu dituju.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-09-27 10:24
Waalaikumussalam wbt

Tuan,
Mengenai masalah ini, pihak-pihak dikehendaki untuk datang ke Mahkamah bagi memfailkan “pengesahtarafan anak”. Sekiranya anak tersebut telah disabitkan oleh Mahkamah bernasab dengan ayahnya, maka anak tersebut bolehlah dibinkan dengan nama ayahnya. Jika anak tersebut tidak disabitkan nasabnya dengan ayahnya itu, maka anak tersebut tidak boleh dibinkan dengan nama ayahnya itu.
Mengenai dengan pendaftaran nama anak, perkara ini adalah dalam bidangkuasa Jabatan Pendaftaran Negara.
Balas
# PERTANYAANNUR HAYATI 2013-07-12 08:58
Salam...

Saya ingin bertanya, adakah anak yang tidak sah taraf yang telah dibinkan dengan nama Abdullah boleh ditukar/dibinkan dengan nama suami kepada ibu anak berkenaan (jika benar suami ibu anak tersebut adalah bapa kepada anak tersebut). Ini kerana saya ada terbaca yang mengatakan perkara tersebut boleh dilakukan dengan memohon rayuan kepada mahkamah syariah dengan akuan sumpah daripada lelaki berkenaan bahawa anak tersebut adalah anaknya dan pertukaran doleh dilakukan di JPN setelah mendapat surat kebenaran.

Adakah benar perkara tersebut boleh dilakukan?. Serta bagaimana cara/prosedur jika perkara tersebut boleh dilakukan dan adakah akan dikenakan sebarang denda/hukuman?

Sekian, terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-07-24 08:55
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/Puan,

Untuk makluman Tuan/Puan, Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa dalam menentukan kesahtarafan anak tersebut. Manakala untuk mendaftarkan namanya (agar dibinkan dengan ayahnya) pada kad pengenalan adalah di bawah bidangkuasa Jabatan Pendaftaran Negara.
Seksyen 111 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menyatakan seperti berikut:
“Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah”.

Oleh yang demikian, Tuan/Puan boleh memfailkan permohonan pengesahtarafan anak di Mahkamah. Sekiranya status anak itu telah disahkan oleh Mahkamah, maka Tuan/Puan boleh mengemukakan penghakiman Mahkamah tersebut pada Jabatan Pendaftaran Negara bagi tindakan selanjutnya.
Balas
# nafkahnur fatehah 2013-07-12 08:51
Assalamualaikum..
Tuan,

Ingin mohon penjelasan tentang apa tindakan yang boleh saya lakukan
sekiranya :

1.Sudah berkahwin selama tiga tahun dengan suami dan sehingga ke hari ini suami masih
lagi menganggur, tidak mahu bekerja. saya (isteri) yang menanggung semua perbelanjaan termasuk sewa
rumah, bayaran bulanan kereta, bayaran jagaan anak, makan minum dan pakaian sekeluarga. Suami saya
sihat tiada sebarang kecacatan yang boleh menghalang beliau daripada bekerja.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-07-24 08:51
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Puan,

Seseorang suami itu wajib memberikan nafkah ke atas isterinya. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka” (An Nisa’ : 34)

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya”. (Al Baqarah : 233)

Jika sesorang suami gagal memberikan nafkah ke atas isterinya, maka seseorang isteri itu boleh mengemukakan tindakan-tindakan berikut di Mahkamah:-
1) Menuntut nafkah semasa daripada suami
Seksyen 60 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 “Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri...”

2) Menuntut nafkah tertunggak daripada suami
Seksyen 70 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 “Tunggakan nafkah yang tak bercagar hendaklah dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya”.

3) Menuntut untuk membubarkan perkahwinan daripada Mahkamah (Fasakh)
Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002
“Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh atas mana-mana satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu........bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan”

4) Menuntut pengesahan perceraian secara ta’liq (di mana suami ada melafazkan lafaz ta’liq sejurus selepas akad nikah)
Seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 “Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang sedemikian telah berlaku”.
Balas
# Pertanyaan berkenaan harta pusakaNordalena binti Mohd Nasir 2013-06-28 16:31
Assalammualaikum..
Tuan,
Saya ingin memohon pencerahan dari pihak tuan berkenaan dengan pembahagian harta pusaka (tanah dan wang simpanan)menurut hukum faraid. Arwah ayah saya berasal dari Melaka.
1. Jika arwah ayah saya meninggal dunia sebelum ibubapanya ( arwah datuk dan nenek) dan arwah ayah saya mempunyai seorang anak lelaki ( adik saya )adakah adik saya layak mendapat harta pusaka dari arwah datuk saya. Bagaimana pula dengan bahagian harta dr arwah nenek saya
2.Arwah datuk meninggalkan 6 orang anak lelaki dan 5 anak perempuan., tetapi mereka (adik beradik yang hidup) telah memberitahu/mengishtiharkan bahawa mereka hanya mempunyai 10 beradik sahaja dan menafikan kewujudan arwah ayah saya. Apakah hukumnya dari segi syariah diatas tindakan mereka .
Sekiranya arwah ayah mempunyai hak keatas harta pusaka tersebut, bermakna adik lelaki saya secara tidak langsung juga mempunyai hak yang sama. Apakah hukumnya jika hak tersebut di nafikan dan bahagian tersebut di bahagikan diantara mereka 10 beradik ( adikberadik arwah ayah).
3. Saya ada membuat sedikit penyelidikan berkenaan dengan wasiat wajibah. Mohon sedikit pencerahan pihak tuan.
Sekian.
Assalammualaikum wbt
Nordalena Mohd Nasir
darlingdarlena338@gmail.com
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-07-26 11:31
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih ke atas Pn Nordalena di atas soalan yang di kemukakan. Untuk makluman puan, seseorang itu berhak ke atas harta ayahnya dan jika dia telah meninggal dunia lebih dahulu daripada ayahnya, anak-anaknya tetap berhak ke atas harta tersebut (harta datuk kepada anak-anak tersebut). Inilah yang dinamakan wasiat wajibah. Ini jelas disebutkan di dalam Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 di mana anak-anak tersebut akan mendapat bahagian ayahnya dari harta datuknya (sekiranya ayahnya mati terlebih dahulu) jika bahagian ayahnya kurang daripada satu pertiga (1/3) daripada keseluruhan harta datuknya. Jika lebih daripada satu pertiga, anak-anak tersebut hanya mendapat setakat satu pertiga sahaja.
Oleh yang demikian, sekiranya ada pihak menafikan hak-hak yang patut dimiliki oleh anak-anak tersebut, anak-anak tersebut (atau penjaganya sekira masih di bawah umur) boleh memfailkan tuntutan pengesahan wasiat wajibah di Mahkamah Syariah di bawah peruntukan Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005 bagi tujuan mendapatkan hak-hak itu semula.
Tentang hukum menafikan hak orang-orang yang berhak ke atas harta tersebut adalah sudah jelas haram dan berdosa besar. Allah SWT berfirman:
Yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (Al Baqarah : 188)

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala". (An Nisa' : 10)
Balas
# pertanyaanAhmad Faizal 2013-06-26 15:40
Assalamualaikum, saya merupakan pelajar sarjana dari UKM dan sedang membuat kajian disertasi. Saya ingin mengetahui nama pihak plaintif dan defendan dalam kes mal no 04100-028-0120-2008. Saya mendapat ulasan kes tersebut dalam internet tetapi tidak dinyatakan nama pihak plaintif dan defendannya. Ini kerana terdapat prosedur mahkamah yang ada kaitan dengan kajian saya.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-07-26 11:35
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/Puan,
Untuk mendapat maklumat yang lanjut tentang butiran-butiran pihak-pihak dalam sesebuah kes, saya berpendapat bahawa lebih baik Tuan/Puan hadir sendiri ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Tuan/Puan boleh berurusan di kaunter utama di tingkat 1, Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Ini adalah kerana pihak Mahkamah amat menitikberatkan hal-hal kerahsiaan pihak-pihak. Dengan sebab itu, pihak Mahkamah tidak mendedahkan nama pihak-pihak samada di portal/laman web atau di mana-mana melainkan ada permohonan khusus.
Oleh yang demikian, pihak Mahkamah memohon maaf di atas segala kesulitan.
Sekian
Balas
# Mohon pandangan dan cadanganMohd 2013-06-11 09:57
Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

Saya ingin memohan pendapat dan cadangan Tuan. Saya telah berkahwin selama 5 tahun. Alhamdulillah saya dan isteri sihat dan bahagia. Kami bekerja kerajaan. Alhamdulillah kami mempunyai rumah dan kenderaan. Alhamdulillah tiada masalah kewangan. Kami belum lagi
dikurniakan cahaya mata. Ada beberapa kali isteri memohon cerai kerana kami tiada anak.
Alhamdulillah saya sering menasihati dan memberi pandangan yang baik seperti percaya pada qada dan qadar. Mertua saya bercerai sewaktu isteri saya masih kecil. Isteri saya dijaga oleh nenek sejak kecil. Isteri saya sering terasa hati apabila saya bergurau dengan anak buah saya. Isteri saya membenarkan saya berkahwin lain tetapi ceraikan dia kerana tidak mahu bermadu. Saya terkejut kerana saya tak pernah terfikir untuk kahwin lain. Isteri juga tak mahu mengambil anak angkat. Katanya banyak masalah di kemudian hari. Saya nasihatkan dia untuk mengambil anak angkat. Saya redha kerana terdapat ramai anak yatim dan Islam memuliakan anak yatim. Isteri tidak mahu selain anak sendiri. Kami berumur 29 tahun. Isteri saya tidak suka untuk berjumpa dengan keluarga dia mahu pun saya. Saya tak setuju dengan cara itu kerana Islam melarang kita sombong dan tidak memuliakan ahli keluarga.
Dihadapan kaabah saya sering berdoa untuk bertemu jodoh dari keluarga yang baik-baik dan bahagia. Apabila saya tahu latar belakang isteri saya redha kerana saya bertangungjawab berkongsi kasih sayang keluarga saya yang bahagia dengan isteri ini kerana latar belakang kelurganya yang sedikit berlainan. Saya terima isteri dan keluarga mertua seadanya kerana Allah maha adil. Jika isteri masih memohon cerai bagaimana harus saya buat? Adakah itu jalan terbaik? Kami sudah menjalani pemeriksaan tetapi alhamdulillah tiada masalah.
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-06-11 10:11
Tuan,

Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan untuk mengemukakan pandangan dan cadangan ke atas pihak kami. Insya Allah saya bagi pihak Mahkamah akan sedaya upaya memberikan cadangan yang terbaik untuk kebaikan semua pihak.

Daripada masalah yang Tuan telah kemukakan kepada saya, apa yang saya fahami ialah isteri Tuan telah beberapa kali meminta cerai kerana masalah tidak dikurniakan cahaya mata.

Pertama-tamanya, saya bersyukur kerana Tuan tidak mengalamai masalah kewangan dalam rumahtangga. Untuk makluman Tuan, masalah kewangan dalam keluarga merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada kes perceraian.

Bagi masalah yang dihadapi Tuan, saya berpendapat bahawa Tuan cuba sedaya upaya untuk memberi kefahaman dan nasihat kepada isteri untuk terus bersabar. Ingatlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Barangkali ujian yang kita hadapi ini adalah jalan untuk Allah menaikkan darjat kita, menambahkan pahala dan membuka jalan ke syurga. Barangkali juga kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menguruskan anak, dengan itu Allah menangguhkan dahulu
Balas
# Pengesahan StatusShida 2013-06-11 09:47
Assalamualaikum w.b.t

Saya berkawan dengan individu ini (saya namakan W) pada 2011 selama setahun. Menurut W, dia pernah berkahwin dan telah pun bercerai. Tapi apabila minta ditunjukkan surat cerai sebagai bukti, banyak alasan diberikan. Suatu hari segalanya-galanya terbongkar. W masih mempunyai isteri.

Baru-baru ini, W telah menceraikan isterinya dan ingin meneruskan hubungan kami. Apabila saya minta untuk menunjukkan surat cerai sekali lagi, katanya masih dalam proses. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, W telah melafazkan cerai pada 1/1/13.

Soalan saya:
Bagaimanakah saya ingin mengetahui status perkahwinan W sekarang dan mendapatkan butiran lengkap mengenai proses naik turun mahkamah mereka? Ini disebabkan saya ingin mendapatkan bukti hitam putih sebelum keluarga W datang berjumpa keluarga saya.

Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-06-11 09:50
Waalaikumussalam w.b.t

Puan,

Pendaftaran pernikahan dan perceraian direkodkan oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Sehubungan dengan itu, puan dinasihatkan untuk pergi ke Jabatan Agama Islam bagi menyemak status pendaftaran nikah dan perceraian seseorang itu.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Syariah mempunyai rekod perbicaraan kes-kes yang telah didaftarkan atau difailkan di Mahkamah termasuk kes-kes permohonan cerai atau pengesahan lafaz cerai. Oleh itu, Puan juga boleh menyemak di Mahkamah Syariah sama ada individu itu ada memfailkan permohonan cerai atau pengesahan lafaz cerai di Mahkamah dengan mengemukakan nama, no kad pengenalan dan no kes (jika tahu) bagi mendapatkan maklumat tentang kes-kes tersebut.
Balas
# penama kwspsiti asyura 2013-05-27 14:34
Assalamualaikum, Tuan. Saya ingin bertanyakan mengenai penama KWSP. Bapa saya meninggal tahun lepas dan meninggalkan seorang isteri dan 4 anak perempuan. Tiada anak lelaki. Jadi adik-beradik arwah akan dapat 5/24. Semua adik-adik arwah masih hidup. Arwah anak bongsu. KWSP arwah pula
diletakkan nama ibu dan kami 4 beradik. Setiap seorang mendapat 20%. Kami adik-beradik sepakat memberikan bahagian masing-masing kepada ibu manakala bahagian adik bongsu tidak di ambil. Itu memang untuk adik sambung belajar. Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah buku tentang wasiat. Dalam buku itu ada menyatakan penama sekadar wasi atau pemegang amanah. Tapi sewaktu arwah hidup, arwah sendiri yang meminta saya memasukkan nama kami semua sebagai penama. Bolehkah ini dianggap wasiat?

Bagaimana pula jika kami telah menggunakan wang tersebut untuk membaiki rumah taman? Arwah pernah berpesan agar pindah daripada rumah kampung jika dia telah tiada kerana hubungan arwah memang tak baik dengan adik-beradiknya.

Jika kami telah gunakan wang kami sendiri untuk bayar hutang arwah, bagaimana cara untuk menuntut semula? Ibu saya bayar fidyah arwah dengan beli beras dan hantar pada rumah anak-anak yatim dan orang tua. Masalahnya tiada resit. Jadi bagaimana Tuan?

Andai sebahagian daripada adik-beradik arwah tidak mahu bekerjasama, bagaimana status bahagian mereka?
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-06-03 12:02
Waalaikumussalam..

Apabila seseorang itu meninggal dunia dan meninggalkan harta, terdapat dua perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu daripada hartanya sebelum dipusakakan kepada ahli-ahli warisnya atau kepada orang lain sama ada melalui faraid atau wasiat iaitu hutang si mati dan perbelanjaan pengebumian si mati.

Sekiranya salah seorang ahli waris si mati telah membayar hutang si mati dengan duitnya sendiri (bukan harta si mati), maka dia boleh menuntut bahagian daripada harta si mati sama jumlah dengan hutang yang telah diselesaikan. Ini kerana harta itu bukan dikira sebagai harta pusaka, tetapi dikira sebagai hutang si mati dengan ahli warisnya. Oleh yang demikian, orang yang membayar hutang harus mengambil bahagian hutang tersebut terlebih dahulu sebelum harta si mati dipusakakan.

Tentang caruman wang KWSP, ianya tetap merupakan harta pusaka sebagaimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan 2002. Apabila ianya melibatkan harta pusaka, maka waris-waris boleh membahagikan harta pusaka itu mengikut kehendak mereka dengan syarat pembahagian tersebut mendapat persetujuan semua ahli waris. Jika salah seorang ahli waris tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut, maka harta pusaka tersebut wajib dibahagikan mengikut faraid.

Tentang kadar pembahagian mengikut faraid, jika seseorang itu mati meninggalkan seorang isteri, 4 orang anak perempuan (tiada anak lelaki) dan adik beradik lelaki dan perempuan, maka isterinya berhak mendapat 1/8, anak-anak perempuannya mendapat 2/3 dan adik beradiknya mendapat bahagian asabah.

Mengenai wasiat, si mati tidak boleh mewasiatkan hartanya lebih daripada 1/3 daripada jumlah keseluruhan hartanya. Wasiat lebih 1/3 kepada waris harus dengan syarat mendapat kelulusan daripada waris. Jika si mati mewasiatkan supaya pihak tertentu dilantik sebagai wasi, maka wasiat tersebut hendaklah diikut dengan syarat wasi-wasi tersebut berkelayakan seperti berakal dan baligh.
Balas
# Permohonan TaklikZARIFAH BINTI ZAINAL 2013-04-30 15:16
Saya ingin tahu bagaimana prosedur memohon penceraian secara taklik atas sebab-sebab berikut:

a) suami telah bertindak kasar dengan saya iaitu telah memukul saya serta telah mengunci saya di dalam rumah menggunakan kunci motor.
b) suami telah menghalau saya dari rumah dengan sebutan "kau berambus dari rumah ini dan aku haramkan kau pijak rumah ini lagi".
c) suami telah menjalinkan hubungan dengan wanita lain dan mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga.

Adakah saya juga dikira nusyuz kerana keluar daripada rumah kerana tidak tahan dengan perbuatan suami?
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-04-30 15:23
Puan,
Prosedur untuk membuat tuntutan perceraian secara ta'liq, puan hendaklah mengemukakan satu
saman sebagaimana yang dinyatakan di dalam Borang MS 2 Jadual Ketiga, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah(Negeri Melaka) 2002 dan disertakan dengan satu penyata tuntutan yang mengandungi sebab-sebab
kenapa puan membuat tuntutan tersebut. Sebaik-baiknya puan datang ke Mahkamah dan petugas di kaunter
Mahkamah sedia membantu puan menerangkan tentang cara-cara membuat tuntutan tersebut.
Puan tidak
dikira nusyuz sekiranya puan keluar dari rumah demi menyelamatkan diri puan daripada kezaliman
suami. Rasulullah SAW bersabda "Tidak boleh (membiarkan terjadinya) bahaya dan tidak boleh
membahayakan" (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibn Majah)
Balas
# hak isteri pertamaNor-Idah Zakaria 2013-04-30 15:10
Assalammualaikum...

1. Bolehkah saya buat akujanji dengan suami tentang hak isteri pertama?

Antaranya:
a. Sistem giliran 4/3 iaitu 4 hari bersama isteri pertama dan 3 hari bersama isteri kedua(selang-seli).
b. Tukar hak milik harta iaitu rumah (hutang bulanan dibayar oleh isteri sahaja)
c. Nafkah yang tetap untuk isteri dan anak-anak.
i . RM420.00 - duit sekolah (RM 14 X 30 hari)
ii. RM300.00 - duit nafkah zahir isteri dan anak-anak RM10(1 hari)
iii.Jumlah RM720.00
d. Tugas dan tanggungjawab 100% kepada anak-anak semasa musim persekolahan.
e. Sentiasa memaklumkan isteri ke mana suami pergi, walaupun giliran dengan isteri kedua.

Apakah nasihat pihak tuan apabila:
1. Pernikahan dirahsiakan dan kerjasama serta penafian suami dan keluarga pihak isteri kedua membohongi saya selama 11 tahun. Kesannya saya mengalami tekanan perasaan kerana sentiasa syak wasangka dan cemburu.

2. Akibat di madukan dan mengetahui secara mengejut, saya mengalami kurang selera makan dan insomia (sukar untuk tidur jika suami tiada). Selain itu saya mengalami sesak nafas, takut dan fikiran bercelaru.

3. Selain itu saya merasa amat malu dengan jiran, ahli keluarga khasnya. Akibatnya saya takut keluar rumah dan tak mahu jumpa dengan keluarga saya sehingga suami saya berani buat pengakuan kepada ibu bapa dan adik beradik saya.

4. Saya belum beritahu adik beradik saya tentang hal ini sedangkan mereka sentiasa mahu hulurkan bantuan dan nasihat.

5. Saya rasa sendirian dan sunyi sangat dan tersisih langsung daripada suami. Saya rindu sangat dengan mak dan abah, tetapi saya risau mak akan susah hati dan jatuh sakit kalau mereka tahu.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-04-30 15:13
Waalaikumussalam..

Puan,
Untuk perkara a-d, puan dan suami bebas untuk membuat sebarang persetujuan bersama tentang apa-apa terma (dengan syarat terma perjanjian tidak bercanggah dengan syarak) termasuk seperti terma-terma di atas. Sekiranya kedua-dua pihak telah membuat persetujuan bersama, maka adalah lebih baik kedua-dua pihak majukan ke Mahkamah persetujuan bersama tersebut untuk diendors di hadapan Hakim dan dijadikan satu perintah persetujuan bersama.
Bagi perkara e pula, bukanlah satu kewajipan dalam syarak bahawa suami mesti memaklumkan setiap perkara kepada isteri. Di samping itu, ketetapan seperti itu berbentuk terlalu umum yang menyebabkan ianya tidak wajar dijadikan satu perintah.

Puan,
Sekiranya puan mengalami sebarang penderitaan dari segi fizikal atau mental (emosi), dan puan ingin menuntut ganti rugi dari pelakuan suami puan, Mahkamah Syariah tidak berbidangkuasa untuk memberikan sebarang bentuk gantirugi terhadap penderitaan emosi tersebut. Apa yang puan boleh lakukan ialah puan boleh memohon fasakh daripada Mahkamah atas sebab-sebab mengalami penderitaan fizikal atau mental hasil daripada perbuatan suami. Puan boleh merujuk Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 yang jelas menerangkan sebab-sebab dibolehkan fasakh sesuatu perkahwinan. Sekiranya puan mengalami gangguan emosi hasil daripada perlakuan suami, nasihat saya puan jumpalah dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling. Insya Allah mereka boleh membantu puan.
Balas
# re: Permohonan tambah taklikNor-Idah Zakaria 2013-04-30 15:06
1. Bolehkah saya mendapatkan maklumat terperinci tentang pendaftaran perkahwinan suami saya? Kalau boleh, di mana saya boleh dapatkannya?
2. Adakah pihak mahkamah tahu bahawa pendaftaran perkahwinan secara poligami atau yang biasa? Jika suami tidak mendaftarkan secara poligami, apakah tindakan mahkamah?
3. Adakah rekod pernikahan terdahulu diketahui oleh mahkamah semasa proses pengesahan pendaftaran?
4. Adakah Mahkamah Syariah merujuk Jabatan Pendaftaran Negara mengenai status suami dan perkara tersebut diketahui atau tidak oleh isteri pertama?
5. Perlukah isteri pertama tahu atau diberitahu akan status suami atau tidak tahu langsung(jika tidak bagaimana isteri mahu melindungi haknya?)
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-04-30 15:04
1. Puan boleh mendapatkan maklumat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Agama Islam yang berhampiran dengan tempat kediaman puan. Ini kerana pendaftaran perkahwinanan hanya dilakukan oleh Jabatan Agama Islam, bukan Mahkamah Syariah.

2. Setiap perkahwinan poligami yang didaftarkan di Jabatan Agama Islam, perlu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Sekiranya perkahwinan tidak mendapat kebenaran dari Mahkamah Syariah (seperti kahwin di luar negeri), pihak-pihak perlu mendapatkan pengiktirafan nikah daripada Mahkamah Syariah, sekiranya perkahwinan poligami tidak mendapat kebenaran mahkamah atau belum lagi diiktiraf oleh Mahkamah Syariah, maka perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan di Pejabat Agama Islam. Seseorang lelaki yang berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah boleh dikenakan hukuman sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 iaitu \"Seseorang lelaki yang berkahwin lagi di mana-mana tempat dalam masa perkahwinannya masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu\".


3. Semasa membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran dari Mahkamah, pemohon mesti mengemukakan surat pernikahan berserta dengan permohonan tersebut.

4. Tidak, bidangkuasa Mahkamah hanyalah membicarakan dan memutuskan sesuatu kes yang dikemukakan kepada Mahkamah. Pihak-pihaklah yang mesti memulakan prosiding kes, seterusnya mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi kepada Mahkamah.

5. Sekiranya suami memohon kebenaran kepada Mahkamah untuk berpoligami, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk memanggil mana-mana saksi termasuk isteri pemohon bagi membantu Mahkamah dalam memutuskan perkara tersebut.
Balas
# Hak Penjagaan AnakMs Lim 2013-04-02 15:56
Dear Sir,
May I enquiry what are the process handling for case like single mother had a child and would like to change his IC name from malay name to chinese name. Both parent did not married and the child have been under the care and living with the mother all this years, never in contact with the father as well.

Thank you and appeal for your kind advised.
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-04-04 14:57
Dear Sir/ Madam,

First, we kind to inform you that Syariah Court only has a jurisdiction over Muslims. It has been stated in List II, 9th Schedule of Federal Constitution.

With reference to the above, that is related to an out wedlock child, if the mother of the child is Muslim, then the child is also Muslim. On the other hand, if the mother of the child is not a Muslim but their only illegitimate Muslim father, then the child is not a Muslim. This is because in Islam, the illegitimate child has no legal relationship (nasab) to his father. Therefore, the mother has an absolute right of custody over the child.

Regarding to change a name of a child from Malay name to Chinese name, kindly inform that it was under the jurisdiction of National Registration Department of Malaysia. The Syariah Court has only a jurisdiction to determine the religious status of a person whether he or she is a Muslim or not. For your further information, in Islam, any Muslim was not obliged to use Malay/ Arab name. Any Muslim has a right to choose any name which carries a good meaning regardless in whatever language that he or she wants to use including Chinese names. There have many Chinese Muslims who use Chinese names such as Ann Wang Seng, Zheng He (Cheng Ho), Wang Dai Yu and others.
Balas
# Surat CeraiJuma'atul Niza Radzuan 2013-03-27 15:32
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tuan/Puan,

Saya baru sahaja bercerai dengan suami pada 28/2/2013. Saya ingin bertanyakan bilakah surat perceraian akan dikeluarkan? Ini kerana saya ingin membuat tuntutan nafkah untuk anak. Adakah saya perlu mengambil sendiri atau pihak mahkamah akan poskan kepada saya? Mohon penjelasan daripada pihak tuan...Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-04-02 11:53
Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan oleh pihak Puan.

Untuk makluman pihak Puan setelah kes perceraian Puan telah selesai di Mahkamah, pihak Mahkamah akan menyerahkan kepada Puan salinan rekod perceraian untuk pihak Puan daftarkan perceraian di Pejabat Agama Islam (Bhg Nikah Kahwin & Rujuk) yang berhampiran dengan Puan. Surat Perceraian akan dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam di mana Puan daftarkan perceraian Puan. Sebaik-baiknya Puan disarankan supaya hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai surat cerai Puan. Sekiranya Puan menghadapi sebarang permasalahan mengenai rekod perceraian Puan, Puan boleh berhubung dengan pihak kami di talian 06-2332060 dan pegawai kami sedia membantu Puan.

Terima Kasih.
Balas
# penyelesaian terbaiknorhayati nordin 2013-03-27 15:31
Assalamualaikum,

Saya sudah berumahtangga sejak tahun 1999 dan mempunyai 3 org anak lelaki daripada umur 13 tahun hingga 6 tahun. Masalah saya ialah, saya mencapai ketidaksefahaman dengan suami dan berhasrat untuk berpisah tetapi, dia mengungkit dan mengugut yang saya tidak akan mendapat harta sepencarian walau sedikit pun akibat perceraian kami nanti. Saya sudah tidak tahan dengan perangai suami yang suka mengungkit-ungkit, berdendam dengan ahli keluarga, suka mendera fizikal dan mental (jarang sekali) juga. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, suami saya memegang kad ATM bank saya selama ini kerana katanya saya tidak bijak mengurus kewangan. Saya juga adalah seorang yang bekerja dengan berpendapatan sekitar RM1500 ke atas. Walau bagaimana pun, saya tidak bebas membelanjakan wang gaji berikutan kekangan dari suami. Malah, duit gaji saya juga selalu digunakan untuk membayar pinjaman kereta dan peribadi. Dia hanya memberikan saya duit poket sebanyak RM50 seminggu dan kadang-kala RM30. Dia mempunyai bisnes tetapi, wang gaji saya juga pernah digunakannya untuk menampung masalah kewangan perniagaannya. Malah, saya membuat pinjaman yang banyak dari adik-beradik untuk memajukan perniagaaanya. Saya sedia maklum juga yang dia seorang yang sudah di senarai hitamkan oleh pihak bank kerana masalah pinjaman kereta. Saya sedih kerana saya hanya sekali sekala berpeluang memberikan wang sara hidup kepada ibu bapa saya di kampung. Sudahlah kedua orang tua saya duduk berjauhan daripada saya.

Dalam hal ini, saya dapat merasakan yang saya seolah dieksploitasi oleh dia daripada bab kewangan. Saya ingin meminta pandangan dari pihak Tuan/Puan, sebelum ini saya sedia maklum yang walaupun seorang isteri itu bekerja, si suami tetap wajib memberi nafkah kepada si isteri. Sebaliknya pula yang berlaku kepada saya. Kesemua wang gaji dan kat ATM bank saya dipegangnya. Dia selalu melafazkan yang ingin menceraikan saya kerana saya tidak berpangkat besar dan berharta seperti isteri kawan-kawannya yang lain. Saya tetap beri dia keizinan untuk berkahwin lain. Tetapi dalam masa yang sama, dia rancak menggunakan wang gaji saya. Adakah halal dan berkat bagi dia melakukan sebegitu dan bagaimanakah patut saya melayan ugutan dia berkenaan harta yang tidak akan diberikan langsung kepada saya. Dia memang suka mengugut dan selalu mengatakan yang dia akan menghancurkan hidup saya dengan mencederakan saya dan keluarga saya. Malah katanya dia sanggup berbunuhan. Pada saya, dia seorang yang nekad.

Soalan saya, apakah hak dan tuntutan yang saya patut dapat melalui perpisahan ini? sama ada berkaitan harta dan juga penjagaan anak (dia seorang yang panas baran, jadi saya khuatir dia akan mencederakan anak saya).
Balas
# Panel Pertanyaan @ Web MSNM 2013-04-04 12:28
Puan,

Apabila seseorang isteri itu berpisah dengan suaminya, beliau berhak membuat tuntutan ke atas beberapa perkara iaitu :

1)Mahar yang belum dijelaskan
Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.
(Puan boleh rujuk Sekyen 59 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002)

2)Nafkah 'Iddah
'Iddah ialah satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki dengan isterinya maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak akan terputus kesemuanya hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib menahan dirinya dan tidak mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak. Pada waktu tempoh 'iddah ini bekas isteri wajib diberikan nafkah dan tempat tinggal oleh bekas suami
(Puan boleh rujuk Sekyen 66 dan 72 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002)

3)Tunggakan nafkah
Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pekakas rumah dan lain-lain lagi menurut keadaan dan adat ditempat masing-masing berdasarkan juga kemampuan suami untuk menyediakan keperluan tersebut.

Sekiranya isteri taat kepada isteri dan sentiasa menjaga maruah diri dan rumahtangga kepada suami, namun begitu, suami gagal menyediakan makan minum isteri dan keperluan isteri, maka akan menjadi hutang kepada suami untuk membayar nafkah yang tertunggakan tersebut. Isteri tersebut perlu membuktikan di mahkamah bahawa sepanjang perkahwinan tersebut suami telah gagal menyediakan keperluan isteri tersebut selama mana suami gagal membayar akan terbeban ke atas suami untuk menjelaskannya.
(Puan boleh rujuk Sekyen 70 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002)

4)Muta'ah
Muta'ah ialah pemberian saguhati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang ataupun barang dan perceraian tersebut bukan kesalahan daripada pihak isteri.
Jika perceraian berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau fasakh kerana aib (kecacatan) di pihak isteri atau dia menuntut fasakh kerana aib di pihak suaminya, maka dia tidak berhak mendapat muta'ah.
(Puan boleh rujuk Sekyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002)

5)Harta sepencarian
Harta sepencarian adalah harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa kewujudan perkahwinan mereka hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka.
Isteri berhak untuk mendapat bahagiannya daripada harta sepencarian sama ada dia ada menyumbang dari segi kewangan atau tidak bagi memiliki harta tersebut.
(Puan boleh rujuk Sekyen 122 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002)

6)Hak penjagaan anak (Hadhanah)
Hadhanah ialah hak penjagaan anak-anak bagi sesiapa yang dibenarkan untuk menjaga, mendidik, membesarkan dan mentadbir urusan anak-anak tersebut serta menjaga dan memenuhi segala keperluannya dalam usia yang tertentu.
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa hak untuk menjaga atau memelihara anak yang belum mumaiyiz apabila terjadi sesuatu perceraian sama ada perceraian hidup atau mati adalah milik ibu. Walau bagaimanapun Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa keputusan tentang hak penjagaan anak berdasarkan beberapa faktor yang diambil kira seperti kebajikan anak tersebut.
(Puan boleh rujuk Sekyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002)

Sekiranya puan masih ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut, puan boleh datang ke Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan kediaman puan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Balas
# Keliru Tentang Jatuhnya Talak Pada IsteriKhairul zharif 2013-03-27 15:27
Salam Tuan,

Pada satu hari saya dan isteri berselisihan faham. Pada ketika itu saya geram bila dia berkata tentang bekas kekasihnya. Saya tidak berapa ingat apa dia kata, tetapi saya spontan beritahu dia yang dia boleh pergi kepada lelaki tersebut selepas anak kami yang dikandungnya lahir. Dan saya ada kata sekarang tidak boleh pergi kepada bekas kekasihnya sebab dia tengah mengandungkan anak saya. Saya pun tidak berapa pasti samada saya berniat ke tidak untuk menceraikannya pada masa itu. Yang saya ingat kalaupun saya nak ceraikan dia, saya akan ceraikan dia selepas anak kami lahir nanti.
Tambahan lagi pada lain masa saya ada menonton rancangan televisyen kemudian ada dialog, "aku ceraikan engkau". Saya cuma membaca ayat tersebut pada skrin televisyen. Tiba-tiba entah macam mana syaitan meletakkan rasa was-was pada diri saya yang mengatakan adalah talak itu sudah jatuh, kerana pada masa itu isteri saya terdengar saya membaca dialog tersebut. Saya tak berniat menceraikan isteri saya. Sekarang kami sudah berbaik semula dan saya sangat menyayangi isteri saya dan anak saya yang bakal lahir nanti. Tuan, adakah jatuh talak pada isteri saya? Kalau jatuh talak apakah perkara yang kami perlu lakukan? Saya malu kalau cerita ini diketahui orang ramai terutama ibu bapa kami. Saya tidak sanggup hidup dalam was-was apatah lagi saya takut ibadah saya tidak diterima Allah dan kami berada di dalam keadaan berdosa selama-lamanya. Tolong saya Tuan. Apa yang patut kami lakukan?
Terima Kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-04-04 12:16
Waalaikumussalam warahmatullahitaala wabarakatuh..

Tuan,

Secara asasnya, lafaz talaq ini terbahagi kepada dua iaitu lafaz sorih (jelas) seperti "aku ceraikan kau" dan lafaz kinayah (tidak jelas/ samar) seperti "kau balik ke rumah mak ayah kau". Bagi lafaz sorih, niat tidak diperlukan iaitu sama ada niat cerai atau tiada niat cerai, tetap jatuh talaq. Tetapi bagi lafaz kinayah, talaq hanya terjatuh sekiranya suami mempunyai niat untuk menceraikan isteri.

Walau bagaimanapun, masalah lafaz cerai ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan. Kisah yang tuan paparkan di sini semata-mata tidak memadai untuk mengesahkan sama ada berlakunya talaq atau tidak. Oleh yang demikian, suka saya menasihati tuan untuk membuat pengesahan lafaz talaq di Mahkamah dengan segera agar Mahkamah boleh meneliti semua fakta-fakta yang berkaitan bagi mengesahkan lafaz yang telah tuan ucapkan, sama ada berlakunya talaq atau pun tidak.
Balas
# daftar nikahrashid 2013-03-27 14:55
Assalamualaikum..

1. Adakah pihak mahkamah akan memanggil isteri pertama jika pasangan yang berkahwin di luar negara (Thailand) ingin mendaftar perkahwinan mereka?
2. Adakah kemungkinan perkahwinan di luar negara tidak diterima untuk pendaftaran di Malaysia (khususnya Melaka) atau lain-lain negeri?
3. Apakah ada peruntukkan atau peraturan bagi pendaftaran di mahkamah syariah di malaysia meletakkan tempoh tertentu untuk pendaftaran sesuatu perkahwinan di Thailand?
4. Adakah pihak mahkamah atau Jabatan Agama Islam pernah membuat kajian "Mengapa ada pasangan membuat keputusan berkahwin dan berpoligami di Thailand khususnya berbanding membuat permohonan di mahkamah syariah dalam negara ini"?
5. Berapa ramai pasangan yang ingin berpoligami atau membuat permohonan wali engkar di mahkamah? (peratusan)


Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-04-02 16:14
Waalaikumussalam warahmatullahitaala wabarakatuh..

1. Bagi kes-kes poligami, sama ada isteri pertama perlu dipangil ke Mahkamah untuk memberi keterangan adalah terletak pada budi bicara hakim. Hakim berbudi bicara sama ada hendak memanggil isteri pertama atau tidak.
2. Perkahwinan di luar negara hanya boleh didaftarkan di pejabat agama Islam setelah mendapat pengiktirafan nikah dari Mahkamah Syariah.
3. Sila rujuk Seksyen 31 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002. Seksyen tersebut jelas menyatakan tempoh pendaftaran bagi pernikahan di luar negara.
4. Ada, terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan perkara tersebut yang telah dilakukan oleh IPT, Jabatan-jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan-jabatan agama.
5. Bagi mendapatkan data yang lengkap atau ingin membuat sebarang kajian berkaitan perkara tersebut, tuan boleh datang ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka bagi tujuan tersebut
Balas
# nafkah anakziana 2013-03-09 11:00
Assalamualaikum ,

Saya seorang ibu tunggal. Dan mempunyai anak berumur 3 tahun.Pada tahun lepas, mahkamah syariah mengeluarkan perintah kepada bekas suami untuk memberi nafkah anak sebanyak RM200 setiap bulan mengikut perjanjian yang sudah dipersetujui bersama. Tetapi malangnya, sejak perintah dikeluarkan, suami gagal menunaikan perintah tersebut dengan memasukkan wang dalam jumlah yang tidak relevan iaitu RM20 sahaja. Atas alasan saya tidak membenarkan beliau bertemu anak.

Untuk pengetahuan, saya tinggal di Terengganu, manakala suami tinggal di Kuala Lumpur. Mengikut perjanjian, dia yang perlu datang ke Terengganu samada untuk berjumpa atau ajak anak bermalam di rumah kedua ibubapa beliau di Kuala Terengganu, memandangkan dia tinggal bersama rakan-rakan bujangnya di Kuala Lumpur. Beliau kerap menuduh saya berlaku zalim tidak pernah memberitahu dia sekirannya saya datang ke Kuala Lumpur.
Pada saya, kalau betul dia nak jumpa anak, kenapa dia sendiri tak pernah berusaha pulang ke kampung meluangkan masa bersama anak. Sejak Hari Raya Aidilfitri 2012 tidak pernah sekalipun bekas suami singgah menjenguk anak atau memberitahu saya dia nak bermalam dengan anak di Terengganu. Dan saya tidak pernah berniat pun halang dia jumpa atau bermalam dengan anak.

Bila saya tuntut hutangnya melalui sms, bermacam kata caci nista yang dilontarkan, siap buat kenyataan bahawa dia ada hujah secukupnya depan hakim nanti sekirannya saya tuntut di mahkamah sekali lagi. Itulah perangai suami sejak kami berkahwin, suka menghalalkan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab pada saya dan anak dengan mereka-reka pelbagai alasan (salah satu punca penceraian). Saya sudah penat turun naik mahkamah selama 2 tahun dan sudah habis puluhan ribu ringgit sebelum ini untuk membayar kos 2 orang peguam bagi tuntutan nafkah anak, fasakh dan hadanah di Terengganu dan melawan 2 lagi tuntutan beliau di Kuala Lumpur. Sekarang walaupun keputusan berpihak pada saya dan perintah mahkamah sudah keluar, dia masih nak langgar lagi. Sedangkan saya sudah bersetuju dengan jumlah yang sangat minimum (RM200).

Saya pernah minta bantuan dari keluarganya tetapi tidak dihiraukan. Kalau tuntut di mahkamah pun, hakim pasti suruh saya lantik peguam (seperti sebelumnya). Takkan saya nak lantik peguam lagi untuk menuntut hutang tertunggak pula kali ini?  Saya sudah tidak mampu lagi nak upah peguam. Pernah minta bantuan biro bantuan guaman,tetapi permohonan saya ditolak. Seringkali saya menangis, buntu dan tertekan dengan masalah yang tak sudah-sudah ditimbulkan bekas suami dan terasa diri ini sangat dizalimi. Ustaz tolonglah beri pandangan, apa yang perlu saya lakukan?

Wassalam
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 12:44
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan Ziana,

Merujuk kepada masalah puan, pihak kami berharap puan hadir ke Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga(SBSK) di Aras Bawah, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama, (bersebelahan Jabatan Veterinar) di MITC untuk membuat aduan berhubung perkara tersebut.

Ini adalah kerana pihak SBSK akan membantu puan untuk mendapatkan nafkah tertunggak tersebut. Atau segala kemusykilan lanjut, sila hubungi pihak SBSK di talian 06-2331911.

Terima Kasih.
Balas
# hak penjagaan anakrosnita yasim 2013-03-05 10:47
Salam hormat. saya seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak. Saya telah berpisah dengan suami saya sudah 7 tahun. Sekarang isteri kepada bekas suami saya ada telefon saya untuk mendapat mengambil anak saya... Selama ni mereka tak pernah bertanya atau menjaga anak saya selama 7 tahun...dari anak saya lahir sampailah sekarang... Saya buntu dan bagaimana nak mendapat hak penjagaan anak saya sepenuhnya., mereka nak ambil anak saya kerana bekas suami saya tak nak bayar nafkah anak tiap-tiap bulan secara potongan gaji sebanyak rm150 seorang.. Pohon jasa untuk panduan
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 12:24
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Untuk mendapat hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak-anak puan tersebut, puan perlu memfailkan permohonan Hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidangkuasa. Jika puan tinggal di Melaka, puan boleh failkan permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah yang berada di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama di mana ia bersebelahan Jabatan Veterinar Negeri Melaka.

Jika Mahkamah Syariah telah memerintahkan bekas suami puan untuk membayar nafkah anak,beliau perlu mematuhi perintah tersebut sehingga ada perintah lain yang mengubahnya.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami atau datang ke kaunter di Aras 1.

Terima kasih.
Balas
# ICMs Lem 2013-03-05 10:45
Dear Sir,
May I enquiry how can I apply for name change from a malay to Chinese as my son have been living with me since birth. My son birth cert was register in Singapore but still a Malaysian. I have never married with the father and never convert to muslim before.I have apply via JPN after apply for IC and were informed by Ministry of Home affair to go thru Syariah Court prior to JPN. May I know what are the procedures ?

Thank you
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 13:19
Hi Ms Lem,

Kindly be informed that the Syariah Court have no jurisdiction on changes of name from Malay to Chinese. We only have jurisdiction on an application for declaration an applicant who converted Muslim to the origin religion or belief due nonprctice of Islam but it depends to Judge to decide by refer to the fact and evidence disposed by the applicants.

In addition, Syariah Court also have jurisdiction to hear from the applicant who are currently Muslim. Please do contact us as we can take the details of you because there is query on our part the statement given \" I have never married with the father and never convert to Muslim before\".

Thus please provide us the details as we can try to solve the problem.

Should there any queries, please dont hesitate to contact us . 06-2332060 .

Thank you.
Balas
# pembahagian harta pusaka.saudara amir.. 2013-02-13 15:04
assalamualaikum...saya ingin bertanya,kakak saya telah meninggal dunia dengan meninggalkan sebidang tanah lengkap dengan sebiji rumah berkeluasan lebih kurang 150kaki persegi.arwah tiada anak dan suaminya telah meninggal dunia lebih awal dari arwah.setahu saya jika si arwah tidak mempunyai anak, jadi adik beradiknya boleh menuntuk harta yg ditinggalkannya...yang tinggal hanya 4 orang adik beradik.mengikut faraid bagaimana kiraannya jika saya sebagai waris lelaki tunggal dan 3 lagi adik beradik saya ialah perempuan(2 orang kakak dan seorang adik)masing masing perempuan.pada mulanya kami bercadang untuk menjualkannya dan wang yang diperolehi akan dibahagikan mengikut faraid tetapi cadangan itu ditentang oleh seorang kakak saya.boleh tolong kirakan bahagian masing masing sebab saya ingin tahu sebelum saya mengambil surat kuasa atau kami adik beradik tiada hak keatas tanah itu?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 13:18
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tuan,

Benar jika seorang itu meninggal dengan tidak mendapata
zuriat, maka pembahagian faraid akan diberikan kepada adik beradik kepada si mati.

Jika
pembahagian apa-apa harta alih atau tidak alih tidak mendapat persetujuan bersama, maka pihak waris
perlu mendapatkan Sijil Faraid daripada Mahkamah Tinggi untuk membuat pembahagian secara adil.


Pengiraan faraid merujuk kepada fakta yang telah diberikan oleh tuan, Si Mati telah meninggalkan
4 orang adik, 3 orang ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA seramai 3 orang dan ADIK BERADIK LELAKI
SEIBU SEBAPA seramai 1 orang.

Maka jawapan pengiraan tersebut adalah ADIK BERADIK LELAKI SEIBU
SEBAPA akan mendapat 2/5 kerana asobah. Dan ADIK BERADIK PEREMPUAN SEIBU SEBAPA masing-masing akan
mendapat 1/5.

1) ADIK BERADIK LELAKI SEIBU SEBAPA - 2/5
2) ADIK BERADIK PEREMPUAN
A -1/5
3) ADIK BERADIK PEREMPUAN B -1/5
4) ADIK BERADIK PEREMPUAN C -1/5

Sekiranya terdapat
pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima kasih.
Balas
# Pengesahan lafaz ceraiNajibah 2013-02-13 15:02
Assalam,

Tuan, saya ingin memohon pihak Tuan untuk mengesahkan lafaz cerai untuk situation dibawah.

Berlaku perselisihan faham antara suami isteri mengenai hubungan persahatan antara isteri dengan teman-teman lelaki yang dikenali oleh isteri terutama melalui hubungan perniagaan.Suami telah melafazkan ucapan \"Sekiranya engkau, wahai isteri masih berhubung dengan si fulan bin si fulan, maka jatuhlah talak ke atas engkau.\"

Persoalan saya, sekiranya isteri masih berhubung dengan si fulan bin si fulan atas urusan perniagaan atau ingin mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan beliau, adakan telah jatuh talak ke atas isteri?

Mohon pihak Tuan perjelas dan mengesahkan.

Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 10:43
Assalamualaikum wrt. wbt.

Tuan/Puan,

Lafaz yang telah diucapkan oleh suami kepada isteri tersebut dikira lafaz cerai taklik di mana maksud lafaz cerai taklik ialah apabila suami melafazkan cerai kepada isteri secara bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Dalam kes di atas,suami ada melafazkan sekiranya isteri masih berhubung dengan si fulan bin si fulan,maka jatuh talak. Jadi,sekiranya isteri masih berhubung walaupun atas urusan perniagaan atau lain-lain,maka boleh dikira jatuh talak mengikut istilah syarak.

Suami atau isteri dinasihatkan supaya pergi ke mahkamah rendah syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk membuat permohonan pengesahan lafaz cerai. Hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa menentukan sama ada sesuatu lafaz
talak itu sudah sah ataupun tidak berdasarkan rukun-rukun,syarat-syarat talak dan yang berkaitan dengannya.

Perceraian yang berlaku di luar/tanpa kebenaran mahkamah juga perlu dilaporkan segera di mahkamah mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan dalam enakmen yang berkaitan yang digunakan setiap negeri.
Balas
# lafaz talak 3norhidayati 2013-02-13 15:01
assalamualaikum...
saya ingin bertanya, pada 14 jun saya dan suami saya bertengkar sehingga mengganggu jiran tetangga.Pada ketika kami bertengkar,saya telah mengeluarkan kata-kata yang tak masuk akal kepada suami saya. Akibat dari perkataan yang tak sepatutnya saya ungkapkan sebagai seorang isteri,suami saya hilang pertimbangan dan dalam keadaan yang sangat marah dia telah melafazkan talak 3 kepada saya. Sekarang saya nak tahu sama ada talak tu dikira sah atau tidak kerana pada ketika itu suami saya dalam keadaan yang terlalu emosi....
mohon beri penjelasan
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 10:39
Assalamualaikum wrt. wbt.

Puan,

Antara syarat-syarat talak bagi suami ialah:
1)Telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah
2)Suami hendaklah berakal
3)Suami hendaklah baligh
4)Tiada paksaan/rela hati

Walaubagaimanapun,Puan dinasihatkan supaya merujuk ke Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal Puan untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut dengan segera dan kerana lafaz perceraian itu berlaku di luar mahkamah. Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu lafaz talak itu sama ada jatuh atau tidak berdasarkan rukun-rukun dan syarat-syarat talak serta yang berkaitan.
Balas
# Jaga AnakMustafa 2013-02-13 15:00
Kami telah bercerai di melaka dan mahkamah tinggi telah memerintahkan anak di bawah jagaan bekas isteri. Baru ini anak kami telah lari dari jagaan ibunya dan mahu tinggal sepenuhnya dengan saya dan abang serta kakaknya yang lain. Saya telah merujuk kepada Mahkamah Selangor untuk ubah perintah jagaan anak, namun mahkamah telah menolak untuk saya merujuk ke melaka kerana mahkamah melaka telah mengeluarkan perintah asal. Bekas isteri telah memfailkan tuntutan perlaksanaan perintah untuk memenjarakan saya kerana tidak menyerahkan anak tersebut padanya. saya membuat laporan polis dan anak tersebut juga membuat laporan polis tidak mahu kembali kepada ibunnya ... persoalan saya ... apakah tindakan yang sewajarnya saya ambil untuk saya tidak dipenjarakan dan hidup anak-anak aman damai. Bantu saya tuan-tuan Hakim yang bijaksana dan diamanahkan ke arah \" SYARIAH ASAS KEADILAN \". Ini adalah motto Mahkamah Syariah Melaka di dalam surat kepada saya sebelum ini. Terima kasih, saya menantikan jawapan tuan.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 12:20
Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas pertanyaan Encik Mustafa.

Encik Mustafa boleh datang ke Mahkamah Tinggi Syariah Melaka untuk membuat permohonan ubah perintah. Isu berkaitan untuk tidak
dipenjarakan bergantung kepada fakta kes dan budi bicara hakim yang membicarakan kes encik. Encik boleh hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Melaka untuk mendapatkan khidmat nasihat serta prosedur yang
berkaitan daripada pegawai-pegawai kami.
Terima kasih.
Balas
# Hak Penjagaan AnakSiti Hajjar Binti Wahab 2013-02-13 14:55
Salam hormat,

Saya mewakili bagi pihak adik lelaki saya ingin mengetahui hak penjagaan anak
perempuannya.

1. Bolehkah ibu saya ingin menuntut hak penjagaan anak mereka?

2.Jika ibu saya
berkeras untuk mengambil anak mereka adakah ianya menyalahi undang-undang mahkamah?

3. Dan apakah
satu kesalahan jika ibu saya membawa anak mereka tanpa pengetahuan bekas isterinya?

Kerjasama di
atas pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 12:47
Assalamualaikum Wrt Wbt,,

Puan,

Hak Penjagaan ke atas seseorang anak akan diberikan samaada kepada ibu atau bapa. Sekiranya Mahkamah telah memerintahkan hak jagaan anak diberikan kepada ibu dan hak akses diberikan kepada bapa, pihak lain selain daripada kedua-dua orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan hak jagaan secara hakiki.

Namun sekiranya kedua-dua pihak tersebut telah lucut atau hilang hak jagaan ke atas anak tersebut sepertimana yang termaktub dalam peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, seperti berkahwin lain, atau apa-apa faktor yang boleh memudaratkan anak tersebut,seperti terdapat penderaan fizikal, baru pihak ketiga boleh memfailkan permohonan untuk ubah perintah jagaan anak (sekiranya telah ada perintah) atau hak jagaan (sekiranya masih belum ada perintah mahkamah).

Adalah menjadi kesalahan sekiranya ibu puan mengambil anak tersebut tanpa pengetahuan hadhinah anak tersebut (ibunya) kerana ia menyalahi perintah mahkamah yang telah dikeluarkan.

Kami harap dalam kes hak jagaan yang sedemikian, ibu puan perlu hadir ke Mahkamah untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sila hubungi pihak kami untuk penjelasan yang terperinci.

Sekian terima kasih.
Balas
# Ingin membuat kajian di Mahkamah Syariah Negeri MeMuhammad Haziq 2013-02-13 14:52
Assalamualaikum...

Saya Mahasiswa yang belajar di IAIN Jambi Indonesia, ingin membuat kajian mengenai penyelesaian kes poligami di Mahkamah Syariah Negeri Melaka menurut Perspektif Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka Tahun 2002 dan Hukum Islam...

Sekiranya di Mahkamah Syariah Melaka mempunyai kes poligami dan maklumat mengenainya, bagaimana cara untuk saya untuk menghubungi pihak Mahkamah Syariah Melaka untuk mendapatkan maklumat dan temubual mengenai kes tersebut...

Saya berharap pihak Mahkamah Syariah Melaka dapat membantu untuk saya menyelesaikan tesis berkaitan tajuk tersebut..
Sekian terima kasih...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 13:46
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Encik Muhammad Haziq,

Mahkamah Syariah Negeri Melaka mempunyai kes-kes poligami yang didaftarkan oleh pihak-pihak. Sekiranya ingin membuat kajian ke atas kes poligami dan method kajian seperti temubual, pihak tuan perlu menghantar surat permohonan kepada:

Ketua Pendaftar
Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Melaka
Tel: 06-2332060 Faks: 2313913

Sekian terima kasih.
Balas
# pembahagian harta si matiAzlela 2013-02-13 14:52
Assalamualaikum tuan,

Saya ingin tahu...jika waris si mati telah meninggal dunia terlebih dahulu. Bagaimanakah cara pembahagian harta si mati itu?

Si mati ada 3 org anak,2 lelaki dan 1 perempuan. Seorang dari anaknya telah meninggal dunia lebih awal dari si mati dan mempunyai zuriat seramai 6 orang.

harap dapat beri penjelasan. Terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 13:43
Assalamualaikum Puan,

Untuk makluman puan, sekiranya waris meninggal terlebih dahulu sebelum si mati, maka pembahagian perlu diselesaikan untuk harta waris yang meninggal terlebih dahulu tersebut.

Kami tidak dapat membuat pengiraan kerana puan tidak memberikan fakta yang penting dan terperinci seperti berikut:-

a) Sila nyatakan jantina si mati samaada Ibu atau Ayah
b) samaada waris yang meninggal terlebih dahulu (anak) tersebut lelaki atau perempuan;
c) samaada waris yang meninggal terlebih dahulu tersebut mempunyai isteri atau suami;
d) anak kepada waris yang meninggal terlebih dahulu tersebut berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan.

Fakta di atas adalah penting kerana ia melibatkan pengiraan faraid tersebut.

Sila berikan maklumat yang terperinci kepada kami.

Terima kasih.
Balas
# kewarisan janin dalam kandungan serta pembahagiannNur \'Ismah Binti Ibrahim 2012-12-18 15:58
assalamua\'alaikum..

saya ingin bertanya

1) adakah di Mahkamah Syariah Melaka ini mempunyai atau mengalamai kes yang berkaitan dengan \"Kewarisan Janin Dalam Kandungan Serta Pembahagiannya menurut islam\"?

2) jika ada bolehkah saya studi kes tersebut di Mahkamah Syariah Melaka?

jika boleh, melalui bahagian mana dan siapa yang boleh saya dapatkan maklumat/temubual mengenai kes tersebut.

syukran kerana sudi membantu saya dalam menyelesaikan tesis saya yang berkaitan tajuk tersebut.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-02-13 14:58
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tuan/Puan,

Dukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan rekod, Mahkamah Syariah Negeri Melaka tidak pernah ada kes yang difailkan untuk menentukan kewarisan janin dalam kandungan.

Harap maaf dan kami menghargai kesudian tuan/puan untuk merujuk kepada pihak kami berkaitan penulisan tesis tuan/puan.

Terima kasih.
Balas
# Darar Syarierashid 2012-12-18 15:57
Mohon definisi Darar Syarie?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 13:38
Assalamualaikum w.b.t.

Berdasarkan tafsiran dalam enakmen/akta negeri, Darar syarie ertinya
bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama,nyawa,tubuh badan,akal fikiran,maruah atau harta benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syarak.

Mengikut pandangan Dr Ahmad AlHusary dalam kitabnya Al-Ahwal Al-Syakhsiyyah, Darar syarie juga termasuk dari segi penganiayaan secara emosi dan psikologi contohnya dalam sesuatu pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana aniaya atau darar ini tidaklah diisyaratkan penganiayaan atau darar terhadap tubuh badan sahaja, malah lebih luas daripada itu termasuklah enggan bercakap dengan isteri, membelakangkan isteri atau memalingkan muka daripadanya semasa di katil,mengutamakan layanan kepada perempuan lain selain daripadanya isteri dan sebagainya.

Terima kasih
Balas
# Niat Berpoligamirashid 2012-12-18 15:56
Salam... Terima kasih yang tidak terhingga di atas respon pihak Mahkamah Syariah Negeri Melaka.. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kerana perhatian kepada persoalan sy sebelum ini.

Kali ini saya inginkan kepastian;

Saya berniat untuk berpoligami dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak. Buat masa ini, saya mempunyai seorang isteri. Syukur kerana isteri saya mampu untuk memenuhi impian saya termmasuk mempunyai anak-anak. Namun hati saya terdetik untuk berkahwin lain. Saya telah berbincang secara baik dengan isteri saya. Beliau bersetuju membenarkan saya berkahwinan lain. Namun, konflik saya sekarang adalah Bapa Kandung kepada \"calon\" bakal isteri tersebut. Bapa \"calon\" ini tidak bersetuju dengan niat anaknya ini. Sedangkan setahu saya \"janda\" tidak perlukan wali melainkan anak dara.

1. Bagaimana pertimbangan mahkamah ke atas permohonan berpoligami situasi seperti ini?

2. Siapakah pihak-pihak yang akan dipanggil oleh mahkamah bagi sebelah bakal \"calon\" ini?

Mohon khidmat nasihat Tuan Yg Arif?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 14:05
Assalamualaikum w.b.t.

Bagi soalan pertama,Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Melaka 2002, Mahkamah boleh memberi kebenaran dalam poligami yang dipohon itu jika berpuas hati:

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak,
semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.


Soalan kedua:
Berdasarkan seksyen tersebut juga, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang lain yang pada pendapat Mahakamah boleh memberikan maklumat berhubungan dengan
perkahwinan.

Jika bapa kepada bakal isteri tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya,bakal isteri boleh membuat permohonan kebenaran wali hakim di mana-mana mahkamah syariah yang berdekatan.

Terima kasih
Balas
# pernikahan luar malaysianur 2012-12-18 15:55
Assalamualaikum..

saya ingin bertanya, saya telah bernikah dengan suami saya diluar (narathiwat) dan masih belum membuat pendaftaran. pernikahan kami tanpa pengetahuan kedua orang tua saya. dan saya adalah isteri kedua. pernikahan kami juga tidak dipohon di mahkamah syariah dan juga tanpa pengetahuan isteri pertama.

Saya ingin bertanya. bagaimanakah ingin membuat pendaftaran pernikahan? dan adakah dikenakan sebarang denda kerana telah bernikah diluar tanpa kebenaran dan berapakah anggaran denda tersebut?
terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-02-13 14:58
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya pernikahan poligami tidak dibuat dengan kebenaran Mahkamah Syariah,pihak suami dan isteri tersebut perlu untuk memfailkan permohonan pengesahan nikah poligami tersebut di Mahkamah.

Permohonan hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana ini adalah bidangkuasa Mahkamah Tingi Syariah Melaka selaras dengan peruntukan Seksyen 23 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 dan Hakim akan menentukan samaada pernikahan tersebut adalah menepati rukun dan syarat sah pernikahan.

Sehubungan dengan itu, kami amat mengharapkan agar pihak puan dapat memfailkan seberapa segera. Bagi kes-kes pernikahan tanpa kebenaran, pihak pendakwaan yang akan mendakwa dan jika disabitkan kesalahan, hukuman denda akan ditentukan oleh pihak hakim. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 124 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, hakim boleh menghukumkan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat persoalan lanjut, sila hubungi pihak kami.

Terima kasih.
Balas
# minta bantuan bagaimana untuk menyelesaikan masalaRoslan bin Adnan 2012-12-18 15:54
Assalamualaikum

Masalah 1

Saya telah menngambil seorang anak angkat sejak dari anak tersebut berumur 1tahun 8 bulan, dengan persetujuan dari kedua orang tua anak tersebut. Ini adalah kerana anak tersebut sedang sakit dan kedua orang tuanya tidak mampu menjaga dan mengubati anaknya itu.Setelah 7 tahun saya menjaganya seperti anak sendiri dan saya ubati penyakitnya hingga sembuh ibubapanya mengambilnya semula. pertanyaan saya adakah saya boleh menuntut segala perbelanjaan yang telah saya belanjakan terhadap anak tersebut daripada kedua orang tuanya? Bagaimanakah caranya saya boleh menyelesiakan masalah ini?

Masalah 2

Saya ada seorang adik perempuan yang telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Masalah yang saya sedang hadapi ini ialah adik perempuan saya ini telah memaksa ibu saya yang telah uzur menjaga kesemua anaknya dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam ,kadang - kadang hingga pukul 12.00 malam dengan tanpa memberi apa-apa bayaran atau perbelanjaan untuk menanggung makan minum anak-anaknya yang dijaga oleh ibu saya. Manakala bapa saya pula telah disuruh oleh adik saya dan suaminya mengemas rumah mereka serta mencuci pakaian mereka setiap hari. Pada pendapat saya adik saya dan suaminya telah menganiaya ibubapa saya. Saya dan keluarga pernah menasihatinya tapi malangnya adik dan suaminya tidak dapat menerimanya dan berlaku pergaduhan. Bagaimanakah caranya saya boleh mengambil tindakan pada adik dan suaminya ini? Apakah yang perlu ssaya buat?
Saya berharap agar pihak tuan dapat memberikan panduan kepada saya untuk menyelesaikan masalah- masalah saya ini. Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 13:34
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tuan,

Berikut adalah jawapan kepada permasalahan tuan.

MASALAH 1

Kami sangat teruja atas usaha tuan untuk menjaga anak yang sakit tersebut dan dijadikan anak angkat.Kami percaya segala kasih sayang telah tercurah ke atas anak tersebut. Sungguh murni dan mulia tuan.

Walaupun anak tersebut telah diambil semula oleh ibu dan bapanya, kami percaya kasih sayang yang telah diberikan oleh tuan dan isteri akan terbalas dan ada hikmah daripada perbuatan tersebut. Ibu bapa asal anak tersebut lebih berhak di sisi hukum syarak.

Maka apa yang kami boleh nasihatkan, segala perbelanjaan dan kos yang telah dikeluarkan aggaplah sebagai sedeqah untuk bekalan diri tuan dan isteri sekeluarga. Dari segi undang-undang tiada peruntukan yang membolehkan tuan menuntut apa yang telah dibelanjakan.

Tuan dan isteri telah memudahkan anak tersebut dan insyaAllah pada masa yang akan datang Allah akan memudahkan urusan tuan sekeluarga. Tahniah dan Syabas kami ucapkan atas sifat membantu tuan tersebut. Moga Allah akan membalasnya. Amin.

MASALAH 2

Untuk masalah tersebut, tuan perlu berbincang dengan baik dengan adik dan suaminya untuk tidak membebankan ibu tuan. Kami percaya perbincangan yang berhikmah dan baik akan mendapat keputusan yang dapat memuaskan semua pihak. InsyaAllah kami berharap ada perbincangan 2 hala dapat dilaksanakan.

Kami berharap dapat memberi jawapan dan penyelesaian atas permasalahan yang diutarakan. Jika terdapat masalah lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# kahwinmas 2012-12-18 15:51
maikum...saya sudah pun bersuami sejak 2tahun yg lalu. selepas melahirkan akan saya tinggal di rumah ibu di [sabah] manakala suami saya pula bertugas di luar negeri sebagai seorang guru rendah. selepas berpantang barulah saya ikut suami pulang ke rumah kami di selangor di mana dia mengajar. atas perbincangan suami saya akan menjemput saya dan anak pulang ke rumah apabila cuti sekolah nanti.. 2bulan selepas abis pantang kebetulan cuti sekolah waktu itu suami balik bercuti lepas cuti dia tidak dapat membawa saya dan anak bersama kerana kos penerbangan tidak mencukupi.saya faham 3bulan kemudian saya disahkan mengandung anak kedua kami.suami saya tidak membenarkan saya pulang kerana ingin menjaga saya dan kandungan maknanya saya akan tinggal bersama orang tua saya di sini[sabah]. beberapa bulan kemudian sebulan sebelum melahirkan anak saya mendapat tahu yang suami saya sudah pun bertunang dengan murid tempat dia mengajar [tahun 6] gila sudah kali suami saya ini. ini atas pengakuan suami saya dan budak perempuan itu sendiri. dan mereka akan tetap berkahwin. patutlah belanja suami saya melebihi belanja anak kami... tergamak dia menyuruh saya bank in duit dalam hujan di saat saya sarat mengandung.bukan itu saja tergamak dia berkata kepada ibubapa budak tu yang saya tidak boleh mengandung... saya mahu ambil tindakan di atas kebodohan dan menghina saya. apa patut saya buat.....
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 14:00
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Merujuk kepada permasalahan puan, kami nasihatkan agar pun membuat perbincangan dengan suami puan dengan baik dan berhemah. Jika mereka berkeras juga ingin berkahwin, puan nasihatkan mereka untuk membuat permohonan mengikut undang-undang syariah iaitu permohonan poligami di Mahkamah tinggi Syariah.

Jika permohonan poligami, puan boleh menuntut hak puan sebagai isteri pertama dan juga hak anak-anak untuk memastikan suami puan boleh mmeberikan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Jika mereka enggan atau berkahwin juga tanpa melalui proses yang sah, mereka boleh didakwa atas kesalahan menjalankan akad nikah tanpa kebenaran.

Kami doakan moga kemelut masalah puan dapat diatasi dengan baik.InsyaAllah berkat kesabaran puan akan dapat menyelesaikan masalah puan dengan sempurna.InsyaAllah.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.
Balas
# salinan surat permohonan cerainurul 2012-12-18 15:45
assalamualaikum

saya nak bertanya pada pihak tuan,bagaimana proses untuk mendapatkan salinan surat cerai ?dan bolehkah saya sebagai anak menjadi wakil untuk memohon surat salinan perceraian tersebut?
dan yang terakhir boleh ke saya memohon salinan tersebut di makahamh melaka walaupun arwah mak saya dan ayah bercerai di mahkamah johor,?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 12:18
Assalamulaikum w.b.t

Terima kasih di atas pertanyaan Pn Nurul,

Pn Nurul, untuk mendapatkan salinan surat cerai, pihak puan boleh mendapatkannya di Pejabat Agama Islam (Bahagian Nikah Kahwin &
Ruju\')yang mendaftarkan perceraian tersebut. Mahkamah Syariah hanya mengeluarkan perintah perceraian sahaja. Sekiranya kedua ibu bapa puan bercerai di Mahkamah Syariah Johor, maka puan hendaklah
mendapatkan salinan sijil cerai di Jabatan Agama Islam yang berhampiran. Terima kasih.
Balas
# Noraisyah binti Ahmad 2012-11-27 15:32
Assalamualaikum,

Saya dan bekas suami bercerai pada 2004 dan hasil daripada perkahwinan itu kami dianugerahkan 2 orang cahaya mata. Hak jagaan kedua-dua anak diserahkan pada saya dan bekas suami wajib membayar nafkah anak rm300/bulan bermula Februari 2004. Tapi bekas suami tidak pernah membayar sesen pun nafkah anak-anak daripada awal penceraian sehingga hari ini. Apa prosedur yang perlu, untuk saya mengambil tindakan pada bekas suami?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-27 15:35
Assalamualaikum,

Puan perlu memfailkan saman penghutang penghakiman di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan. Sebaiknya, adalah dinasihatkan agar puan pergi dahulu ke Bahagian Sokongan Keluarga di Mahkamah Syariah di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh. Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) akan membantu puan dalam membuat tuntutan penghutang penghakiman. Berikut ialah fungsi BSK:-

(a)Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang Islam mengenai hak dan tuntutan di mahkamah syariah terutama mengenai isu nafkah;

(b)Melaksanakan penguatkuasaan penghakiman atau penghakiman atau perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

(c)Menyalurkan bantuan sara hidup sementara kepada isteri atau isteri dan anak-anak yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari pihak yang wajib membayar nafkah;

(d)Menjadi agen mengutip dari pihak yang diperintahkan membayar nafkah;

(e)Menyalurkan nafkah kepada pihak yang berhak mendapat nafkah;

(f)Mencari dan mengumpul dana bagi keperluan pembayaran nafkah yang tidak mencukupi.
Balas
# hadanah / poligamirashid 2012-11-20 15:19
Assalamualaikum..

Seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak masih kecil. Persoalan saya, adakah hilang hak jagaan ke atas anak-anak jika berkahwin lain.

Dan jika seorang lelaki lain ingin mengahwini wanita tersebut tanpa:
1) tanpa kebenaran isteri pertama
2) atas dasar rasa sayang ke atas wanita tersebut dan untuk mengelakkan berlaku maksiat / kemungkaran

2. Adakah mahkamah boleh pertimbangkan untuk kebenaran permohonan poligami seseorang lelaki ini?

Walaupun isteri dan suami yang memohon ini tiada sebarang masalah dan hanya lelaki ini yang mahu menjadikan ibu tunggal ini tadi sebagai pasangan hidup yang sah, adakah mahkamah membenarkan?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-27 15:23
Seksyen 84 (a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 ada menyatakan seperti berikut:

“Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah hilang jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan”

Namun begitu, hak penjagaan anak terhadap ibu yang telah berkahwin tidaklah gugur secara automatik. Mahkamah akan melihat pada kebajikan anak tersebut. Jika mahkamah mendapati bahawa kebajikan anak tersebut lebih terpelihara berbanding dengan bapanya (yang belum berkahwin), mahkamah akan memberikan hak penjagaan anak terhadap ibu walaupun ibu itu sudah berkahwin.

Berhubung dengan poligami, seseorang suami itu tidak memerlukan kebenaran daripada mana-mana pihak termasuk isteri pertama kecuali kebenaran daripada mahkamah jika dia ingin poligami. Ini bermakna seseorang suami itu hanya perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk dia berpoligami.

Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menyatakan “Tiada seorang lelaki pun semasa berterusannya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain”.

Pertimbangan yang akan dibuat oleh mahkamah ada dinyatakan dalam Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 yang menyatakan seperti berikut:

Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
Balas
# Talakmohd akram dollah 2012-11-20 15:06
Assalamualaikum,saya ingin bertanya tempoh hari isteri saya ada menghantar SMS yang berbunyi "Awak cerai je aje saya" dan saya membalas, "OK". Selepas itu isteri saya membalas pula,"Saya nak bagitahu mak dan ayah saya". Selepas itu saya pun membalas, "OK. Saya pun akan memberitahu pada mak ayah saya".
Persoalan saya, apakah status keadaan di atas sebab saya mula meragui hubungan saya sebagai suami isteri selepas kejadian itu. Dan saya sebenarnya tiada niat untuk berbuat demikian. Saya bermohon sangat agar diberikan penjelasan.
Terima kasih.
Balas
# TalakKetua Pendaftar 2013-03-10 14:01
Waalaikumsalam En. Mohd Akram, terima kasih atas pertanyaan.
Berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan saya tidak boleh memberi jawapan secara pasti bahawa talak telah jatuh atau tidak.
Jika encik Akram rasa ragu-ragu adalah lebih baik membuat permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah. Hakim yang akan menentukan jatuh atau tidak berdasarkan kepada keterangan dan lafaz yang dibuat. Secara umumnya lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu sarih dan kinayah. Lafaz Sarih adalah lafaz yang jelas dengan menggunakan perkataan talak atau cerai. Talak akan jatuh tatkala menggunakan lafaz tersebut sama ada berniat atau tidak. Sebaliknya, bentuk lafaz yang kedua iaitu kinayah pula adalah lafaz yang tidak jelas seperti menggunakan lafaz \"keluar kamu dari rumah\" atau \"aku tidak mahu lagi bersama kamu\". Talak akan jatuh jika suami berniat cerai. Justeru, Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mengesahkan sesuatu lafaz itu sah jatuh talak atau tidak.

Terima Kasih
Ketua Pendaftar
Mahkamah Syariah Melaka
Balas
# CeraiSha 2012-11-20 14:57
Assalamualaikum Wrt Wbt,
Tuan,
Saya seorang surirumah berusia 49 tahun. Suami saya seorang kakitangan kerajaan berusia 52 tahun. Kami mempunyai 3 orang anak. Suami telah berpoligami tanpa kebenaran dan telah bernikah di selatan Thailand dengan rakan sepejabatnya. Mereka sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinan.
Soalan saya:
1. adakah kehadiran saya tidak diperlukan di Mahkamah Tinggi untuk memberikan pandangan daripada segi kelayakan suami dan menuntut hak saya.
2. saya pernah meminta supaya suami menceraikan saya kerana suami tidak berkemampuan daripada segi zahir tetapi suami enggan melepaskan dengan alasan nusyuz jika isteri meminta cerai.
3. bolehkah saya menuntut fasakh kerana tidak sefahaman lagi dan kami sering bergaduh.

Diharap pihak mahkamah dapat membantu.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-10 14:29
Waalaikumsalam puan,

Terima kasih di atas pertanyaan. Saya akan cuba menjawab pertanyaan puan dengan sebaik-baiknya.

1. Memang benar bahawa pengesahan nikah yang melibatkan poligami perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah. Walau bagaimanapun proses pendaftaran pernikahan itu akan melihat sama ada perkahwinan yang dilangsungkan di Thailand itu telah sah menurut Hukum Syarak. Jika sah maka barulah Mahkamah Syariah akan mengeluarkan perintah untuk perkahwinan itu didaftarkan. Pada masa yang sama isteri pertama turut akan dipanggil bagi menentukan kadar nafkah untuk isteri pertama dan anak-anak dengan isteri pertama ( hak isteri dan anak). Walau bagaimanapun dari segi kelayakan Mahkamah sukar lagi untuk tentukannya kerana pernikahan tersebut telah dilakukan.

2.Bagi permohonan penceraian,jika penceraian seksyen 47 iaitu penceraian secara lafaz talak, mana-mana pihak boleh buat
permohonan walau bagaimanapun terikat dengan persetujuan kedua-dua pihak. Jika satu pihak bersetuju, kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai dan jika gagal akan dirujuk pula kepada Hakam. Jika ada persetujuan, kes tersebut boleh diselesaikan pada hari sebutan kes dengan syarat puan suci dari haid dan nifas.

3. Permohonan fasakh adalah permohonan untuk membubarkan perkahwinan yang dibuat oleh pihak isteri disebabkan wujud beberapa alasan, antaranya :

(a)bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c)bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d)bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e)bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f)bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap
penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g)bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
(h)bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain :-
(i)lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii)berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara\'; atau
(iii)cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv)Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
atau
(v)Menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi)jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara\';
(i)bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;
(j)bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum Syara\';

-Jika wujud satu sahaja dari alasan-alasan tersebut maka pihak Mahkamah Syariah boleh membubarkan perkahwinan atau fasakh dengan syarat ianya berjaya dibuktikan.

Semoga jawapan ini dapat membantu pihak puan memahami prosedur Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih
Ketua Pendaftar
Mahkamah Syariah
Negeri Melaka
Balas
# Duit Tinggalan Arwah Ayah Didalam BankAbdul Hafiz 2012-11-02 15:58
Saya ingin bertanya, bapa saya telah meninggal dunia pada 23 Septermber yang lalu. Di dalam akaun bank bapa saya seperti CIMB, Maybank dan BSN terdapat duit namun tidaklah sampai RM10 ribu. Ibu saya telah meninggal dunia pada tahun 2004 dan arwah bapa saya telah berkahwin pada tahun 2008. Soalan saya, ibu tiri saya telah mengambil kesemua duit di dalam bank-bank tersebut tanpa memberitahu kami adik-beradik dan untuk pengetahuan, saya mempunyai 3 orang adik yang masih belajar dan arwah bapa tidak mempunyai anak dengan ibu tiri. Ibu tiri pula mempunyai 4 orang anak dengan bekas suaminya.

Apabila kakak saya bertanyakan tentang duit di dalam bank-bank tersebut, ibu tiri saya telah mengatakan yang dia tidak tahu. Dan apabila kakak saya pergi ke balai polis dan pegawai polis telah menghubungi ibu tiri saya dan dia mengaku telah mengambil duit-duit tersebut. Namun pihak polis berkata tiada kes yang boleh diambil dan menyuruh kakak saya berbincang dengan ibu tiri kami.

Kami juga tidak tahu sekiranya arwah bapa kami ada simpanan di tempat lain kerana apabila kami bertanya kepada ibu tiri kami, dia seolah-olah mengelak dan tidak memberikan jawapan. Apa yang perlu kami lakukan untuk mengetahui sekiranya arwah bapa kami mempunyai duit simpanan lain dan adakah adik-adik saya yang masih bersekolah dan belajar layak untuk menuntut duit-duit yang ibu tiri saya ambil dari bank arwah bapa kami.

Untuk pengetahuan arwah bapa kami ada menerima pencen SOCSO dan duit SOCSO itu akan diterima setiap bulan oleh ibu tiri (2/5) dua orang anak ibu tiri dan 2 orang adik saya (3/5 untuk anak-anak dibahagi 4). Seorang adik saya yang masih belajar di UniMAP tidak layak kerana umur melebihi 21 tahun.

Adakah terdapat bantuan untuk anak yatim seperti adik-adik saya kerana saya baru berkahwin April 2012 dan ekonomi saya masih belum stabil untuk menampung kesemua adik-adik saya. Namun saya tetap akan menjalankan tanggungjawab saya insya allah.

Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-05 12:15
Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

Pihak tuan boleh membuat satu permohonan untuk mendapatkan sijil faraid di Mahkamah Tinggi Syariah yang berhampiran dengan tuan. Tujuan untuk mendapatkan sijil faraid ini bagi membolehkan pembahagian harta pusaka si mati yang melibatkan harta alih seperti duit simpanan di dalam bank dan/atau KWSP dan harta tak alih seperti rumah dibahagikan secara faraid. Pihak saudara hendaklah menyenaraikan segala harta peninggalan arwah bapa tuan bagi memudahkan permohonan faraid tuan nanti. Isu mengenai ibu tiri yang telah mengeluarkan wang simpanan arwah bapa tuan di bank, sekiranya mahkamah mengeluarkan sijil faraid kelak, maka bahagian tuan dan adik beradik yang lain perlu dibayar oleh ibu tiri saudara mengikut pembahagian yang telah ditetapkan tanpa gagal. Sekiranya ibu tiri gagal melaksanakan mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh mahkamah, maka pihak tuan boleh mengambil tindakan undang-undang keatas ibu tiri tuan.
Pihak tuan disarankan supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah yang berhampiran dengan tuan untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai permasalahan tuan ini dan cadangan penyelesaiannya. InsyaAllah.
Balas
# Guest 2012-12-18 15:11
Assalamualaikum w.b.t

Tuan

Pihak tuan boleh membuat satu permohonan untuk mendapatkan sijil faraid di Mahkamah Tinggi Syariah yang berhampiran dengan tuan. Tujuan untuk mendapatkan sijil faraid ini bagi membolehkan pembahagian harta pusaka simati yang melibatkan harta alih seperti duit simpanan di dalam bank dan atau KWSP dan harta tak alih seperti rumah dibahagikan secara faraid. Pihak saudara hendaklah menyenaraikan segala harta peninggalan arwah bapa tuan bagi memudahkan permohonan faraid tuan nanti. Isu mengenai ibu tiri yang telah mengeluarkan wang simpanan arwah bapa tuan di bank, sekiranya mahkamah mengeluarkan sijil faraid kelak, maka bahagian tuan dan adik beradik yang lain perlu dibayar oleh ibu tiri saudara mengikut pembahagian yang telah ditetapkan tanpa gagal. Sekiranya ibu tiri gagal melaksanakan mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh mahkamah, maka pihak tuan boleh mengambil tindakan undang-undang keatas ibu tiri tuan.
Pihak tuan disarankan supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah yang berhampiran dengan tuan untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai permasalahan tuan ini dan cadangan penyelesaiannya. InsyaAllah.
Balas
# cerai / rujukNorsis Bin Abd Aziz 2012-10-31 12:52
Saya telah menceraikan isteri saya melalui sms pada 30/9/12 dengan menulis 'jika kau tak tutup akaun facebook & tagged pada esok hari aku akan ceraikan engkau dengan talak satu'. Pada malam esoknya, beliau berkata beliau memilih facebook & tagged. Selepas 2 minggu, beliau memohon untuk rujuk semula dan saya bersetuju dengan syarat, beliau perlu berubah. Beliau minta tempoh sebulan. Malangnya sebulan telah berlalu dan hingga saat ini beliau masih aktif mengunakan kedua akaun tagged & facebook tersebut. Adakah sudah jatuh talak kali kedua?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-02 15:49
Assalamualaikum Wrt Wbt,
Tuan,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Merujuk kepada pertanyaan yang diutarakan, kami ingin mengambil perhatian pihak tuan bahawa sekiraya benar tuan telah melafazkan cerai terhadap isteri tuan pada 30.9.2012, adakah lafaz cerai tersebut telah dibuat pengesahan di Mahkamah samaada sabit atau tidak sabit talak. Perkara ini amat penting kerana jika benar berlaku talak dan telah disabitkan oleh Mahkamah baru boleh mengambil kira perkara yang dibuat oleh isteri (masih aktif menggunakan kedua akaun tagged & facebook) untuk mensabitkan talak kali kedua. Selain daripada itu, rujuk semula oleh tuan dan pihak isteri juga perlu didaftarkan.
Adalah diharapkan jika tuan masih belum mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pada 30.9.2012 dan daftar rujuk semula masih belum dibuat, sila failkan ke Mahkamah PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN LAFAZ TAKLIK dengan kadar segera untuk diputuskan oleh hakim samaada berlaku atau tidak. Begitu juga RUJUK SEMULA yang telah berlaku antara tuan dan isteri.

Jika terdapat permasalahan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima kasih
Balas
# PoligamiMisguy 2012-10-29 13:12
Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya berniat untuk berpoligami atas beberapa alasan yang telah difikirkan wajar seperti untuk menambah bilangan anak kerana isteri sekarang telah tidak mampu untuk memberikan zuriat.

Soalan saya adalah:
a) Apakah syarat gaji minima untuk berpoligami?
b) Berapa lama proses yang diambil Mahkamah untuk memutuskan sama ada saya layak atau tidak untuk berpoligami?

Wassalam
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-10-30 13:06
Assalamualaikum tuan,

Jawapan untuk persoalan tuan adalah seperti berikut:-

a) Undang-Undang yang sedia ada tidak menetapkan syarat gaji minimum untuk permohonan poligami. Antara faktor yang akan diambil kira oleh Hakim untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak adalah kemampuan dari segi kewangan untuk menyara keluarga yang sedia ada dan calon isteri kedua.Selain daripada itu Hakim akan memastikan Pemohon boleh bersifat adil atau tidak kepada isteri yang sedia ada dan bakal isteri.

b) Proses permohonan poligami boleh diselesaikan dalam masa yang munasabah sekiranya kedua-dua pihak bekerjasama hadir setiap kali tarikh diberikan oleh Mahkamah.Sekiranya terdapat Pembelaan pihak isteri pertama samaada memohon nafkah isteri, nafkah anak (jika ada) atau harta sepencarian dalam masa permohonan poligami tersebut, hakim akan memutuskan perkara tersebut sebelum memutuskan permohonan poligami oleh pihak tuan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima kasih
Balas
# Isteri Istihar NusyuzAiman Aswalt 2012-10-09 15:02
Isteri saya telah bermusahaqah dengan rakan pejabat perempuannya yang juga saya kenali. Beliau mengakuinya setelah saya berjaya merakam suara mereka di bilik tidurnya dan berjanji untuk bertaubat. Saya percaya dan menasihatinya supaya tidak lagi tidur bersama dan masih membenarkannya berhubungan sebagai manusia yang normal. Dia akur dan berjanji akan mentaati saya sebagai suami. Dalam tempoh tiga bulan terakhir ini saya memantau tingkah lakunya dan mendapati banyak perkara yang mencurigakan. Oleh itu saya mengambil keputusan supaya dia memutuskan terus sebarang bentuk hubungan dengan rakannya tersebut. Dia membantah dan terus terang menyatakan yang dia sudah tidak lagi mempunyai perasaan cinta terhadap saya sebagai suaminya.Dia juga mengakui yang dia sangat mencintai rakan perempuannya tersebut. Dia juga telah berulang kali memohon cerai dari saya. Selama ini katanya dia hanya berpura-pura mencintai saya atas rasa terpaksa kerana takut dan malu sekiranya saya melaporkan skandalnya kepada Jabatan Agama. Soalan:
1) Bolehkah saya membuat aduan kepada Jabatan Ugama atas kesalahan yang telah dilakukan memandangkan tempoh kejadian telah agak lama berlaku iaitu melebihi 3 bulan.? Adakah sebarang had masa untuk melaporkan kejadian jenayah syariah yang telah berlaku?
2) Sekiranya saya ingin menceraikannya, bolehkan saya memintanya membuat perakuan bersumpah yang dia mengakui bahawa dia adalah seorang isteri yang Nusyuz dan menafikan segala haknya sebagai isteri yang setia?.
3) Bolehkan saya gunakan surat sumpah tersebut sebagai alasan/hujjah untuk menolak sebarang tuntutan darinya(jika ada)pada masa hadapan.?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-05 11:16
Assalamualaikum Tuan,

a)Pihak Tuan boleh membuat aduan tersebut ke Jabatan Agama Islam yang berhampiran dengan Tuan dan tiada sebarang had masa yang telah ditetapkan. Pihak Jabatan Agama Islam akan membuat siasatan terhadap dakwaan Tuan ini bergantung kepada bukti yang pihak Tuan kemukakan atas dakwaan Tuan ini. Sekiranya dakwaan Tuan ini berasas, maka isteri Tuan boleh di dakwa di bawah seksyen 59 (Musahaqah) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991.

b)Untuk mensabitkan seseorang isteri itu nusyuz, maka hendaklah dibuat permohonan terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan Tuan. Sekiranya Mahkamah Syariah mensabitkan isteri itu nusyuz, maka hanya satu haknya sahaja yang gugur iaitu nafkah eddah sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka tahun 2002.

c)Sekiranya surat sumpah tersebut telah dibuat, maka hendaklah dikemukakan ke dalam mahkamah dan terpulang kepada penerimaan mahkamah terhadap surat sumpah tersebut samada diterima pakai sebagai dokumen sokongan atau tidak berdasarkan kepada permohonan pihak-pihak.


Pihak Tuan disarankan agar ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih jelas terutama dari segi prosedur mahkamah dan sebagainya.

Terima kasih.
Balas
# WALI ENGGANainnur 2012-10-01 17:56
Assalammualaikum.
Saya menghadapi masalah untuk meneruskan niat saya kerana pasangan pilihan saya ditolak mentah-mentah oleh ayah saya tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Pihak lelaki telah datang merisik saya pada hari raya aidilfitri dan ditolak dengan cara yang sangat mengaibkan saya oleh ayah. Saya mahu membebaskan saya dari dosa dan menghindar maruah saya dari terjerumus ke lembah yang lebih mengaibkan. Pelbagai cara telah saya lakukan, iaitu berbincang dari hati ke hati dengan pihak keluarga namun tentangan semakin hebat tetapi alasan penolakan masih tidak jelas dan munasabah berdasarkan kehendak syarie. Mohon beri bantuan saya mahu menyelesaikan kemelut ini. Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-10-30 13:16
Assalamualaikum Wrt,

Cik Ainnur,

Terima kasih atas pertanyaan yang telah diajukan.

Secara ringkasnya apa yang perlu cik buat adalah membuat permohonan nikah dengan menggunakan wali hakim kerana wali yang sedia ada enggan menikahkan atau setuju dengan calon suami yang sedia ada. Hakim akan memastikan kenapa bapa cik enggan menerima calon suami tersebut dan sekiranya munasabah permohonan akan diluluskan. Ia adalah bergantung kepada pertimbangan hakim.Pihak cik perlu memberikan keterangan dengan mengemukakan saksi di hadapan hakim.

Sekiranya usaha telah dibuat untuk berbincang secara baik, maka cik boleh membuat permohonan ke mahkamah untuk menggunakan wali hakim.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima kasih.
Balas
# hak penjagaan anakKamalrulzaman 2012-10-01 17:55
Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan, saya telah bercerai pada 29.3.2009.Permasalahan adalah anak-anak di bawah jagaan bekas isteri terabai dimana beliau tidak dapat memberi perhatian dan penjagaan yang terurus pada anak saya. Saya ingin mengetahui cara untuk memohon hak penjagaan anak. Untuk pengetahuan perceraian telah didaftarkan di pejabat agama melaka.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-05 11:31
Assalamualaikum Tuan,

Untuk memohon hak jagaan anak (hadhanah) pihak Tuan hendaklah memfailkan satu permohonan hak jagaan anak sepertimana yang diperuntukkan dibawah Seksyen 83 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka tahun 2002.

Sekiranya terdapat perintah hak jagaan anak yang telah dikeluarkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah di dalam Malaysia, maka pihak Tuan boleh memfailkan satu permohonan ubah perintah hak jagaan anak tersebut di Mahkamah mana yang mengeluarkan perintah anak tersebut terdahulu.

Sebaik-baiknya pihak Tuan disarankan untuk hadir ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih jelas terutama dari segi prosedur mahkamah dan sebagainya.

Terima kasih.
Balas
# Pengiraan FaraidTauran bin Abdul Hamid 2012-10-01 17:55
Assalammualaikum tuan,

1. Untuk pengetahuan harta yang berkaitan adalah harta tak alih (tanah).
2. Orang yang berkepentingan terhadap harta tersebut adalah isteri dan 1 anak tiri (perempuan iaitu anak kepada suami).
3. Tanah tersebut telah dipersetujui untuk dibahagikan sebagai harta sepencarian antara suami (telah meninggal) dan isteri dengan perkiraan dibahagi dua. Sebahagian daripada bahagian suami juga difaraidkan kepada isteri.

Soalannya:

Jika diterjemahkan kepada angka berapa bahagiankah yang diperolehi oleh isteri dan anak tiri perempuan?

Sekian, harap dapat dibantu.

Wassallam.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-11-05 11:58
Assalamualaikum Tuan,

Kaedah pembahagian faraid harta pusaka si mati yang meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan (anak si mati bersama dengan isteri terdahulu) adalah seperti berikut:-

Isteri - 1/4(kerana tiada zuriat bersama dengan simati)
Anak Perempuan - 1/2
Baitul Mal - 3/8 (sekiranya simati tiada meninggalkan adik beradik kandung samada lelaki atau perempuan)

Sekiranya masih wujud adik beradik lelaki kandung si mati maka bahagiannya adalah 1/4 bahagian, manakala adik beradik perempuan kandung si mati maka bahagiannya adalah sebanyak 1/8.

Sebaik-baiknya pihak Tuan disarankan untuk hadir ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mendapatkan keterangan lanjut dan khidmat nasihat yang lebih jelas berkaitan faraid ini.

Terima kasih.
Balas
# Kehadiran isteri pertamaazizul 2012-08-28 16:55
Assalamualaikum..
Untuk Pengetahuan, saya berpoligami tanpa kebenaran dan telah bernikah di selatan thailand. pada 30/8/2012, saya di arahkan ke mahkamah tinggi syariah melaka untuk mendapatkan perintah afidavit bagi di daftarkan di pejabat agama alor gajah.
Masalah saya, isteri pertama tidak dapat hadir kerana menguruskan perihal anak sekolah dan juga mengasuh anak orang. untuk makluman, beliau telah tahu pernikahan kedua saya ini.
soalan saya, Adakah kes ini akan ditangguh tanpa kehadiran beliau? dan adakah boleh isteri pertama menulis surat untuk memberitahu beliau telah maklum mengenai pernikahan ini?
Sekian terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-08-29 16:28
Assalamualaikum Encik Azizul,

1) Apabila Mahkamah telah mengeluarkan notis kehadiran bagi pihak
encik hadir ke Mahkamah pada 30.08.2012, maka kehadiran pihak encik dan isteri adalah wajib.
Persoalan mengenai kes encik akan ditangguhkan atau pun tidak atas ketidakhadiran isteri encik adalah kuasa Hakim yang membicarakan kes encik pada 30.08.2012 nanti.

2) Pihak encik boleh mengemukakan surat tersebut kepada Mahkamah, namun demikian, terpulang kepada hakim bicara samada menerima atau menolak surat tersebut.

Sekian terima kasih.
Balas
# pertanyaanummi 2012-08-28 16:55
Assalam,

Tuan/puan...

Suami saya telah berpisah dengan bekas isterinya sudah 3tahun.semuanya melalui faskh,dan segala tuntutan yang diminta oleh bekas isteri suami telah pun ditunaikan.(eddah,harta spencarian,nafkah anak dan mutaah).Malangnya hingga kini bekas isteri suami saya masih lagi tidak puashati dan mengganggu kehidupan kami.Sebelum ini pelbagai fitnah dan repot polis yang dibuat berkaitan suami dan saya.Beliau juga beberapa kali memfaxkan surat untuk mengaibkan suami saya ke tempat suami bekerja.Sedangkan ketika itu semua kes dalam proses mahkamah.saya juga pernah dipukul olehnya dihadapan kaunter menunggu di perkarangan pendaftaran mahkamah.Apa yang sangat
saya kesalkan,suami saya kini terpaksa menguatkuasakan harta sepencarian dan hadanah anak (sebelum ini anak dibawah urusan dan jagaan suami walaupun perintah mahkamah memberikan hak jagaan sepenuhnya kepada bekas isteri suami)berikutan kegagalan beliau.
Terbaru,pada 6.08.12 beliau sekali lagi cuba memalukan suami saya dengan memfaxkan surat ke pejabat suami berkenaan (nafkah)BSK,rundingan tersebut ditunda ke satu tarikh yang lain dan beliau sendiri sedia maklum.
1-Dalam hal ini,tiadakah satu undang2 untuk memberhentikan gangguan beliau?bagaimana?
2-Apakah beliau mendapat keistimewaan dan boleh berbuat sesukahati dalam apa jua keadaan kerana beliau sendiri adalah kakitangan mahkamah?
3-kini anak2 telah dihantar jauh,sedangkan atas persetujuan bersama mahkamah mengeluarkan perintah,hak akses lawatan dan bermalam diberikan kepada suami sebagai ayah.Dimana hak suami saya sebagai seorang ayah?saya tidak sanggup melihat suami menangis dan meratap kerana terlalu merindui anak-anak.
4-Telah berlaku perpisahan antara suami saya dan bekas isterinya,apakah suami saya tidak layak untuk meneruskan kehidupan yang baru dan sentiasa di provokasi oleh bekas isterinya?

sekian
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-08-29 16:24
Assalamualaikum Pn Ummi,

1) Hal-hal yang berkaitan kacau ganggu dan fitnah ini pihak puan boleh memfailkan satu permohonan di Mahkamah Sivil;

2)Persoalan mengenai keistimewaan ini, undang-undang terpakai kepada semua orang tanpa sebarang pengecualian;

3)Berkaitan isu perintah hak jagaan anak, maka pihak suami puan boleh memfailkan satu permohonan penguatkuasaan atau ubah perintah bagi membolehkan suami puan dapat akses lawatan dan bermalam terhadap anak-anaknya.

4) Pihak suami puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana peguam syari\'e yang berdaftar bagi mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai sesuatu prosiding yang boleh dipohon berkaitan kes suami puan ini.

Sekian terima kasih
Balas
# pertanyaanKHAIRUL NIZAM BIN JAMIL 2012-08-07 08:47
Assalammualaikum..

Saya telah bernikah pada 10.06.2006 didalam Daerah Sabak Bernam Selangor.Usia perkahwinan menjangkau 6 tahun sehingga kini telah dikurniakan 2 cahayamata lelaki berumur 3 dan 6 tahun. Isteri beberapa kali telah keluar melarikan anak2 tanpa pengetahuan dan izin saya. Keluarga mentua sering kali mengganggu hal rumahtangga dan melarikan isteri dan anak2. Setiap selepas melarikan isteri dan anak, isteri ini pasti akan membuat tuntutan cerai dan sanggup mereka-reka cerita termasuk membuat repot polis hal-hal2 berkaitan saya. Saya juga pernah dipukul oleh mentua dengan beberapa orang lelaki dan mmempunyai surat perubatan dan repot polis sebagai rujukan pada tahun 2009. Yang terbaru 23.07.12 isteri telah sekali lagi dilarikan oleh mentua dan isteri juga telah mengikut tanpa izin dan pengetahuan saya. Isteri juga dengan sendiri menuduh telah saya melafazkan cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam selangor, dan juga telah mengaku berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan saya ketika saya sedang bekerja di dalam penyataan tersebut. Mahkamah telah menghantar saman penyataan tuntutan isteri tersebut. Isteri juga tidak bekerja buat masa ini
1. Apakah perlu saya buat terhadap tuntutan tersebut selepas menghadirinya.
2. Dalam Hal ini tiadakah akta atau undang2 dalam hal campur tangan mentua dan memang berniat menghancurkan rumahtangga saya? 3. Bagaimana untuk mendapat hak jagaan anak-anak yang di bawah umur itu?
Balas
# re: pertanyaanPanel Pertanyaan@Web MSNM 2012-10-01 17:54
Assalamualaikum Encik Khairul Nizam,

1) Selepas pihak encik menerima salinan saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh isteri encik, maka kehadiran encik ke Mahkamah adalah wajib dan encik boleh memfailkan satu pernyataan pembelaan berserta tuntutan balas sekiranya ada bagi menjawab tuntutan pihak isteri encik.

2) Terdapat undang-undang dan akta berkaitan halangan daripada kacau ganggu dan penyebaran fitnah sepetimana di dalam Akta Fitnah 1957 (Akta 268)yang boleh difailkan di Mahkamah Sivil sekiranya boleh diguna pakai di dalam kes encik ini.

3) Isu berkaitan hak jagaan anak, mengikut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka tanun 2002 telah memperuntukkan hak jagaan anak adalah diberikan kepada ibu kandung. sekiranya ibu hilang hak kelayakkan menjaga anak tersebut maka akan jatuh hak penjagaan tersebut kepada ibu kepada ibu (nenek anak tersebut) walaubagaimanapun pihak encik sebagai bapa masih lagi boleh memfailkan tuntutan hak jagaan anak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

4) Pihak encik boleh hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai Mahkamah berkaitan tuntutan hak jagaan anak ini ataupun berjumpa dengan mana-mana peguam syari'e yang berdaftar yang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah encik.

Sekian, terima kasih.
Balas
# AKTA / ENAKMEN / SEKSYENRashdan Bin Hj. Jeon 2012-07-24 08:23
Saya Rahdan Bin Hj. Jeon,

Saya ingin tahu di dalam peruntukan undang-undang di Makamah Syariah Negeri Melaka ada peruntukan - AKTA / ENAKMEN / SELSYEN - yang menyabitkan kesalahan yang boleh disaman.

Saya adalah Defendent di dalam tuntutan Harta Pusaka Kecil dimana Bapa saya telah meninggal Dunia baru baru ini.

Saya ingin tahu adakah Makamah Syariah ada memperuntukkan undang-undang " SAMAN MALU" atau "SAMAN FITNAH"

Saya tidak berpuas hati dengan maklumat Plantif (Ibu Tiri) yang menafikan Hak saya sebagai anak kandung Aruah Bapasaya, Didalam Tuntutan Plantif ada unsur-unsur memfitnah dan penafian Hak kami dari Isteri Pertama.

Ibu kandung saya meninggal sewaktu saya masih kecil dan Bapa saya telah bernikah dengan Plantif.

Bolahkah saya dan adik beradik saya menuntut hak Aruah Ibu Kandung saya, Harta peninggalan Aruah adalah Harta yang ada semenjak Ibu saya dan Datak dan Nenek saya banyak membatu Aruah Ibu dan Bapa saya sehingga adanya terta tersebut.

Adakah saya boleh mengemukakan saman fitnah dan saman malu di Makamah Syariah Negeri Melaka, sedangkan saya menetap di Kuala Lumpur dan Jakarta Indonesia.

Saya merasa muskil tentang maklumat yang dinyatakan oleh Plantif,

Adakah Defendent mempunyai Hak untuk mempertahankan Hak dan kebenaran ?

Plantif dan Anak-anaknya telah memburuk-burukkan nama saya serta memfitbah saya bahawa saya telah bercerai disebabkan menghalang tuntutan Plantif.

Plantif dan anak-anaknya telah memfitnahkan saya dalam berbagai pekara ?

Ada kah saya boleh mengambil tindakan terhadap perlakuan Plantif dan anak-anaknya.

Saya merasa malu diatas perbuatan Plantif, sedangkan saya tidak bercerai dengan isteri saya, Sewaktu saya pulang ke kampung saya saya direndahkan orang kampung, Dari segi pandangan masarakat di Kampung saya, saya adalah manusia yang zalim dan berbagai sehingga saya merasa tidak enak untuk pulang kampung saya.

Sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa pekara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga mereka. Saya mengambil peguam setelah saya menerima satu rurat saman dari peguam Plantif.

Saya telah merujuk kepada pejabat tanah jasin dan makamah Tinggi negeri Melaka dan beliau menasihatkan saya mengambil peguam. dari hari itu bari saya mempunyai peguam bukan mengambil tindakan kepada Plantif terlebih dahulu sebelum Plantif mengambil peguam.

Dalam undang-ungan apa yang boleh saya menyekat Plantif dan anak-anaknya membuat fitnah dan menjatuhkan maruah saya sekeluarga dimasarakat kampung.

Saya tahu Plantif dan anak-anaknya membuat sedemikian untuk menutup pekara sebenar dan mendapat simpati dari Masarakat Kampung.

Saya sangat ingin tahu AKTA / ENAKMEN / SEKSYEN yang bolah saya mengambil tindakan.

Saya banyak membuat rujukan di dalam E-Syariah negeri melaka tetapi saya tidak jumpa AKTA / ENAKMEN / SEKSYEN yang memperuntukan Defendent boleh mempertahankan Hak, Mengemukakan Saman Fitnah, Saman Malu, Memohon Plantif Mengemukakan Bukti yang disimpan.

Adakah saya boleh mengemukakan sama jika Plantif membuat pembohongan maklumat di hari perbicaraan nanti.??

Sekian Terima Kasih
Rashdan Bin Hj.Jeon
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2013-03-18 13:02
Terima kasih kepada Rashdan bin Hj Jeon yang telah mengemukakan persoalan.
1.Untuk makluman dan pengetahuan En Rashdan peruntukan di dalam Enakmen TaTatacara Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 ada memperjelaskan mengenai kes-kes yang dimulai dengan saman dan kes yang bermula dengan Notis Permohonan.

2. Berkaitan dengan persoalan saman malu/fitnah. Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa berkaitan saman malu/fitnah sebaliknya mahkamah yang berbidang kuasa adalah di Mahkamah Sivil. Saya mencadangkan pihak tuan boleh berbincang dengan peguam untuk mendapatkan pandangan.

3. Saya turut mencadangkan kepada pihak tuan agar membuat rayuan atau semakan jika tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Syariah. Jika kes tuan didengar di Mahkamah Tinggi, rayuan boleh dibuat di Mahkamah Rayuan Syariah. Prosiding Rayuan dan Semakan boleh dibuat jika didapati benar terdapat pemalsuan atau penafian hak oleh pihak yang satu lagi.
Balas
# NORARFA BINTI ABU HASSAN 2012-07-23 08:20
Assalammualaikum w.b.t

Saya telah bernikah di sempadan Narathiwat, Thailand. Kes ini telah dirujuk di Mahkamah atas kesalahan nikah luar qariah dan kami telah di jatuhi hukuman denda yakni membayar RM1000 setiap seorang. Kini telah 2 tahun lebih kami bernikah dan mempunyai seorang cahaya mata. Masalah saya sekarang ini adalah saya ingin mohon cerai dari suami.

Sebab saya ingin mohon cerai adalah:-

a) suami mengabaikan tanggungjawab
b) sepanjang pernikahan sudah 3 kali suami curang
c) suami tidak menghormati kedua ibu bapa saya malah keluarganya sendiri
d) sudah 2 tahun suami layani saya dengan buruk
e) sudah 2 tahun suami memarahi, maki hamun dan caci hina saya dengan kata-kata kesat
f) suami sering menghalau saya keluar dari rumah

Jadi dengan sebab-sebab di atas, adakah wajar saya memohon fasakh dari mahkamah kerana saya sudah tidak tahan lagi dengan sikap dia melayani saya seperti ini?

Dan kami belum memohon pengiktirafan perkahwinan dari mahkamah jadi bagaimana saya ingin memohon penceraian ini?
Balas
# Permohonan FasakhKetua Pendaftar 2013-03-10 14:35
W.salam wrm. wbt.

Terima kasih atas pertanyaan puan,

Saya percaya bahawa pihak puan dan suami telah membuat permohonan untuk pengesahan nikah dan pendaftaran.Ini disebabkan puan telah disabitkan melakukan kesalahan dan dijatuhkan hukuman denda. Justeru puan layak untuk membuat permohonan pembubaran perkahwinan atau fasakh namun terikat dengan alsan-alasan yang telah ditetapkan di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam iaitu :

1)Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara\' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-
(a)bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c)bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d)bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e)bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
(f)bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g)bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
(h)bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain :-
(i)lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau
(ii)berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara\'; atau
(iii)cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv)Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau
(v)Menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau
(vi)jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara\';
(i)bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;
(j)bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum Syara\';

Jika Mahkamah Syariah berpuas hati wujud salah satu alasan yang dikemukakan sudah memadai untuk Mahkamah Syariah membubarkan pernikahan pasangan tersebut. Puan boleh merujuk kepada alasan-alasan yang dinyatakan sama ada bertepatan atau tidak dengan situasi yang berlaku ke atas diri puan. Jika wujud dan berlaku puan bolehlah membuat permohonan di Mahkamah Syariah.

Sekian terima kasih.
Ketua Pendaftar
Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Balas
# ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991nina 2012-06-26 16:39
assalammualaikum w.b.t

Saya telah melahirkan anak luar nikah pada setahun yang lepas kemudian saya ke pejabat JAIM untuk membuat perakuan atas kesalahan ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991 bawah seksyen 54 dan mendapatkan kebenaran JAIM untuk mendaftarkan nama anak saya berbintikan abdullah. Ketika di sana saya telah menjalani prosedur iaitu memberi keterangan terhadap perlakuan kesalahan saya. Selesai memberi keterangan saya diberi satu surat untuk menghadirkan diri ke ceramah tetapi saya tidak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab tertentu dan pihak JAIM memberitahu kepada saya bahawa dalam tempoh 3 bulan surat saman akan sampai ke rumah. Setelah 3 bulan tiada satu surat pun sampai ke rumah saya dan saya anggap kes ini selesai begitu sahaja. Sehinggalah hari ini saya didatangi pegawai JAIM ke rumah saya untuk menyampaikan surat saman dari mahkamah. Persoalannya:-

1. Saya dengan lelaki itu tidak bernikah selepas kejadian dan adakah kes ini mungkin menjadi lebih besar dan dikenakan hukuman yang lebih berat?
2. Sekiranya saya mengaku BERSALAH di mahkamah nanti adakah hukuman penjara tetap dikenakan sekiranya saya membayar denda?
3. Bolehkah saya megemukakan rayuan setelah kes itu dibicarakan?

terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-07-05 15:48
Assalamualaikum wrt Wbt,

Berkaitan dengan persoalan yang Puan ajukan itu, dimaklumkan bahawa sama ada Puan bernikah atau tidak dengan lelaki tersebut bukanlah menjadi masalah. Puan tetap akan di caj di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 1991 di bawah Seksyen 54.

2. Menurut Seksyen 54, seseorang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak di luar nikah adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi daripada RM3000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali. Hukuman ini terpulang kepada budi bicara Hakim melihat kepada fakta kes Puan.

3. Puan boleh membuat rayuan kepada Hakim semasa proses perbicaraan kes Puan dijalankan.

Sekiranya Puan masih mengalami masalah, kami menasihatkan agar Puan merujuk kepada Pejabat Agama Islam atau pada Mahkamah Syariah Negeri Melaka sendiri. Terima Kasih.
Balas
# wasiatshromada 2012-06-26 16:32
assalamualaikum..
saya ingin bertanya, adakah anak angkat berhak untuk menuntut harta pusaka ibunya kerana ibunya tiada anak kandung sendiri selain anak angkat tersebut..pada masa sama adik beradik arwah ibunya turut menuntut harta pusaka yang ditinggalkan ibunya itu..siapa yang lebih berhak untuk harta pusaka itu.harta yang dtinggalkan berbentuk tanah dan sebuah rumah.jika tiada wasiat yang dibuat oleh si arwah ibunya..dan bagaimana kalau si arwah ibunya ada membuat wasiat ke atas anak angkatnya itu,adakah waris lain(adik beradik arwah)ada hak untuk menuntut harta pusaka itu?
satu lagi soalan saya,adakah seorang yang bukan warga negara malaysia berhak menuntut harta pusaka yang berada di malaysia??
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-06-26 16:36
Assalamualaikum wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa seorang anak angkat tidak mewarisi daripada ibu angkatnya mengikut hukum pewarisan. Ibu angkat hanya boleh membuat hibbah atau menghadiahkan apa-apa harta sama ada alih atau tidak alih kepada anak angkat tersebut. Jika terdapat wasiat yang sah kepada anak angkat tersebut, anak angkat tersebut berhak ke atas harta tersebut. Namun jika tiada hibbah atau wasiat dibuat oleh ibu angkat tersebut, memandangkan ibu angkat tersebut tiada anak, maka hukum pewarisan akan jatuh kepada adik beradik ibu angkat tersebut sama ada adik beradik lelaki atau perempuan dan ibu bapa jika masih ada.

Menurut situasi di atas, adik beradik arwah berhak untuk menuntut harta pusaka tersebut dan jika ada wasiat yang dibuat kepada anak angkat, namun pada masa yang sama waris ibu angkat tidak bersetuju, maka anak angkat tersebut perlu untuk membuat pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah untuk menentukan kesahan wasiat tersebut.

Untuk soalan seorang yang bukan warga negara Malaysia itu kami perlukan penjelasan adakah si penuntut tersebut mempunyai hubungan saudara dengan pemunya harta pusaka tersebut. Jika mempunyai talian persaudaraan dan adalah waris kepada si mati, walaupun dia bukan warganegara Malaysia, dia berhak untuk tuntut dan mendapat bahagiannya namun tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti Kanun Tanah Negara atau pemilikan harta alih sepeti Akta Pengangkutan Jalan dan sebagainya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami. Terima kasih.
Balas
# Mohon nasihat ustaz - PoligamiRedza 2012-06-06 10:27
Salam Ustaz

Saya punyai hasrat untuk berpoligami, masalah saya :-

Saya dah puas pujuk isteri untuk menerima hasrat saya tersebut dan sebagaimana biasa beliau menentang sekeras-kerasnya sehingga keluar perkataan minta cerai dengan saya. Bukan itu saja, pernah sekali dahulu beliau menyatakan bahawa akan kembali kepada agama asal bila saya meneruskan niat saya tersebut. Saya menyuruh beliau mengucap semula dan bertaubat atas perlakuan tersebut dan menerangkan tentang kesan dan akibat dari ucapan tersebut. Buat pengetahuan ustaz, isteri saya tidak bekerja dan agama asalnya dahulu bukanlah islam dan agak sukar untuk beliau menerima hasrat saya tersebut.

Soalan saya :-

1. Jika saya failkan tuntutan poligami kepada mahkamah - apa proses seterusnya yang akan dibuat oleh mahkamah - adakah sesi kaunseling akan dilakukan sebelum mahkamah memanggil ke semua pihak yang terlibat dlm menentukan tuntutan poligami tersebut di hadapan hakim

2. Jika isteri saya sekali lagi mengeluarkan perkataan \"akan kembali kepada agama asal jika saya meneruskan niat poligami di hadapan hakim\" apakah tuntutan saya ini akan di tolak?

Saya mohon ustaz beri saya panduan dan nasihat atas permasalahan saya ini. Sekian terima kasih atas bantuan ustaz.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-06-06 10:35
Encik Redza,

Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesi kaunseling diadakan bagi sesuatu permohonan poligami di Mahkamah. Setiap kes yang telah difailkan akan diberi tarikh sebutan dan Mahkamah akan menghantar notis kepada pihak isteri pertama untuk hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Jika isteri tuan hadir dan membantah permohonan yang dibuat oleh tuan, hakim akan meneliti segala keterangan yang diberikan oleh semua pihak. Faktor yang paling utama dalam kes poligami adalah tentang kemampuan tuan dari segi kewangan dan keadilan untuk berpoligami.
Sekiranya tidak mampu dan isteri memberi keizinan pun, hakim tidak akan meluluskan permohonan tersebut.

Tentang pernyataan isteri tuan berkata dia akan kembali kepada agama asal sekiranya tuan berpoligami,hakim yang akan menentukan perkara tersebut. Pada kebiasaannya hakim akan bertanya alasan kenapa seseorang isteri membantah sekiranya suaminya ingin berpoligami. Kami tidak boleh memberi apa-apa keputusan di sini samaada permohonan tuan boleh diluluskan atau tidak kerana semuanya adalah bergantung kepada budi bicara hakim.

Jika tuan berpendapat bahawa tuan boleh berlaku adil dan mampu untuk berpoligami, tuan boleh memfailkan permohonan tersebut dan hakim yang akan menentukan samaada membenarkan atau menolak permohonan tuan.

Sekiranya terdapat permasalahan lanjut, sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# mohon nasihat..fazlina 2012-05-29 12:23
Assalamualaikum..bagaimana mahu membuat tuntutan harta sepencarian? dahulu bekas suami saya telah menggunakan nama saya untuk membuat pinjaman. Sehingga ke hari ini dia tidak menjelaskan pinjaman tersebut sehingga menyebabkan saya disaman oleh bank. saya ingin bertanya adakah saya boleh menuntut kepada mahkamah agar mengeluarkn perintah supaya dia membayar kesemua pinjaman tersebut? dan sekarang dia dah berkahwin dan tinggal di rumah yang masih saya sebagai nama ke dua ke atas rumah tersebut.sedangkan saya dan 4 orang anak terpaksa menyewa. adakah saya boleh menuntut 100% hak ke atas rumah tersebut disebabkan ke semua anak-anak telah mendapat perintah hak jagaan kepada saya?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-05-30 10:23
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Sesesorang isteri jika telah bercerai dengan suaminya, antara hak-hak yang boleh dituntut selepas perceraian adalah harta sepencarian. Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan.

Merujuk kepada permasalahan puan, rumah tersebut boleh dikira sebagai harta sepencarian antara puan dan bekas suami. Namun yang menjadi persoalan di sini adakah terdapat sumbangan oleh pihak yang menuntut ke atas tanah tersebut. Sumbangan tidak kira samaada secara langsung atau tidak langsung. Semua isu tersebut akan dibicarakan dan hakim akan memutuskan berapakah peratusan sumbangan oleh kedua-dua pihak.

Jika peratusan adalah 50% telah disumbangkan oleh puan manakala selebihnya oleh bekas suami, hakim akan menentukan hak ke atas rumah tersebut berdasarkan sumbangan tersebut. Jika suami mahu terus tinggal di situ, bekas suami perlu membayar 50% atas nilaian semasa rumah tersebut kepada puan dan begitulah sebaliknya jika puan ingin tinggal di situ.

Berdasarkan undang-undang pinjaman, Mahkamah tidak boleh memerintahkan salah satu pihak membayar kesemua pinjaman tersebut . Kami masih tertakluk kepada undang-undang pinjaman yang mengikat puan dan bekas suami puan. Melainkan pinjaman tersebut dibuat pembiayaan semula (refinance)samaada oleh pihak puan atau bekas suami.

Perintah Hak jagaan yang telah diperolehi oleh puan tidak membolehkan puan berhak 100% ke atas rumah tersebut. Hak ke atas harta sepencarian adalah bergantung kepada sumbangan pihak-pihak ke atas rumah tersebut.

Tuntutan harta sepencarian boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di mana puan dan bekas suami bercerai.

Sila hubungi pihak kami jika ada pertanyaan lanjut.

Terima kasih.
Balas
# hibahsharolnizam 2012-05-29 12:23
Assalamualaikum,
Saya ingin mengajukan soalan berkaitan hibah@pemberian.
Saya telah membeli sebidang tanah dengan nilai 85 ribu ringgit.
Semasa proses penukaran nama ke dalam geran,nama isteri saya tidak dapat ditukar kerana terdapat \'kaviate\'.
Adakah dibolehkan penjual@pemilik geran yang telah menerima bayaran tersebut menghibahkan tanah miliknya kepada saya@diwasiatkan ke atas nama saya @ isteri atas alasan jualan dan dipersetujui oleh beliau serta waris-waris yang lain.
Atau terdapat syarat-syarat hibah mengikut undang-undang syariah.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-05-30 10:23
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Encik Sharolnizam,

Berhubung dengan persoalan tuan, jika tanah tersebut telah dijual kepada tuan, ia melibatkan Perjanjian Jual Beli tanah yang pada kebiasaannya disediakan oleh peguam. Jika terdapat kaveat\" ke atas tanah tersebut, pemilik asal tanah tersebut perlu membuat permohonan untuk memotong kaveat tersebut atas alasan telah berlaku jual beli.Setiap \"emcumbrances\" terhadap tanah tersebut perlu diselesaikan pada peringkat jual beli tanah tersebut.

Dalam hal ini, tuan perlu berhubung dengan pejabat tanah untuk memastikan tanah tersebut dipindahmilik kepada pembeli samaada tuan atau isteri tuan. Tanah tersebut idak boleh dihibbahkan kerana ia melibatkan perjanjian jual beli dan bukannya pemberian kasih sayang seorang individu kepada individu yang lain. Ini adalah kerana telah berlaku \"consideration\" antara tuan dan pemilik asal tanah tersebut.

Sila berhubung dengan pihak kami untuk menyatakan dengan terperinci berkenaan dengan permasalahan di atas.

Terima Kasih.
Balas
# Suami abaikan tanggungjawabbee 2012-05-23 12:39
Assalamualaikum...

Saya telah berkahwin selama 10 tahun. Hasil perkahwinan kami telah dikurniakan 4 orang cahaya mata perempuan.Saya merupakan isteri kedua.
Permasalahannya sekarang.Suami saya selalu mengabaikan tanggungjawabnya dan selalu melebihkan keluarga isteri pertama sahaja.Segala urusan dan tanggungjawab dia serahkan kepada saya untuk uruskan.Nafkah makan minum kami selalu terlepas pandang.Suami tidak pernah adil, selalu sangat balik ke rumah isteri pertama.Rumah saya dibuatnya seperti Rumah Tumpangannya sahaja....Sebagai isteri apa yang patut saya buat.Jika saya mintak duit bukan main susah.selalu sangat cakap tak ada duit...Bolehkah saya tuntut perbelanjaan kami anak-beranak jika perceraian tidak berlaku?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-05-24 10:35
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Pada kebiasaannya untuk permohonan kebenaran poligami difailkan di Mahkamah,hakim akan memerintahkan agar suami berlaku adil , dan atas permohonan pihak-pihak akan diperintahkan penggiliran antara isteri pertama dan kedua , peruntukan nafkah diri isteri pertama dan anak-anak isteri pertama. Di dalam kes puan ini, kami beranggapan tiada yang diperintahkan sedemikian.

Namun, puan masih berhak pada masa sekarang untuk memastikan suami berlaku adil dengan memfailkan permohonan nafkah diri isteri dan nafkah anak-anak ke Mahkamah walaupun bukan dalam proses perceraian. Ini adalah selaras dengan peruntukan Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002.

Sehubungan dengan itu, puan boleh memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah untuk memastikan suami puan menjalankan tanggungjawab menyediakan nafkah untuk isteri dan anak-anak.

Sila hubungi pihak kami jika ada pertanyaan lanjut.

Terima Kasih.
Balas
# Faraid / HibahZulkifli 2012-05-11 10:43
Assalamualaikum tuan,
Ibu saya telah meninggal dunia 7 bulan yang lepas meninggalkan 3 orang anak perempuan yang sudah berkeluarga dan saya sebagai anak lelaki tunggal yang turut telah berkeluarga. Arwah emak saya telah meningggalkan sedikit harta termasuk sedikit barang kemas yang telah kami adik beradik bahagikan beberapa hari selepas emak pergi. Saya tidak mengambil apa-apa pun dan menyerahkan kepada ketiga-tiga kakak saya.
Tiga tahun sebelum emak meninggal dia telah menyerahkan tanah tempat dia tinggal kepada saya dengan cara menukar nama kepada nama saya di pejabat tanah tanpa pengetahuan kakak-kakak saya.
Masalahnya sekarang kakak-kakak saya mengatakan yang tanah tersebut perlu di faraid walau pun telah ditukarkan kepada nama saya.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk permasalahan ini.Dimanakah boleh saya dan adik beradik saya merujuk untuk menyelesaikan masalah ini?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-05-15 09:32
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Takziah atas pemergian ibu Encik Zulkifli ke rahmatullah, AlFatihah..

Adalah dimaklumkan bahawa tanah yang telah dipindahmilik oleh ibu kepada encik zulkifli adalah hakmilik yang tidak boleh disangkal menurut peruntukan undang-undang Kanun Tanah Negara. (indefeasibility of title). Namun pindahmilik tersebut boleh dipertikaikan jika diperolehi secara fraud (tipu), paksaan (coercion) atau misrpresentation (salah nyata) pemilik asal kepada pemilik baru. Jika pindahmilik tersebut dibuat secara sukarela, hakmilik tersebut adalah hakmilik mutlak encik zulkifli.

Namun menurut peruntukan hukum syara', pemberian tersebut dikira suatu hadiah atau hibbah ibu kepada encik zulkifli. Penukaran nama telah dibuat tetapi encik masih boleh membuat permohonan di mahkamah untuk memastikan pemberian itu adalah hibbah yang sah dan menepati rukun dan syarat suatu hibbah. Mahkamah akan menentukan bahawa adalah berlaku hibbah yang sah berdasarkan keterangan diberi oleh pihak-pihak.

Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan permasalahan encik zulkifli dan adik beradik yang lain, encik boleh membuat pengesahan hibbah di Mahkamah Tinggi Syariah dan jika benar itu adalah hibbah yang sah menurut hukum syara', tanah tersebut akan kekal di bawah hakmilik encik. Jika tidak sah, tanah tersebut adalah jatuh di bawah hukum pewarisan di mana perlu difaraidkan kepada waris yang ada.

Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# TIDAK MEMBERI NAFKAHSUHAILA BINTI MOHD 2012-05-08 08:41
Assalamualaikum. Saya telah mendirikan rumah tangga selama 20tahun. Untuk pengetahuan tuan, sejak mula berkahwin sehinggalah sekarang suami saya suka barhutang dan mengabaikan nafkah anak semata-mata hendak berfoya-foya. Saya dan anak-anak terpaksa menderita dengan apa yang dilakukan selama 20 tahun. Saya ingin meminta pandangan dan pendapat tuan, apa yang patut saya lakukan?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-05-08 12:35
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa setiap masalah keluarga perlu dirujuk kepada pejabat agama untuk menghadiri sessi kauseling jika puan berpendapat perkahwinan puan boleh diselamatkan lagi.Sessi kaunseling adalah inisiatif individu itu sendiri dan bukan satu keperluan prosedur.

Jika puan beranggapan perkahwinan puan telah menemui jalan buntu, puan boleh memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah samaada dengan cara taklik (sebab gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah) atau lain-lain cara perceraian (fasakh, khuluk) yang sesuai dengan situasi dan keadaan puan.

Jika sesuatu permohonan perceraian difailkan di Mahkamah, kes akan ditetapkan tarikh sebutan di hadapan hakim dan kehadiran puan dan suami adalah perlu. Jika ada persetujuan di pihak suami untuk melepaskan puan dengan cara baik,kes boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, namun jika suami puan tidak bersetuju, maka beberapa proses lain akan diperintahkan oleh hakim.

Kami sarankan agar puan rujuk kepada pejabat agama untuk sessi kaunseling agar perkahwinan ini boleh diselamatkan lagi.

Jika terdapat sebarang masalah lanjut, sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# RUJUK SEMULAHASLIZA BINTI HASSAN 2012-05-04 10:06
Assalamualaikum...
baru-baru ini saya telah bergaduh dengan suami saya dan dia dengan tidak sengaja telah menceraikan saya. bagaimanakah caranya untuk kami rujuk semula kerana kami masih sayangkan rumahtangga ini dan demi anak-anak kami.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-05-08 12:36
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Jika dalam pergaduhan tersebut, puan jelas mendengar suami puan melafazkan apa-apa perkataan yang bermaksud cerai, maka puan perlu cepat-cepat hadir ke Mahkamah untuk memfailkan permohonan pengesahan perceraian. Ini adalah kerana Hakim akan menentukan samaada lafaz tersebut adalah sabit cerai atau sebaliknya.

Jika disabitkan oleh hakim, maka puan boleh maklumkan kepada hakim tersebut untuk rujuk semula dengan suami.

Jika tiada sabitan cerai, maka tidak perlu untuk rujuk semula kepada suami kerana perceraian tidak berlaku.

Oleh yang demikian, kami nasihatkan puan segera ke Mahkamah untuk membuat permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut.

Terima Kasih
Balas
# NAFKAH ANAKRABIHAH BINTI ABD GHANI 2012-04-26 10:14
Salam, saya sudah bercerai 7 tahun yang lalu. Sehingga sekarang masih belum buat tuntutan nafkah anak-anak daripada bekas suami. Baru-baru ini saya ada terdengar announcement di media massa tentang nafkah tersebut boleh dituntut menerusi EPF bekas suami.

Jadi sekarang, bolehkah pihak tuan beri sedikit pandangan dan nasihat bagaimana cara nafkah tersebut boleh dituntut melalui EPF sebab sekarang ini difahamkan bekas suami telah tidak bekerja dan masih menganggur.
Balas
# NAFKAH ANAKPanel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-30 18:21
Waalaikumussalam WBT... Terima kasih kepada puan yang mengajukan soalan ini.

Tuntutan nafkah anak tidak boleh dituntut terus menerusi EPF kerana menurut Seksyen 54 Employees Provident Fund Act (Akta EPF) 1991, terdapat beberapa keadaan sahaja di mana wang KWSP boleh dikeluarkan di antaranya telah mencapai tahap umur 55 tahun, membeli rumah, sakit yang tiada kemampuan dll.

Namun begitu, KWSP hanya boleh membantu dengan cara memaklumkan kepada pihak isteri tarikh bekas suami boleh membuat pengeluaran. Ini kerana wang KWSP adalah sepenuhnya hak mutlak seseorang individu.

Namun begitu puan boleh membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah Nafkah supaya hak anak-anak tidak terabai.

Sekian, terima kasih.
Balas
# pertanyaanhasni 2012-04-23 11:51
Salam....saya ada masalah dengan pernikahan ayah saya.Dia telah bernikah dengan seorang janda di Siam tanpa pengetahuan ibu saya.Namun demikian, mungkin jodoh mereka tidak panjang dan ayah saya telah melafazkan talaq 3 pada janda tersebut.Mereka telah bernikah pada 10.1.2012 dan telah bercerai pada 17.3.2012...perkahwinan mereka masih belum di daftarkan di pejabat agama Melaka semasa ayah saya telah melafazkan cerai tersebut..

Jadi, saya ingin bertanyakan bagaimana untuk saya menyelesaikan masalah ini.Adakah saya perlu mendaftarkan pernikahan ayah saya di sini dan kemudian permohonan cerai di buat di sini juga...ataupun saya hanya perlu berurusan di Siam sahaja.

Sekian. Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-25 11:22
Assalamualaikum Wrt Wbt

Cik,

Bagi menyelesaikan permasalahan di atas, ayah cik perlu membuat pengesahan perkahwinan dahulu dan kemudian jika hakim telah mengesahkan perkahwinan tersebut, ayah cik perlu membuat pengesahan perceraian yang telah dilafazkan di luar Mahkamah. Hakim akan membuat keputusan sama ada berlaku talak dan jika berlaku, berapa bilangan talak yang jatuh. Perkara tersebut adalah berdasarkan keterangan yang diberi oleh pihak-pihak.

Kami nasihatkan agar segera ke Mahkamah Syariah berhampiran.

Terima kasih.
Balas
# perkahwinan bawah umursiti 2012-04-23 11:44
Bagaimanakah prosedur permohonan perkahwinan bawah umur?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-23 11:44
Assalamualaikum...

- Sila rujuk terlebih dahulu ke Pejabat Agama berhampiran.
- Permohonan kebenaran bernikah di bawah umur perlu dipohon ke Mahkamah dan keputusan Mahkamah dibawa ke Pejabat Agama untuk sokongan.
Balas
# Engkar Perintah Mahkamah dan nafkah tertunggakummi 2012-04-23 11:38
Assalam...Tuan/Puan

1. Setelah mahkamah yang mulia mengeluarkan perintah bertulis yang memerintahkan hak jagaan sepenuh anak kepada si ibu,manakala si ayah hanya mendapat akses lawatan dan bermalam bersama anak tetapi yang amat menyedihkan perintah tersebut seakan tiada bermakna langsung.Si ibu membawa anak jauh ke kampung halamannya dengan ditinggalkan anak tersebut di bawah jagaan ibunya(nenek kepada anak tersebut)sedangkan beliau bekerja di tempat lain.Sebelum ini anak tersebut di bawah pengurusan dan jagaan si ayah.Ubah perintah jagaan anak juga telah difailkan di mahkamah tinggi tetapi sentiasa diangguhkan akibat pelbagai alasan oleh si ibu.Apakah yang akan terjadi seterusnya dan apakah langkah yang perlu diambil oleh si ayah.
2.Apa yang dimaksudkan dengan nafkah anak tertunggak?boleh tuan/puan jelaskan?sebagai contoh:-Hak jagaan di bawah isteri,suami hanya dapat akses lawatan sahaja tetapi anak kebanyakannya diurus kebajikan dan persekolahannya oleh si ayah.apakah sepanjang anak di bawah pengurusan si ayah,segala perbelanjaan anak itu boleh dikira sebagai nafkah?dan terpaksa engkar dengan perintah mahkamah yang memerintahkan mengkreditkan wang nafkah ke akaun si ibu tersebut?
Sekian
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-23 11:38
Waalaikumsalam...

1. Tuan dinasihatkan meneruskan pendengaran kes Ubah Perintah Jagaan Anak. Waran tangkap boleh dipohon dan sekiranya hakim berpuashati keengganan untuk hadir ke Mahkamah memerintahkan waran tangkap.
2. Tindakan seterusnya, aduan boleh dibuat di Bahagian Penguatkuasaan JAIM untuk tindakan ingkar perintah Mahkamah / menghina Mahkamah.
3. Mahkamah dalam keputusannya telah memerintahkan nafkah anak dengan nilaian tertentu (RM). Tuan dikehendaki membayar nafkah tersebut secara bulanan. Sekiranya tuan gagal membayar secara bulanan, ia dikira nafkah tertunggak dan ibu boleh membuat tuntutan tunggakan di Mahkamah.
4. Setelah tuan mendapat perintah Mahkamah (nafkah), tanggungjawab tuan adalah untuk mematuhi keseluruhan perintah tersebut. Sekiranya perintah menyatakan bayaran dibuat ke akauan ibu, tuan hendaklah patuh. Perbelanjaan - perbelanjaan lain yang diperuntukkan oleh bapa adalah dianggap ehsan daripada bapa dan ia tidak boleh diganti dengan perintah mahkamah. Tuan tetap dikehendaki membayar sebagaimana diperintah oleh Mahkamah.
Balas
# minta pendapat...faizah 2012-04-17 10:10
Assalamualaikum...
Saya sudah berumahtangga hampir 10 tahun... sepanjang tempoh itu saya seringkali dipukul, dimaki dan sebagainya....saya telah melahirkan 4 orang anak....namun...walaupun saya bersabar dengan karenah suami yang panas baran dan suka memukul, menjadikan saya takut serta tidak tahu untuk buat apa...saya juga bekerja dan seringkali juga aduan dibuat di dalam kem namun ianya tetap sama... janji hanya tinggal janji dan mengaku salah...namun sampai bilakah saya harus hidup begini....penceraian...?..pernah saya terfikir...namun memikirkan anak-anak saya jadi keliru....untuk pengetahuan tuan/puan dalam hati saya kosong....saya meneruskan hidup yang kosong dan saya juga bukanlah jenis yang tahu menunjukkan masalah saya pada orang...saya cuba happykan hati saya dengan menggembirakan orang lain....namun persoalannya ...bolehkah saya memohon jika kami dipisahkan dalam tempoh masa tertentu tanpa melibatkan penceraian...?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-17 10:11
Waalaikumsalam...Mahkamah hanya boleh memerintahkan pernikahan dipisahkan/fara\' buat sementara waktu sehingga perceraian diputuskan oleh mahkamah. Sekiranya puan komited untuk bercerai, puan bolehlah membuat pendaftaran di Mahkamah. Selain itu, puan boleh berbincang dengan suami puan sekiranya puan memerlukan waktu untuk bersendirian. Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam urusan rumahtangga seseorang. Perkara yang puan ajukan sesuai dirujuk ke Jabatan Agama Islam.
Balas
# PertanyaanHelmee 2012-04-05 17:40
Aslkm wbt... Ingin tahu bagaimana cara untuk dapatkan pengesahan perwalian sekiranya wali telah keluar dari agama Islam. Apa yang perlu dilakukan? afidavit dan sebagainya?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-09 09:09
Waalaikumsalam..
Bagaimana puan boleh pasti bahawa wali puan telah keluar Islam? untuk keluar Islam perlu ada pengisytiharan oleh Mahkamah Syariah. Tidak sewenang-wenangnya kita boleh menyatakan seseorang keluar daripada Islam. Sekiranya benar wali bapa telah keluar Islam, puan masih mempunyai datuk atau abang yang beragama Islam yang boleh mewalikan pernikahan tersebut. Puan hendaklah berurusan dengan
Pejabat Agama terlebih dahulu. Sekiranya betul puan tiada wali, puan boleh memohon wali hakim daripada Mahkamah Syariah. Borang boleh didapati daripada laman web ini.
Balas
# penceraianshahrizan bin sam 2012-04-02 10:48
Salam,
saya ada masalah dengan isteri saya. Kami telah berkahwin selama 9 tahun. sejak kebelakangan ini saya tidak sefahaman lagi dan sering bergaduh. Boleh tuan berikan pandangan, perlukah kami berpisah?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-04-02 17:37
Waalaikumsalam.
Isu berkaitan masalah rumah tangga perlulah dirujuk ke bahagian kaunseling keluarga di Pejabat Agama Islam. Mahkamah hanya menguruskan persoalan perceraian oleh pihak-pihak yang telah muktamad untuk bercerai. Mahkamah tidak mempunyai kepakaran dalam kaunseling keluarga.
Balas
# permohonan ceraimohamad sali 2012-03-26 12:50
isteri saya telah memohon cerai atas alasan antaranya mengatakan saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberi nafkah selama 5 tahun.

Saya ingin tahu adakah saya boleh memasukkan pembelaan terhadap tuduhannya dan meminta isteri saya membayar saya seperti tebus talak jika dia benar-benar inginkan perceraian?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-03-30 12:47
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Encik Mohamad Sali,

Adalah dimaklumkan bahawa encik boleh memfailkan Pernyataan Pembelaan ke Mahkamah ke atas tuntutan perceraian yang dinyatakan di dalam Pernyataan Tuntutan isteri encik. Pernyataan Pembelaan perlu dibuat secara bertulis dan difailkan di Mahkamah. (sila rujuk peguam jika encik ingin melantik peguam bagi membela kes tersebut).

Jika encik menafikan segala fakta yang terdapat di dalam Pernyataan Tuntutannya, encik nyatakan dan jelaskan dalam Pernyataan Pembelaan tersebut dan begitu juga jika encik ingin memohon tebus talak jika isteri encik benar-benar mahukan suatu perceraian.Kesemua penafian dan tuntutan untuk tebus talak perlu dinyatakan di dalam Pernyataan Pembelaan tersebut.

Sekiranya, ingin bercerai secara tebus talaq, encik dan isteri harus berbincang secara baik berapa jumlah tebus talaq yang dipersetujui. Sekiranya tiada persetujuan, Mahkamah akan tentukan kadarnya. Tebus talaq dikira bain sughra iaitu tidak boleh dirujuk melainkan dengan akad baru.

Segala keputusan adalah bergantung kepada hakim yang akan menimbangkan tuntutan dan pembelaan yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# Guest 2012-04-23 09:41
Waalaikumsalam Wrt Wbt..

terima kasih diatas penjelasan tersebut dan jika ada kemusykilan lanjut saya akan hubungi pihak tuan.

Terima kasih.
Balas
# meringankan hukumansarah 2012-03-09 15:35
salam, saya ada kekeliruan dan pertanyaan mengenai hukuman tertuduh yang disabit di bawah seksyen 29 iaitu kesalahan berkhalwat. Jika tertuduh disabit bersalah, dan didapati masih dalam lingkungan bawah 21 tahun, adakah tertuduh akan dikenakan hukuman untuk menjalani kursus di pusat pemulihan yang terpilih untuk tempoh tertentu?

Apakah prosedur yang perlu dilakukan jika tertuduh ingin meringankan atau sanggup membayar denda tersebut sebagai hukumannya kerana tidak boleh/dapat menghadiri ke pusat pemulihan kerana akan menjejaskan tempoh pembelajaran di pengajian tinggi iaitu terpaksa menunda tempoh pembelajaran contohnya sehingga 6 bulan. Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-03-20 11:20
Wasalam...
Mana-mana orang Islam berusia bawah 18 tahun(lelaki) dan 16 tahun (perempuan) dianggap pesalah muda yang boleh mengecualikan mereka daripada hukuman. Walaubagaimanapun, Perintah Berkelakuan Baik biasanya diperintahkan oleh Mahkamah dalam tempoh tertentu yang difikirkan wajar.
Bagi pesalah yang berusia 21 tahun hendaklah dihukum dengan hukuman yang ditetapkan dalam Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka iaitu Denda tidak lebih RM3000 atau 24 bulan Penjara atau kedua-dua sekali.
Kemungkinan kesalahan yang anda maksudkan berlaku di Selangor, Enakmen Kesalahan Syariah Selangor menetapkan sekiranya atas alasan tertentu yang Mahkamah mendapati tidak wajar hukuman dijatuhkan(contohnya, masih lagi belajar) Mahkamah boleh memerintahkan hadir ke kursus pemulihan
yang ditetapkan.
Sekiranya ingin membuat mitigasi, rayuan meringankan hukuman boleh dibuat pada penghujung kes iaitu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman dengan menyatakan alasan-alasan yang munasabah.
Balas
# HADHANAHNurul Hj Nordin 2012-03-09 15:30
Salam

Saya perlukan khidmat nasihat dari pihak mahkamah mengenai masalah saya. Saya telah diberi hak penjagaan anak perempuan saya yang sekarang ini berusia 10thn. Hak lawatan kepada bekas suami diberikan pada bila-bila masa memandangkan dia sentiasa berada di luar negara. Dalam 3-4 bulan baru dia akan melawat anak dan membawanya berjalan. Itupun dalam 4-5jam sahaja.

Masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah bekas suami selalu menakut-nakutkan anak saya dengan berkata \"dia akan buat repot polis sekiranya anak tidak mahu mengikut dia\" dan \"tak payah dengar cakap hakim...hakim tu bodoh...dengar cakap ayah jer\". Untuk pengetahuan pihak mahkamah, anak memang tidak mahu mengikut bekas suami apatah lagi bekas suami mahu membawanya pulang ke kampung halaman di Kelantan. Anak saya jadi takut bila bekas suami mahu membuat polis repot.

Harap pihak mahkamah dapat membantu saya
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-03-09 15:27
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Jika hak jagaan diberi kepada puan dan hak akses telah diberikan kepada bekas suami puan, masing-masing mempunyai hak ke atas anak tersebut. Kami harap puan tidak menghalang hak akses yang telah diberikan kepada bekas suami kerana jika ada halangan oleh salah satu pihak yang lain, pihak yang tidak menggunakan hak yang Mahkamah perintahkan,banyak masalah yang akan timbul.

Kenapa timbulnya bekas suami puan ingin membuat laporan polis, adakah disebabkan anak tidak mahu mengikut ayahnya atau adanya halangan2 lain. Puan, dalam hal ini, kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk mengelakkan sebarang masalah. Di pihak puan perlu memujuk anak tersebut untuk bersama ayahnya sepanjang hak akses yang dipersetujui. Di pihak bekas suami puan juga perlu faham keadaan anak tersebut. Jika kedua-dua pihak dapat berkomunikasi dengan baik demi anak ini, insyaAllah tiada masalah yang akan timbul. InsyaAllah

Oleh yang demikian, buat masa ini, puan boleh memujuk anak tersebut untuk bersama dengan bapa ketika hak akses. Jika maksud suami puan menyuruh anak tinggal bersamanya atau menukar hak jagaan daripada puan kepadanya, bekas suami puan perlu memohon permohonan ubah perintah di Mahkamah dan bukan boleh sesuka hati mengambil anak terus tinggal bersamanya.

Jika terdapat sebarang masalah lanjut,sila hubungi pihak kami, terima kasih.
Balas
# permohonan peguam syariemohamad azrul azhan 2012-03-08 10:12
assalamualaikum.

saya ingin bertanya bagaimana permohonan untuk mendapatkan tauliah peguam syarie negeri melaka.boleh nyatakan bagaimana prosedurnya dan bayaran yang perlu dijelaskan.

terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2012-03-09 15:34
Waalaikumusalam..
Permohonan online boleh dibuat melalui Laman Web JKSM di www.jksm.gov.my. Encik juga boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah Melaka. Bayaran fi adalah sebanyak RM50 dan memperbaharui Sijil Amalan sebanyak RM 100. Encik akan dipanggil menghadiri ujian bertulis dan temuduga di hadapan J/Kuasa Peguam Syarie. Sekiranya berjaya, encik akan dipanggil untuk upacara pentauliahan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Balas
# Talak Ketika HamilHayati 2012-02-01 10:08
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanyakan soalan, apakah jatuhnya talak sekiranya suami menjatuhkan talak 1 dalam keadaan marah kepada isteri yang mengandung?
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-02-02 10:45
Waalaikumsalam w.b.t.

Penentuan jatuh atau tidak sesuatu talaq terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Puan perlu menfailkan kes Pengesahan Cerai Luar Mahkamah di Mahkamah Rendah Syariah berhampiran puan bermastautin. Pihak kami sebagai pentadbir laman web ini tidak dapat menjawab dengan tepat persoalan tersebut diatas kerana ia memerlukan siasatan hakim dalam perbicaraan di mahkamah. Hakim akan menyiasat lafaz talaq tersebut sama ada soreh/jelas atau tidak/kinayah, lafaz tersebut dibuat dengan niat atau tidak, siapa saksi yang mendengar lafaz tersebut selain puan, talaq dilafazkan dalam keadaan marah yang tersangat atau sebaliknya, bilangan talaq dinyatakan dengan jelas atau tidak. Semua keterangan ini penting untuk hakim mensabitkan jatuh talaq atau tidak, dan tempoh eddah yang perlu dipatuhi oleh puan. Sekiranya isteri hamil dan Hakim mengesahkan talaq tersebut jatuh talaq satu, maka eddah isteri yang ditalaqkan dengan talaq satu adalah sehingga melahirkan anak tersebut.

Dinasihatkan puan membuat pendaftaran segera ke Mahkamah Syariah berhampiran bagi menentukan kesahehan lafaz tersebut.
Balas
# Rujuk dalam tempoh Eddahhayati 2012-02-07 09:21
Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya, jika kes pengesahan lafaz talak telah difailkan di mahkamah, sekiranya pasangan ingin RUJUK,
1) Apakah yang perlu dilakukan oleh pasangan tersebut sementara
menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah?

2) Adakah mereka tidak dibenarkan tinggal sebumbung?

3) Adakah isteri perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri
selama menunggu perbicaraan?

Diharap Ustaz / Ustazah dapat memberi maklumbalas dengan kadar segera kerana saya benar-benar buntu kerana terlalu banyak pendapat. Sekian terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-02-21 10:20
Waalaikumusalam...
Di sepanjang tempoh eddah tersebut isteri diberikan hak untuk tinggal di rumah kelamin atau dimana-mana rumah yang disediakan oleh Suami. Adalah tidak digalakkan untuk pasangan yang dalam tempoh eddah tinggal sebumbung. Walaubagaimanapun sekiranya kedua-dua ingin rujuk kembali, perlu hadir ke Pejabat Agama berhampiran bagi melafazkan rujuk atau boleh dibuat pengesahan rujuk bagi yang rujuk sebelum hadir di hadapan pendaftar NCR. Perlu diingatkan rujuk secara perbuatan tanpa lafaz (persetubuhan) adalah tidak dibenarkan dalam mazhab Syafie. Sekiranya mahkamah mensabitkan talaq selepas itu, rujuk adalah terpakai dan Pejabat Agama akan mengeluarkan sijil rujuk kepada tuan/puan.
Balas
# Biaya@Kos Tuntutan Nafkah Tertunggak Di MahkamahImraahsolehah 2012-02-01 10:07
Assalammualaikum. Ustaz, saya ingin mengetahui berapakah kos atau biaya untuk membuat tuntutan nafkah tertunggak.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-02-02 10:44
Waalaikumsalam w.b.t.

Kebiasaanya tuntutan nafkah tertunggak dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah. Walaubagaimanapun, sekiranya nafkah tertunggak melebihi RM 100,000.00 Mahkamah Tinggi berbidangkuasa mendengar kes tersebut.Fii pendaftaran di mahkamah Rendah Syariah adalah RM25 dan di Mahkamah Tinggi Syariah RM 50. Lain-lain fii adalah seperti wakalah peguam RM 5 (MRS), RM10 (MTS), memperbaharui saman RM 5(MRS) dan RM 10 (MTS).
Balas
# Tuntutan Tunggakan NafkahRaja Azlina bt Raja Sabudin 2012-02-01 10:04
Saya seperti nama di atas ingin bertanya bagaimana prosedur tentang tuntutan tunggakan nafkah setelah bercerai?
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-02-02 10:44
Assalamualaikum w.b.t.

Prosedur tuntutan nafkah eddah/anak adalah sama dengan tuntutan yang lain. Bermula dengan pendaftaran di kaunter Mahkamah Syariah dengan mengisi borang tuntutan serta dilampirkan documen yang berkaitan (sila rujuk menu BORANG-BORANG dalam laman web ini bagi mendapatkan borang dan checklist dokumen yang diperlukan). Puan perlu membayar fii yang ditetapkan RM 25 dan pastikan puan mendapat resit bayaran. Puan akan dapat tarikh SULH/Mediasi semasa pendaftaran dilakukan (KPI: dalam tempoh 21 hari kes perlu disebut di hadapan pegawai SULH. Sekiranya SULH berjaya persetujuan kes ini akan diendorskan di hadapan Hakim. Sekiranya gagal perbicaraan akan dilakukan di hadapan hakim.

Prosedur perbicaraan : Kehadiran pihak-pihak pada tarikh ditetapkan - kes dipanggil - puan sebagai plantif menyatakan tuntutan di hadapan hakim dan memberi keterangan berdasarkan penyata tuntutan puan - bekas suami sebagai defendan menyatakan setuju atau tidak dengan tuntutan puan - Defendan perlu menfailkan tuntutan balas sekiranya tidak bersetuju dengan tuntutan puan. Sekiranya Defendan bersetuju, hakim akan membuat perintah bagi kes tersebut.

Prosedur yang dinyatakan dalam jawapan ini adalah prosedur ringkas..
Balas
# Denda melahirkan anak luar nikahxyong 2012-01-18 16:20
Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya beberapa soalan..
Adik lelaki saya telah terlanjur dengan teman wanitanya dan mereka bernikah selepas wanita tersebut melahirkan anak.Surat Mahkamah telah diterima oleh pihak wanita atas kesalahan melahirkan anak luar nikah.
1)Perlukah adik lelaki saya hadir untuk kes pendakwaan di Mahkamah nanti kerana ada beberapa faktor yang menyebabkan dia sukar menghadirkan diri.
2)Bolehkan denda dikurangkan kerana kedua-duanya masih belum mempunyai pekerjaan tetap dan apakah prosidur untuk mengurangkan denda.

sekian.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-01-18 16:20
Waalaikumusalam..
Isteri adik tuan hendaklah hadir ke Mahkamah seperti yang telah ditetapkan dalam Saman yang diterima. Kes beliau akan dibicarakan di hadapan hakim. Setelah pertuduhan dibacakan,isteri adik tuan hendaklah membuat pilihan sama ada BERSALAH atau TIDAK (minta dibicarakan). Adik lelaki tuan tidak diwajibkan hadir pada tarikh tersebut sekiranya Isterinya ingin mengaku salah.
Sekiranya, isteri beliau tidak mengaku salah, adik puan mungkin menjadi salah seorang saksi perbicaraan di Mahkamah nanti dan perlu hadir. Pengurangan Denda/hukuman boleh dipohon kepada Mahkamah selepas Pengakuan Salah disabitkan oleh Mahkamah, sebelum hukuman dijatuhkan. Isteri adik tuan bolehlah menyatakan kepada Mahkamah kenapa hukuman dan denda perlu dikurangkan dan terserahlah
kepada Hakim Bicara mempertimbangkannya.
Balas
# Syarat-syarat poligamiliena 2012-01-13 12:26
Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya apakah syarat-syarat seorang lelaki yang ingin berpoligami secara detail....permohonan secara sah di mahkamah..harap pertanyaaan saya dapat di jawab...sekian terima kasih..
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-01-13 12:30
Waalaikumsalam Wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa undang-undang untuk berpoligami terkandung di dalam Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.

Di dalam Seksyen 23 tersebut memperuntukkan sesiapa yang memfailkan permohonan poligami hendaklah menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa tersebut, butir-butir komitmen dan kewajipannya dan tanggungan kewangan yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya dan juga izin atau pandangan isteri yang sedia ada telah diperolehi.

Hakim akan membenarkan permohonan poligami jika hakim telah berpuas hati:-

a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada antara lain hal-hal keadaan yang berikut: iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, masalah dari segi hubungan intim suami isteri atau gila di pihak isteri;

b) bahawa Pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung sebagaimana yang dikehendaki oleh Hukum SYarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk bakal isteri;

c) bahawa Pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie (kemudaratan luaran dan dalaman) kepada isteri yang sedia ada.

Semasa perbicaraan kes poligami,jika isteri sedia ada bersetuju ke atas pekahwinan tersebut, isteri sedia ada berhak untuk menuntut daripada suami nafkah-nafkah tetap bulanan atau harta sepencarian ke atas harta yang diperolehi semasa perkahwinan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# pertanyaan.siti fairuza 2012-01-06 09:25
Saya ingin bertanya tentang kes bersetubuh luar nikah.anak saudara saya telah ditahan di Majlis Agama Islam Melaka kerana telah melakukan persetubahan luar nikah. Anak saudara saya perempuan dan ketika dia melakukan kesalahan tersebut,dia berumur 16tahun.pihak (MAIM) telah maklumkan bahawa pihak kami perlu menunggu sehingga surat mahkamah sampai di rumah.tetapi pihak kami sudah menunggu lebih 2 bulan. Adakah kes tersebut tidak dibicarakan di mahkamah atau pihak kami perlu menunggu sehingga surat mahkamah sampai di rumah?

Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2012-01-09 10:18
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Terima kasih atas soalan yang diutarakan. Adakah dimaklumkan bahawa kes bagi kesalahan jenayah syariah adalah dibawa oleh pihak Pendakwaan Jabatan Agama Islam Melaka.

Saman akan dikeluarkan apabila pihak pendakwaan menfailkan kes di Mahkamah. Jika masih tiada saman dikeluarkan ke atas anak saudara puan, bermakna pihak pendakwaan belum memfailkan apa-apa fail di Mahkamah lagi.

Selepas tangkapan dibuat pihak pendakwaan perlu meneliti dahulu sebelum memfailkan kes tersebut atau mendakwa kes tersebut di Mahkamah. Jika saman diterima oleh pihak Orang Kena Tuduh (OKT) baru bermula kes pendakwaan di Mahkamah. Selepas menerima saman , perlu hadir di Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan. Jika tidak hadir hakim mempunyai kuasa untuk mengeluarkan waran tangkap.

Semoga anak saudara puan dapat memberi bekerjasama untuk hadir ke Mahkamah pada tarikh yang tertera pada saman tersebut untuk mengelakkan waran tanngkap dikenakan.

Jika terdapat sebarang persoalan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima kasih.
Balas
# Minta Pandangan dan penjelasanummi 2011-12-28 15:53
Salam...

Meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah hak jagaan 3 orang anak di bawah pengawasan ibu,dan akses lawatan kepada bapa,akan tetapi si ibu telah engkar dengan perintah tersebut.sekarang anak-anak di bawah pengawasan bapa.si bapa juga telah memohon kepada mahkamah untuk ubah perintah hak jagaan pada bulan Oktober 2011 dan kes itu sedang dalam proses mahkamah.Adakah cara lain untuk memohon keizinan dari pihak mahkamah untuk proses memindahkan persekolahan anak memandangkan waktu persekolah hanya tinggal 2 minggu sahaja,jarak antara sekolah dan tempat tinggal, tempat kerja bapa agak jauh untuk berulang alik.harap pihak tuan/puan dapat memberi pandangan dan penjelasan.sekian terima kasih..
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-30 16:38
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Puan,

Sekiranya perintah hak jagaan sementara diberikan kepada salah satu pihak, maka pihak yang menjaga akan bertanggungjawab ke atas anak tersebut dari segi menjaga kebajikan,makan minum, menyediakan pakaian dan semua yang melibatkan maslahah anak tersebut.

Di dalam kes puan ini, apa yang dapat kami fahami, jarak tempat tinggal bapa yang bertanggungjawab menjaga anak tersebut dan anak berada jauh dengan bapanya. Jika bapanya ingin menukarkan sekolah anak tersebut, bapa tersebut tidak perlu memohon apa-apa di Mahkamah, cukup memaklumkan kepada pihak yang satu lagi bahawa anak tersebut akan bertukar sekolah.

Hak penjagaan ini adalah hak penjagaan sementara dan ianya akan berakhir sehingga kes induk atau hak penjagaan kekal diputuskan oleh Hakim. Dalam masa hak jagaan sementara ini pun Hakim tidak menidakkan hak pihak yang satu lagi di mana pihak yang satu lagi masih berpeluang untuk berjumpa dengan anak tersebut walaupun di dalam jagaan bapa.

Kami di pihak Mahkamah berharap agar puan dan bekas suami boleh bertolak ansur dalam proses hak jagaan sementara ini dan menunggu perbicaraan dan keputusan hak jagaan kekal (perpetual order) daripada Mahkamah kerana dalam proses hak jagaan sementara ini,jika berlaku masalah samaada daripada pihak bekas suami atau puan, masalah tersebut akan memberi kesan kepada keputusan hakim nanti.

Kami percaya puan dan bekas suami diwakili peguam dan apa sahaja masalah yang berbangkit, ia boleh dirunding antara peguam masing-masing yang bertindak bagi pihak puan dan bekas suami.

Jika terdapat sebarang petanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Terima kasih.
Balas
# Tangguh menangguhAli 2011-12-28 15:52
Assalamualaikom

Hari ini isteri saya meluangkan masa hadir untuk mendengar kes perceraian kakaknya, setelah datang dari jauh dan tunggu berjam2\', akhirnya ia ditanguuhkan tak sampai setengah jam bersidang, kes ini sudah berlarutan hingga hampir 5 tahun, saya jarang ambil tahu tentang mahkamah syariah, tapi kali ini saya terpanggil untuk bertanya apakah perkara ini memang biasa di mahkamah syariah?,

Saya juga mendapat tahu kakaknya mendapat hak penjagaan sementara untuk anak ini, tetapi kenapa pula pihak mahkamah memutuskan suaminya pula sebagai penjaga?, saya harap mahkamah syariah menjadi mahkamah yang disegani dan penuh profesional dalam mengurusan dan mengadili kes, saya sebagai org luar berasa janggal dan pelik dengan situasi begini, lebih2 lagi mahkamah syariah adalah satu institusi yang berkait rapat dengan agama islam, semoga ia terus disegani dan dihormati...
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-30 16:42
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Encik Ali,

Kami berterima kasih dan hargai atas persoalan yang diutarakan.

Untuk pengetahuan tuan, penangguhan sesuatu kes di Mahkamah adalah berdasarkan alasan-alasan yang tertentu.Hakim syarie tidak sewenang-wenangnya menangguhkan sesuatu kes tanpa alasan yang munasabah. Kebiasannya penangguhan kes disebabkan pihak-pihak perlu menyediakan
dokumen-dokumen tertentu atau apa-apa prosedur yang perlu dipatuhi sebelum kes tersebut dibicarakan dengan memanggil saksi-saksi untuk memberikan keterangan. Pada kebiasannya ada juga penangguhan disebabkan permohonan peguam untuk menangguhkan kes, ketidakhadiran peguam, Hakim berkursus dan lain-lain sebab yang biasa dialami oleh pihak-pihak dalam sesuatu kes di mahkamah ini.

Kami percaya jika benar kes ini berlarutan sehingga 5 tahun sudah tentu ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Di dalam kes tersebut, kes induk yang difailkan adalah kes hak jagaan anak (atau di sini lebih bikenali sebagai hadhanah). Kes induk adalah keputusannnya adalah bersifat kekal (perpetual). Di dalam kes tersebut, pada asalnya hak jagaan sementara diberikan kepada ibu.
Namun sekiranya perintah sementara itu tidak dapat dilaksanakan / tidak dipatuhi (contohnya anak mahu tinggal bersama bapa setelah membuat pilihan dihadapan hakim), Hakim mempunyai budi bicara untuk
mengubah hak jagaan sementara itu dan kemudiannya ditukarkan kepada ayah demi menjaga kebajikan dan kemaslahatan anak-anak tersebut sementara menunggu perbicaraan untuk hak jagaan kekal.Namun pada
masa yang sama, hakim kebiasaannya akan memberikan peluang kepada ibu untuk akses atau berjumpa dengan anak-anak tersebut sementara menunggu keputusan hak jagaan kekal.

Di sini kami tekankan di sini, perintah interim atau hak jagaan sementara hanya akan berkuatkuasa sehingga kes induk dibicarakan dan diputuskan oleh hakim. Hakim akan membuat keputusan sekiranya kedua-dua pihak telah memberikan keterangan dan mengemukakan saksi-saksi masing-masing sepanjang perbicaraan. Hakim akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan wajar (paramount consideration) ke atas kebajikan anak-anak tersebut dan untuk keadilan kedua-dua pihak.

Jika kesemua pihak bekerjasama meneruskan perbicaraan untuk hak jagaan kekal selepas ini, kami percaya kes ini akan dapat diputuskan dalam masa yang munasabah. Jika kedua-dua pihak diwakili oleh peguam, prosiding kes ini akan berjalan dengan lebih mudah. InsyaAllah.Kami faham situasi yang dialami oleh kakak isteri tuan, namun perlu juga akur dengan prosedur yang telah digariskan dan ditetapkan.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan dan kami berharap teguran yang membina ini akan membantu kami menyelesaikan setiap
kes di Mahkamah ini.Jangan khuatir kerana kebenaran dan keadilan akan berpihak kepada pihak yang benar.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# pengesahanida 2011-12-28 15:52
Di mana pengesahan pernikahan perlu diajukan? Mahkamah syariah di peringgit atau mahkamah di air keroh?

saksi saksi yang dinyatakan adakah saksi semasa pernikahan??
jika ibu bapa saya hadir semasa pernikahan berlangsung bolehkan dikira sebagai saksi??
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-30 16:38
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Cik Ida,

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk pengesahan nikah perlu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Peringgit, Melaka.

Puan perlu menyediakan dokumen-dokumen yang lengkap semasa memfailkan permohonan tersebut. Sila rujuk di ruangan borang dalam laman web ini yang mana boleh dimuat turun dan ada senarai semak dokumen yang perlu disediakan oleh puan sebelum membuat pendaftaran.

Sila bawa saksi-saksi yang hadir semasa pernikahan tersebut setelah kes puan ditetapkan tarikh.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# Cik Puan Aminah 2011-12-20 14:47
Assalamu alaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Ustaz,
bagaimana kalau seorang isteri mahu memfailkan cerai taklik/fasakh.? Suami sudah 3 tahun tidak dapat di kesan hingga ke hari ini. berbagai usaha telah di lakukan untuk mengesan suami. bolehkan saya memohon cerai di mahkamah tempat saya tinggal? kami bernikah di daerah lain. Apakah syarat-syarat dan borang-borang yang perlu saya muat turun.

Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-30 16:38
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Jika benar suami puan sudah meninggalkan puan atau menghilangkan diri selama 3 tahun serta yakin suami sudah tidak dapat dijejaki, puan boleh memohon perceraian secara taklik namun ia bergantung kepada lafaz taklik semasa akad nikah yang terkandung dalam surat nikah antara puan dan suami. Secara alternatifnya , puan juga boleh memohon perceraian secara fasakh selaras dengan Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.

Jika puan memfailkan perceraian namun pihak suami tidak hadir, hakim syarie mempunyai kuasa untuk meneruskan perbicaraan sebelah pihak dan membuat keputusan tanpa kehadiran suami setelah memenuhi prosedur yang telah ditetapkan. Puan perlu mengemukakan saksi-saksi yang mengetahui tentang kehilangan suami puan dan rumahtangga puan dan suami. Berkenaan dengan borang-borang, puan boleh memuat turun daripada laman web ini di bahagian FORMS dan sila cari borang yang berkaitan dan di dalam borang tersebut mempunyai contoh tuntutan dan juga senarai semak dokumen-dokumen yang perlu puan sediakan sebelum memfailkan permohonan.

Mahkamah Syariah Negeri Melaka mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes perceraian jika puan dan suami atau salah satu pihak bermastautin di Melaka walaupun perkahwinan di luar Melaka.

Sila hubungi pihak kami jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut.

Terima Kasih.
Balas
# Mohon Untuk Berceraiqirasa 2011-12-20 14:46
Assalamualaikum.

Ustaz/Ustazah,

Saya telah berkahwin selama 3 tahun. Pada awal perkahwinan kami amat bahagia, walaupun suami berpendapatan kecil, saya dengan rela hati membantu dalam perbelanjaan rumah. Tetapi baru-baru ini, beliau berubah. Tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, kerap memukul saya dengan alasan kesalahan yang tidak pernah saya lakukan, kerap meminta duit sedangkan kini pendapatan beliau lebih banyak dari dulu. Saya tiada hak untuk bertanya setiap apa yang dia lakukan. Kami telah cuba mendapatkan Khidmat Kaunseling tetapi tiada perubahan. Saya masih sayangkan hubungan rumahtangga ini sehingga kini saya masih bertahan. Tetapi baru-baru ini saya dapati dia mengambil dadah dan ada membuat pinjaman along. Saya rasa tergugat dengan keselamatan saya bersama dengannya kerana rakan-rakannya sering berkunjung kerumah apabila ketiadaan saya. Adakah wajar saya meminta cerai? Harap pihak Ustaz/Ustazah dapat memberikan maklumbalas dengan segera kerana saya benar-benar buntu.
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-28 15:55
Waalaikumussalam Wrt Wbt,

Puan,

Kami harap puan bersabar dan tabah dalam menjalani ujian ini. Menjadi harapan kami agar perkahwinan puan dan suami dapat diselamatkan kerana perceraian bukanlah semudah yang disangka kerana kesan daripada perceraianakan menimbulkan banyak masalah lain yang . Kami nasihatkan agar puan cuba berbincang secara baik dengan suami dan jika boleh bagi masa kepadanya untuk berubah. Jika boleh mohon pertolongan ahli keluarga yang lain di mana suami puan segan dan sedikit mendengar katanya terutamanya kedua-dua orang tuanya (jika masih ada).

Namun jika usaha puan tidak membuahkan hasil dan sudah menemui jalan buntu, puan boleh memohon perceraian di Mahkamah ini samaada secara taklik kerana tidak menjalankan tanggungjawab seperti memberi nafkah,belanja dapur dan sebagainya yang melibatkan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Selain daripada itu puan juga boleh memohon perceraian secara fasakh atas alasan suami puan pernah memukul puan (jika benar) atau menyebabkan kecederaan kepada puan yang mana boleh dibuktikan di Mahkamah. Alasan suami puan mengambil dadah dan membuat pinjaman along juga suatu alasan yang kukuh untuk menunjukkan bahawa sikap dan perlakuan suami puan sudah tidak selamat bagi puan untuk meneruskan rumahtangga puan dan suami.

Puan,

Sebagai seorang Muslim, kita perlu yakin bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Namun ikhtiar dan doa perlu seiring. Kami di pihak Mahkamah tidak boleh membuat pilihan bagi pihak puan kerana puan sahaja tahu apa yang puan telah alami. Jika rasa perkahwinan ini boleh diselamatkan, puan cuba berbincang dengan baik. Namun jika puan yakin perkahwinan ini sudah tidak dapat diteruskan, puan boleh memfailkan permohonan cerai di Mahkamah. Apa-apapun puan perlu memanjatkan doa kepada Allah memohon petunjuk agar diberi satu keputusan yang terbaik kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Amin
Balas
# Sijil FaraidJohari 2011-12-06 13:14
Assalamu alaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Apakah prosedur untuk tukar milik kenderaan selepas mendapat sijil faraid?

Si mati hanya menpunyai sebuah kereta tiada harta dan hutang lain.

Pihak JPJ ada hak menolak sijil faraid dan tidak izin menukar milik atas nama pentadbir?
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-09 17:15
Waalaikumusalam...

Perintah Faraid merupakan pengiraan bagi mendapatkan hak bahagian waris-waris yang layak terhadap harta yang ditinggalkan oleh si mati. Perintah Faraid ini, perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi/Pejabat Pusaka Kecil/Amanah Raya Berhad untuk pembahagian dan pindah milik harta tersebut. Terdapat 2 jenis harta, iaitu harta alih seperti tanah, rumah dan harta tak alih seperti kenderaan, simpanan, saham dll. Pembahagian harta melebihi nilaian RM 2 juta, diuruskan oleh Mahkamah Tinggi.Pembahagian harta tak alih di bawah RM 2 juta diuruskan oleh Pejabat Pusaka Kecil, manakala harta alih diuruskan oleh Amanah Raya Berhad.

Kereta si mati adalah harta alih, oleh itu, Encik perlu berurusan terlebih dahulu dengan Amanah Raya Berhad dengan membawa dokumen berkaitan seperti Perintah Faraid, Sijil Mati, Salinan i.c waris serta dokumen kereta si mati.ARB akan mengeluarkan suatu perintah supaya kereta tersebut diserahkan kepada ARB untuk pembahagian.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Zulkifli 2011-12-05 10:07
Assalamualaikum...

Saya dan isteri bergaduh, saya telah menghalau beliau keluar dari rumah. Adakah jatuh talak ke atasnya?? walaupun saya tidak melafaz dan tidak ada niat nak ceraikannya?
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-06 16:02
Assalamualaikum Wrt Wbt,

En Zulkifli,

Secara umumnya cerai boleh berlaku dalam dua keadaan. PERTAMA secara nyata (sorih) dan terang (dengan menggunakan perkataan atau lafaz cerai, talak, divorce atau perkataan bahasa lain yang membawa makna cerai, seperti \"aku ceraikan engkau!!!\")

KEDUA secara kinayah (perkataan yang tersirat seperti \" engkau keluar dari rumah ini!!\" atau \"engkau balik ke rumah ibu bapa engkau!!!\" atau mana-mana perkataan yang tidak menyebut perkataan talak/cerai/divorce).

Kedua-dua situasi di atas perlu untuk membuat pengesahan di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk menentukan samaada telah sabit lafaz cerai atau tidak.

Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat dalam perkara ini, disebabkan keterangan yang diberikan tertalu ringkas. Kadang-kadang ucapan menghalau isteri dari rumah menjurus kepada talaq. Begitu juga dengan niat, walaupun sekarang encik menyatakan tiada niat untuk menceraikan tetapi cuba kembali kepada keadaan semasa pergaduhan tersebut dan situasi encik menghalau isteri sama ada ketika itu terniat menceraikannya. Keadaan ini bergantung kepada lafaz halau tersebut dan niat encik ketika menghalau isteri encik. Sekiranya tiada lafaz talaq (sama ada soreh atau kinayah) dan tiada niat menceraikan semasa menghalau isteri keluar dari rumah, maka tidaklah dikira sebagai jatuh talaq.

Kami nasihatkan agar encik Zulkifli membuat pengesahan di Mahkamah Syariah untuk menentukan samaada telah berlaku talak atau tidak.Pada masa yang sama encik Zulkifli perlu menjelaskan kepada hakim samaada semasa melafazkan apa-apa perkataan sehingga menghalau isteri keluar dari rumah telah disertakan dengan niat atau tidak.

Berdasarkan keterangan encik dan saksi-saksi (jika ada), hakim akan membuat keputusan samaada sabit cerai atau sebaliknya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# wasiyyah wajibah-minta penjelasanTIE 2011-11-16 14:50
Assalamualaikum tuan,

Saya nak bertanya mengenai peruntukan wasiyyah wajibah dalam enakmen wasiat di negeri Melaka. Datuk saya telah meninggal dunia beberapa bukan yang lalu. Oleh kerana ayah saya telah meninggal dunia sebelum datuk saya, bolehkah saya dan adik-adik membuat tuntutan ke atas harta pusaka berdasarkan enakmen ini dan bagaimanakah prosedurnya?
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-11-23 17:07
Waalaikumsalam...

Tuan dan adik beradik yang lain boleh membuat permohonan faraid ke atas harta yang ditinggalkan oleh Datuk tuan dengan kadar tidak melebihi 1/3 harta tersebut. Tuan boleh hadir ke Mahkamah Syariah dan mendaftarkan permohonan faraid dan mengemukakan dokumen berkaitan seperti sijil kematian datuk dan sijil kematian bapa, dokumen harta yang ada. Borang dan senarai semak boleh diperolehi dalam laman web ini.
Balas
# minta penjelasanHamdani Abdullah 2011-11-15 09:21
Assalammualaikum..
saya ingain mendapat penjelasan dari pihak tuan berkenaan cerai di luar syarie. Saya bernikah di Mersing dan menetap di melaka. Begitu juga dengan isteri. Kami sudah tidak tinggal bersama hampir 2 tahun. Perkahwinan saya gagal kerana kami kurang persefaham dan saya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Selama berkahwin isteri yang menanggung segala perbelanjaan dan kami telah bersetuju untuk berpisah dengan cara terhormat.

Bagaimana caranya untuk saya melafazkan cerai ke atas isteri saya.
Perlukah saya hadir ke mahkamah mersing atau mahkamah melaka.?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-11-16 14:41
Waalaikumussalam,

Adalah dimaklumkan bahawa perceraian adalah perlu mendapat kebenaran daripada Mahkamah dengan memohon permohonan cerai di Mahkamah yang berbidangkuasa. Jika Encik Hamdani dan isteri menetap dan bermaustautin, Mahkamah Syariah Melaka ada bidangkuasa untuk mendengar tuntutan Encik Hamdani walaupun pernikahan berlaku di Mersing. Encik Hamdani perlu membuat permohonan cerai ke Mahkamah walaupun kedua-dua pihak setuju untuk bercerai dan permohonan tersebut boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan perceraian dan hakim akan membuat keputusan setelah mendengar keterangan daripada pihak tuan dan isteri.

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web kami pada menu muat turun borang.

Sila hubungi pihak kami jika ada sebarang kemusykilan.

Terima kasih.
Balas
# minta penjelasanHamdani Abdullah 2011-12-05 11:21
Assalammualaikum tuan,

terima kasih atas penerangan ustaz..
satu pertanyaan..di manakah pejabat atau mahkamah yang perlu saya hadir untuk memfailkan kes cerai saya? bolehkan pihak ustaz jelaskan dengan terperinci apakah borang-borang yang perlu saya muat turun di halaman ini.

Terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@WebMSNM 2011-12-06 13:12
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Encik Hamdani,

Kami mengharapkan agar perkahwinan encik Hamdani dan isteri masih boleh diselamatkan. Namun jika encik Hamdani masih tetap dengan keputusan untuk bercerai dengan isteri,encik boleh memfailkan di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di daerah encik tinggal samaada di Melaka Tengah (Mahkamah Rendah Syariah Peringgit), atau Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah atau Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin.

Sila muat turun di bahagian Laman Utama/Home, Sila ke bahagian Orang Awam/Public, klik pada Borang-borang/Forms, kemudian klik pada muka surat 3, selepas itu klik pada permohonan cerai.

Encik perlu menaip semula sepertimana dalam contoh tersebut dan sila serah borang dan dokumen-dokumen yang terdapat dalam senarai semak pada borang tersebut.

Terima Kasih.
Balas
# Hantar PertanyaanMazlini Omar 2011-11-14 09:21
Assalamualaikum kepada Panel Pertanyaan @Web MSNM. Saya ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan yang jelas tentang undang-undang syarie. Tetapi, bagaimana cara menghantar pertanyaan tersebut? Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-11-16 14:50
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Sila nyatakan di dalam ruangan pertanyaan ini dan kami akan menjawab dengan kadar yang segera. InsyaAllah.

Terima Kasih.
Balas
# hak penjagaan anakkasuma bte baba 2011-11-14 09:18
Assalamualaikum...Saya telah berkahwin 5 tahun dan di kurniakan 2 orang anak(1 perempuan 1 lelaki). Saya ingin bertanya tentang hak penjagaan anak.
1)sekiranya isteri meminta cerai adakah hak penjagaan anak dapat kepada suami?
2)suami saya suka meninggikan suara tak kira tempat sama ada di tempat awam dan di depan keluarganya.tak kira sama ada saya melakukan kesalahan atau sekadar bertanya ingin tahu. Pernah saya memberitahu saya malu di perlakukan demikian tetapi dia tidak berubah.adakah itu boleh di jadikan alasan untuk meminta cerai?kerana perkara ini sering berlaku.terima kasih...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-11-16 14:47
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan Kasuma,

Adalah dimaklumkan bahawa hak penjagaan atau hadhanah boleh dituntut oleh pihak-pihak yang ingin mendapatkan hak tersebut tidak kira samaada sesuatu perceraian disebabkan oleh pihak isteri atau suami. Hak penjagaan boleh dimohon samaada dalam proses perceraian atau selepas perceraian.

Setelah puan memfailkan tuntutan hak penjagaan anak, kes puan akan diagih ke Majlis Sulh dahulu untuk proses perbincangan secara baik di hadapan Pegawai Sulh. Jika tidak dapat mencapai kata sepakat, kes puan akan diagihkan kepada hakim untuk dibicarakan. Hakim akan membuat keputusan berdasarkan keterangan kedua-dua pihak namun kebajikan anak-anak adalah menjadi keutamaan. Hakim akan membuat pertimbangan dengan siapa kebajikan anak-anak lebih terjaga.

Berkenaan persoalan kedua pula, jika masalah suami puan boleh diatasi cubalah berbincang secara baik dan dapat mencari jalan penyelesaian kerana ia hanyalah masalah sikap. Mungkin puan boleh memberi peluang kepada suami untuk berubah dengan menghadiri sesi kaunseling di Jabatan Agama atau lain-lain cara yang difikirkan sesuai dan patut.

Tuntutan perceraian di Mahkamah boleh difailkan samaada melalui cerai taklik,khuluk, fasakh atau bercerai secara persetujuan bersama untuk disabitkan oleh hakim. Pada pendapat kami alasan puan itu tidak berapa kuat untuk menyokong tuntutan puan kerana perkara tersebut masih boleh diperbaiki. Sebagai contoh jika sikap tersebut boleh menjadikan suami puan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, tidak memberi nafkah, pernah memukul puan dengan sebab yang tidak munasabah, atau lain-lain perkara yang melibatkan tanggungjawab dalam rumahtangga, alasan-alasan tersebut mungkin boleh diambil kira oleh hakim dalam membuat keputusan.

Jika ada sebarang soalan lanjut, boleh hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# hak menemui anakrazali bin samin 2011-11-14 09:17
Assalamualikum,
Untuk makluman saya sudah bercerai dengan isteri saya dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Di peringkat permulaan selepas perceraian, saya ada dapat mengambil anak saya pada setiap hujung minggu tetapi sejak sebelum hari raya puasa yang lepas bekas isteri saya tidak membenarkan saya mengambil anak-anak...
Saya ingin bertanya apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk saya mendapatkan hak untuk berjumpa dengan anak-anak saya setiap hujung minggu. Terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-11-16 14:48
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa Encik Razali boleh memfaikan tuntutan hak akses ke atas anak-anak ke Mahkamah Tinggi Syariah. Sila klik bahagian Form atau Borang yang boleh dimuat turun dalam laman web ini. Tuntutan tersebut akan diagihkan ke Majlis Sulh untuk diperbincangkan secara baik dengan bekas isteri. Jika Encik Razali yang memohon hak akses, Encik Razali akan dinamakan sebagai Plaintif manakala bekas isteri sebagai Defendan. Jika ada persetujuan bersama dalam Majlis Sulh tersebut berkenaan dengan hak akses Encik Razali ke atas anak,dan hak jagaan diberikan kepada bekas isteri, perkara tersebut akan selesai pada peringkat Majlis Sulh, Namun jika tidak selesai, kes tersebut perlu dibicarakan di hadapan Hakim. Kebiasaannya berkenaan hak akses boleh diselesaikan secara baik di dalam Majlis Sulh jika kedua-dua pihak dapat bertolak ansur.


Situasi akan berbeza jika tuntutan hak jagaan anak telah difailkan oleh pihak bekas isteri. Bekas isteri akan dinamakan sebagai Plaintif dan Encik dinamakan sebagai Defendan. Namun kes ini masih juga perlu diagihkan ke Majlis Sulh untuk dibincangkan dan akan melalui proses yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Jika Encik tidak dapat akses pada setiap minggu berkemungkinan di dalam Majlis Sulh akan terhasil jadual perjumpaan dengan anak tersebut yang lebih baik dan berkualiti.

Maka, Encik Razali boleh terus failkan tuntutan untuk akses ke atas anak tersebut di Mahkamah ini jika masih tiada tuntutan hak jagaan anak difailkan oleh bekas isteri.

Terima Kasih.
Balas
# FaraidNorzarina Binti Bidin 2011-10-17 16:09
Assalamualaikum,

Ibu dan bapa saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Arwah telah meninggalkan rumah, motor, barang-barang keperluan rumah dan sejumlah wang. Adik beradik saya ada 7 orang tapi seorang telah meninggal semasa usianya 4 tahun. Oleh itu ada 6 sahaja 2 perempuan 4 lelaki. Anak yang sulung adalah perempuan dan yang akhir adalah saya, perempuan. Yang lain semua lelaki. Masing-masing sudah berkeluarga termasuk saya yang telah berumur 32 tahun.

Saya ingin bertanya mengenai tuntuan pembahagian faraid itu. Adalah perlu saya pergi ke Mahkamah Syariah ataupun hanya perbincangan dengan adik beradik sahaja diperlukan. Jika masing-masing bersetuju dengan keputusan sebulat suara maka segalanya selesai di situ sahaja.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-10-27 12:39
Assalamualaikum Puan Norzarina,

Adalah dimaklumkan bahawa Puan perlu memfailkan permohonan Faraid di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan jumlah atau bahagian masing-masing. Walaupun terdapat persetujuan sebulat suara antara semua waris untuk membahagikan harta-harta tersebut, namun Sijil Faraid masih diperlukan oleh pihak-pihak berkenaan sebagai dokumen sokongan untuk Puan menukar nama kenderaan (jika Pemilik berdaftar adalah ibu atau bapa) dan juga wang simpanan di dalam bank.

Borang untuk pemfailan permohonan faraid boleh dimuat turun daripada laman web ini dengan klik pada bahagian borang atau forms.

Jika ada sebarang soalan lanjut, puan boleh berhubung dengan pihak kami.

Terima kasih.
Balas
# bolehkah isteri menuntut cerai dari suami.nurul alia tan bte abdullah 2011-10-11 09:15
Saya seorang saudara baru dan telah berkahwin selama setahun 4 bulan dan mempunyai cahaya mata. Saya ingin menuntut cerai dari suami kerana saya tiada sefahaman untuk bersama dan dia telah abaikan nafkah zahir terhadap saya dan anak selama kami bersama kerana selama kami berkahwin segala perbelanjaan saya yang tanggung. Alasan dia gaji kecil.untuk pengetahuan tuan kami telah pergi ke sesi kaunseling namun bagi saya tiada jalan penyelesaian. Saya tetap ingin menuntut cerai tapi suami tidak mahu melepaskan saya. Masalah saya sekarang suami saya anggota tentera dan pihak kem melengah-lengah urusan penceraian saya. Bila saya bertanyakan hal ini mereka suruh bersabar. Sampai bila saya harus bersabar?sedangkan saya tidak boleh berurusan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka(JAIM) kerana kes saya di bawah kendalian pihak kem. Harap ustaz atau ustazah bantu saya.Sekian terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-10-20 16:55
Assalamualaikum wbt..

Dicadangkan puan berurusan dengan pegawai yang lebih atas di kem tersebut bagi mengatasi masalah puan ini. Pihak kami dan JAIM hanya mengikut peraturan yang dipersetujui bersama antara agensi.

Sekian..
Balas
# isteri nusyuzshah 2011-10-03 09:58
Assalammualaikum...

saya telah berkahwin dan dikurniakan seorang puteri..masalah kami ialah campurtangan keluarga sebelah perempuan dalam hal rumah tangga..semasa isteri mengandungkan anak pertama beliau telah balik ke terengganu tanpa kebenaran saya..selepas bersalin isteri saya tidak pulang ke pangkuan saya kerana dihalang keluarga..kemudian pada suatu hari apabila isteri saya menjalani latihan praktikal di penang saya dan dia berjumpa dengan isteri saya senyap-senyap..kadang-kadang saya fikir saya macam bodoh kerana perlu jumpa isteri secara senyap-senyap..ini kerana tidak mahu masalah dengan keluarga mentua bertambah dan bersabar..selepas isteri saya tamat praktikal isteri saya nekad untuk lari dan balik ke pangkuan saya..dan apabila isteri saya pulang kehidupan kami kembali tenang dan normal..walaupun isteri saya sedih tidak dapat bawa anak sekali akibat dihalang oleh mentua..sekarang isteri mengandung anak kedua..pada suatu hari kami bergaduh besar kerana dia di hasut oleh mentua suruh pulang..kemudian pada suatu hari saya seperti biasa hendak ke tempat kerja jadi saya pun menghantarnya...tetapi rupanya isteri saya berniat dan rancang larikan diri dan dia telah pulang ke terengganu tanpa izin saya..saya bingung apakah tindakan sesuai yang perlu diambil..dan kini isteri memfailkan pengesahan lafaz cerai..adakah saya perlu melaporkan isteri nusyuz kerana menipu dan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan saya..saya perlukan nasihat dari tuan

sekian Terima kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-10-04 17:09
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Kami harap encik Shah bersabar dengan apa yang perlu dilalui ini. Saranan kami agar Encik Shah cuba berbincang dengan keluarga mertua dan isteri dengan cara baik demi menjaga keharmonian keluarga encik Shah. Jika usaha telah dibuat, encik boleh cuba untuk mendapatkan khidmat kaunseling yang ditawarkan di Jabatan Agama Islam agar hubungan kembali pulih. Namun jika usaha tersebut juga tidak berhasil dan encik yakin isteri encik telah tidak menghormati dan meninggalkan rumah tanpa kebenaran, encik boleh memfailkan kes sabitan nusyuz ke atas isteri di Mahkamah Syariah.Hakim akan membuat keputusan berdasarkan keterangan,dokumen-dokumen dan saksi-saksi yang dikemukakan oleh encik Shah.

Terima Kasih.
Balas
# pengesahanida 2011-10-03 09:55
saya telah berpoligami lebih lima tahun .. kami bernikah di kedah dan dinikahkan sendiri oleh bapa saya.. terdapat jurunikah bersama.
pernikahan ini dikurniakan 2 orang cahayamata..
sijil nikah dikeluarkan oleh JAIK

suami berpoligami tanpa kebenaran mahkamah

persoalan sekarang bolehkah saya dan suami memohon untuk bercerai di mahkamah syariah melaka?
suami dan saya telah berbincang secara baik dan suami bersetuju untuk menceraikan saya...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-10-04 17:09
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Pernikahan Poligami tersebut perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Puan perlu membawa saksi-saksi,dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pernikahan tersebut untuk menyokong permohonan pengesahan tersebut. Setelah itu hakim akan membuat keputusan samaada pernikahan tersebut itu adalah sah mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat sah atau tidak.

Dianggapkan pernikahan itu sah, baru puan dan suami boleh memfailkan permohonan untuk perceraian samaada perceraian secara baik atau taklik atau lain-lain.

Semoga menjawab soalan yang diutarakan dan jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan lagi,sila hubungi kami.

Terima Kasih.
Balas
# kajianhamidah zainodin 2011-10-03 09:55
saya seperti nama di atas ingin bertanya kepada pihak tuan.
saya merupakan pelajar dari Uitm Melaka dan di tugaskan untuk melakukan kajian mengenai fungsi institusi islam dalam ekonomi negara.
mahkamah syariah merupakan salah 1 institusi islam di negara ini.
adakah institusi ini berperanan dalam pembangunan ekonomi negara?
jika ya, saya berminat untuk mendapat maklumat lanjut dari pihak tuan dengan menghantar soalan yang berkaitan dengan isu ini.
maklum balas dari pihak tuan amat diharapkan.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-10-18 17:30
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Untuk pengetahuan cik Hamidah, Mahkamah Syariah adalah mendengar, membicarakan dan memutuskan kes-kes yang melibatkan hal-hal kekeluargaan, harta terhadap pasangan atau kesalahan jenayah syariah. Denda-denda yang dikenakan dalam kes jenayah syariah adalah sebagai hasil kerajaan.

Kami tidak berapa jelas dalam konteks manakah yang cik maksudkan di mana berperanan dalam pembangunan ekonomi negara kerana \"core business\" kami adalah mendengar kes-kes syariah yang telah dinyatakan di atas sebagaimana yang ditetapkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Terima Kasih.
Balas
# Tuntutan FasakhEsah 2011-09-15 13:03
Saya berkahwin dengan suami orang yang telah mempunyai 5 orang anak (poligami). Kami bermastautin di Melaka sebelum perkahwinan dan selepas berkahwin. Perkahwinan ini telah berlanjutan selama 8 tahun.
Isteri pertama tahu dan akur dengan perkahwinan ini.
Perkahwinan ini telah dikurniakan 2 orang anak (1 lelaki, 1 perempuan).
Kedua anak saya mempunyai sijil kelahiran dan telah didaftarkan persekolahan.

Permasalahan timbul kerana:
1) Kami berkahwin di luar Melaka iaitu di Gopeng, Perak pada 28.08.2003
2) Sijil nikah dikeluarkan oleh JAIK (Jabatan Agama Islam Kedah)
3) Bagaimana suami hendak mendaftarkan perkahwinan kami di Melaka?
4) Apa proses yang perlu dilalui untuk kami mendapatkan sijil nikah yang dikeluarkan oleh JAIM?
5) Bagaimana kami ingin mendapatkan kad nikah?
6) Bolehkah saya memohon fasakh kerana suami tidak mampu berpoligami? Sepanjang 8 tahun perkahwinan, nafkah zahir sering diringankan kerana saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang jauh lebih besar dari suami.

Suami ada memberi sekurangnya RM300 sebulan, tetapi suami akan meminta wang belanja dari saya setiap hari sebanyak RM10. Semua perbelanjaan dapur, pembiayaan kereta, kad kredit, pembiayaan rumah adalah ditanggung oleh saya

7) Apakah prosedur yang perlu saya lakukan untuk menuntut Fasakh?
8) saya pernah berbincang secara baik dengan suami supaya menceraikan saya secara baik. Tetapi suami tidak setuju dan mengancam untuk "menggantung tak bertali"

Diharap persoalan ini dapat dijawab.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-21 16:09
Assalamualaikum wbt..
Pihak kami keliru dengan status perkahwinan puan disebabkan pernikahan berlaku di Gopeng, Perak, tetapi sijil pernikahan adalah daripada Kedah. Pihak puan dinasihatkan mendapat pengesahan daripada JAIK berkenaan perkara tersebut. Disebabkan puan bernikah di Gopeng Perak, JAIP yang sepatutnya mengeluarkan Sijil Nikah dan Kad Nikah. Pernikahan tersebut tidak boleh didaftarkan di Melaka dan JAIM tidak mengeluarkan Kad Nikah bagi pasangan yang tidak bernikah di Melaka.
Melainkan, sekiranya pernikahan puan diragui sebagai pernikahan sindiket, dan puan ingin membuat pengesahan sama ada pernikahan tersebut sah atau tidak mengikut hukum syarak, maka, puan boleh memohon ke Mahkamah Rendah Syariah Melaka bagi mengesahkannya.
Puan perlu menyelesaikan status pernikahan terlebih dahulu, sekiranya Mahkamah memutuskan bahawa pernikahan tidak sah dan batal, maka isu fasakh tidak wujud. Sekiranya, mahkamah memutuskan nikah adalah sah, maka puan boleh mengemukakan permohonan perceraian. Alasan yang puan kemukakan berkaitan nafkah zahir yang tidak mencukupi adalah alasan yang tidak kukuh dalam permohonan fasakh. Walaubagaimanapun, Puan boleh merujuk ke laman web ini dalam perkara FAQ ataupun Enakmen bagi mendapatkan maklumat perkara-perkara yang membolehkan tuntutan fasakh dibuat (lihat seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002).
Bagi tuntutan fasakh, puan perlu melengkapkan borang dan dokumen yang diperlukan sebelum membuat pendaftaran di Mahkamah Rendah Syariah. Borang dan checklist boleh diperolehi dalam laman web ini di bawah tajuk muat turun borang.
Balas
# Tuntutan NafkahIngin Tahu 2011-09-15 09:54
Assalammualaikum...

Saya telah bercerai dengan bekas suami pada bulan 2 tahun 2004. Permasalahan saya sekarang ini ialah bekas suami telah mengabaikan nafkah anak dari mula kami bercerai hingga sekarang. Nafkah anak sebanyak RM 100 x 2 orang anak hendaklah dimsukkan ke dalam akaun, tetapi telah diabaikan. Bekas suami tidak mengendahkan tuntutan nafkah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Tuntutan nafkah tersebut adalah untuk:-

-menampung membiayai pelajaran seperti bayaran untuk tuisyen dan membeli buku-buku tambahan anak-anak. Memandangkan anak-anak bakal menghadapi UPSR pada tahun hadapan.
-membeli keperluan asas anak-anak seperti membeli pakaian dan keperluan harian, wang saku sekolah pagi dan petang, bayaran pengangkutan ke sekolah serta biaya perubatan.

Soalannya ialah:-
1. Bagaimanakah caranya untuk saya menuntut tunggakan nafkah anak yang telah diabaikan dari mula kami bercerai hingga sekarang?

2. Bolehkah bayaran nafkah anak diterima melalui potongan gaji atau caruman KWSP (ini kerana bekas suami juga sering memberi alasan bahawa dia tidak bekerja, sedangkan dia bekerja)

3. Adakah pihak mahkamah mempunyai badan-badan yang menyediakan bantuan kewangan semasa tuntutan sedang dibuat?

Diharap pihak mahkamah dapat menyelesaikan masalah saya ini.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-21 14:54
Waalaikumusalam wbt..
Puan boleh menfailkan ke mahkamah tunggakan nafkah anak yang tidak dibayar. Puan juga boleh memasukkan dalam permohonan tersebut kaedah bagi pembayaran tunggakan secara potongan gaji. Walaubagaimanapun, potongan melalui KWSP belum boleh dilaksanakan.
Puan dinasihatkan hadir ke Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Mahkamah Syariah Melaka bagi mendapatkan khidmat guaman dan bantuan kewangan.
Balas
# Nafkah Anak Dan Tunggakan Nafkah AnakUmmi 2011-09-15 09:34
Saya ingin bertanya mengenai nafkah anak tiri saya. Mengikut perintah mahkamah hak jagaan dibawah bekas isterinya, manakala suami saya mendapat hak akses lawatan sahaja. Nafkah yang perlu suami saya berikan pada anak-anak setiap bulan perlu dikreditkan ke akaun bekas isterinya.
Persoalanya:-
1. Anak-anak seramai 3 orang sering diletakkan dibawah jagaan suami saya. Segala urusan persekolahan, pakaian dan makanan semua di uruskan oleh suami saya. Jadi,nafkah anak suami saya tidak mengkreditkan ke akaun bekas isterinya dan membuat pembayaran secara terus kepada pihak-pihak yg berkenaan seperti taska, kenderaan sekolah dan lain-lain. Apakah ianya menjadi satu kesalahan kepada suami saya mengingkari perintah mahkamah kerana tidak mengkreditkan ke akaun bekas isterinya?
2. Apakah definisi NAFKAH ANAK TERTUNGGAK dan bagaimana cara pengiraannya? Boleh Tuan/Puan jelaskan dengan terperinci. Sebagai contoh:-
a) Suami membayar RM 1000 nafkah anak mengikut perintah mahkamah. Akan tetapi dari Januari 2011 hingga Julai 2011, anak-anak diletakkan di bawah jagaan suami saya. Bekas isterinya hanya menjaga anak-anak tersebut 3-4 hari pada setiap bulan. Kos penghantaran anak-anak ke sekolah, tuisyen dan lain-lain bolehkah ditolak daripada nafkah anak-anak tersebut, memandangkan tempat tinggal saya dan suami agak jauh dari sekolah anak-anak?
Sekian...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-15 09:39
Assalamualaikum wbt.
Menjawab persoalan tersebut,
1. Asasnya suami puan telah melanggar perintah mahkamah apabila tidak mengkreditkan bayaran nafkah anak ke dalam akaun bekas isteri sebagaimana yang diperintahkan. Ia akan menjadi alasan untuk bekas isteri mengambil tindakan undang-undang ke atas suami puan, walaupun dalam keadaan suami puan lebih banyak menjaga anak tersebut dan membayar lain-lain kos secara terus.
2. Nafkah Anak Tertunggak ialah tunggakan yang tidak dibayar oleh bapa setelah suatu Perintah Nafkah Anak diperintahkan. Contoh, Perintah Nafkah Anak oleh Mahkamah ialah RM 1000 sebulan, tetapi sudah 3 bulan tidak dibayar, maka tunggakan yang perlu dibayar ialah RM 3000. Ia akan menjadi tunggakan sekiranya berterusan tidak dibayar. Tunggakan itu boleh dituntut oleh bekas isteri di Mahkamah kepada bekas suami.
3. Namun begitu, saya menasihatkan suami puan berbincang secara baik dengan bekas isterinya berkaitan perkara ini. Sekiranya kedua-dua pihak selesa dengan keadaan sekarang (anak dijaga oleh bapa, semua kos ditanggung olehnya dan sekali sekala bekas isteri datang mengambil anak, dan bayaran nafkah anak ke akaun bekas isteri tidak perlu dibuat), maka perlulah ada persetujuan bersama diantara keduanya dan persetujuan itu seeloknya dibuat secara bertulis bagi mengelakkan hal-hal berbangkit di kemudian hari.
4. Ataupun, sekiranya persetujuan bersama tidak dicapai, suami puan bolehlah membuat suatu permohonanan bagi Mengubah Perintah Nafkah Anak tersebut disebabkan oleh perubahan matan yang berlaku. Antara perubahan matan yang berkaitan kes ini adalah anak tidak lagi dijaga oleh ibunya.
Semoga ini boleh menjawab persoalan anda.
Balas
# Adakah saya tidak boleh membina keluarga baru?Nisya 2011-09-15 09:19
Assalamualaikum...

Saya ada satu soalan. Saya telah mendapat hak penjagaan anak-anak selepas bercerai melalui bicara kes di Mahkamah Tinggi (Mei 2011). Apa akan terjadi pada hak tersebut sekiranya saya telah berkahwin (April 2011) ketika menunggu proses bicara itu selesai? Apa pula akan terjadi pada hak tersebut sekiranya saya berkahwin selepas perbicaraan itu selesai (Julai 2011)? Kerana menurut petikan di bawah:

"Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu mempunyai salah satu syarat seperti mana berikut:-
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-15 09:23
Waalaikumusalam..

Menurut hukum syarak dan peruntukan Seksyen 84 Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka, hak penjagaan anak (hadanah) akan hilang dengan sebab Puan berkahwin lain. Sekiranya, Puan berkahwin semasa perbicaraan hadanah berlangsung pihak defendan boleh menggunakan fakta Puan telah berkahwin bagi menguatkan hujahnya dan menafikan hak hadanah Puan di Mahkamah. Sekiranya, Puan berkahwin selepas kes hadanah selesai, defendan boleh menfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mengubah Perintah Hadanah tersebut.
Walaubagaimanapun, Puan bukan hilang kelayakan secara automatik. Ia bergantung kepada permohonan bapa anak tersebut. Sekiranya, ia tidak memohon perubahan Perintah Hadanah daripada Mahkamah, maka, hak jagaan masih kepada Puan. Sekiranya, ia memohon, Mahkamah akan mengutamakan KEBAJIKAN anak tersebut terlebih dahulu sebelum memutuskan perubahan Perintah Hadanah. Sekiranya, kebajikan anak terjaga semasa di bawah jagaan Puan dan setelah Puan berkahwin lain tiada pengabaian terhadap anak tersebut, maka, tiada sebab Mahkamah mengubah perintah sebelum ini.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-15 09:24
Waalaikumussalam Wrt Wbt,

Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Seksyen 84 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 memperuntukkan perkara-perkara yang boleh melucutkan hak penjagaan ibu ke atas anak yang telah diberi hak jagaan ke atasnya.

Merujuk kepada situasi puan, jika puan berkahwin lain, pihak bekas suami (bapa) berhak untuk memohon untuk mengubah perintah hak jagaan ke atas anak tersebut diberikan kepadanya atas sebab terdapat salah satu syarat yang dinyatakan di dalam Seksyen 84 tersebut. Keadaan ini boleh dijadikan satu sebab Hakim boleh memerintahkan hak jagaan itu diubah kepada bapa.

Seksyen tersebut bukan bermaksud anak terus diberi kepada bapa sekiranya puan berkahwin. Seksyen ini boleh diterimapakai oleh bekas suami untuk dijadikan alasan sekiranya bekas suami berhasrat untuk menjaga anak tersebut. Jika tiada permohonan dibuat, anak tersebut akan berada bersama puan hingga terdapat permohonan oleh bekas suami atau penjaga lain yang berhak tidak kira bila puan berkahwin, samaada sebelum bicara atau selepas bicara selesai.

Harap menjawab persoalan puan dan jika sebarang masalah sila hubungi pihak kami untuk sebarang penjelasan

Terima Kasih
Balas
# Penama InsuranMasrahayu 2011-09-15 09:02
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit masalah berkaitan masalah pembahagian harta dan faraid.

Masalah: Arwah kakak ipar saya meninggal bulan 4 lepas dan arwah meninggalkan suami dan 2 orang anak lelaki yang berumur 1 tahun dan 3 tahun. Anak-anak arwah sekarang berada di bawah jagaan bapa dan mak mertua saya(ibu dan bapa arwah). Suaminya berkerja dengan syarikat minyak.

1) Duit Insuran
Arwah telah menamakan ibu dan bapa nya sebagai penama. Insuran ini telah diambil semasa arwah bujang, masa yang panjang sebelum dia berkahwin. Dan syarikat insuran telah memberikan duit insuran kepada mak dan ayah selaku penama. Kakak dan abg ipar mempertikai kenapa duit ini tidak dibahagi secara faraid.
Apa pandangan ustaz berkaitan perkara ini? Adakah duit insuran itu hak ibu bapa atau duit insuran itu perlu diberi kepada suami arwah dan anak-anak untuk dibahagi secara faraid.

2) Duit Simpanan Tabung Haji
Bagaimana dengan duit simpanan arwah? Penamanya adalah ibu dan bapa. Akaun ini dibuka selepas arwah berkahwin tetapi penamanya adalah mak dan ayah arwah. Dan Tabung Haji telah memberikan duit ini kepada mak ayah selaku penama. Adakah duit ini hak ibu bapa atau perlu dibahagi secara faraid?

Duit insuran dimasukkan ke dalam akaun mak dan ayah. Ibu dan bapa telah gunakan duit itu untuk menjaga anak-anak arwah dari segi makan dan pakaian. Segala sakit diuruskan oleh bapa dan ayah. Mak dan ayah yang membesarkan mereka sekarang.

Dan bolehkah duit itu digunakan untuk tujuan lain seperti membina rumah untuk adik arwah yang masih menyewa?

Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-15 09:09
Assalamualaikum wbt

Apa-apa harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada berbentuk simpanan atau insuran hendaklah dibahagikan mengikut faraid kepada warisnya sekiranya semasa hidup si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat, atau menghibahkan hartanya, atau menghadiahkan hartanya, atau mewakafkan hartanya.
Di dalam Islam penamaan ibu bapa kepada harta si mati bukan bermaksud harta itu diserahkan untuk digunakan oleh ibu bapa tersebut walaupun bertujuan baik untuk menjaga kemaslahatan anak-anak si mati. Penamaan tersebut merupakan satu AMANAH daripada si mati untuk penama melaksanakan pembahagian faraid untuk harta tersebut. Sememangnya agensi-agensi kewangan akan menyerahkan harta tersebut kepada penama untuk diuruskan secara faraid kerana bukan tanggungjawab agensi tersebut untuk membahagikan harta tersebut kepada waris yang layak.
Setahu saya, yang layak kepada harta tersebut setelah dibahagikan mengikut faraid ialah suami si mati, anak-anaknya, dan ibu bapa si mati.
Saya nasihatkan supaya harta itu dibahagikan secara faraid terlebih dahulu, supaya dapat mengelakkan daripada menggunakan bahagian waris lain termasuk menggunakan harta anak yatim. Berhati-hati kepada peringatan Allah ke atas orang yang menggunakan harta anak yatim tidak kira sama ada bapa atau ibu bapa. Sekiranya, bapa/ibu bapa ingin menggunakan bahagian harta faraid anak-anak si mati untuk kebajikan anak-anak tersebut suatu perintah penjagaan kepada harta tersebut perlu di pohon ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Adik arwah tidak tergolong dalam mereka yang layak menerima faraid. Oleh itu, sila pastikan rumah yang dibina untuk adik arwah tersebut daripada bahagian faraid siapa? Sekiranya daripada bahagian faraid ibu bapa si mati maka adalah dibenarkan. Bermaksud, ibu bapa si mati telah mengibra'kan/menghadiahkan bahagian faraidnya kepada adik arwah untuk membuat rumah (tertakluk kepada berapa bahagian faraid yang ibu bapa dapat dibandingkan dengan kos rumah tersebut). Sekiranya kos rumah lebih tinggi maka, perlu ditanggung sendiri dan tidak boleh diambil daripada bahagian anak si mati atau suami si mati (melainkan suami si mati setuju bahagiannya digunakan untuk menampung kos rumah tersebut).
Balas
# Unfair TreatmentOjo Olumide O 2011-09-15 08:53
I was dating a muslim malay woman under duress for a couple of months now. I say under duress because she is 10 years older than me and works at my school and also I am a christian. The month after we started dating, i borrowed her some money which she promised to pay in installments every month but never did. Recently I broke up with her because I was told that if the shariah council catches us having sex that it would be a big problem for her. After breaking up with her she then called me and told me she is pregnant and she needs money to buy pills to terminate the pregnancy so I told her to keep it that I would marry her but she refused and so I was forced to give her the money she requested (RM600) but told her that she still has to pay me the money I borrowed her. She then asked some guys to call me with her phone and threaten me that they would hurt me if I called her again. After that I called her two days later and she told me to come to her place and collect the money. When i got there all she wanted was sex so i recorded it on my phone hoping to get the evidence that she really threatened me. Right now i have our sex video and her confession on it.

I told her that if she does not give me my money I would go report to my school and show them the video as evidence because she works in my school also. She still has does not want to give me my money.

My question is, if I go to the shariah council with the video, what would be the punishment for both myself and her for having sex outside marriage?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-15 08:55
In Islam having sex outside marriage are forbidden. It was a crime under Syariah Criminal of Enactment. However, this prohibition only provided to muslim society. Syariah Council does not have jurisdiction to the non-muslim. Basically, her confession and sex video you have been recorded might be use as evidence in Syariah Court but its depend on arguements by prosecutor and her lawyer. If you have been threatened by her, i advice you to make police report to protect you if anything happen.I have to remind you, it was a crime under Penal Code if record sex video then use it to threat her. She might be report to police to against you.
Balas
# Bagaimana Cara Saya Hendak Mendapatkan Wali Hakim?Sweetgirl 2011-09-14 17:41
Assalammualaikum...
Masalah saya ini agak rumit. Saya telah berkawan dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai polis. Dah 2 tahun usia perkenalan kami. Saya hendak menghalalkan hubungan ini dengan ikatan perkahwinan yang sah tapi keluarga saya menghalang hubungan kami sebab keluarga saya ada pilihan mereka sendiri. Tapi saya tak suka dengan pilihan keluarga saya. Nak tengok muka pun saya dah benci. Lelaki yang saya kenal ini sentiasa menbimbing saya ke arah kebaikan. Sentiasa ingatkan saya tentang solat dan sebagainya tetapi lelaki pilihan keluarga saya ini menyuruh saya membuka tudung. Lelaki macam itu ke yang saya nak pilih? Yang tak hormat saya sebagai perempuan yang bertudung. Saya buntu sekarang ini. Keluarga lelaki polis itu nak kami kawin supaya tak terjadi perkara yang dilarang oleh agama. Lagi pun saya selesa bersama keluarga dia. Rasa serasi sebab dah terlalu rapat macam adik beradik sendiri. Pernah juga terfikir nak kahwin lari tapi saya fikir baik dan buruk kalau semua itu terjadi. Kalau boleh sekarang saya nak kawin secara sah di negara sendiri Malaysia ni. Tapi apa yang mampu saya buat. Bagaimana saya hendak membuat permohonan wali hakim? Saya tidak mahu keluarga berpecah belah disebabkan perkara ini. Sampai bila saya harus menunggu? Saya cuma nak menghalalkan hubungan ini. Saya dah buntu bila fikir semua ini. Tuan/puan tolonglah beri pendapat kepada saya. Sekian terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-14 17:43
Waalaikumusalam....
Permasalahan yang diajukan sering dikemukakan ke Mahkamah Syariah dalam membuat permohonan wali hakim. Pilihan ibubapa yang tidak sama dengan kemahuan anak dan kemudiannya menimbulkan konflik dalam hubungan keluarga. Saya bukanlah seorang kaunselor, tapi adalah baik kiranya pertemuan diantara cik, kawan lelaki cik, dan ibubapa cik diadakan bagi membincangkan perkara ini. Kawan lelaki cik, seorang yang baik tetapi adakah dia ada usaha untuk mengambil hati ibubapa cik? Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Nasihat saya ini, adalah bertujuan untuk mengelakkan cik memohon pernikahan secara wali hakim di Mahkamah Syariah disebabkan wali enggan, kerana kesannya nanti mungkin boleh memburukkan hubungan cik dengan ibubapa.

Sekiranya, ada usaha-usaha yang dilakukan oleh cik, untuk memujuk bapa mewalikan pernikahan cik tetapi dia tetap enggan. Maka, cik boleh memohon di Mahkamah Syariah untuk bernikah secara wali hakim dengan sebab wali enggan. Pendaftaran permohonan boleh dibuat di kaunter Mahkamah Rendah Syariah dan borang boleh diperolehi melalui laman web ini. Mahkamah akan menyiasat sama ada keengganan wali menikahkan, munasabah ataupun tidak.
Balas
# Nafkah AnakCahhayya 2011-09-14 17:29
Saya ingin bertanya mengenai nafkah anak tiri saya. Suami saya menanggung nafkah anak keempat-empat anaknya sehingga yang sulung perempuan berusia 20 tahun, dan lelaki 17, perempuan (anak ke-3) 14 tahun dan yang akhir 13 tahun. Kesemua anak suami saya di jaga bekas isterinya. Dan juga bekas isteri telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan dikurniakan seorang anak. Saya dan isteri juga dikurniakan seorang anak lelaki, dan saya tidak bekerja, tetapi bekas isteri dan suaminya berkerja. Bila perbelanjaan lain anak tiri saya ada juga minta duit selain nafkah. Disini saya ingin menanyakan adakah suami saya kena beri nafkah lagi pada anak sulungnya, sedangkan suami saya dengan saya pun tak kemampuan Anak perempuan yang sulung sudah habis belajar dan bekerja sekarang. Perlu ke suami saya memberi?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-14 17:32
Assalamualaikum..
Saya beranggapan suami puan tidak pernah cuai dalam memberikan nafkah kepada anak-anaknya selama ini sehinggalah anaknya yang sulung berusia 20 tahun dan telah bekerja. Syarat pemberian nafkah anak mengikut undang-undang antaranya, anak tersebut belum mencapai usia 18 tahun ataupun walaupun melebihi 18 tahun dia masih lagi belajar. Perlu dinyatakan disini, nafkah dan duit belanja adalah 2 perkara berbeza, nafkah adalah bertujuan menampung makan, minum, pakai, persekolahan, perubatan dan tempat tinggal anak dan ia adalah wajib ke atas bapa. Manakala, duit belanja adalah untuk tujuan lain daripada itu. Merujuk kepada syarat diatas, anak sulung suami puan sudah tidak perlu diberikan nafkah disebabkan melebihi umur 18 tahun dan telah berdikari, tetapi tidak menjadi halangan untuk suami puan memberi duit belanja atas dasar hubungan bapa dan anak.
Balas
# Kahwin paksa dan ingin meminta ceraiYanti Azmi 2011-09-14 16:50
Assalamualaikum...

Saya telah dipaksa kahwin oleh kedua ibu bapa saya pada 3 Jun 2011. Saya tahu yang ibu bapa ada hak ke atas anak perempuannya yang masih belum pernah berkahwin atau pun dara. Saya dah pun menyelesaikan majlis perkahwinan di pihak lelaki mahu pun perempuan. Tapi saya tetap tidak dapat menerima lelaki itu sebagai suami saya. Saya ingin meminta cerai. Tetapi suami saya tidak mahu menceraikan saya dan saya pun melarikan diri kerana tidak tahan dengan ugutan orang tua saya. Orang tua saya mengancam untuk bunuh diri sekira nya saya meminta cerai kepada suami saya.

Cerita ini bermula pada bulan 12 pada tahun 2010. Saya terpaksa bersetuju untuk bertunang dengan suami saya disebabkan saya telah membuat kesalahan yang besar di dalam hidup saya. Saya terlanjur dengan kekasih saya. Ibu bapa saya tidak akan memaafkan saya sekiranya saya tidak mahu menerima lelaki pilihan mereka. Saya pun bertunang. Saya cuba untuk menerima leleki itu, tapi saya tetap tak mampu untuk mengawal perasaan tidak suka saya pada lelaki pilihan orang tua saya ini. Saya sudah lama mengenali lelaki ini. Dia seorang duda dan juga mempunyai 4 orang anak perempuan dan ada yang sebaya dengan saya. Saya berkenalan dengannya pada 2 tahun lepas. Dia memang seorang yang berharta. Dari baru berkenalan dia selalu memberikan saya wang dan pada mulanya saya enggan menerima pemberiannya, dan saya pun bertanya kepada lelaki ini, abang ikhlas ke ni, bagi saya duit, saya taknak kalau ada apa tuntutan daripada abang nanti. Kalau abang ikhlas saya akan ambil, tapi kalau abang mengharapkan balasan, lebih baik abang simpan sahaja duit abang. Lelaki ini pun menjawab. Abang ikhlas. Abang tak harapkan apa-apa pun dari awak. Hari demi hari berlalu. Lelaki ini pun berkenalan dengan keluarga saya dengan cara yang tak disangka. Saya sakit di tempat kerja dan lelaki ini pun menawarkan untuk tumpangkan ke rumah saya. Di rumah sayalah dia berkenalan dengan orang tua saya. Pada esok harinya dia memanggil ibu bapa saya dengan gelaran yang saya panggil, iaitu mama dan papa. Saya pun terkejut, tapi saya mendiamkan diri sahaja. Hari demi hari masa berganti sehinggalah sebelum saya terpaksa bertunang, dia selalu datang ke rumah saya dan memberi barang-barang, makanan, duit kepada keluarga saya dan saya sendiri. Dalam fikiran saya mungkin dia ingin membantu keluarga saya kerana keluarga saya susah. Dan dia pernah cakap yg dia ikhlas.

Tapi saya salah, dia menaruh harapan terhadap saya, dan saya pun dah menolak keinginannya untuk mengahwini saya, tapi dia tak pernah putus asa. Dia menggunakan hartanya untuk menawan hati saya, tapi sikit pun saya tak tertawan. Dia mengunakan ibu bapa saya untuk sampai kepada tujuannya dan akhirnya dia berjaya.

Sebulan selepas bertunang,saya pun pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja disana. Di Kuala Lumpur, saya bertemu dengan seorang lelaki dan mula memcintai antara satu sama lain. Saya tak sanggup lagi dan saya ingin memutuskan pertunangan. Tapi saya bersabar lagi. Selepas 3 bulan, saya betul-betul nekad untuk putuskan tunang dan sanggup mengganti segala hantaran dan cincin pertunangan. Tapi dia tak bersetuju, dia hendak saman malu saya. Saya pun takut keluarga saya susah disebabkan saya, saya pun menarik balik kata-kata saya. Saya pun dah berbincang dengan orang tua saya, tapi orang tua saya berkeras untuk memaksa saya berkahwin dengan lelaki ini. Sampai di hari pernikahan pun saya terpaksa bersetuju dan hanya dapat menangis.

Saya dipaksa untuk melayan suami saya walaupun saya belum bersedia dan si suami pun telah berjanji tidak akan menyentuh saya jika saya masih belum bersedia. Tapi pada hari keempat saya meminta dia menceraikan saya. Saya berjanji kepadanya akan memberi dia masa dan saya akan selesaikan majlis di pihaknya agar dia tidak mendapat malu. Saya pun tidak mahu menerima harta atau wasiat daripada suami saya. Tapi dia memberitahu ibu bapa saya dengan cara keluar dari rumah ibu bapa saya. Ibu bapa saya memarahi saya dan suruh saya bersumpah diatas Al-Quran untuk tidak meminta cerai, dan ibu saya berkata kalau saya tidak melayani batin suami saya, ibu bapa saya mengancam untuk bunuh diri. Ugutan demi ugutan yang saya terima. Keadaan pun reda, ibu bapa saya memujuk suami saya untuk balik ke rumah. Pada malam itu tanpa menghiraukan perasaan saya dan janji yang pernah dia lafazkan, dia menyentuh saya tanpa kerelaan saya. Dia memaksa saya, kerana dia tahu saya tidak berdaya dan orang tua saya lebih pedulikan perasaannya dari pada perasaan saya. Walau saya tidak berhenti mengeluarkan air mata, ibu bapa saya tetap tidak peduli. Saya tiada tempat mengadu. Telefon bimbit saya telah dipecahkan oleh bapa saya. Kereta saya tak lagi menjadi hak saya. Saya tidak boleh keluar rumah tanpa ada yang temankan saya.

Pada 13 Jun, selepas selesai 12 Jun majlis di rumah suami saya, saya melarikan diri. Sehingga kini, saya sudah pun berulang kali meminta cerai. Dan sekarang saya dilaporkan kepada pihak polis dan kes ni belum diselesaikan. Saya hanya ingin kan cerai. Saya takut orang tua saya akan memaksa dan mengancam saya sekiranya saya pergi ke Balai Polis Kandang Melaka untuk selesaikan kes ini. Lelaki yang saya temui di Kuala Lumpur turut di persalahkan walaupun dia tidak tahu apa-apa. Dan lelaki yang saya cintai ini pun telah datang ke Balai Polis Kandang pada siang tadi untuk memberi kerjasama kepada pihak polis. Saya dan lelaki ini telah pun memutuskan hubungan selepas saya berkahwin.

1. Sifat suami saya yang suka mengadu kepada orang tua saya dan selalu menyebabkan saya dimarahi.
2. Suami saya selalu tidak mahu berbincang dengan saya, dia pasti akan mengadu dulu kepada orang tua saya agar saya dimarahi oleh orang tua saya.
3. Dia menaburkan duitnya kepada keluarga saya terutama saya sendiri. Saya tidak menafikan saya banyak memakan duit suami saya, tetapi sebelum bertunang saya tidak pernah meminta duit atau apa-apa barang pun kepada suami saya.
4. Saya tidak boleh hidup dengan suami saya. Perasaan benci saya terhadapnya semakin memuncak dan tiada kata berbaik lagi.
5. Saya ingin meminta cerai kepadanya.

Bagaimanakah saya dapat meminta cerai kepada suami saya?

Saya mengharapkan bantuan dan jawapan. Sekian terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-14 17:21
Waalaikumusalam..

Permasalahan yang anda kemukakan adalah lebih baik diajukan ke Unit Kaunseling Jabatan Agama Islam untuk mendapat pandangan dan bimbingan kerana Jabatan tersebut mempunyai kepakaran dalam permasalahan rumahtangga. Sudut ini, akan menjawab berkaitan tuntutan cerai yang boleh dibuat terus ke Mahkamah Rendah Syariah di mana anda tinggal/bermastautin. Borang perceraian boleh di muat turun dari laman web ini. Setelah borang diisi dan dokumen-dokumen yang diperlukan disediakan, sila hadir ke kaunter Mahkamah berkenaan untuk didaftarkan dan penetapan tarikh sebutan kes anda didengar di Mahkamah. Anda boleh menuntut perceraian secara biasa atau perceraian taliq atau secara fasakh atau khulu' dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sekira lafaz taliq (sila rujuk Surat Nikah anda) dilanggar oleh suami, maka anda boleh menuntut cerai taliq. Sekiranya anda sanggup membayar kepada suami (kadar ditentukan oleh suami/persetujuan bersama), anda boleh menuntut cerai khulu'. Anda juga boleh menuntut cerai fasakh sekiranya suami melakukan perkara-perkara yang membolehkan pernikahan difasakhkan (rujuk FAQ berkaitan perkara-perkara membolehkan fasakh). Sekiranya, tidak menepati taliq, khulu', dan fasakh, anda boleh memohon perceraian biasa dan ia bergantung ke atas persetujuan suami untuk menceraikan atau keputusan Hakim yang dilantik.
Balas
# Prosedur Perkahwinan Ke-2Rose 2011-09-14 16:16
Assalamualaikum..

Saya seorang gadis, merancang untuk berkahwin dengan pasangan saya (lelaki) yang telah berkahwin secepat yang mungkin. Saya pernah mendengar yang kami harus mendapat perintah/kebenaran mahkamah barulah perkahwinan kedua itu dapat diteruskan.

Saya amat menghargai sekiranya diberikan maklumat mengenai prosedur dan proses yang perlu saya, pihak lelaki dan isterinya lalui untuk membolehkan kami berkahwin (selain dari persetujuan & tandatangan isteri pertama)

Saya bekerja di Kuala Lumpur dan ibu bapa menetap di Alor Gajah.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-14 16:27
Waalaikumusalam...
Saya beranggapan cik bermastautin di Melaka walaupun bekerja di Kuala lumpur. Oleh itu, cik perlu membuat permohonan pernikahan di Pejabat Agama Islam Alor Gajah. Walaubagaimanapun disebabkan bakal suami cik telah mempunyai isteri, permohonan cik perlu disertakan dengan Perintah Kebenaran Berpoligami. Perintah ini perlu dipohon oleh bakal suami cik di Mahkamah Tinggi Syariah dimana dia bermastautin (cik tidak menyatakan tempat tinggal bakal suami). Borang permohonan berpoligami boleh didapati dari laman web ini. Setelah mengisi borang dengan lengkap beserta dokumen yang diperlukan bakal suami cik perlu membuat pendaftaran kes di kaunter Mahkamah, dan dalam tempoh 21 hari Mahkamah akan memanggil semua pihak termasuk bakal suami cik, isterinya, cik dan wali, dan lain-lain saksi jika perlu untuk diambil keterangan. Perbicaraan dijalankan secara tertutup. Keputusan Mahkamah bergantung kepada keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah sama ada meluluskan pernikahan secara poligami ataupun tidak.
Balas
# Azlan 2011-09-14 15:42
Assalamualaikum WB

Saya seorang rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di Singapura sejak kecil lagi kerana bapa saya seorang warga Singapura. Saya mula menjadi penduduk tetap di Singapura lebih 6 tahun yang lalu. Apabila saya ingin berumah tangga dengan pasangan saya, saya telah mendaftar di pejabat Registry of Muslim Marriages (ROMM) Singapura. Saya telah menggunakan keterangan diri sebagai penduduk tetap di Singapura. Saya tidak memohon di Mahkamah Syariah di Melaka memandangkan saya tidak bermastautin di sana. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, saya sering kembali ke Melaka memandangkan keluarga ingin kembali tinggal di sini.

Saya ingin tahu bagaimana pernikahan saya di Singapura dapat diiktirafkan di Malaysia memandangkan status diri yang didaftarkan dengan kad pengenalan saya di Malaysia masih menunjukkan bahawa saya seorang bujang.
Pengiktirafan ini sangat penting untuk mengelakkan sebarang situasi salah faham dan memudahkan kami memohon untuk membeli rumah dan keperluan lain.

Saya harap pihak Mahkamah Syariah dapat membantu saya dalam situasi ini.
Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-14 15:49
Waalaikumusalam..wbt..
Jawapan ini, tidak akan menjawab isu kad pengenalan, warganegara dan status penduduk tetap kerana ia dalam bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.
Encik seorang pemastautin Singapura dan telah berkahwin mengikut hukum syarak berdasarkan undang-undang negara tersebut. Oleh itu, dokumen pernikahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura dianggap sebagai dokumen awam dan diberikan pengiktirafan kehakiman oleh mana-mana negara sekalipun. Oleh itu, tiada isu pengiktirafan dalam permasaalahan ini. Namun demikian, sekiranya encik kembali bermastautin di Melaka (perlu dibuktikan tempoh pemastautinan), dan ingin mendaftarkan pernikahan tersebut di Melaka, encik perlu membuat permohonan di hadapan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Melaka.
Balas
# Mohon cerai kerana suami tidak beri nafkah batinIta 2011-09-12 06:07
Assalammualaikum...

Saya memohon nasihat dari pihak tuan tentang masaalah hubungan kami. Saya dan suami telah berkahwin pada Oktober 2000. Selama hampir 11 tahun kami hidup bersama, suami saya memberi nafkah batin pada saya hanya pada 5 bulan terawal perkahwinan kami.

Untuk pengetahuan tuan, selepas berkahwin sebulan, saya disahkan mengandung dan hanya sehingga kandungan saya berusia 5 bulan, itulah yg terakhir kami bersama. Sehinggalah kini anak kami sudah berusia 10 tahun, dia tidak pernah menyentuh dan memberi nafkah batin pada saya sehinggalah sekarang. Saya bertahan dan bersabar selama ini kerana saya harap suami akan berubah tapi dia tidak pernah ke arah tersebut. Walaupun kami tidur sekatil dalam tempoh hampir 10 tahun itu, namun tiada sebarang reaksi darinya. Sekarang hampir 9 bulan kami tidur berasingan bilik.

Sekarang perasaan sayang saya pada suami tidak dapat lagi bertahan dan hilang terus. Tiada langung rasa sayang dan cinta pada suami malah hati ini sudah tawar dan putus asa untuk terus hidup bersama beliau.

Saya ingin memohon cerai atas alasan ini dan selepas persetujuan dalam perbincangan kami bersama. Mohon khidmat nasihat dari pihak tuan dengan segera.

Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-09-21 14:03
Waalaikumsalam wbt.
Saya percaya keputusan Puan untuk bercerai telah ditimbangkankan sebaik-baiknya dan telah mendapat persetujuan suami. Puan/Suami boleh hadir ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi urusan pendaftaran perceraian. Puan boleh muat turun borang serta melengkapkan dokumen yang diperlukan sepertimana dipaparkan dalam laman web ini dibawah tajuk form/borang. Pihak kami telah menyediakan checklist yang perlu Puan lengkapkan. Berdasarkan maklumat Puan berikan, suami Puan bersetuju untuk bercerai. Oleh itu adalah baik permohonan cerai biasa difailkan dengan hanya menyatakan alasan permohonan perceraian adalah tidak sefahaman dan hilang kasih sayang. Mahkamah akan menetapkan pendengaran kes, dan suami Puan bolehlah melafazkan talaq dihadapan hakim pada tarikh tersebut. Adalah dinasihatkan alasan yang Puan nyatakan diatas seeloknya tidak dibangkitkan kerana ia mendedahkan keaiban dalam mahkamah terbuka.
Walaubagaimanapun sekiranya Puan ingin menuntut perceraian secara fasakh, alasan yang Puan nyatakan adalah sesuai dikemukakan. Dan kesan perceraian secara fasakh adalah berbeza dengan perceraian biasa. Mahkamah boleh menfasakhkan perkahwinan sekiranya alasan dikemukakan dapat dibuktikan dan suami tiada hak talaq dalam kes ini.
Balas
# Penerangan Mengenai Status DiriAlya Hana 2011-06-14 17:52
Assalamualaikum...

Saya telah mendirikan rumahtangga selama 6 tahun. Sepanjang tempoh tersebut suami telah beberapa kali meninggalkan saya untuk tempoh beberapa bulan di mana yang terakhir pada Jun 2007 sehingga November 2007. Sepanjang perkahwinan saya bersama suami, saya telah menetap di kampung menjaga ibu saya [dengan izin suami] bermula dari tarikh perkahwinan kami pada mei 2005 sehingga Disember 2009. Namun dalam tempoh tersebut, saya akan pulang untuk bersama suami pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Di awal perkahwinan kami, suami berjanji untuk pulang ke kampung bersama-sama saya pada hari cuti beliau. Namun setelah setahun usia perkahwinan, saya yang lebih kerap berulang menemui suami sama ada menggunakan kenderaan awam atau memandu sendiri.

Sekarang ini selepas ibu saya meninggal dunia, saya telah berpindah untuk bersama suami. Kami amat bahagia melayari rumahtangga sehingga saya disahkan mengandung pada September 2010. Sebelum itu saya pernah keguguran pada tahun 2006 dan tumpah darah pada 2007. Namun sekali lagi saya keguguran pada Oktober 2010. Selepas itu, saya mendapatkan rawatan kesuburan untuk memberikan zuriat kepada suami. Tetapi rawatan itu saya hentikan apabila tidak mendapat kerjasama daripada pihak suami.

Bermula awal 2011, oleh kerana tekanan kerja dan persekitaran yang tidak memberangsangkan saya kerap berulang alik ke kampung. Tujuan saya adalah untuk meredakan tekanan yang saya alami di tempat kerja. Namun suami telah mengesyaki saya menyembunyikan sesuatu. Suami minta saya berterus terang sekiranya saya menjalinkan perhubungan secara sulit dengan mana-mana lelaki. Ini ditambahkan lagi dengan kekerapan saya menggunakan internet di rumah. Suami mengesyaki saya telah berhubung dengan lelaki lain melalui laman sosial facebook. Saya hanya berhubung dengan rakan-rakan semasa di sekolah yang sudah lama tidak berjumpa. Pada 23 April lepas suami mula tidak bercakap dengan saya dengan alasan tidak mempercayai saya lagi kerana mengesyaki saya ada hubungan dengan lelaki lain. Pada pukul 8.45 malam tersebut, suami menyatakan kepada saya secara lisan \'sekiranya saya sudah ada lelaki lain dalam hidup saya suami akan lepaskan saya\'. Sehingga ke tarikh surat ini di tulis suami tidak lagi memberikan nafkah batin kepada saya dan mula memberikan nafkah zahir yang tidak diberikan kepada saya semenjak Disember 2010. Walaupun masih tinggal sebumbung, suami tidak lagi makan atau minum masakan dan minuman yang saya sediakan.

Soalan saya:-
1- Apakah status saya sekarang?
2- Semasa 6 bulan ditinggalkan pada 2006, suami telah menyatakan kepada arwah ibu saya sebanyak 2 kali yang dia akan melepaskan saya. Apabila kes di rujuk ke Pejabat Agama Daerah Jasin, suami memaklumkan tidak memaksudkan apa yang dikatakannya.
3- Sekiranya saya ingin meneruskan dengan tuntutan fasakh, apakah prosedur yang perlu saya lakukan kerana pada masa ini saya bertugas di Johor. Perkahwinan didaftarkan di Jasin, Melaka.
4- Suami pernah menyatakan kepada saya sekiranya terjadi sesuatu kepada perhubungan kami berdua suami akan menuntut harta sepencarian iaitu rumah yang saya beli menggunakan Rm500 dari beliau sebagai deposit manakala ansuran bulanan saya lakukan melalui potongan gaji. Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian ini.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-06-17 17:43
Waalaikumussalam.....
Saya percaya puan dan suami telah mendapat bimbingan kaunseling daripada Pejabat Agama. Setiap masalah rumahtangga boleh diatasi sekiranya kedua-dua pihak bersedia berkomunikasi dengan terbuka. Kedua-dua pihak perlu berusaha menyelamatkan rumahtangga, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha tetapi satu pihak lagi tidak.
Menjawab persoalan diberikan:
1. Puan masih lagi berstatus suami isteri. Lafaz yang puan nyatakan
diatas merupakan pemberitahuan suami kepada puan yang beliau bersedia menceraikan puan sekiranya puan ada lelaki lain. Walaubagaimanapun bagi mendapatkan kepastian sama ada lafaz suami puan dihadapan puan atau ibu puan, adakah ianya lafaz talaq atau tidak, puan bolehlah memohon kepada Mahkamah Syariah bagi membuat pengesahan.
2. Kes boleh didaftarkan dimana puan atau suami bermastautin. Saya cadangkan puan membuat tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Johor.
4.Setelah perceraian, Harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan sama ada harta isteri atau suami boleh dituntut sebagai harta sepencarian. Mahkamah akan tentukan kadar bahagian masing-masing berdasarkan sumbangan masing-masing dalam memperolehi harta tersebut.
Balas
# Syarat Walifazidah Bt Md Jalil 2011-06-09 17:18
Assalammualaikum...

Saya akan mendirikan rumahtangga, dan saya berasal dari muar johor dan bekerja di melaka. pertanyaan saya adalah, berkenaan wali kepada saya yang akan bernikah. saya mempunyai 2 org abang kandung yang merupakan salah seorang dari mereka akan menjadi wali kepada saya. kemusykilan saya abang kandung saya yang pertama dia tidak menunaikan solat, tidak mengerjakan puasa di bulan ramadhan. dia juga suka berjudi dengan bermain snooker. manakala abang kedua saya adalah seorang yang menunaikan perintah agama.. seperti bersolat, berpuasa dan bertanggungjawab kepada keluarga. disini ingin saya bertanya kepada pihak tuan siapakah diantara mereka yang layak untuk mewalikan saya didalam pernikahan saya ini.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-06-17 17:46
Waalaikummusalam...
Wali merupakan rukun dalam perkahwinan. Syarat kepada wali mestilah seorang yang fakih dan wara\'. Dalam isu ini, abang cik yang kedua yang menunaikan perintah agama adalah lebih layak sebagai wali kepada pernikahan cik. Walaubagaimanapun, dalam menjaga adab dan hubungan kekeluargaan abang yang lebih tua diutamakan menjadi wali. Oleh itu, sedapatnya cik dan keluarga
menasihati abang sulong cik bertaubat, menunaikan perintah Allah dan menjauhi larangannNya agar tanggungjawabnya sebagai abang sulong mewalikan adiknya dapat dilaksanakan. Sekiranya beliau tetap
enggan berubah abang yang kedua yang sentiasa menunaikan perintah Allah lebih layak mewalikan cik..
Balas
# FaraidRosdan B Mohammed 2011-06-09 17:17
Assalamualaikum Tuan,
Bapa saya meninggalkan sekeping tanah 3 ekar pada 1992. Kami adik beradik bersetuju letak nama emak tanah tersebut. Pada 2006 ibu saya menamakan tanah tersebut keatas nama saya dengan menyebut dia tidak mahu apa apa dari tanah ini dan tidak menyebut tanah ini dibahagi bahagikan diantara adik beradek.

1. Saya rasa sangsi, dulu kami semua setuju tanah tersebut letak nama mak sekarang nama saya
2. Dengan kesangsian ini, saya bercadang untuk menjual tanah ini dengan anggaran nilai RM150,000.00 dan dibahagikan hasil jualan kepada adik beradek termasuk saya mengikut kiraan dibawah:

Jumlah adik beradik 2 lelaki 4 perempuan

Bahagian Ibu (1/8) :RM18,750
Baki :RM131,250
Bahagian Anak lelaki : 2/3
Waris lelaki pertama : RM32,815.50
Waris lelaki kedua : RM32,815.5

Bahagian Anak Perempuan : 1/3 Bahagian
Waris perempuan 1 : RM16,406.25
Waris Perempuan 2 : RM16,406.25
Waris Perempuan 3 : RM16,406.25
Waris Perempuan 4 : RM16,406.25

Betulkah perkiraan saya?


3. Kami ada abang tiri lain bapa, adakah dia layak keatas jualan harta yang asalnya milik bapa kami?

Khidmat nasihat tuan diucapkan berbanyak terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-06-13 13:12
Waalaikumusalam..
Tanah peninggalan bapa encik tersebut merupakan harta pusaka yang perlu difaraidkan di antara waris si mati. Dalam kes ini, waris-waris bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada ibu (sila pastikan peletakan nama ibu tersebut adakah sebagai pemegang amanah ataupun hak milik). Sekiranya sebagai hak milik, ibu boleh selepas itu memindahkan harta tersebut dan menukar hak milik kepada encik. Harta tersebut telah menjadi harta encik, terpulang kepada encik untuk menjual dan membahagikan sesama adik beradik termasuk abang tiri encik. Pengiraan faraid adalah tidak terpakai dalam hal ini. Sekiranya ingin menggunakan pengiraan faraid sebagai rujukan bolehlah ke MENU PENGIRAAN FARAID dalam laman web ini.
PERLU DIINGAT : tanah yang dinyatakan itu bukan lagi harta pusaka peninggalan bapa kerana waris yang layak telah ibra\' bahagian masing-masing kepada ibu, kemudian ibu pula ibra\' kepada encik. Ia adalah tanah encik. Walaubagaimanapun bagi menjaga silaturahim di kalangan adik beradik usaha encik untuk membahagikan hasil penjualan tanah tersebut merupakan usaha yang murni.
Balas
# Tuntutan Penjagaan AnakMd Noor 2011-06-08 10:21
Assalamualaikum...
Saya ingin bertanya berkaitan kelewatan perbicaraan Mahkamah Syariah. Saya telah bercerai selama 9 tahun dengan bekas isteri. Saya telah memfailkan perbicaraan untuk mengubah jagaan anak di Mahkamah Tinggi ini yang mana hak jagaan anak-anak sebelum ini diberikan kepada bekas isteri. Tuntutan Mengubah Hak Jagaan ini dibuat kerana suami kepada bekas isteri saya sekarang ada kes Jenayah di Mahkamah Sivil dan telah sabit dan dijatuhkan hukuman. Namun kes Mengubah Hak Jagaan Anak tersebut masih belum mendapat keputusan perbicaraan. Mohon penjelasan dan maklumbalas sewajarnya daripada pihak tuan.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-06-13 13:08
Waalaikumusalam..
Berdasarkan kenyataan encik bahawa kes Tuntutan Mengubah Perintah yang encik failkan masih dalam perbicaraan. Penyelesaian sesuatu kes bergantung kepada kerjasama pihak-pihak, hadir dan memberi keterangan kepada Mahkamah. Mahkamah akan mempertimbangkan semua keterangan sebelum membuat sesuatu keputusan. Diharapkan encik bersabar dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. Kes encik sentiasa dalam pemantauan pihak kami. Terima kasih.
Balas
# isteri melengahkan tuntutan cerainoriswany bin ramli 2011-05-30 09:29
Assalamuaikam wbt...saya ingin bertanya pada pihak mahkamah berkenaan tuntutan cerai..isteri memohon cerai dari saya disebabkan tiada lagi jalan penyelesaian antara dua pihak..saya telah berusaha selama hampir 5 bulan,telah melantik imam qariah dan sesi kaunseling..tetapi semua gagal dapat penyelesaian..saya telah pun memberi tempoh selama 2 bulan kepada isteri supaya mengisi borang tuntutan cerai dan menyerahkan pada pihak mahkamah tetapi dia bersikap sambil lewa..saya sedar dosa-dosa apa yg dilakukan oleh isteri,suami yang menanggung...diharap pihak mahkamah boleh memberi pandangan atau pendapat sebagai rujukan kepada saya..
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-06-01 12:05
Waalaikumusalam w.b.t....
Semoga perkahwinan tuan dapat diselamatkan. Perceraian merupakan penyelesaian terakhir sekiranya sesebuah perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan walaupun pelbagai cara dilakukan bagi menyelamatkannya. Permohonan perceraian boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah sama ada oleh pihak isteri ataupun suami. Mahkamah akan mendengar keterangan kedua-dua pihak sebelum keizinan diberikan kepada suami melafazkan talaq kepada isteri di hadapan hakim bicara. Dinasihatkan kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai bagi memudahkan proses perbicaraan di Mahkamah.
Balas
# hak isteri nusyuzluqman 2011-05-23 11:48
Assalamualaikum...
Saya ingin bertanya...Jika seorang isteri itu nusyuz dan akhirnya berlaku perceraian antara keduanya...adakah isteri nusyuz tersebut mendapat hak penjagaan anak anak?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-05-24 13:12
Waalaikumusalam..
Perbuatan Nusyuz perlu disabitkan oleh Mahkamah. Semasa dalam perkahwinan nafkah diri isteri akan gugur sepanjang tempoh nusyuz dan hendaklah diberikan nafkah setelah isteri kembali taat. Kesan sabitan nusyuz selepas perceraiaan adalah isteri tersebut tidak layak menerima nafkah diri, manakala hak-hak lain tiada kesan keatasnya termasuklah hak penjagaan anak. Walaubagaimanapun, perbuatan-perbuatan buruk isteri, walaupun mahkamah tidak mensabitkan nusyuz boleh dihujahkan di mahkamah sepertimana diperuntukkan dalam seksyen 84 Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka.
Balas
# Pemfailan semula Hadanah anaknorhaizam 2011-05-20 08:50
Salam....
Sekiranya saya sebagai defandan ingin memohon ubah perintah hak jagaan kekal semula,yang sebelum ini mahkamah telah memutuskan saya mendapat hak lawatan sahaja,selain membuat pemfailan berkenaan ubah perintah,apakah maklumat atau bukti yang perlu saya ada untuk menguatkan lagi dakwaan saya terhadap plantif?Boleh tuan berikan garis panduan sebagai persediaan awal....
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-05-23 11:46
Waalaikumusalam..
Seksyen 76 memperuntukan bahawa Mahkamah boleh mengubah perintah Hadhanah sekiranya mahkamah berpuashati bahawa telah berlaku perubahan matan. Antara perubahan tersebut ialah : penjaga keluar Islam, bekas isteri telah berkahwin lain, penjaga berkelakuan buruk
keterlaluan dan terbuka, menukar pemastautinan bertujuan supaya pihak satu lagi sukar melakukan pengawasan terhadap kanak-kanak itu, penjaga cuai dan menganiaya kanak-kanak itu. Setiap dakwaan ini
perlu dibuktikan namun walau apapun alasan yang dikemukakan, Mahkamah tetap akan mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut dalam mengeluarkan perintah.
Balas
# penyelesaian kawin luar malaysiamaria 2011-05-16 08:25
Saya telah berkahwin luar Malaysia dan telah membuat pengesahan & pendaftaran nikah di Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah beralamat Tingkat 1, Arked Mara Jln Pasar, Alor Gajah 78000 Melaka. Surat bertarikh: 13/7/2001. Malangnya surat berkenaan tidak diakui sah. Apa perlu saya lakukan? Adakah saya perlu ke Pejabat Agama Melaka? Di alamat mana perlu saya pergi? Terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-05-20 08:49
Assalamualaikum...

Berdasarkan maklumat yang puan berikan menunjukkan bahawa puan telah berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah dan bukannya dengan Mahkamah Syariah Alor Gajah. Pengesahan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama tersebut bolehlah dikemukakan untuk diakui sah oleh pejabat berkenaan.
Balas
# Arahan daripada hakim makamahwan zafri b. wan yaacob 2011-05-03 12:05
Assalamualaikum, kawan saya ada bertanya kepada saya sahabatnya kini dalam proses perceraian dan masih belum lagi diputuskan oleh pihak hakim makamah mengenainya. Dan hakim menetapkan tarikh tertentu dan meminta kedua-dua pihak membawakan dua hakam ( sebelah suami dan isteri ) untuk hadir pada tarikh tertentu tersebut bagi mendengar dan memperjelaskan kedudukan situasi terkini mengenai hal rumahtangga sahabat tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah apakah dan siapakah dua hakam yang disebutkan oleh hakim makamah syariah tersebut. Adakah sahabat kawan saya tadi tersalah dengar ke atau memang ada bahasa makamah berkenaan HAKAM itu atau yang dimaksudkan itu ialah dua orang saksi daripada warisnya yang dipercayai.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-05-03 12:08
Waalaikumusalam...

Suatu permohonan perceraian biasa (iaitu bukan perceraian secara ta\'liq, fasakh, khulu\'), yang mana sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju dengan permohonan perceraian tersebut, hakim, setelah berpuashati bahawa pernikahan tersebut shiqaq (pecah belah) akan memerintahkan pihak-pihak (suami dan isteri) melantik HAKAM yang terdiri daripada waris terdekat masing-masing. Hakam akan mewakili pihak-pihak dalam perbincangan \'majlis hakam\' yang dipengerusikan biasanya, oleh Pegawai Agama Islam Daerah. Tugas hakam yang utama adalah untuk mendamaikan kedua-dua pihak, walaubagaimanapun sekiranya perdamaian tidak dapat dicapai, HAKAM BOLEH MENCERAIKAN PERNIKAHAN kedua-dua pihak setelah proses yang ditetapkan dalam kaedah hakam dipatuhi.
Balas
# pertanyaanpeezah 2011-04-18 08:17
Salam. kakak saya sudah berkahwin dengan duda 6 tahun, isteri lama telah diceraikan sebelum kakak saya kahwin lagi.Hubungan mereka pun baik sahaja, dikurniakan 2 cahaya mata. Masalah pertama abang ipar hanya memberi rm300 sebulan untuk belanja bulanan. Duit kereta ditanggung oleh kakak kedua duanya. Masalah seterusnya abang ipar sudah 4 bulan pulang lewat malam..jam 3 pagi kadang-kadang dan ada masanya tidak pulang ke rumah. Dia juga sudah tidak memperdulikan anak dan isteri lagi. Baru-baru ini kami nampak dia bergembira bersama perempuan lain di luar. Soalan saya, apakah tindakan yang perlu kakak saya ambil, minta penjelasan. Terima Kasih
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-18 11:26
Waalaikumsalam...
Perlu dijelaskan dengan nyata di sini bahawa Mahkamah Syariah merupakan badan kehakiman yang berfungsi sebagai entiti terakhir dirujuk setelah usaha-usaha penyelesaian secara baik tidak dapat dicapai. Mahkamah Syariah adalah entiti berbeza daripada Jabatan Agama Islam. Bermaksud, sekiranya berlaku pergolakan rumah tangga sama ada disebabkan masalah nafkah, komunikasi, dan sebagainya (seperti di ceritakan oleh puan) pihak yang boleh dirujuk adalah unit kaunseling Jabatan Agama Islam ataupun kaunselor yang diiktiraf. Sekiranya, kaunseling tidak berjaya dan perceraian tidak dapat dielakkan maka, mahkamah syariah lah tempat memutuskan perceraian tersebut. Mahkamah Syariah tidak mempunyai kepakaran kaunseling seperti di Jabatan Agama Islam. Oleh itu, nasihat saya sekiranya kakak puan masih sayang dengan ikatan perkahwinan mereka, walaupun berhadapan dengan masalah yang dinyatakan, dapatkan bantuan daripada kaunselor. Sekiranya, kakak puan bertekad untuk bercerai, mahkamah syariah adalah tempat yang dirujuk.
Balas
# borang ms3AHMAD AL AMIRI RADIMAN 2011-04-13 17:37
Salam,

Berkenaan dengan Borang MS3 pula, ruangan untuk (notis permohonan ini difailkan oleh) di bawah muka surat 1 borang tersebut diisi oleh siapa? adakah oleh pemohon@pihak lain? Bolehkah saya menghantar secara online borang(Borang MS 3 & Borang MS 26 & Borang A)secara online kepada pihak Tuan untuk tujuan semakan terlebih dahulu sebelum membawa borang tersebut ke mahkamah?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-13 17:38
Waalaikumsalam..

Notis permohonan perlu diisi dan ditandatangani oleh pemohon kepada kes atau Peguam Syarie yang dilantik. Penghantaran borang / pendaftaran kes melalui online sedang dalam pembangunan sistem. Tuan
boleh mendapat bantuan di kaunter Mahkamah ini sekiranya mempunyai masalah dalam pengisian borang ataupun, emailkan kepada jasni@esyariah.gov.my
Balas
# Perihal anaknorhaizam 2011-04-08 08:35
Salam tuan/puan

dari 22.02.11 hingga kini anak di bawah jagaan dan pengawasan saya selaku bapa kepada 3 cahayamata(12,10&6thn semuanya perempuan). Saya akur dengan keputusan mahkamah memberikan hak jagaan kekal kepada bekas isteri saya dan hak lawatan kepada saya. Saya lebih berpuashati sekiranya anak-anak bersama saya tetapi tuan saya amat bersimpati akan nasib anak-anak saya yang keletihan dan terpaksa berulang alik ke sekolah setiap hari memandang tempat tinggal saya agak jauh dari sekolah mereka.saya tidak dapat berbincang dengan bekas isteri saya dan beliau tidak mahu bertolak ansur.Saya tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan perintah mahkamah menyerahkan hak jagaan kepada bekas isteri saya untuk menukarkan sekolah anak berdekatan dengan tempat tinggal saya. Untuk pengetahuan,deraf dari mahkamah berkenaan hadanah anak yang dibicarakan pada 19jan2011 belum lagi saya dapat salinannya. Demi anak-anak saya, harap tuan atau puan dapatlah kiranya memberi pandangan atau nasihat kepada saya.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-08 21:58
Waalaikumsalam...

Untuk makluman pihak tuan, persoalan yang tuan kemukakan telah kami jawab dalam pertanyaan no 8, 9 dan 11.

Terima kasih.
Balas
# pindah tempat bicaramaziah mohamad 2011-04-04 16:05
Sekiranya seseorang itu kesnya telah didaftarkan di negeri lain yang jauh dari Melaka (masih dalam Malaysia), bolehkah kes dipindahkan ke MRS Melaka untuk dibicarakan?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-05 11:48
Assalamualaikum..
Kes yang dibicarakan di negeri lain tidak boleh dipindahkan ke mana-mana negeri termasuk Melaka. Begitu juga kes yang sama tidak boleh didaftarkan di dua negeri yang berbeza. Ini bagi menggelakkan keputusan berbeza dari 2 Mahkamah yang berbeza. Walaubagaimanapun, sekiranya puan ingin membicarakan kes di Melaka, puan perlu menutup kes puan di negeri yang puan mula daftar. Dengan syarat puan atau defendan adalah permastautin dalam negeri Melaka.
Balas
# nur 2011-04-04 08:06
salam ustaz, saya nak tanya tentang unit bahagian sokongan Keluarga. Saya masih kurang jelas tentang fungsi unit ini. Saya berharap di dalam laman web ini dinyatakan dengan lebih jelas siapkah jawatankuasa bsk mahkamah syariah melaka, tatacara permohonan dan perlaksanaannya,visi dan misinya yang lebih terperinci agar memudahkan kami melayari laman web ini.sekian maaf di atas segala kesulitan
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-04 16:03
Waalaikumsalam...
Fungsi BSK adalah untuk membantu golongan ibu tunggal yang telah mendapat perintah nafkah anak daripada mahkamah, walaubagaimanapun perintah ini tidak dipatuhi oleh bekas suami. Bantuan yang diberikan berbentuk 1. khidmat nasihat dan penyelesaian di luar mahkamah, 2. perkhidmatan tindakan undang-undang dan 3. bantuan kewangan selama 6 bulan. Sejak ditubuhkan fungsi 1 berjaya membantu golongan ini dengan menyedarkan bekas suami supaya kembali membayar nafkah anak. fungsi ke 2, merupakan tindakan tegas daripada pihak BSK dengan membantu menfailkan tindakan undang-undang kepada bekas suami yang tidak mematuhi Perintah Mahkamah tersebut. Tindakan ini dibuat melalui bantuan peguam Jabatan Bantuan Guaman. Fungsi ke 3, merupakan bantuan kewangan berdasarkan perintah yang diluluskan oleh Mahkamah selama 6 bulan kepada ibu tunggal tersebut. Bantuan ini akan dikutip semula daripada bekas suami melalui tindakan Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah. Maklumat yang dikemukakan melalui laman web ini adalah maklumat asas dan untuk keterangan lanjut berkaitan tatacara memohon, adalah dengan berhubung terus dengan pihak BSK atau Mahkamah Syariah dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Pegawai kami akan menjawab dan melayani kemusykilan yang pihak puan hadapi. Terima Kasih
Balas
# Duit Tabung HajiHamidah Wahab 2011-04-01 12:09
Assalamualaikum Ustaz.

Saya Kak Midah dari Perlis ingin bertanyakan soalan mengenai peninggalan si mati iaitu Adik bongsu saya (lelaki) kepada saya dan aruah ibu saya. Adik saya telah 2 bulan meninggal.

Pihak tabung haji telah memaklumkan kepada saya yang adik saya meletakkan penama 50% kepada
saya dan 50% lagi kepada ibu saya (telah lama meninggal). Oleh kerana ibu saya telah meninggal,
kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada saya dan saya kini menyimpan wang tersebut di dalam akaun bank saya.

Adik saya meninggalkan seorang isteri 42 tahun, seorang anak perempuan 17 tahun dan seorang anak lelaki 9 tahun.

Saya berniat akan menyerahkan wang tersebut kepada yg berhak. Saya ingin tahu, dari segi hukum syarak 100% tanpa dipengaruhi peraturan semasa pejabat penguasa undang2 agama negeri.

1.Siapakah yang berhak menerima wang tersebut dan bagaimanakah cara pengagihannya?

2.50% yg dinamakan atas nama ibu saya - adakah anak-anak ibu saya mempunyai hak ke atas bahagian tersebut?

3.Adakah saya sendiri sebagai kakak dan sebagai penama mempunyai apa2 hak ke atas wang tersebut?

Sekian harap mendapat jawapan segera dari Ustaz. Jazakallahukhairankasiira. Terima kasih atas kesudian ustaz memeberi pandangan kepada saya.

Moga kita sentiasa dirahmati Allah.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-01 18:06
Waalaikumsalam....
Harta yang ditinggalkan oleh adik puan (si mati) dalam bentuk apa pun sama ada berbentuk aset ataupun simpanan dikira Harta Pusaka dan mesti difaraidkan mengikut Hukum Syarak. Peletakan nama Puan dan Ibu puan hanya sebagai pemegang amanah bukanlah sebagai penerima wasiat.Pemegang amanah bertanggungjawab menjaga wang tersebut dan membahagikan mengikut faraid. Saya menasihatkan puan mendaftarkan kes faraid di Mahkamah Syariah berhampiran bagi pengiraan faraid tersebut. Perlu dijelaskan ibu puan layak menerima bahagian daripada faraid sekiranya beliau masih hidup semasa adik puan meninggal dunia manakala, puan tidak layak menerima faraid harta tersebut disebabkan si mati meninggalkan anak lelaki. Anak lelaki telah mendinding puan dari menerima bahagian dalam harta tersebut. Sekiranya ibu puan telah meninggal dunia contoh Pembahagiannya adalah seperti berikut: Isteri mendapat 3/24, anak lelaki 14/24, dan anak perempuan 7/24. Contoh simpanan si mati dalam Tabung Haji RM 50,000.00. Isteri si mati mendapat RM 6250.00, Anak lelaki mendapat RM 29,167.00, dan anak perempuan mendapat RM 14,583.00. Untuk kiraan lebih tepat, puan bolehlah merujuk ke Mahkamah Syariah.
Balas
# Borang Aahmad al amiri b radiman 2011-03-31 09:30
Salam,

Berkenaan dgn borang MS 26(Afidavit)tersebut, adakah Borang A yang dilampirkan hanya untuk mengisi maklumat waris yang telah meninggal dunia sahaja ataupun maklumat waris yang masih hidup? Apakah maksud Ekshibit? Bolehkah menggunakan nombor untuk menamakan ekshibit?

Sekian,terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-01 18:07
Waalaikumsalam...
Dalam borang tersebut perlu dinyatakan maklumat si mati manakala maklumat waris yang diperlukan oleh pihak Mahkamah adalah maklumat waris yang hidup semasa si mati meninggal dunia. Waris yang telah meninggal dunia tidak layak menerima bahagian dari faraid pusaka si mati. Eksibit adalah bukti dokumentar yang dilampirkan bersama Afidavit bagi menyokong permohonan tuan. Contohnya, salinan i.c waris, salinan geran tanah, penyata simpanan bank dan sebagainya. Tuan boleh menggunakan nombor bagi merujuk kepada eksibit yang dilampirkan.
Balas
# Borang Maklumat Permohonan Poligamihazrul 2011-03-30 12:21
salam ustaz,
saya hendak bertanya..bahawa dalam borang maklumat permohonan poligami perkara 1 (butir-butir diri plaintif) dikehendaki saya melengkapkan alamat rumah.

Soalan saya:-

1. Adakah alamat rumah tersebut merujuk kepada alamat saya di melaka iaitu sama spt dalam IC saya?..ataupun mengikut alamat rumah yang saya menetap sekarang?.. Untuk makluman ustaz, saya sebelum ini lama menetap di melaka, walau bagaimanapun sekarang saya telah bekerja di luar negara.

Oleh itu, adakah alamat rumah di dalam borang tersebut perlu saya lengkapkan mengikut alamat rumah saya di luar negara ataupun mengikut alamat IC di melaka?..

Harap ustaz boleh membantu.
Terima Kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-04-01 18:06
Waalaikumsalam...
Syarat permohonan poligami hendaklah pemohon itu tinggal bermastautin di negeri tersebut. Mahkamah Syariah Melaka hanya mempunyai bidangkuasa mendengar permohonan poligami bagi mereka yang hanya bermastautin di Melaka. Sehubungan itu, alamat tuan bermastautin perlu dilengkapkan dalam borang permohonan bagi tujuan memudahkan penyampaian notis dan saman kepada pihak tuan. Tuan juga perlu menyertakan bersama salinan IC yang tertera alamat tuan di Melaka sebagai bukti tuan bermastautin di sini. Alamat tuan di luar negara boleh diberikan sebagai rujukan pihak mahkamah.
Balas
# Borang MS 26Ahmad Al Amiri Bin Radiman 2011-03-28 12:18
Salam,

Saya ingin bertanya berkenaan dengan cara mengisi borang ms 26(afidavit) untuk permohonan pembahagian harta pusaka. Bagaimana jika si mati mempunyai 5 orang waris sedangkan di dalam borang tersebut hanya ada 2 ruang untuk waris simati. Apabila mengisi maklumat pada softcopy borang ini kebanyakan line akan berubah dan kedudukan juga berubah. Apakah perkara ini tidak mejadi kesalahan?


Sekian,terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-30 12:22
Waalaikumsalam...
Borang yang dinyatakan hanya sebagai contoh format permohonan faraid, tuan/puan boleh muat turun borang tersebut dan menambah maklumat ahli waris yang lain. Tiada menjadi kesalahan sekiranya,
kedudukan line berubah ke laman berikutnya.
Balas
# Musykilnorhaizam 2011-03-17 11:51
Salam,

Ingin bertanya berkenaan kes saya iaitu hadanah dan harta sepencarian telah dibicarakan pada 19 Jan 2011 dan dipersetujui oleh kedua pihak. Hingga sekarang (15 Mac 2011) saya belum menerima apa-apa salinan dari mahkamah sebagai bahan rujukan dan bukti. Sudah berkali-kali saya menghubungi pihak mahkamah dan jawapan yang saya dapat masih dalam proses. Mengapa ambil masa terlalu lama?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-22 16:53
Waalaikumsalam.
Pihak kami masih menunggu Draf Perintah daripada Peguam pihak tuan. Pihak kami juga telah menghubungi peguam pihak tuan untuk menyegerakan menfailkan Deraf Perintah tersebut. Walaubagaimanapun pihak kami sehingga sekarang masih belum menerima Deraf tersebut. Kami mencadangkan tuan berhubung dengan peguam tuan.
Balas
# Hak jagaan anaknorhaizam 2011-03-15 08:56
Assalamualaikum,

Bekas isteri saya memohon pada mahkamah untuk menjaga anak-anak seramai 3orang(perempuan) selepas saya dan bekas isteri bercerai,mahkamah telah pun mengeluarkan perintah mengikut permohonanya.Jika sekiranya beliau telah gagal dan engkar pada perintah mahkamah dalam menguruskan perihal anak-anak,adakah saya boleh memohon kepada pihak mahkamah untuk membuat perubahan supaya anak-anak tinggal bersama saya dan hak lawatan diberi kepada bekas isteri saya?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-15 15:15
Waalaikumusalam..

Pihak-pihak perlu mematuhi setiap item di dalam perintah mahkamah. Dalam kes hadanah, pihak-pihak boleh memohon mengubah perintah dalam beberapa perkara iaitu :
1. Bekas isteri berkahwin lain,
2. Bekas isteri berkelakuan buruk keterlaluan,
3. Bekas isteri menukar pemastautinan bertujuan mencegah bekas suami daripada menjalankan pengawasannya,
4. Bekas isteri murtad dan
5. Jika bekas isteri cuai dan menganiaya anak-anak.
Perkara ini, diambil perhatian serius oleh Mahkamah dalam mengubah perintah yang sedia ada. Selain alasan di atas, sekiranya item dalam perintah tidak dipatuhi oleh bekas isteri, tindakan menfailkan permohonan penguatkuasaan perintah perlu dilakukan dan tindakan terakhir adalah pengkomitan ke penjara.
Balas
# nafkahnadiawati bt abdul razak 2011-03-14 14:17
Persoalan mengenai nafkah keluarga Islam selepas berlaku perceraian:

1) Berapa lamakah masa untuk seorang bapa menanggung nafkah anaknya yang berada di dalam jagaan bekas isterinya?
2) Bagaimanakah mahkamah menentukan kadar nafkah yang perlu dibayar oleh bekas suami? Apakah faktor-faktor yang diambil kira dalam menentukan kadar nafkah ini, sebagaimana yang kita ketahui jumlah perbelanjaan bekas isteri melebihi kemampuan suami?
3) Berapakah kadar nafkah eddah yang paling minimum yang boleh dituntut oleh bekas isterinya?
4) Sekiranya suami itu tidak berkemampuan untuk memberi nafkah akibat kecacatan otak atau seumpamanya, atau suaminya di dalam penjara, bagaimanakah mereka hendak membayar nafkah? Adakah tanggungjawab menanggung nafkah ini boleh dipindah pada orang lain?
5) Apakah yang dimaksudkan dengan tunggakan nafkah tidak bercagar?
6) Berapa peratuskah kejayaan dalam menyelesaikan nafkah eddah dan nafkah anak yang dibuat oleh majlis sulh?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-15 15:14
1. Urufnya, seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya sehingga anak tersebut mencapai umur 18 tahun. Walaubagaimanapun sekiranya anak tersebut masih bersekolah/belajar di kolej/universiti bapa
masih perlu menaggung nafkah tersebut.
2. Kadar nafkah eddah yang ditetapkan oleh Mahkamah adalah
persetujuan bersama dalam Majlis Sulh. Sekiranya tiada persetujuan, kadar ditentukan oleh mahkamah berdasarkan uruf setelah diambilkira jumlah tuntutan isteri dan kemampuan suami. Faktor yang diambilkira adalah sejauhmana isteri dapat membuktikan melalui keterangan-keterangannya kepada Mahkamah jumlah nafkah yang dituntut adalah berpatutan.Selain itu, faktor kemampuan suami juga diambilkira. Perintah nafkah adalah berdasarkan uruf iaitu melihat kepada perbelanjaan asas seperti makan, minum, tempat tingal dan pakaian selama tempoh eddah. Lain-lain perbelanjaan yang dimaksudkan
oleh penyoal melebihi kemampuan suami adalah tidak diambilkira seperti perbelanjaan alat solek, ansuran kereta dan lain-lain.
3. Tiada kadar minimum bagi tuntutan nafkah.
4. Tindakan yang boleh dilakukan sekiranya perintah nafkah tidak dapat dilaksanakan diatas sebab-sebab diatas adalah dengan
menfailkan Perintah Penguatkuasaan dan Pelaksanaan. Bermaksud sekiranya suami mempunyai apa-apa harta/aset yang ditinggalkan, maka isteri boleh memohon Saman Penghutang Penghakiman ataupun memohon
Penguatkuasaan Perintah melalui penyitaan dan penjualan harta/aset bekas suami. Sekiranya, bekas suami tiada mempunyai apa-apa harta sebagaimana dinyatakan, maka tuntutan boleh dibuat ke atas waris
terdekat seperti bapa.
5. Tunggakan nafkah tidak bercagar adalah perintah nafkah biasa yang tidak dipatuhi dan menjadi tunggakan. Manakala perintah nafkah bercagar pula adalah Mahkamah boleh memerintahkan bekas suami meletakkan cagaran bagi menjamin perintah nafkah mahkamah dipatuhi.
sekiranya bekas suami tidak mampu membayar nafkah tersebut, harta yang dicagarkan itu boleh digunakan untuk membuat bayaran tersebut. Contohnya, bekas suami mempunyai rumah yang disewakan dengan bayaran Rm 500 sebulan. Mahkamah telah perintahkan nafkah eddah RM 500 sepanjang tempoh eddah dan memerintahkan rumah tersebut dicagarkan pada pemegang amanah, dan pemegang amanah akan membayar kepada bekas isteri hasil sewaan tersebut sebanyak RM 500.
6. Peratus kejayaan Majlis Sulh 70%.
Balas
# hak jagaan anaknorhaizam 2011-03-08 08:20
Assalamualaikum,
Saya nak tanya, hak jagaan anak telah diberikan kepada bekas isteri saya. Tetapi beliau sering meminta saya menjaga dan menguruskan perihal anak-anak termasuk menghantar ke sekolah, menyediakan makan-minum dan lain-lain. Saya tinggal agak jauh dari tempat sekolah anak. Saya terpaksa berulang-alik untuk uruskan anak. Anak sering keletihan kerana terpaksa bangun awal untuk ke sekolah. Sedangkan nafkah anak telah saya berikan pada setiap bulan walaupun tidak memenuhi perjanjian kerana saya tidak sihat. Apa tindakan yang perlu saya ambil?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-14 14:16
Wassalamualaikum..

Menjaga dan mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab bersama ibubapa. Apatah lagi sekiranya perceraian berlaku di antara keduanya, tumpuan yang lebih harus diberikan kepada anak-anak kerana daripada segi psikologi, anak-anak akan lebih mengalami tekanan akibat perceraian tersebut. Komunikasi dan tolak ansur di antara ibubapa adalah perlu dalam hal ini. Perlu diingat, Perintah hak jagaan anak yang dikeluarkan oleh Mahkamah tidaklah menggugurkan tanggungjawab bapa untuk memastikan anaknya dibesarkan dalam keadaan yang sempurna. Perintah nafkah yang dikeluarkan hanya perintah nafkah asas bagi seorang anak dan ia tidak menggugurkan tanggungjawab bapa sekiranya ada keperluan-keperluan lain. Tindakan yang perlu anda buat adalah mematuhi semua Perintah Mahkamah
tersebut dan bersikap ehsan kepada kebajikan anak-anak.
Balas
# Hal Ehwal Muta`ahShuhaimi 2011-03-04 08:05
As-Salam....
Saya ingin bertanya mengenai Mutaah :
1) Adakah suami wajib memberikan mutaah sekiranya nilainya tidak munasabah?
2) Apakah penilaian pihak mahkamah terhadap tahap kemampuan suami membayar mutaah. contohnya sewaktu perceraian, suami seorang yang tidak berharta, dan ketika itu isteri tahu suami tidak berharta tetapi selepas perceraian kemungkinan suami menjadi seorang yang kaya dan berharta, dan isteri telah/belum berkahwin mula berhasrat hendak minta Mutaah?Adakah isteri boleh berbuat demikian?

Mohon persoalan saya ini dijawab oleh Tuan-Tuan Hakim sekalian....
Terima Kasih...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-04 08:04
Wasalamualaikum..

1. Mahkamah akan menentukan kadar Mutaah, bergantung kepada persetujuan pihak-pihak ataupun keterangan pihak -pihak. Setelah Mahkamah memerintahkan pembayaran mutaah tersebut
dengan nilai yang ditentukan, suami wajib mematuhi perintah tersebut. Sekiranya tidak berpuashati dengan kadar tersebut, suami boleh memohon rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah.
2. Mahkamah dalam menentukan kadar mutaah akan melihat kepada kewajaran kadar yang dipohon oleh isteri, isu kemampuan suami semasa permohonan difailkan juga akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Dalam contoh yang diberikan sekiranya, suami menjadi kaya selepas perceraian adalah tidak menjadi hal untuk suami itu membayarnya. Tetapi, jika suami jatuh
miskin/muflis selepas perceraian adalah tidak memberi keadilan berdasarkan hukum syarak untuk memutuskan kadar mutaah yang tinggi semata-mata kerana semasa bercerai beliau seorang yang kaya.Tiada had waktu bagi isteri menfailkan tuntutan mutaah tetapi mahkamah akan melihat kepada kewajaran
tuntutan demi keadilan yang ditetapan oleh syarak.
Balas
# nafkahnadiawati bt abdul razak 2011-02-11 16:15
Persoalan mengenai nafkah keluarga islam selepas berlaku perceraian
1) Bolehkah isteri menuntut nafkah dari suami yang bukan islam dan bagaimanakah pula nafkah bagi anak-anak mereka?
2) Adakah benar, disebabkan suaminya telah menukar agama, seorang isteri itu hanya layak untuk mendapat nafkah selama 3 bulan sahaja selepas bercerai ?
3) Siapakah yang bertanggungjawab membayar nafkah anak tidak sah taraf ? Adakah nafkah anak tidak sah taraf ini diperuntukkan di dalam undang-undang keluarga islam di Malaysia ?
4) Apakah yang dimaksudkan dengan penguatkuasaan perintah nafkah ini ?
5) Bagaimanakah kedudukan nafkah anak angkat sekiranya ibu bapa itu bercerai ?
6) Bolehkah isteri yang telah dicerai dengan talaq bain menuntut nafkah eddah ? Sekiranya isteri tadi hamil, adakah ia berhak menuntut nafkah sedangkan nafkah boleh dituntut apabila berlaku perceraian talaq raj
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-03-04 08:01
1. Persoalan tersebut diatas merupakan konflik undang-undang yang tidak ada kata penamat. Ini kerana sebagai Islam puan berhak membuat tuntutan nafkah eddah dan nafkah anak selepas perceraian di Mahkamah Syariah. Walaubagaimanapun, disebabkan peruntukan undang-undang menyatakan Enakmen Keluarga Islam hanya terpakai kepada orang Islam sahaja menyebabkan bekas suami puan yang bukan beragama Islam tidak tertakluk kepada Perintah tersebut walaupun Mahkamah Syariah telah menyatakan
perintahnya. Walaubagaimanapun, sekiranya puan berkahwin dengan bekas suami di bawah Undang-undang sivil iaitu, Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976,puan boleh membuat tuntutan nafkah diri dan nafkah anak di Mahkamah Tinggi Sivil.
2. Tidak benar. Di dalam Undang-Undang Islam, Nafkah diri isteri selepas perceraian (selain fasakh) adalah selama tempoh eddah iaitu 3 kali suci. Manakala, nafkah diri dalam undang-undang sivil ialah seumur hidup isteri selagi mana beliau tidak berkahwin lagi ataupun tidak hidup dalam kemaksiatan.
3. Anak tak sah taraf ialah Seorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu samada berpunca daripada perbuatan zina atau dirogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum Syara`. Hak menanggung nafkah anak ini adalah kepada ibu kerana dinasabkan kepada ibu, begitu juga hak hadanah.
4. Penguatkuasaan Perintah nafkah ialah suatu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah setelah suatu perintah itu tidak dipatuhi oleh pihak-pihak sama ada dengan dikuatkuasa perintah tersebut melalui perintah penyitaan dan penjualan harta penghutang penghakiman ataupun melalui perintah pengkomitan ke penjara.
5. Nafkah anak angkat adalah terletak kepada bapa angkat, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi menjaga kebajikan anak tersebut.
6. Isteri yang diceraikan dengan talaq bain tidak boleh menuntut nafkah eddah. Walaubagaimanapun beliau berhak mendapat nafkah tempat tinggal dalam tempoh eddah tersebut. Sekiranya hamil, nafkah tempat tinggal adalah selama tempoh
hamil tersebut.
Balas
# SIJIL NIKAHRAIZOSAN 2011-02-10 08:03
ASSALAMMUALAIKUM WBT...

Bertemu lagi kita =)

selamat pagi...hendak bertanya mengenai sijil nikah...
sekiranya seseorang itu memang tiada sijil nikah sejak pada awal pernikahannya...tetapi hanya ada kad yang menunjukkan mereka suami isteri...suami seorang tentera...

soalannya, sekiranya pasangan tersebut ingin mengerjakan haji atau umrah, suami ingin berpoligami ke atau sebagainya...sumenye memerlukan sijil nikah kan?...

apakah jalan penyelesaiannya?? pelu ke Jabatan Agama Islam untuk buat sijil ke, atau sebagainya?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-10 14:15
Walaikumusalam....
Untuk makluman, urusan pengeluaran Sijil Nikah adalah dibawah bidangkuasa Jabatan Agama Islam. Tuan boleh berhubung terus dengan Jabatan berkenaan. walaubagaimanapun, apa-apa tuntutan di Mahkamah yang berkaitan dengan pernikahan seperti tuntutan perceraian, poligami, sabitan nusyuz, harta sepencarian dll perlu kepada pembuktian pernikahan itu berlaku sama ada melalui sijil nikah, salinan daftar nikah, atau saksi-saksi pernikahan.
Balas
# Pengesahan lafaz taklikAini 2011-02-07 08:45
Suami dan saya menghadapi satu pertengkaran.. Dimana semasa pertengkaran suami ada mengeluarkan kata-kata berikut \"kalau kau keluar rumah selepas ini, aku akan ceraikan kau\" .. Tetapi, saya tidak pula bertanya adakah suami memang berniat macam tu atau sebaliknya .. Sebab pada ketika itu dia berada dalam keadaan marah .. Soalan:-
Bagaimanakah caranya untuk saya menentukan niat suami saya itu?
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-07 10:32
Perkataan yamg dinyatakan diatas, adalah lafaz ta'liq. Bermaksud, sekiranya puan keluar rumah suami puan akan menceraikan puan. Walaubagaimanapun, perkataan diatas diistilahkan sebagai kinayah yang memerlukan penentuan niat suami semasa melafazkan. Ini kerana perkataan keluar rumah itu sendiri tidak jelas maksudnya sama ada keluar dari pintu rumah, turun dari tangga, keluar menyapu dilaman rumah dll. Perkataan "aku akan ceraikan kau" juga tidak jelas kerana suami menggunakan perkataan 'akan' yang bermaksud mungkin lafaz diatas automatik jatuh talaq sekiranya perkara yang dita'liqkan berlaku, atau mungkin suami bermaksud akan lafaz cerai kemudian sekiranya puan masih keluar rumah. Perkara ini perlu ditentukan niat. Mahkamah syariah merupakan badan yang diberikuasa menentukan sama ada lafaz tersebut valid atau tidak. Sehubungan itu, puan boleh membuat pengesahan lafaz tersebut di Mahkamah. Dan mahkamah akan memanggil puan dan suami puan serta saksi-saksi yang berkaitan untuk diambil keterangan sebelum Mahkamah memutuskan.
Balas
# POLIGAMIRAIZOSAN 2011-02-07 08:44
Assalamualaikum w.b.t

Ade seorang mak cik bertanya kepada saya mengenai masalah yang di hadapi oleh anak nya kepada saya kerana saya merupakan pelajar praktikal di slah sebuah mahamah di Malaysia..Saya tidak mampu menjawab pertanyaan tersebut kerana ilmu saya masih kurang...

Begini ceritanya..anaknya berkahwin dengan seorang wanita di Kuala Lumpur dan isterinya itu mengalami cacat penglihatan iaitu buta..Selepas beberapa tahun perkahwinan,lelaki tersebut berhasrat ingin berkahwin kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertama mungkin sebab takut isterinya marah..Lelaki tersebut nekad dengan berkahwin dengan wanita lain di Thailand...

Beberapa bulan kemudian,isteri pertamanya mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin lain dan berasa amat kecewa lalu melarikan diri..Suaminya tidak tahu kemana isteri pertamanya menghilangkan diri...

Lelaki tersebut ingin mendaftarkan pernikahannya dengan isteri kedua di Malaysia tetapi berasa ragu-ragu dan takut jika di kenakan denda oleh mahkamah kerana pernikahannya di Thailand sudah lama(sudah 5 tahun rasanye)...

Soalan saya,adakah lelaki tersebut akan dikenakan sebarang denda oleh mahkamah kerana merahsiakan pernikahan tersebut???

Benarkah lelaki tersebut tidak perlu mendapat kan sebarang keizinan daripada isteri pertama untuk bernikah kali kedua dengan wanita lain???

Sekian......terima kasih..........
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-07 10:42
1. Setiap pernikahan poligami perlu mendapat kebenaran daripada Mahkamah. Pernikahan di Thailand tanpa kebenaran daripada mahkamah Syariah dimana lelaki tersebut bermastautin membolehkan Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jabatan Agama Islam mengambil tindakan pendakwaan dan membawa kes ini ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan dan sekiranya sabit bersalah, lelaki tersebut boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Lelaki tersebut juga boleh dikenakan hukuman yang sama kerana lewat mendaftarkan pernikahan poligaminya dalam tempoh 6 bulan selepas pernikahanya di Thailand.
2. Undang-undang menetapkan, dalam permohonan pernikahan poligami, keizinan/pandangan isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada perlu Mahkamah ambil kira. walaubagaimanapun Mahkamah tidak terikat dengan keizinan isteri bagi meluluskan permohonan suami. Ada kes yang mana isteri izinkan suaminya berpoligami tetapi Mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Tujuan Mahkamah memanggil isteri-isteri ke Mahkamah sebagai Defendan adalah bagi memastikan hak-hak isteri dan anak-anak telah ditentukan semasa perbicaraan seperti hak nafkah, hak giliran dan harta sepencarian.
Balas
# poligamikalisah mohd 2011-02-02 11:34
salam ustaz,
sya ada pertnyaan mengenai permohonan mendaftar kebenaran berpoligami. Bakal suami sya sblum ini lama menetap d melaka n IC berdaftar juga d melaka sebelum berpindah ke KL dan seterusnya skrg telah bekerja d luar negara (Dubai).

Bakal suami sya bercdg ingin menikahi sya (asal dr wilayah persekutuan) secara poligami. persoalanya:-

1. adakah beliau boleh mendaftar kes permohonan poligami d mahkamah syariah melaka? memandangkan beliau pernah menetap dan IC masih alamat di melaka;
2. jika boleh, adakah isteri pertama, bakal isteri dan wali perlu hadir ke mahkamah; dan adakah perlu mendpt surat kebenaran or yg berkaitan dr pihak kedutaan tmpat dia bekerja;
3. jika dibenarkan, adakah kami boleh bernikah d tmpat lain selain d negeri melaka? cthnya di WP?
Harap ustaz boleh membantu. Terima Kasih,ustaz.
Balas
# Re : poligamiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-02 11:36
Waalaikumsalam..
1. Penentuan Mahkamah mana yang berbidangkuasa membicarakan permohonan poligami ini tertakluk kepada status pemastautinan bakal suami puan. Secara dokumentasinya, bakal suami puan
boleh memohon di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka berdasarkan IC beralamatkan di Melaka. Setahu saya, Mahkamah Syariah KL tidak akan menerima kes yang IC pemohon bukan beralamat di Kuala Lumpur.
2. Semasa prosiding perbicaraan isteri dan bakal isteri serta walinya akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Selain itu, apa-apa dokumen sokongan perlu juga dikemukakan seperti Slip gaji, sumber pendapatan dan potongan berkaitan.
3. Enakmen menetapkan untuk seseorang berkahwin di luar kariah tempat tinggalnya (Melaka ke Kuala Lumpur) perlu mendapat kebenaran daripada Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di Pejabat Agama Daerahnya dan dilampirkan bersama kebenaran tersebut beserta Kebenaran Berpoligami ke dalam borang permohonan Pernikahan bakal isteri di JAWI.
Balas
# pengesahan lafaz taklikwahidah 2011-02-02 10:40
dlm satu pertengkaran dgn suami,suami ader melafazkan \"kalo awak naik bas,awak bukan isteri saya\"..saya ader bertnya kpd nya apakah niat sebenar abg..??niatnya hnya sekadar ingin mengugut saya..sehingga skrg sy tidak menaiki bas kemn2..walaupun peristiwa ini sudah 4thn berlalu...
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-07 08:57
Lafaz yang puan nyatakan di atas bolehlah dianggap sebagai lafaz taklik. Mana-mana lafaz talaq yang dikaitkan dengan perbuatan tertentu, akan berlaku talaq tersebut sekiranya perbuatan yang ditaklikkan itu dilakukan. Cuma, lafaz di atas tidak jelas menyatakan cerai atau talaq cuma dinyatakan "awak bukan isteri saya". Lafaz ini perlu dibuat pengesahan oleh Mahkamah, bermaksud puan ataupun suami perlu memohon pengesahan lafaz tersebut di Mahkamah. Sekiranya Mahkamah tidak mensabitkan lafaz tersebut sebagai lafaz taklik, maka puan sudah tidak terikat dengan taklik tersebut dan boleh menaiki bas semula. Tindakan puan tidak menaiki bas selama 4 tahun adalah wajar dan tindakan berjaga-jaga. Bagi mendapat kepastian perlu kes ini didaftarkan di Mahkamah.
Balas
# sijil penceraiansharul nizam 2011-01-31 11:09
saya nak dptkan maklumat, bahagian mana yg boleh saya dapatkan balik sijil penceraian saya di mahkamah syariah krn pada masa saya bercerai dengan bekas isteri saya, saya lanhsung tak terima surat atau maklumat mengenai penceraian saya.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-02 10:39
Assalamualaikum..
Tuan boleh mendapatkan salinan Sijil Perceraian di Pejabat Agama Islam Daerah (di mana Mahkamah memutuskan perceraian tersebut) ataupun Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Bahagian
Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Melaka.
Balas
# surat mahkamahahmad 2011-01-28 11:09
Saya nak tanya bolehkah mahkamah keluarkan surat penjagaan kekal anak kepada suami, tanpa diputuskan dihadapan bekas isteri dalam mahkamah, surat dengan cop mahkamah telah diberi kepada suami walaupun tanpa perbincangan kedua-dua pihak di mahkamah. perkara ini di ketahui apabila si isteri menerima surat yang telah di cop mahkamah tanpa ia ketahui.. hakim= ketua hakim
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-02 10:45
Tuntutan Hadanah/hak jagaan anak diputuskan oleh Mahkamah setelah melalui proses perundingan Sulh di hadapan pegawai Sulh Mahkamah. Banyak kes telah berjaya diselesaikan diperingkat ini tanpa perlu perbicaraan yang panjang di hadapan Hakim. Ketidak hadiran salah satu pihak di hadapan pegawai Sulh dianggap kes tidak berjaya dan perlu dibicarakan dihadapan Hakim. Semasa perbicaraan, kedua-dua pihak akan dipanggil ke mahkamah. keengganan pihak-pihak untuk hadir dan terbukti Saman Kehadiran dapat diserahkan kepada pihak-pihak, membolehkan Mahkamah membicarakan kes tersebut \"sebelah
pihak\" iaitu tanpa kehadiran pihak yang enggan.Mahkamah akan memutuskan berdasarkan keterangan pihak yang hadir dan saksi-saksi serta exibit yang dikemukakan. Perintah yang isteri perolehi dalam kes ini telah melalui semua proses perbicaraan yang telah diprosedurkan dalam Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah.Untuk mengesahkan sama ada perintah tersebut sememangnya dikeluarkan oleh mahkamah ini, pihak tuan boleh merujuk kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah untuk makluman lanjut.
Balas
# Ahmad 2011-02-07 08:47
Ini boleh dilakukan jika sebelah pihak tidak hadir, bagaimana pula pihak yang selalu tidak hadir itu mendapat hak jagaan tersebut? Adakah dibolehkan juga, apatahlagi ia adalah ibu kandung kepada anak itu...
Balas
# MASALAH POLIGAMIRAIZOSAN 2011-01-28 11:09
ASSALAMMUALAIKUM WBT USTAZ.............

APA HUKUM JIKA SUAMI INGIN BERPOLIGAMI TANPA PENGETAHUAN ISTERI PERTAMA??

Setahu saya tidak mengapa jika tidak memberitahu isteri pertama tetapi alangkah bagus nya dan lebih elok jika berbincang dahulu bersama isteri pertama mengenai masalah tersebut.

saya ambil kata-kata dari ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai sebab kenapa perlu memberitahu isteri pertama...
antaranya :

1) Ia juga amat bertepatan dengan salah satu Maqasid Shariah (objektif Syariah) poligami itu sendiri. Iaitu untuk menuntut pengorbanan perasaan isteri pertama selain isteri kedua. Pengorbanan perasaan yang dahsyat ini jika dilakukan kerana Islam dan untuk meraih kebaikan, adalah amat besar ganjarannya di sisi Islam.
Justeru, tindakan menyembunyikannya bakal menyebabkan isteri kedua sahaja yang terpaksa berkorban perasaan, manakala isteri pertama tidak tercabar dengan ujian ini.

2) Ia juga membuktikan kelayakan lelaki tersebut untuk berpoligami berada di tahap yang memuaskan. Kejayaan lelaki berbincang dan mencari persetujuan isteri pertama adalah suatu jenis
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-02-02 10:50
Waalaikumsalam...
Saya setuju tindakan kerajaan mewartakan undang-undang keluarga Islam bagi suami yang ingin berpoligami adalah atas dasar maqasid shariyyah.Isteri sedia ada akan dipanggil sebagai defendan dalam kes ini untuk mahkamah ini mengambil keterangan sama ada setuju atau tidak dengan perkahwinan poligami yang dicadangkan. Perlu diingatkan keizinan/persetujuan isteri bukan penentu kepada Mahkamah dalam memberi keputusan. Mahkamah akan mempertimbangkan semua faktor/perkara yang telah ditetapkan dalam Enakmen. Pernah ada kes isteri pertama setuju pernikahan poligami suaminya, tetapi Mahkamah menolak kerana ketidakmampuan suami menampung belanja dan memberi keadilan kepada isteri dan bakal isterinya.
Menjawab persoalan diatas, tiada apa-apa hukum dalam islam sekiranya baru menyatakan keinginan berpoligami tanpa pengetahuan isteri (ini adalah perkara hati belum dilaksanakan lagi). walaubagaimanapun, adalah wajib kepada sesiapa yang ingin berpoligami memohon kebenaran daripada Mahkamah dan mengikuti prosedur dikanunkan.
Balas
# musykilZaini 2011-01-25 08:18
Assamulaikum Ustaz...
saya telah bercerai kali pertama pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 saya bercerai kali kedua dgn lafaz aku ceraikan kau dengan talak 2.sebelum ke mahkamah suami ada cakap dia maksudkan talak itu adalah 1 semasa cerai terdahulu dan satu lagi semasa perceraian kali kedua.Tapi semasa dimahkamah suami menyatakan dia ceraikan saya dengan talak 2 dan mahkamah memutuskan kami bercerai dengan talak 3 dan suami tiada bantahan.Bekas suami ada meminta saya ke mahkamah untuk perbetulkan keadaan bila saya membangkitkan apa yang telah dicakapkan pada sy dahulu, tetapi saya katakan pdnya dia yang sepatutnya berbuat demikian. tolong beri saya panduan yang sebetul-betulnya agar saya dapat membuat keputusan yang terbaik
Balas
# Re : musykilPanel Pertanyaan@Web MSNM 2011-01-25 08:23
Waalaikumussalam..

Mahkamah semasa perbicaraan telah mengambil kira semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak dan saksi-saksi serta dokumen yang ada. Dalam kes ini keterangan bekas suami puan dan keterangan puan juga telah diambil, dengan itu mahkamah mensabitkan dengan talaq tiga berdasarkan keterangan pernah bercerai talaq 1 sebelum itu dan talaq 2 selepasnya. Elemen niat/maksud lafaz tidak diambil kira sekiranya, lafaz adalah nyata (soreh) contohnya : \"aku ceraikan kau dengan talaq dua\" berbeza dengan lafaz \" kita pisah, aku bagi kau dua\", lafaz ini dianggap kinayah yang memerlukan mahkamah menentukan niat/maksud lafaz tersebut.Walaubagaimanapun, Mahkamah telah mensabitkan puan bercerai dengan bekas suami dengan talaq 3.Sekiranya puan tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, puan boleh merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan.
Balas
# re: MENCARI KEPASTIAN.zah22ns 2011-01-12 10:59
Asalamualaikum.harap dapat bantu saya agr hidup saya dirahmati Allah.seorang wanita pernah menghantar sms kepada saya, mengatakan suami saya pernah mengatakan kalau saya minta cerai ketika tahu mereka berjumpa,memang di akan ceraikan saya.kejadian itu telah 8 bulan berlaku dan sms itu baru saya terima baru2 ini.dan seingat saya, memang saya ada minta cerai dalam sms kepada suami pada masa itu kerana marah ditipu oleh suami untuk kesekian kalinya.ketika itu suami tidak mahu memenuhi permintaan saya supaya diceraikan.malah suami memujuk saya agar tidak meninggalkannya dan saya memaafkan perbuatannya.Selepas mendapat sms perempuan yang marah pada suami saya kerana meninggalkannya,saya bertanya kepada suami.malangnya, suami mengatakan dia tidak dapat mengingati kejadian itu.dan dia mengatakan bahawa dia sangat yakin tidak pernah berniat untuk menceraikan saya.adakah jatuh talak terhadap saya .terima kasih atas panduan yang diberikan.
Balas
# Panel Pertanyaan@Web MSNM 2011-01-13 13:07
Assalamualaikum w.b.t. Puan,

Terima kasih atas persoalan yang diberikan.

Merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Puan ini, kami menasihati Puan agar merujuk perkara ini kepada Mahkamah. Ini bermaksud Puan perlu memfailkan permohonan ke Mahkamah untuk mengesahkan samaada sabit talak atau tidak oleh hakim. Hakim akan mengambil keterangan daripada pihak Puan dan Suami seterusnya Hakim akan membuat keputusan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami atau hadir sendiri ke kaunter pejabat kami. Terima Kasih.
Balas
# NIKAHNOR AFIZA BINTI KAMAYUDIN 2011-01-05 09:39
Salam.

Saya mempunyai seorang kakak yang menetap di serkam darat.beliau tidak pulang kerumah hampir sepuluh tahun dan baru-baru ini pulang kerumah ibu bapa.dalam sepuluh tahun tesebut saya dan keluarga tidak mengetahui samaada beliau sudah berkahwin atau belum(tiada khabar berita)Apabila beliau pulang kerumah beliau menceritakan kepada kami sekeluarga yang beliau belum berkahwin tapi telah duduk bersekedudukan.saya dan keluarga ada memberi nasihat tapi tidak di endahkan oleh mereka.pertanyaan saya wajarkah saya seorang adik memberitahu kepada imam ditempat beliau kerana tiada jalan penyelesaian.tetapi dalam masa yang sama saya sebagai anak tidak mahu menjatuhkan maruah ibu dan bapa saya.saya benar-benar buntu kerana ibu bapa adalah segala-galanya.adakah cara lain lg bg mengelak ibu bapa saya malu.
Balas
# Re : NIKAHPanel Pertanyaan@Web MSNM 2011-01-12 10:57
Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih atas pertanyaan yang puan utarakan.

Merujuk kepada masalah puan, kami nasihatkan agar ibu bapa puan terus menerus menasihati kakak puan agar tidak lagi bersekedudukan dengan lelaki tersebut. Puan boleh menerangkan kepada mereka tentang risiko ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa dan jika ditangkap khalwat keadaan akan menjadi lebih teruk.

Jika puan sekeluarga merasakan imam di kampung dapat menyelesaikan perkara ini puan boleh berbuat demikian.

Untuk pengetahuan pihak Puan, tiada apa-apa prosedur yang perlu diambil oleh pihak Mahkamah untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas kakak puan melainkan jika mereka ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam, mereka akan dibawa ke Mahkamah untuk proses pendakwaan.

Sekian terima kasih.

Wassalam.
Balas
# Bskfarina Balqis 2010-12-23 11:46
1.Bagaimana ingin membuat permohonan?
2.Apakah dukumen yg di perlukan?
3.Bagaimana ingin mendapatkan salinan perintah jika saya tidak memilikinya?
4.apakah proses selanjutnya?
5.jika pihak biro guamanan menyatakan salinan perintah telah tersenarai dlm proses pelupusan apakah pihak mahkamah masih menyimpankannye..
Balas
# Re : BSKPanel Pertanyaan@Web MSNM 2011-01-03 09:31
Terima kasih di atas pertanyaan tersebut.

1. Untuk membuat permohonan, puan boleh hadir ke Bahagian Sokongan Keluarga di Aras 2, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan berjumpa dengan kakitangan berkenaan. Puan akan dikehendaki mengisi borang maklumat diri untuk pendaftaran fail.

2. Dokumen yang paling penting sekali adalah puan telah memperolehi Perintah Mahkamah / Salinan berkaitan dengan Nafkah Anak sahaja. Selain daripada itu puan perlu menyertakan sekali :
i. Salinan Kad Pengenalan Plaintif
ii. Salinan Kad Pengenalan Defendan (Jika Ada)
iii. Salinan Surat Beranak / Kad Pengenalan Anak
iv. Salinan Slip Gaji Plaintif dan Defendan (Jika Ada)

3. Puan boleh mendapatkan Perintah Mahkamah di Kaunter Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan mengisi borang yang berkaitan.

4. Proses selanjutnya selepas pendaftaran kes puan, pihak BSK akan mengeluarkan Notis Kehadiran bagi Unit Khidmat Nasihat Perundangan di mana Plaintif dan Defendan dikehendaki hadir di hadapan Pegawai BSK untuk membincangkan kes tersebut dan mendapatkan persetujuan suami supaya membayar nafkah anak. Jika suami enggan atau tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah di bawah BSK akan menyediakan dokumen dan menyerahkan kepada Jabatan Bantuan Guaman untuk difailkan di Mahkamah bagi tindakan selanjutnya.

5. Puan boleh rujuk kepada Pihak Mahkamah untuk memastikan samada perintah tersebut masih ada atau tidak.

Sekian, Terima Kasih.
Balas
# bagaimana...MARDHIANA MOHAMAD 2010-12-23 11:46
Assalamualaikum... saya ingin bertanya...bagaimana memohon proses bercerai secara tertutup? Saya akan menjalani proses perceraian dan saya ingin dilakukan secara tertutp...boleh ke?
Balas
# Re : bagaimana...Panel Pertanyaan@Web MSNM 2010-12-24 09:32
Waalaikumussalam Puan,

Terima kasih atas persoalan yang diberikan. Berhubung dengan soalan tersebut, prosiding perceraian akan diadakan dalam Mahkamah Terbuka (Open Court). Namun sekiranya pihak-pihak atau salah satu pihak memohon kepada Hakim untuk membuat secara tertutup dengan memberikan alasan yang munasabah, Hakim perlu meneliti sebab-sebab kenapa Puan memohon sedemikian. Secara keseluruhannya ia adalah tertakluk kepada budi bicara Hakim.

Sekian terima kasih.
Balas
# MENCARI KEPASTIAN.RASHID 2010-12-23 11:46
1. sy ingin bertanya, sekiranya pihak isteri mohon untuk bercerai tetapi si suami tidak mahu dan terus berkeras tidak mahu menceraikannya, apakah pihak isteri akan mendapat apa yg dihajatinya? adakah perceraian tersebut tetap akan berlaku? walaupun si suami tidak melafazkan cerai.

2. sekiranya terdapat permohonan perceraian oleh pihak isteri dan si isteri tidak pulang-pulang ke rumah, adakah si isteri itu nusyuz? dan apakah cara untuk membuatkn si isteri pulang ke rumah sedangkan pernikahan tersebut masih sah. adakah perintah mahkamah? terima kasih
Balas
# Re : MENCARI KEPASTIANPanel Pertanyaan@Web MSNM 2010-12-23 14:38
Penceraian boleh dipohon kepada mahkamah oleh kedua-dua pihak samaada suami atau isteri.

1. Dalam penceraian biasa (talaq) sekiranya defendan tidak bersetuju untuk bercerai, pemohon hendaklah membuktikan kepada mahkamah melalui keterangan dan bukti yang mencukupi bahawa wujud pecah belah dalam rumahtangga yang dibina. Sekiranya mahkamah mendapati bahawa perkahwinan pihak-pihak masih boleh diselamatkan, Mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai bagi mencari jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, sekiranya mahkamah mendapati sentiasa berlaku perbalahan (Shiqaq), Majlis Hakam akan dilantik. Pada peringkat ini, sekiranya suami masih enggan menceraikan isteri walaupun setelah melalui proses Jawatankuasa Pendamai, mahkamah boleh memberi kuasa kepada Hakim untuk memerintahkan penceraian.
Proses ini tidak sama dengan permohonan penceraian atas sebab pelangaran ta'liq perkahwinan atau fasakh. Hakim dalam kes ini boleh mensabitkan penceraian diantara pihak-pihak. Sekiranya dapat dibuktikan bahawa suami melanggar ta'liq tersebut atau alasan-alasan membolehkan fasakh disabitkan. Dalam hal ini, kuasa membatalkan pernikahan pihak-pihak adalah Hakim Mahkamah Syariah.

2. Seorang isteri boleh disabitkan Nusyuz oleh mahkamah sekiranya dia enggan (dengan tidak munasabah) menurut kemahuan atau perintah suaminya. Antaranya, menjauhkan diri daripada suaminya, meninggalkan rumah suaminya atau enggan berpindah bersama suaminya. Kesan kepada sabitan Nusyuz oleh mahkamah ialah isteri tidak berhak mendapat nafkah dalam tempoh Nusyuz tersebut. Walaubagaimanapun, isteri tidak lagi menjadi Nusyuz selepas sahaja dia bertaubat dan kembali menurut perintah atau kemahuan suami.
Sekiranya isteri enggan menurut perintah atau kemahuan suami walaupun selepas disabitkan Nusyuz oleh mahkamah, pihak suami bolehlah memohon perintah tuntutan isteri kembali taat daripada mahkamah.
Balas
# Kawan MuallafFARA 2010-11-22 15:23
Salam,

Saya ada seorang kawan muallaf yang telah bercerai dgn isterinya. Kawan saya itu merupakan bangsa Cina manakala bekas isterinya berbangsa Melayu maka jagaan anak terletak pada bekas isterinya. Yang menjadi permasalahan disini ialah bekas isterinya tidak membenarkan die menjenguk anak seperti yang telah dipersetujui oleh mahkamah pada suatu ketika dahulu. Bekas isterinya telah melarikan anaknya tanpa diketahui dimana tempat. Kawan saya itu juga tidak dapat menghubungi bekas isterinya walaupun melalui telefon.. Kawan saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.Harap pihak mahkamah dapat memberi jalan bagi menyelesaikan masalah ini.Sekian, terima kasih
Balas
# Re : Kawan MuallafPanel Pertanyaan@Web MSNM 2010-11-23 00:14
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Terima kasih di atas soalan yang ditujukan dan jawapan atas persoalan
yang diutarakan adalah seperti berikut:-

1) Jika telah terdapat PERINTAH AKSES (Lawatan) ke atas
anak tersebut sebelum ini, kawan anda boleh membuat permohonan untuk penguatkuasaan perintah
terhadap perintah yang telah dikeluarkan tersebut di Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut
agar pihak bekas isteri tidak ingkar perintah kerana jika ingkar, perintah pengkomitan boleh
dikeluarkan; atau

2) Kawan anda juga boleh membuat permohonan untuk ubah perintah akses ke atas
anak tersebut di Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut dengan memberikan alamat terakhir
bekas isteri atauu mana-mana alamat yang terkini untuk beliau hadir ke Mahkamh;dan

3) Mahkamah
boleh memerintahkan untuk mana-mana agensi (seperti JPN atau KWSP) memberikan alamat terkini bekas
isteri tersebut semasa prosiding jika apa-apa permohonan samaada pelaksanaan perintah atau ubah
perintah difailkan di mahkamah oleh pemohon.


Jika ada masalah selanjutnya sila berhubung terus
dengan pihak kami.

Sekian terima kasih.
Balas
# Permohonan Cerailin 2010-11-22 15:23
Assalamualaikum..

Saya sudah berkahwin selama 8 tahun...bernikah di negeri 9 dan ic n9.walaubagaimanapun sekarang s menetap di jasin.soalan saya ialah jika saya ingin mengajukan permohonan cerai secara baik adakah saya perlu pergi ke makhkamah syariah jasin?berapa lama prosedur?adakah saya wajib melantik peguam?adakah perlu melalui jabatan agama Islam.Utk pengethaun tuan, s tidak mahu melakukan proses perbincangan krn tidak ada persefahaman lg dgn suami.terima kasih
Balas
# Re : Permohonan CeraiPanel Pertanyaan@Web MSNM 2010-11-22 16:18
Assalamualaikum,

Puan,

Terima kasih atas persoalan yang diutarakan,

Jawapan terhadap persoalan puan adalah seperti berikut:-

1) Mahkamah Jasin berbidangkuasa untuk mendengar kes puan jika puan memfailkan permohonan cerai kerana puan menetap dan bermaustautin di daerah Jasin;

2) Puan berhak memfailkan permohonan cerai secara baik di Mahkamah sekiranya pihak suami setuju untuk melafazkan cerai di hadapan Hakim. Jika sebaliknya, pihak puan boleh memfailkan permohonan cerai secara taklik atau fasakh atau khuluk bergantung kepada sebab puan memohon cerai;

3)Permohonan akan diberikan tarikh sebutan dalam masa 21 hari daripada tarikh pemfailan dan perjalanan prosiding adalah bergantung kepada kerjasama serta kehadiran pihak-pihak dan saksi-saksi yang dikemukakan.

4) Puan boleh membuat permohonan sendiri namun puan digalakkan untuk melantik mana-mana peguam dari Jabatan Bantuan Guaman (jika puan memenuhi syarat yang ditetapkan) atau swasta untuk mewakili puan di dalam permohonan cerai tersebut demi melicinkan prosiding mahkamah;

5) Puan boleh merujuk kepada pejabat agama untuk sessi kaunseling bagi kedua-dua pihak jika berpendapat bahawa perkahwinan puan oleh diselamatkan.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pihak kami atau hadir ke Mahkamah untuk maklumat yang terperinci.

Sekian terima kasih
Balas
# Sijil FaraidMOHD ALAKHIR 2010-11-12 10:53
1. Apakah prosedur bagi mendapatkan sijil faraid dari Mahkamah Syariah?
2. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada mahkamah bagi tujuan mendapatkan sijil faraid?
3. Berapa lamakah masa yang diambil oleh mahkamah untuk memproses/mendengar permohonan bagi mendapatkan sijil faraid?
4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya permohonan bagi mendapatkan sijil faraid telah berlanjutan selama lebih dari 3 atau 4 bulan?
Balas
# Re : Sijil FaraidPanel Pertanyaan@Web MSNM 2010-11-15 17:06
Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan bagi pertanyaan pihak tuan adalah seperti berikut :

1. Permohonan boleh dibuat di kaunter Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan mengisi dengan lengkap borang permohonan. Borang boleh diperolehi melalui laman web ini.
2. Senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan juga terdapat di dalam laman web ini bahagian muat turun borang.
3. Tempoh penyelesaian kes Faraid bergantung kepada keterangan pihak tuan dan saksi-saksi serta dokumen sokongan yang dilampirkan.
4. Kes perbicaraan Faraid akan didengar dalam tempoh 21 hari selepas kes didaftarkan. Kelewatan kes diselesaikan adalah disebabkan oleh kegagalan pihak-pihak mengemukakan saksi dan dokumen yang berkaitan. Bagi melancarkan kes supaya tidak berlarutan, tuan dinasihatkan mematuhi prosedur mahkamah dan hadir pada tarikh yang ditetapkan.
Balas
# Tanah PusakaNina Valencia 2010-11-04 11:37
Saya seorang warganegara Malaysia berbangsa cina dan ingin mendapat jawapan bagi soalan-soalan saya.

Arwah Datuk saya mempunyai tanah pusaka yang tidak di buat wasiat oleh arwah Nenek Moyang dia dan di dapati sebidang tanah yang terletak di Melaka milik keluarga beliau.

Dipendekkan cerita, pakcik saya (adik emak saya) telah berusaha dan membuat kajian terperinci, akhirnya tanah tersebut telah dapat menjadi milik keluarga kami dan pembahagian harta telah di buat sama rata dengan adik-beradik yang lain sebanyak lima orang atas tanah yang bernilai RM750,000.00.

Datuk saya mempunyai seorang adik yang telah lama meninggal dan nama beliau juga ada dalam geran tersebut. Beliau telah menjadi arwah juga. Beliau telah berkahwin suatu masa dahulu tetapi telah bercerai hidup selepas itu.

Mengikut undang-undang,sekiranya mereka telah bercerai, isteri simati tidak berhak untuk menuntut. Sebelum itu, peguam yang mengambil kes ini telahpun membuat iklan supaya isteri simati datang menuntut tapi tiada siapa yang datang menuntut. Pembahagian harta telah di buat pada September tahun 2008 dan notis telah di keluarkan 6 bulan lebih awal sebelum pembahagian dibuat.

Mengikut peguam, dia tidak boleh keluarkan hak simati kepada pewaris kerana takut isteri simati akan datang tuntut dan telah mengeluarkan notis sekali lagi. Akhirnya desas desus menceritakan tiada siapa yang datang menuntut.

Jadi persoalannya, siapa yang berhak mendapat bahagian tersebut?? Datuk saya dengan adiknya adalah adik beradik kandung yang satu emak dan ayah, jadi harta itu harus jatuh kepada Datuk saya dan bila Datuk saya dah tiada, maka anak-anak beliau yang patut mewarisinya, bukan sebab adik arwah Datuk saya tidak mempunyai seorang anak..

Jadi, saya ingin mendapat jawapan dari seseorang yang boleh membantu saya dalam hal ini....
Balas
# isteri nusyuzrazali 2010-11-04 11:34
Saya telah mendirikan rumah tangga hampir 20 thn. Masaalahnya isteri sya telah meninggalkan saya dan balik kerumah org tuanya di sabah dari thn 2006 hingga sekarang ini tanpa khabar berita. Sebagai seorang suami apakah tindakan yang patut saya lakukan atau apakah langkah yang perlu saya ambil? Atau adakah melafazkan cerai didalam mahkamah sudah mencukupi? Perlukan saya membayar edah ataupun mutaah?
Balas
# sah atau tidak pernikahansiti aishah 2010-11-04 11:33
Pada tahun 1990 seorang lelaki telah ditundukkan oleh seorang perempuan dengan ilmu hitam hingga membelakangkan ibunya yang sangat disayangi agar bernikah(tak pasti tetapi keluarga perempuan memang mengamalkan amalan berubat tradisional contohnya menangkap jin). Malah si lelaki sendiri tidak pasti sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak semasa dinikahkan. Dalam pernikahan itu dia sendiri tidak kenal siapa saksi-saksi dalam pernikahan tersebut. Tetapi menurut lelaki terbabit pernikahan itu dilakukan di pejabat agama sibu sarawak. Bagaimanakah status sebenar pernikahan sedemikian. Setelah dinikahkan, lelaki tersebut di bawa oleh wanita terbabit ke rumah keluarganya. Di dalam rumah tersebut dia dinikahkan sekali lagi oleh bapa wanita terbabit. Menurut lelaki terbabit, bapa wanita tersebut mengatakan saksi pernikahan mereka ialah 2 malaikat kiri kanan disaksikan ibu isteri. Setelah pulang haji dan memohon doa didepan kaabah, mereka bercerai kerana isteri lari beberapa kali dari rumah (pada tahun 2004)Semua anak dipelihara oleh suami sejak bercerai kerana bekas isteri berkahwin lain sabaik saja bercerai. KINI TAHUN 2009 BEKAS ISTERI MENUNTUT ANAK DAN MUTAAH RM50 RIBU DI MAHKAMAH SYARIAH MELAKA. APA TINDAKAN SEWAJARNYA TUAN?
Balas
# hak si anakeyra 2010-11-04 11:33
saya ingin tanya hak seorang anak yang umurnya baru menjangkaui 12 - 16 tahun...anak ini telah kematian bapanya awal tahun ini...bolehkah si anak memilih untuk tinggal dengan siapa?CONTOHNYA sama ada dengan ibunya atau mak ciknya...

terima kasih..
Balas
# faraqhnajihah 2010-11-04 11:32
salam..saya ingin bertanya boleh kah satu pernikahahan dibatalkan oleh wali yang sah apabila di dapati anak perempuannya telah bernikah dengan seorang lelaki di narathiwat..dan masalahnya mereka telah melakukan hubungan intim tetapi didapati si perempuan tidak lagi mengandung.
Balas
# RujukNorazah 2010-11-04 11:07
Apakah syarat sah rujuk? Adakah sah rujuk jika suami hanya menyatakan \'aku rujuk akan dikau\' tanpa kehadiran saksi semasa dalam edah dan kemudian melakukan hubungan suami isteri ?
Balas
# Pengesahan ceraiNorazah 2010-11-04 11:07
Saya ingin mendaftarkan pengesahan cerai. Suami telah melafazkan talak, kemudian rujuk dan melafazkan talak untuk kali kedua. Kesemua ini dilakukan di luar mahkamah dan rujuk dilakukan semasa dalam edah. Adakah saya perlu membawa sekali semua borang (pengesahan cerai 1, pengesahan rujuk , pengesahan cerai 2) semasa mendaftar di mahkamah atau hanya membawa pengesahan cerai 1 sahaja? Terima kasih.
Balas
# poligamimama g 2010-11-04 10:55
assalamualaikum w.b.t.
suami telah bernikah d perak tahun 2006,selepas bernikah dlm masa 2 bln pihak jbtan agama ada mmbuat serbuan di rumah die dgn isteri yang baru tp sijil nikah d ragui dan kes mahkamah sebanyak 2 kali masih tdk hadirkan diri,skrg isteri barunye telah pun mengandung soalan saya adakah pernikahan mereka sah dan anak yang bakal lahir itu bolehkah di bin @ di bintikan oleh nama suami
Balas
# musykilsyahrul 2010-11-04 10:50
saya telah bercerai pada 4.3.2009 dalam tempoh idah bekas istri bersalin dansaya ragu 4bulan sebelum bercerai istri membritahu makhamah dia tidak mengandung dan suci haid.sbelum bercerai bekas istri ambil keputusan keluar dengan lelaki lain tanpa kebenaran suami,adakah anak yang dikandung nya anak saya atau bukan
Balas
# INGIN DAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH ANAK KEMBALI BERSMOHD RAZALI BIN YUSUP 2010-11-04 10:45
Assalamualaikum,

Saya telah kematian isteri tahun 2001.Anak saya, saya nak jaga selepas kematian isteri tidak di beri oleh mentua perempuan saya alasan terlalu sayangkan arwah dan pengganti sementara waktu biarlah dia jaga dan pastikan pembelajaran anak saya cemerlang dan berjaya.Tetapi selepas UPSR anak saya gagal dalam pencapaian beliau dan tidak cemerlang.Kini saya telah menyokolahkan beliau di melaka tinggal bersama saya.Akibat terlalu rindu opah dia,beliau lari dan tidak bersekolah.
Sebelum itu, sesekali kala saya memberi anak saya bercakap melalui tel.Opahnya meracuni ayat-ayat seperti kamu x sayangkan opah,rindu opah,tinggallah opah seorang-seorang.

Saya ingin mendapatkan surat perintah anak saya ini kembali bersekolah dan memerintahkan anak saya tinggal bersama saya demi kemerlangan diri nya sebagai lelaki di kemudian hari yang memikul tanggungjawab besar pada dirinya dan masa depannya berbandingkan anak perempuan.

Tolong SEGERA bantu saya dalam hal ini.

Sekian,

Wassalam..
Balas
# Ceraishikin 2010-11-04 10:40
Salam ....

Saya ingin bercerai dengan suami. Apa tindakan yang perlu saya buat?
Balas
# faraidfarid 2010-11-04 10:40
assalamualaikum..

datuk saya ingin membuat wasiat..tetapi ayah saya musykil adakah anak2 arwah adik ayah saya dapat..kerana mengikut percakapan datuk saya, beliau tidak beshasrat untuk memberi pada anak2 arwah adik ayah saya (cucu2 lelaki). kerana kasihankan anak2 arwah adik, ayah saya igin tahu hak2 mereka sebelum berunding dengan datuk..
soalan saya ialah apakah hak anak2 arwah adik ayah saya dalam hukum faraid?
Balas
# Penjelasan Hak Jagaan di dalam Majlis Sulhhaziyati 2010-11-04 10:39
Assalamualaikum.

Saya telah menghadiri majlis sulh yg diadakan tahun lepas.

1. Hak jagaan anak saya perolehi. Lawatan/bermalam diberikan pada bapa. Jika si anak berumur 9 thn (lelaki) enggan mengikut bapanya utk bermalam dan membuatkan bapa marah serta memaksa. Dari segi hak adakah saya boleh menghalang dan bapa mempertikaikan serta mengugut kerana saya tidak memberikan kerjasama utk membawa hal ke mahkamah dari segi haknya.

2. Bekas suami juga ada tidak memberikan kerjasama iaitu ada tunggakan nafkah tidak berbayar pada awal persekolahan dan hujung bln 12 di mana untuk saya ketengahkan hal ini utk diambil tindakan?
Balas
# talakanwar hashim 2010-11-04 10:39
saya dan isteri telah bergaduh kerana saya telah berjumpa dengan bekas teman wanita saya.untuk meredakan kemarahannya saya telah berjanji jika saya berjumpa lagi dengan bekas teman wanita jatuh satu talak keatasnya.adakah jatuh talak ke atas isteri saya kalau saya berjumpa lagi bekas teman wanita saya itu?
Balas
# Ketua Pendaftar 2014-04-16 13:03
Assalamualaikum wrm. wbt en. Anwar Hashim,

Terima kasih atas pertanyaan tuan,

Sukacita saya memaklumkan bahawa lafaz talak yang dikaitkan dengan sesuatu janji atau perbuatan merupakan lafaz talak yang dibuat secara taklik. Lafaz talak akan jatuh sekiranya berlaku perkara yang telah ditaklikkan dan lafaz tersebut adalah mengikat sampai bila-bila selagi masih dalam tempoh perkahwinan dengan isteri yang ditaklikkan.

berdasarkan lafaz yang telah dibuat oleh pihak tuan, jelas bahawa lafaz talak tersebut telah dibuat secara taklik iaitu \" jika saya berjumpa lagi dengan bekas teman wanita jatuh satu talak ke atasnya\". Lafaz ini merupakan lafaz sarih kerana terkandung perkataan talak dan akan jatuh satu talak jika pihak tuan berjumpa dengan bekas teman wanita. Justeru itu, untuk mengelakkan perkara jatuh talak, pihak tuan dinasihatkan supaya tidak berjumpa dengan bekas teman wanita.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku hal sedemikian pihak tuan hendaklah merujuk kepada Mahkamah Syariah sama ada jatuh atau tidak talak kerana kuasa untuk menentukan sama ada jatuh atau tidak adalah terletak pada Hakim Syarie. hakim Syarie akan meneliti kesemua keterangan pihak-pihak sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sekian, terima kasih.
Balas
# faraidalina 2010-11-04 10:38
Assalamualaikum..

Ibu saya meninggal dunia pada tahun 1990 manakala ayah kepada ibu saya pula meninggal dunia pada tahun 1992. Adik beradik arwah ibu saya ada 12 orang (4 perempuan & 8 lelaki)
Ada berlaku penjualan tanah (harta atas nama arwah atuk saya) oleh adik beradik arwah ibu pada tahun 2010. Apakah hak saya dan adik beradik saya sebagai waris arwah ibu saya ke transaksi hasil jualan tanah tersebut?

Mohon mendapat penjelasan. Sekian.
Balas
# Minta Rujukan bagi Kes iniHawaziah 2010-11-04 10:37
Saya telah terlanjur dengan bekas teman lelaki dan kini telah berpisah selama hampir 3 bulan. Saya telah bertaubat dan sudah lebih dari 6 bulan meninggalkan perkara terkutuk ini. Masalah ini telah saya ajukan pada JAIS dan saya diminta melupakan perkara ini dan kembali ke pangkal jalan namun tiada sebarang bantuan dari segi didikan dan kelas agama diberikan pada saya.

Saya juga ada bertanyakan jika terdapat sebarang tindakan yang dapat diambil pada bekas teman lelaki supaya dia tidak mengulangi perkara ini pada perempuan muslim yang lain, namun pihak JAIS memberitahu saya bahawa perkara ini luar dari bidang kuasanya. Disini saya ingin tekankan bahawa, saya tidak mahu bekas teman lelaki terlepas begitu sahaja. Sejak dari mula \'keterlanjuran\' ini berlaku, saya mengalami gangguan emosi yang teruk dan fobia. Saya telah berjumpa dengan psikatrist dan kini(berulang-alik) mendapat rawatan di Hospital Pakar Sg. Buluh.

Apa yang saya ingin tanyakan disini, apakah tindakan yang dapat diambil terhadap bekas teman lelaki? Saya juga bersedia terima dan bertanggungjawab terhadap kesalahan saya ini dan segala outcome kes ini. Minta e-mail kan jawapan kepada saya di hawaziah@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih.
Balas
# Tuntutan Selepas Perceraianrahimah abdullah 2010-11-04 10:36
Saya telah bercerai dgn suami di MRS Alor Gajah secara lafaz talaq. Bekas suami telah tidak memberikan kami nafkah bulanan. Mahkamah juga tidak memerintahkan nafkah say dan anak-anak pada sessi perceraian. Bagaimana / apa prosidur yg membenarkan saya membuat tuntutan demi anak terbela. Tolong lah saya. Terima kasih
Balas
# Ketua Pendaftar 2014-04-16 13:02
Terima kasih puan Rahimah Abdullah atas persoalan yang dikemukakan,

Sukacita saya memaklumkan bahawa sekiranya semasa penceraian tiada apa-apa terma yang dipersetujui berkaitan dengan nafkah atau tuntutan lain, pihak puan bolehlah mengemukakan permohonan baru di Mahkamah Syariah Alor Gajah atau dimana tempat puan tinggal. Seterusnya, MRS akan memanggil pihak puan dan bekas suami bagi menentukan kadar nafkah sama ada melalui perbicaraan ataupun persetujuan kedua-dua pihak.

Kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan suami dan keperluan anak-anak.

Jika pihak puan masih tidak berpuashati dengan penerangan saya ini, pihak puan boleh terus ke kaunter MRS untuk mendapatkan penjelasan.
Pihak kami bersedia memberikan bantuan kepada pihak puan.

Terima kasih.
Balas
# Peguam Syar\'ieummu aiman 2010-11-04 10:35
Assalamualaikum,

Tuan,

Saya pemegang LLB dan LLB_Syariah daripada Universiti Islam Antarabangsa.

Saya ingin bertanya, bagaimanakah saya ingin memohon untuk menjadi peguam syar\'ie di Melaka?

Terima kasih.
Balas
# Ketua Pendaftar 2014-04-16 13:01
W.salam ummu aiman,

Terima kasih atas pertanyaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami sentiasa mengalu-alukan permohonan puan untuk menjadi Peguam Syarie bagi negeri Melaka.

Berdasarkan kepada amalan dan peruntukan undang-undang, sesuatu permohonan Peguam Syarie mestilah melalui permohonan yang dibuat oleh seseorang dan setelah dibayar fee yang telah ditetapkan. Borang permohonan boleh didapati di Mahkamah Syariah Melaka mahupun melalui laman web Mahkamah Syariah negeri Melaka. Seterusnya permohonan tersebut akan diproses dengan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Peguam Syarie yang akan mengadakan ujian secara bertulis dan setelah lulus akan dipanggil semula bagi tujuan ujian bertulis. Sekiranya seseorang telah memiliki sijil peguam syarie dari negeri lain, Jawatankuasa boleh mengecualikannya daripada ujian bertulis dan terus kepada ujian lisan.

Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut barulah seseorang itu akan diterima sebagai Peguam Syarie bagi negeri Melaka.

Diharap jawapan saya ini dapat membantu puan dan sebarang kemusykilan dan bagi penerangan lanjut bolehlah berhubung dengan Mahkamah Syariah negeri Melaka.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Pendaftaran Nikah Luar NegaraDin 2010-11-04 10:33
Assallammualikum Tuan,

Di sini saya ingin bertanya beberapa soalan tentang bagaimana cara untuk mendaftarkan nikah yang dijalankan diluar negara. Untuk makluman Tuan saya telah mempunyai isteri dan pernikahan kedua saya ini dengan seorang janda :-
1. Dokumen apa yang perlu dibawa semasa proses pendaftaran
2. Berapakah denda yang akan dikenakan
3. Berapa lamakah proses penddaftaran
4. Bagaimana proses pendaftaran dijalankan dari mula hingga selesai.

Diharap pihak Tuan dapat memberikan penjelasan yang terperinci bagi memudahkan saya untuk mendaftarkan pernikahan di Malaysia.

Kerjasama Tuan amat dihargai.

Sekian Terima kasih
Balas
# prosedur rujukosman 2010-11-04 10:33
Assalammualaikum... sy ingin bertanya mengenai rujuk. Seorang rakan sy tlh menceraikn isterinya melalui sms. Pemohonan tuntutan cerai tlh pn dibuat. selepas 2 minggu rakan sy ingin rujuk smula dgn isterinya sblm tarikh perbicaraan di mahkamah. Pegawai di pjbt agama menyatakan pd rakan sy yg dia tidak boleh rujuk isterinya sblm perbicaraan di mahkamah. Rakan sy telah pn mengaku memang beliau berniat menceraikan isterinya pd ketika itu. Soalan sy, knp ini blh berlaku? Bukankah proses rujuk blh dilakukan pd bile2 mse dlm tempoh eddah? Harap tuan dpt jelaskn... terima kasih
Balas
# Pernikahan antara dua negaraRehana Nabiwullah 2010-11-04 10:33
Assalammualaikum,

Saya adalah seorang warga Singapura. Saya ingin tahu bolehkah suami saya bernikah dengan warga Malaysia tanpa surat pengesahan status dari Registry of Muslim Marriages di Singapura. Penting sekali bagi saya mengetahuinya kerana mereka sudah lama menjalinkan hubungan intim bilamasa wanita itu datang ke Singapura. Penting juga bagi saya mengetahui status mereka kerana ini akan menjejas keputusan saya dan anak-anak.
Kalau mereka dibenarkan bernikah, bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang pernikahan mereka.

Terima Kasih terlebih dahulu diatas pertolongan yang akan diberikan.

Wassalam

PS: Saya letak \"notify\" kerana pada pendapat saya, tuan akan menjawab soalan saya melalui email saya.
Balas
# Prosedur perceraiaanalisa 2010-11-04 10:31
salam,

Sy telah brkahwin 9 thn dikurniakan sepsang anak. masalh rmhtgga sy adalah sikap suami yg ego, panas baran. Tiada mslah ttg tanggungjwb makan pakai nafkah trhdp anak2 dan sy.
Sy amat trtekan dgn sifat cepat marah suami, pantang sy buat silap sikit, dimarah dan dimaki hamn sy. Sy rasa diri x dihargai, x disayangi.
Suami sering membandingkan kelemahan sy dgn kelebihan isteri org lain. Sy terkilan dan pendam rasa. Sy x pernah bandingkan suami sy dgn org lain khuatir trsingkap lebih byk bururk dr baik dan kesannya lebih teruk.Sy bekerja bersama suami memandangkn kami menguruskan bsnes brsama mnjadikan kkami kerap brtengkar hal kerja.
Lebih mnyakitkan hati bila suami melayan org luar lebih baik,lembut dr melayan atau brckp dgn sy. Wlupun dia \'bad mood\' tp dgn org lain blh brckp baik2, dgn sy ditengking herdik.
Dah byk kali kami berbincang krna seboleh mungkin sy ingin prtahnkan rmhtgga ini. tapi stiap kali bincang, dia akn menengking mnjerit2 maki hamun, sy jd buntu.
klu dia ok pn masa bincang tu, dia akan minta maaf, tp lepas tu, trjadi lg perkara yg sama.
Sy dah byk brsabar, dan kali ini sy ingin bercerai tetapi dgn cara yg betul dan baik. Sy masih sygkan suami tp sy sprti zalimi diri sndirir bila biarkan suami perlakukan sy x umpama sprti isteri.
Sy perempuan biasa,perlukan perhatian kasih sayang belaian. Sy hrp pihak Tuan/Puan dpt beri sedikit komen dan langkah2 yg betul prosedur perceraian.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 12:55
Waalaikumussalam Wrt Wbt

Puan, kami amat memahami situasa dan masalah puan.

Kami merasakan punca utama masalah puan adalah masalah komunikasi. Sebagai suami isteri, kedua-dua pihak perlu bertolak ansur dan ada \"give and take\".

Sebagai langkah awal,puan boleh menghadiri sessi kaunseling di pejabat agama untuk memperbaiki hubungan suami isteri. InsyaAllah berkat kesabaran puan, rumahtangga puan masih boleh diselamatkan.

Namun sekiranya perceraian adalah jalan terakhir, puan boleh menuntut perceraian secara baik di Mahkamah dengan memfailkan tuntutan perceraian dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang tertentu (sila rujuk borang-borang di dalam laman web ini). (Sekiranya pihak suami bersetuju dengan perceraian tersebut).

Sekiranya suami puan tidak bersetuju, puan berhak untuk memfailkan permohonan fasakh dan dinasihatkan puan menggunakan khidmat peguam.

Adalah dinasihatkan puan terus berusaha untuk memperbaiki hubungan suami isteri demi kebaikan puan dan anak-anak.

Sekian terima kasih.
Balas
# PENCERAIANima zuraima 2010-11-04 10:31
SALAM.SAYA INGIN BERTANYA
1)SURAT CERAI SEKIRANYA PIHAK LELAKI AMBIL DAN BILA ISTERI MINTA LELAKI ITU TIDAK BERIKAN KERJASAMA.BAGAIMANA UTK MENDAPAT KAN SURAT TERSEBUT.ADAKAH SURAT CERAI ITU HANYA DI BERIKAN SATU SALINAN SAHAJA.
2)BERAPA LAMA SURAT CERAI ITU BOLEH SIAP.
3)CONTOH SAYA BERCERAI DI MAHKAMAH SYARIAH MELAKA.DI MANA SAYA AKAN MENGAMBIL SURAT CERAI ITU.
4)ADAKAH SELEPAS KAMI BERCERAI DI HADAPAN HAKIM,MASALAH BERBANGKIT TAK AKAN TIMBUL SEPERTI HARTA SEPENCARIAN.
5)BAGAIMANAKAH SAYA SEBAGAI ISTERI UNTUK MENUNTUT HARTA SEPENCARIAN DAN BERAPA YANG MESTI DI BAYAR UNTUK BUKA FAIL.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 12:43
Waalaikumussalam Puan,

Terima kasih atas soalan yang ditujukan,

Bagi soalan 1,2, dan 3, puan boleh merujuk kepada Jabatan Agama Islam kerana proses untuk mendapatkan surat cerai di bawah bidangkuasa Jabatan Agama Islam Melaka.

Uuntuk Soalan 4 dan 5, harta sepencarian boleh difailkan selepas perceraian oleh kedua-dua pihak. Sebagai bekas isteri, puan boleh memfailkan harta sepencarian dengan menggunakan khidmat peguam atau sendiri dengan mengemukakan dokumen-dokumen tertentu (sila rujuk borang-borang di dalam laman web ini) ke Mahkamah.

Adalah dimaklumkan bahawa tuntutan harta sepencarian adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, maka jumlah pemfailan tuntutan adalah sebanyak RM50.00.

Sebarang maklumag lanjut, sila hadir sendiri ke Mahkamah atau menghubungi Mahkamah.


Sekian terima kasih.
Balas
# PertanyaanAzman Bin Ab Rahman 2010-11-04 10:27
Saya seperti nama diatas ingin mengajukan soalan berkenaan perundangan berkaitan nafkah anak & harta pencarian.

Saya berkahwin pada 2000 dan bercerai pada 2005 serta mempunyai anak 3 org.Selama ini saya membayar nafkah anak Rm 450 sbulan tanpa henti.Soalan saya..adakah saya boleh memohon pengurangan bayaran nafkah kepada RM 300 kerana berdasarkn kemampuan saya ketika ini.

Soalan kedua ..Boleh kah saya failkan tuntutan harta pencarian dan adakah isteri layak menerima harta tersebut walaupun dia(isteri) tidak berkerja sepanjang perkahwinan saya dengan dia ?
Balas
# Re : PertanyaanPanel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 12:43
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Encik Azman,

1) Berkenaan pengurangan bayaran nafkah, encik boleh
membuat permohonan untuk mengubah perintah nafkah tersebut dengan mengemukakan alasan yang munasaba
berkaitan ketidakmampuan encik. Tuntutan untuk ubah perintah akan diagihkan ke Majlis Sulh.

Di
dalam majlis tersebut persetujuan kedua-dua belah pihak perlu diperolehi bagi pengurangan nafkah
tersebut. Namun sekiranya persetujuan tidak boleh dicapai, kes ini akan dibicarakan di hadapan Hakim
dan encik perlu membuktikan ketidakmampuan encik.

2) Sekiranya terdapat harta yang diperolehi
dalam tempoh perkahwinan, harta tersebut boleh dituntut oleh kedua-dua pihak walaupun tiada
sumbangan secara langsung daripada pihak isteri. Ini kerana isteri dikira memberi sumbangan secara
tidak langsung dengan cara menjaga kebajikan, makan, minum, dan pakai encik dan anak-anak semasa
dalam perkahwinan.

Hakim akan memberikan bahagian pihak-pihak mengikut keterangan dan sumbangan
kedua-dua belah pihak.

Terima Kasih.
Balas
# KELIRUSUHAILI 2010-11-04 10:26
SAYA TELAH BERKAHWIN SELAMA 6 TAHUN DAN MEMPUNYAI 2 ORANG ANAK. MASALAH SAYA SEKARANG, SAYA TIDAK PERNAH MERASA BAHAGIA DENGAN ERTI KATA LAIN TIADA KESERASIAN ANTARA KAMI. SAYA TELAH BERBINCANG DENGAN SUAMI UNTUK BERPISAH DENGANNYA SECARA BAIK. SEKIRANYA BELIAU BERSETUJU APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK PROSES SETERUSNYA?
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 12:32
Waalaikumussalam Wrt Wbt,,

Puan,

Untuk pengetahuan puan, perceraian bukan cara penyelesaian yang terbaik. Sekiranya masih boleh diteruskan, puan dan suami perlu bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan.

Namun sekiranya pihak suami bersetuju untuk bercerai, puan boleh memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 di mana segala informasi berkaitan permohonan tersebut, puan boleh ,melayari laman web ini di bahagian Borang-Borang.

Setelah borang diisi sebagaimana yang dipohon, puan boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah dan pihak suami perlu hadir untuk memberikan persetujuan dan melafazkan di hadapan Hakim.

Di samping itu, puan boleh berbincang dengan pihak suami untuk mendapatkan persetujuan berkenaan tuntutan nafkah anak, eddah, mutaah dan hak penjagaan anak di hadapan Hakim semasa perceraian tersebut. Namun sekiranya tiada persetujuan pada waktu itu, puan masih boleh memfailkan kemudian.

Adalah dinasihatkan puan mendapatkan khidmat peguam bagi melicinkan proses perceraian tersebut.


Terima Kasih.
Balas
# Procedur Berdamai Setelah Jatuh Talakyanie 2010-11-04 10:25
Assalamualaikum...

Puan/Tuan,

Sy terbaca dalam blog/internet berkaitan dgn halaman hukum hakam Islam berkaitan institusi perkahwinan, penceraian & rujuk dalam sebuah rumahtangga yg tuan/puan paparkan. Maaf, ilmu di dada sy tidak seberapa lebih2 lagi berkaitan tentang hukum hakam dlm Islam, tapi sy berusaha untuk meneliti, memperlajari & menghayatinya tidak kira di mana saja atau dgn cara apa sekalipun...

Kebetulan, buat masa ini sy menghadapi masalah rumahtangga..tidak tahu ke mana harus sy tuju & tidak tahu pada siapa harus sy mengadu akan pergolakan rumahtangga sy ini. Sy bernikah pd tahun 2006 & mendapat cahayamata pertama pd tahun 2007. Sekarang ini sy mengandung utk kali kedua & kandungan sy sudah berusia 7 bulan dan dijangka akan melahirkan bayi ini pada bulan Ogos ini.

Sy baru diceraikan oleh suami sy pada awal bulan lepas & mahkamah syariah telah memutuskan yg lafaz cerai suami sy itu sah di sisi undang2 Islam. Hakim Mahkamah Syariah menjatuhkan talak satu ke atas saya.

Sy difahamkan, tempoh iddah sy adalah sampai kelahiran bayi sy ini...persoalan yg bermain di fikiran sy, bagaimanakah proses untuk merujuk antara kami dalam keadaan sy yg sarat mengandung ini? Apakah proses rujuk itu perlu menunggu saat kelahiran bayi sy ini atau sebelum kelahirannya?
Bagaimanakah prosedure rujuk sebelum atau selepas kelahiran bayi sy ini?
Dan bagaimana pula proses merujuk dalam islam untuk keadaan seperti sy yg tengah sarat mengandung?

Sy juga difahamkan bahawa, jika semasa isteri di dalam iddah, kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan atau ijab dan kabul dan talak yg dijatuhkan kepada saya dikira Raj\'ie kerana ia merupakan talak yg pertama atau talak yang ke dua, betul kah begitu?


Assalamualaikum...

Yg buntu,
Yanie.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 12:32
Waalaikumussalam Wrt Wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa eddah bagi seseorang yang sedang mengandung akan tamat setelah bayi tersebut dilahirkan dan rujuk perlu dibuat dalam masa tempoh eddah.

Rujuk boleh berlaku dengan lafaz atau perbuatan (hubungan suami isteri), namun perkara tersebut perlu didaftar ke Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Hanya Talak Raj\'ie sahaja yang boleh dirujuk tanpa melalui proses pernikahan atau ijab kabul yang baru.

Kami mengharapkan agar pernikahan ini boleh diteruskan(sekiranya berlaku rujuk) untuk kepentingan bersama dan kebajikan anak-anak puan.

Sila hubungi pihak kami jika masih ada persoalan selanjutnya.

Terima Kasih.
Balas
# Hak penjagaan anakzuraina bte mohamed zailan 2010-11-04 10:20
assalammualaikum wrt w.b.t

saya baru sahaja bercerai dgn suami,...dia ceraikan saya dengan talak satu,....saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 1 tahun 8 bulan,....saya ingin tahu bagaimana seorang ibu hilang hak ke atas anaknya?,...dan bolehkah seorang suami yang kaki minum dan mempunyai hubungan sulit dengan pelbagai jenis wanita seperti GRO dan pelacur layak mendapat hak penjagaan?
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:55
Waalaikkmussalam Wrt Wbt

Puan,

Untuk makluman pihak puan, merujuk kepada Seksyen 84 Enakmen Undang-Undang Keluarga ISlam (Negeri Melaka) 2002, seorang ibu hilang hak jagaan ke atas anaknya jika
a) perempuan itu telah berkahwin dengan seorang yang tiada pertalian dengan anak tersebut tetapi hak jagaan dapat kembali sekiranya perkahwinan tersebut dibubarkan;

b) perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

c) perempuan itu menukar tempat bermastautin dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada berjumpa dengan bapanya melainkan anak tersebut dibawa ke tempat lahir ibu;

d) perempuan itu murtad; dan

e) perempuan tersebut mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.


Namun keputusan hak penjagaan adalah bergantung kepada budi bicara hakim kerana faktor kebajikan anak tersebut adalah diutamakan.


Jika terdapat sebarang soalan lanjut, sila hubungi pihak Mahkamah.

Sekian terima kasih.
Balas
# PertanyaanIntan Safina Binti Bahari 2010-11-04 09:54
Saya memang mahu berterus terang tapi saya tidak mampu kerana terlalu fikirkan anak jika tidak ikut...sebelum berlaku perpisahan ini kami sentisa bersama...sehingga saya merasa terpaksa kerana esok harinya bercerai... saya dalam keadaan serba salah... tuan lihat setelah dia lafazkan dia masih mencari saya untuk mendapat duit poket... saya harap dapat menuntut nafkah saya hak penjagaan anak.. anak saya baru 1tahun 4bulan.. saya harap pihak dapat memberitahu caranya sekian terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:55
Waalakumussalam.

Selepas perceraian, puan berhak membuat tuntutan berikut:-

a) Nafkah Eddah;
b) Nafkah Anak;
c) Mutaah;
d) Hak Penjagaan Anak; dan
e) Harta Sepencarian (jika ada harta yang diperolehi bersama sepanjang perkahwinan).

Puan tidak harus memberikan duit poket atau sebagainya kepada bekas suami.

PUan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam atau hadir sendiri ke Mahkamah untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih.
Balas
# Berkahwinsham 2010-11-03 17:38
Assalammualaikum.

Saya telah berkahwin selama empat tahun dan dikurniakan dua orang anak, seorang perempuan berusia empat tahun dan seorang lelaki berusia dua tahun. Pada bulan empat yang lepas saya telah pun becerai dengan isteri dengan talak satu..masalah yang saya hadapi sekarang dua minggu lepas saya dan isteri telah melakukan hubungan bersama..persoalannya sekarang adakah saya dan isteri sah suami isteri..kerana semasa kami bersama isteri masih dalam edah..saya pernah memberitahu isteri tentang hal ini,dan isteri memberitahu tidak mahu hidup kembali bersama saya. Saya tertekan memikirkan.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:55
Waalaikumussalam,

Encik Sham,

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya berlaku hubungan bersama antara suami dan isteri, boleh berlaku, tetapi pada masa yang sama Encik perlu membuat pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah.

Merujuk kepada Seksyen 52 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, encik perlu membuat pengesahan dalam masa 7 hari kepada Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di tempat encik untuk dilanjutkan ke Mahkamah.

Jika isteri tidak mahu kembali kepada encik kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh hukum syara\', mahkamah tidak boleh memerintahkan encik dan isteri hidup semula sebagai suami isteri tetapi Mahkamah boleh melantik jawatankuasa Pendamai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak kami.

Sekian terima kasih.
Balas
# Masalah perkahwinan adikzam 2010-11-03 17:36
Assalamualaikum..
Adik saya ingin berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa di sempadan kerana dia masih lagi belajar, dia bercadang untuk berkahwin dahulu di sempadan,kemudian apabila tamat belajar, dia akan berkahwin semula di Malaysia seperti orang lain..

Soalan saya adakah dibolehkan??
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:56
Waalaikumussalam.


Pernikahan tersebut dibolehkan tetapi adik puan perlu membuat pengesahan perkawinan dengan segera di Mahkamah Syariah di Malaysia kerana jika pengesahan dibuat apabila tamat belajar,dikhuatiri berlaku apa-apa masalah seperti perceraian dan sebagainya, situasi akan lebih rumit.

Untuk makluman puan, tiada istilah berkahwin semula di Malaysia, cuma pernikahan tersebut perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah.


Sekian terima kasih.
Balas
# Penceraianqaseh damia 2010-11-03 17:35
salam,
1)adakah jatuhnya talak atas saya dimana suami menyatakan \"saya lepaskan awak\" sebabyak 2 kali di hadapan saya tanpa ada saksi lain....
2)adakah salah jika seorang isteri meminta cerai disebabkan suami telah menjual harta isteri (kereta dsbnya) sedangkan isteri tidak mengizinkannya.....

terima kasih.......
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:56
Assalamualaikum Puan,

1) Berkenaan soalan pertama puan, puan perlu membuat pengesahan perceraian di Mahkamah Syariah kerana Hakim sahaja yang boleh membuat keputusan samaada sabit talak atau tidak.

2) Puan berhak untuk menuntut cerai secara fasakh di Mahkamah selaras dengan Seksyen 53 (iv) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (negeri Melaka) 2002 sekiranya suami telah melupuskan harta tersebut. Puan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam syarie untuk memudahkan tuntutan puan.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak kami.

Terima Kasih.
Balas
# Prosedur ceraisumayyah binti suleyman 2010-11-03 17:34
Assalamualaykum

Saya ingin bertanya. saya berkahwin dengan warga negara Britain di Malaysia tetapi kini menetap di UK . Jika saya diceraikan atau ingin meminta cerai dari suami saya, bagaimana prosedurnya? jazakallahu kayran
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:56
Waalaikumussalam Puan,

Memandangkan puan berkahwin di Malaysia, prosedur perceraian boleh difailkan di mana-mana Mahkamah Syariah di Malaysia yang berbidang kuasa selaras dengan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002.

Sekiranya telah berlaku perceraian,puan boleh memfailkan permohonan pengesahan perceraian di Mahkamah dengan membawakan dokumen yang diperlukan (puan boleh merujuk laman web kami di bahagian orang awam untuk sampel permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan).

Sekiranya puan masih tinggal di UK, jika perceraian berlaku di sana, pengesahan cerai masih boleh difailkan di Malaysia kerana Mahkamah Syariah di Malaysia adalah Mahkamah yang berbidangkuasa.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut sila hubungi pihak kami.

Sekian terima kasih.
Balas
# Sijil faraidsallehudin 2010-11-03 17:02
Assalamualaikum warahmatullah..

Bagaimana saya boleh dapatkan sijil faraid secara online tanpa perlu hadir ke mahkamah syariah??
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 11:57
Waaikumussalam.

Untuk makluman pihak tuan, sijil faraid hanya boleh didapatkan di Mahkamah. Mengikut prosedur seluruh Malaysia, perintah Mahkamah tidak boleh dikeluarkan secara online atas dasar keselamatan.

Sekian terima kasih.
Balas
# Surat perjanjianleean 2010-11-03 17:01
Assalamualaikum..

Perkahwinan saya kini sudah masuk tahun ke-10,dan dikurniakan cahaya mata dan kini sudah berumur 4tahun,
Persoalannya, saya ingin membuat surat perjanjian bersama suami tentang kesalahan yang sering dilakukannya, meminta maaf, penyesalannya dan meminta peluang untuk bersama kembali,Dan meminta saya membuat surat tersebut untuk memberi kepercayaan trhadap dirinya.
-hak penjagaan anak,
-perbelanjaan anak,
-memberi ganti Rugi selepas berhenti kerja selama ini,
-nafkah anak dan isteri berlanjutan.
-cerai

jadi saya berharap agar surat saya ini terbalas,dan mengajar cara bagaimana hendak menulis surat yg betul,serta bila surat tersebut sudah ada,apakah saya mesti pergi ke mahkamah utk membuat surat tersebut menjadi kukuh dan bagaimana dengan saksi-saksi.
dimana,bagaimana,pada siapa, dan siapa yg diperlukan lagi

-
Balas
# Pengesahan ceraiPn. Lin 2010-11-03 16:58
Assalamualaikum....
Tuan,
Suami saya telah menceraikan saya dengan talak 1 melalui sms semasa dia berada di luar negara. Saya telah menelefon ke Pejabat Agama Islam, untuk mengesahkan sms itu jatuh talak atau tidak, ia adalah sah. Staf di Pejabat Agama tersebut menasihatkan saya supaya menfailkan pengesahan cerai saya di Mahkamah Rendah Syariah. Saya pula telah menelefon Mahkamah Rendah Syariah dan memberitahu masalah saya ini, mereka menasihatkan saya supaya mendapatkan pengesahan nombor hand phone yg menghantar sms itu adalah milik suami saya dari Pusat Khidmat Pelanggan, serta mendapatkan surat pengesahan cerai yg dilafazkan kepada saya itu dari Kedutaan Malaysia di luar negara dan selepas itu dihantar ke Mahkamah Syariah untuk disahkan. Masalah yang melanda saya ialah..suami saya tidak menjawab telefon apabila saya menelefonnya. Saya juga akan ke luar negara dalam masa terdekat ini. Saya telah juga memfailkan kes saya ini dan telah dibicarakan tetapi hakim mengarahkan supaya menyelesaikan masalah saya ini di luar negara di mana saya berada di sama negara dengan suami saya. Bagaimana saya ingin menyelesaikan masalah saya ini dan apakah status saya?
Balas
# re : Pengesahan ceraiPanel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 12:43
Assalamualaikum Pn Lin,

Terima kasih diatas soalan yang dikemukakan oleh Pn. Isu sekarang yang dihadapi Pn saya kira ada penyelesaiannya yang mana Pn boleh keluar negeri untuk mendapatkan pengesahan perceraian yang telah dilafazkan oleh suami Pn sebagaimana yang dinasihatkan oleh Mahkamah. Walaubagaimanapun setelah mendapatkan surat pengesahan perceraian diantara Pn dan suami, maka puan hendaklah mengendorsekan perceraian puan di Mahkamah syariah supaya dapat didaftarkan di Malaysia. jika suami puan tidak mahu bekerjasama untuk menyelesaikan kes ini, maka puan tidak mempunyai pilihan lain samaada puan meneruskan kes sehingga mahkamah syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap puan atau puan terus memfailkan permohonan cerai sekiranya puan tidak mahu lagi hidup sebagai suami isteri dengan suami puan. pilihan dan prosedur undang-undang ada dan boleh diguna pakai di dalam kes pn ini.

terima kasih
Balas
# Ingin menuntut harta sepencarianhaziyati 2010-11-03 16:51
Assalamualaikum,

Rumah yang tidak pernah diduduki hanya nama di pinjaman bank. Sekarang disewa dan didiami oleh adik bekas dan boleh dikatakan menjadi rumah persingahan keluarga di sebelah bekas ketika singgah di Kuala Lumpur setelah sekian lama. Bekas ingin menjual rumah kepada adiknya sendiri dengan harga yang tidak berlandaskan harga pasaran. Hal ini dibincang dengan keluarganya sahaja. Rumah dibeli atas \'join-loan\'nama kami berdua. Dia ada memberitahu saya, dia ingin menjual rumah tersebut kepada adiknya. Saya tidak diberitahu harga yang sebenar. Hanya sekadar melunaskan hutang baki pinjaman katanya. Katanya semua telah dikemukakan kepada pihak bank , walau bagaimanapun saya belum menandatangani sebarang dokumen daripada pihak bank sehingga hari ini.

Rumah dibeli mengikut SMP: 30 Sep 2003
Purchase Price: RM168,900.00
Baki hutang: RM161,374.03
Bercerai pada:25.02.2009
Loan: Joint Loan
Lokasi: Kuala Lumpur Cityview (No. D1304), Cheras Kuala Lumpur
Pasaran terkini: ?

Adakah tindakan saya betul / wajar ?
1. Saya ingin membuat mediasi iaitu sulh untuk membincangkan hal ini terlebih dahulu.
2. Mohon dijual berdasarkan \'market price\'.
3. Menuntuk hak saya di atas penyumbangan nama atas joint loan tersebut selama ia dibeli sehingga kini.
4. Jika dia ingin menjual dengan harga adik beradik tanpa menilai harga terkini rumah tersebut saya tiada halangan TETAPI saya ingin menuntut hak saya mengikut perkiraan harga berdasarkan nilaian semasa.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 10:26
Terima Kasih atas persoalan puan,

Puan Haziyati,

Adalah dimaklumkan bahawa masalah puan ini boleh diselesaikan dengan cara memfailkan harta sepencarian di Mahkamah yang berbidangkuasa. Kes harta sepencarian akan diagihkan ke Majlis Sulh untuk sessi mediasi. Sekiranya puan bersetuju untuk mendapatkan jumlah yang tertentu sebagai harta sepencarian ke atas rumah tersebut, bekas suami perlu mendapatkan harga pasaran ke atas rumah tersebut kerana selepas jualan, baki sahaja yang boleh dibahagikan kepada pihak-pihak sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menjualkan rumah tersebut.

Selagi mana puan tidak menandatangani apa-apa dokumen penjualan rumah tersebut tidak boleh diteruskan.

Sekiranya kes ini tidak selesai di Majlis Sulh, Puan berhak ke atas rumah tersebut semasa perbicaraan di hadapan Hakim namun tertakluk kepada budi bicara hakim untuk menentukan bahagian puan untuk diisytiharkan sebagai harta sepencarian. Puan adalah dinasihatkan untuk mengambi khidmat peguam untuk memudahkan proses permohonan puan.

Jika terdapat sebarang masalah, jangan ragu-ragu untuk menghubungi pihak Mahkamah.

Sekian terma kasih.
Balas
# Dokumen dan prosedur pengesahan nikahSiti 2010-11-03 16:48
Assalamualaikum..

Saya telah bernikah dengan suami di Thailand pada awal Ogos lalu dan masih belum mendaftarkan pernikahan kami di sini. Saya ingin tahu apakah dokumen yang perlu dikemukakan dan apakah prosedur yang akan dijalankan bagi mendaftarkan pernikahan kami.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 10:11
terima kasih di atas pertanyaan yang diajukan.

untuk soalan diatas, puan perlu mendaftarkan perkahwinan di mahkamah syariah yang berbidang kuasa.

untuk dokumen yang diperlukan, puan hendaklah membawa sijil nikah yang diperolehi semasa pernikahan tersebut dan segala dokumen yang berkaitan (untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web kami di bahagian orang awam).

berkenaan dengan prosedur pengesahan nikah di Mahkamah, puan dan suami perlu membawa saksi-saksi(kebiasaannya 2 orang saksi lelaki) yang hadir semasa pernikahan tersebut untuk membuktikan bahawa pernikahan tersebut diadakan mengikut hukum syara\'. Sekiranya pernikahan tersebut memenuhi rukun nikah, Hakim akan mengesahkan pernikahan tersebut dan memerintahkan agar Pejabat Agama mendaftarkan pernikahan tersebut.

Kami amat mengharapkan agar puan memberikan kerjasama yang pasu dari segi penyediaan dokumen yang berkaitan untuk melicinkan permohonan puan.


Apa-apa masalah yang timbul sila berhubung terus di kaunter mahkamah.

Terima Kasih.
Balas
# Tiada cinta kepada suamizulaikhah 2010-11-03 15:30
Assalamualaikum...

Di sini,saya ingin meminta pandangan dari pihak tuan/puan mengenai masalah saya.

Saya telah berkahwin pada tahun 2007 atas pilihan keluarga.saya menerima pilihan ibu bapa atas dasar tidak mahu berbalah dengan mereka kerana saya kasihan ibu dan ayah saya telah banyak memikirkan masalah kakak dan abang saya.
Saya cuba untuk menyintai suami.di awal perkahwinan. Saya jarang melakukan hubungan intim kerana saya belum sayang padanya. Setelah setahun lebih, saya dikurniakan seorang anak. Perasaan pada suami masih sama. Saya rasa, saya berkahwin dengannya bukan kerana Allah dan saya tak pernah ikhlas. Saya kahwin hanya kerana ikut kata ibu dan bapa tetapi saya tetap melayannya dengan baik.
Cuma sekarang saya rasa saya dah tak boleh untuk tipu diri sendiri. Saya rasa berdosa sangat.saya tak ikhlas berkawin dengan suami.Saya rasa,tak perlu saya bazirkan masa hidup bersama dengan orang yang saya tak cinta. Saya telah pun berterus terang dengan suami,tetapi dia sangat sayangkan saya. Dia tak mahu kami berpisah walaupun dia sudah tahu yang saya tak cinta/sayang padanya. Saya minta dia cari perempuan lain. Saya sanggup meminang perempuan tersebut asalkan dia melepaskan saya.

Saya buntu, suami tak mahu melepaskan saya tetapi saya benar-benar tak boleh bersamanya lagi. Saya takut, saya lama kelamaan akan curang padanya.

Saya mohon jasa tuan/puan memberi pandangan/nasihat untuk masalah saya ini. Saya takut hukuman Allah.

Sekian,terima kasih.
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 10:14
Waalaikumussalam.

Terima Kasih atas persoalan yang diutarakan.


Berkenaan masalah puan, kami di pihak Mahkamah amat mengharapkan agar perkahwinan puan dapat diteruskan selagi mana suami puan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Perceraian bukan jalan penyelesaian kerana apabila bercerai mungkin akan menimbulkan banyak lagi masalah dan akan memberi kesan negatif terhadap pembesaran anak.

Kami amat mengharapkan agar masalah puan boleh dirujuk kepada sessi kaunseling di pejabat agama. kami yakin perkahwinan puan boleh diperbaiki kerana masalah perasaan/isi hati puan terhadap suami puan. Yakinlah tidak semestinya apa yang kita suka adalah terbaik untuk kita, dan apa yang kita tidak suka mungkin ada hikmah yang tersembunyi kerana Allah Maha Mengetahui.

Terima Kasih
Balas
# Hak Harta Sepencariannazariah 2010-11-03 15:23
Assalammualaikum..

Saya ada satu pertanyaan...ayah saya dan arwah ibu telah menyimpan duit selama ini dalam akaun arwah ibu saya...adakah setelah arwah ibu meninggal dunia ayah saya ada hak untuk menuntut harta sepencarian dari baki simpanan dalam bank tersebut?
Balas
# Panel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 10:15
Waalaikumussalam.

Terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya terdapat duit simpanan bersama antara ayah dan arwah ibu Cik Nazaria, ayah boleh memfailkan harta sepencarian ke atas duit simpanan tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.

Disebabkan arwah ibu telah meninggal, ayah cik nazariah perlu memasukkan nama waris-waris arwah ibu yang ada (waris yang berhak ke atas harta ibu)sebagai Defendan-Defendan.

Permohonan harta sepencarian di Mahkamah Syariah akan diagihkan ke Majlis Sulh terlebih dahulu. Di dalam Majlis tersebut, waris-waris boleh bersetuju untuk memberikan kesemua bahagian wang simpanan kepada bapa, namun sekiranya tidak bersetuju kesemua bahagian, waris boleh mengishtiharkan 1/2 atau 1/4 wang simpanan tersebut sebagai harta sepencarian dan selebihnya di bahagikan secara faraid antara waris-waris.

Namun, sekiranya waris-waris tidak bersetuju, maka permohonan untuk mengisytiharkan duit simpanan tersebut sebagai harta sepencarian, maka kes ini akan dibicarakan di hadapan Hakim.

Jika terdapat apa-apa pertanyaan selanjutnya, sila hubungi pejabat kami.

Terima Kasih.
Balas
# Cerai TaklikLiza 2010-11-03 15:21
Assalamualaikum.

Saya berkahwin di luar negara dan telah mendaftarkan perkahwinan saya di Pejabat Agama Kuala Lumpur, Malaysia. Saya tinggal di Melaka dan alamat IC saya adalah alamat di Kuala Lumpur. Masalah saya sekarang saya ingin membuat cerai taklik.. dah lebih lima tahun suami saya tingggalkan saya dan tidak pernah mencari saya. Suami saya ada seorang lagi isteri dan saya adalah isteri kedua. Saya ingin bertanyakan bahawa berapa lamakah proses cerai taklik ini akan berlangsung...
Balas
# Re : Cerai TaklikPanel Pertanyaan@MSNM Web 2010-11-04 10:10
Waalaikumussalam Puan,

Terima kasih atas pertanyaan yang ditujukan. Di dalam pertanyaan Puan
terdapat dua isu yang kami boleh sentuh iaitu pertama dari segi bidangkuasa Mahkamah dan kedua dari
segi prosedur Mahkamah berkenaan kes cerai taklik.

Dari segi bidang kuasa Mahkamah, jika puan
adalah bermaustautin di Melaka, walaupun Puan mempunyai kad pengenalan beralamat di KL (selepas puan
mendapatkan pengesahan permastautinan), Puan boleh memfailkan apa-apa permohonan samaada permohonan
cerai di Mahkamah Syariah Melaka selaras dengan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Negeri Melaka 2002.(EUUKIM 2002)

Seterusnya berkenaan permohonan perceraian secara taklik di
bawah Seksyen 50 EUUKIM 2002, kebiasaannya tempoh penyelesaian adalah bergantung kepada pihak-pihak
dan kehadiran saksi-saki yang boleh membuktikan bahawa suami puan gagal untuk menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang suami.Kehadiran suami puan sebagai Defendan juga menjadi faktor kepada
tempoh penyelesaian. Sekiranya pihak Suami memberi kerjasama sepenuhnya/bersetuju atas permohonan
puan, proses akan menjadi lebih singkat.

Namun sekiranya suami memfailkan pembelaan ke atas
tuntutan puan, proses akan menjadi panjang kerana melibatkan perbicaraan di hadapan Hakim.

Puan
dialu-alukan menghubungi terus pejabat kami sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan lanjut.


Sekian terima kasih.
Balas
# Perkahwinan di Malaysia sijil Thailandnur 2010-11-03 15:05
assalamualaikum ya ustaz..
saya mempunyai seorang kawan yang telah berkahwin di Malaysia dan mendapat sijil Thailand.Kawan saya ini adalah isteri kedua dan perkahwinan mereka tidak diketahui oleh kedua-dua ibu bapanya sedangkan kawan saya masih lagi mempunyai wali.adakah perkahwinan mereka ini sah di sisi hukum agama Islam?? Sekian terima kasih
Balas
# Re : Perkahwinan di Malaysia sijil ThailandAdministrator 2010-11-03 15:15
Waalaikumsalam w.b.t.

Hubungan suami isteri perlu diikat oleh suatu pernikahan yang sah di sisi Hukum Syarak. Maksud pernikahan yang memenuhi 5 rukun-rukun nikah iaitu adanya Pengantin Lelaki, Pengantin Perempuan, Wali, 2 orang Saksi Lelaki dan Akad Nikah (Ijab dan Qabul).
Namun begitu, dalam menentukan sama ada pernikahan tersebut sah atau tidak di sisi Hukum Syarak perlulah suami isteri tersebut membuat pengesahan di Mahkamah Syariah berhampiran.

Sekian, terima kasih.
Balas
# undang-undang syariahnoridah 2010-11-03 14:39
Assalamualaikum. Sejauh manakah sesuainya undang-undang syariah menggantikan undang-undang common law?
Balas
# Re : undang-undang syariahAdministrator 2010-11-03 15:09
Waalaikumsalam w.b.t.

Menjawab soalan puan, kita sebagai orang Islam difardhukan mempunyai Iktikad bahawa Undang-undang Syariah adalah yang terbaik mengatasi undang-undang yang ada di atas muka bumi ini.

Sekian.
Balas
# faraidNOR 2010-11-03 14:26
Assalamualaikum..
saya nor, ingin bertanya mengenai faraid yang saya ingin buat..suami baru meninggal kerana sakit saraf.saya mendapat khabar dari kwsp supaya menuntut hak saya..bagaimana cara pembahagian?saya tiada anak, dan suami tiada ibu dan ayah..keluarga suami tidak langsung bekerjasama dalam hal ini malah saya seperti tiada apa kaitan dengan keluarga suami lagi..
Balas
# Re : faraidAdministrator 2010-11-03 14:29
Waalaikumsalam w.b.t.

Pembahagian Faraid wang KWSP arwah suami puan bolehlah dirujuk dalam laman web ini di bahagian Pembahagian Faraid.

Sekian.
Balas
# Nak NikahMusa 2010-11-03 11:04
Assalammualaikum..

Saya nak tanya bagi pihak kawan saya. Beliau dan seorang perempuan nak nikah, perempuannya dah mengandung 7 bulan. Kedua-dua ni asal dari Selangor tapi dah duduk kat rumah saudara mereka di melaka sekarang. Urusan untuk nak nikah dah diuruskan dan awalnya mendapat persetujuan pihak wali. Baru-baru ini ketika nak dapatkan persetujuan wali, pihak wali telah membantah dan menghalang urusan nikah dengan alasan anak perempuan perlu kembali kepangkuannya dahulu. Persoalannya: Apakah tindakan pihak-pihak berkenaan?
Balas
# Re : Nak NikahAdministrator 2010-11-03 12:38
Waalaikumsalam w.b.t.

Menjawab persoalan anda, sepatutnya di dalam hal-hal kekeluargaan seperti ini adalah lebih baik dibawa berbincang dalam suasana kekeluargaan. Walaubagaimanapun, sekiranya tiada lagi jalan penyelesaian dan rakan anda dan pasangan masih ingin berkahwin, pasangan rakan anda bolehlah memohon kebenaran bernikah secara Wali Hakim daripada Mahkamah Syariah disebabkan wali enggan.

Sekian.
Balas
# harta pusakagudang 2010-06-09 13:00
Assalamuaikum,
1. Terlebih dahulu , saya mohon maaf kerana saya terpaksa menggunakan saluran ini untuk mendapat pendapat kedua tentang persoalan di bawah.
2. Bapa saya telah meninggal dunia 4 tahun lepas. Beliau telah meninggalkan waris iaitu 4 orang anak ( seorang lelaki dan 3 perempuan ), nenek saya ( ibu arwah ayah ) dan seorang isteri ( ibu tiri saya ).
Daripada 4 orang anaknya, yang sulung abang saya seibu dengan saya ( isteri pertama) , 2 orang adik perempuan berlainan ibu ( seorang dari isteri kedua dan seorang dari isteri ketiga ). Arwah semasa meninggal dunia, hidup dengan isterinya ketiga ( ibu tiri saya ), seorang anak perempuan ( saya namakan plantif disini ) dan seorang anak tirinya ( lelaki ).
Untuk makluman tuan, isteri pertama dan kedua telah diceraikan semasa kami masih kecil dan tanpa sebarang nafkah sepanjang kami membesar. Kami dijaga oleh ibu masing-masing. Abang saya dan adik saya dari isteri kedua tidak bersekolah kerana miskin, manakala saya menyambung pelajaran setelah berkahwin ).
Kami hormat arwah dan tidak pernah menyusahkan keluarga baru arwah ayah semasa hidupnya dan akan menziarahi arwah bila ada kelapangan.
3. Semasa hidup arwah telah berjaya dalam hidup sebagai seorang kontraktor dan telah meninggalkan harta alih dan tak alih yang agak banyak.
4. Hampir 95% harta alih arwah adalah dalam bentuk sijil saham bank TETAPI arwah telah meletakkan nama plantif sebagai nama kedua ( tertulis dibawah nama ayah ) dalam setiap sijil-sijil berkenaan. Arwah ada memberitahu abang saya beberapa kali bahawa plantif adalah pemegang amanah kerana dia tinggi pelajaran ugamanya dan arwah berharap dia dapat membahagikan harta beliau apabila arwah sudah tiada. Plantif adalah lulusan universiti dalam jurusan Pengajian Islam dan bertugas sebagi guru agama di salah sebuah sekolah menengah kerajaan.
5. Persoalah disini, plantif telah mendakwa waris lain ( defenden ) melalui penguamnya di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuntutan hibah keatas semua siji-sijil yang ada namanya. Alasannya dan disokong oleh ibunya dan abang tirinya bahawa semua sijil-sijil yang ada namanya sebagai nama kedua itu adalah haknya sebab kononnya arwah banyak kali berkata semasa hidupnya bila ayah dah meninggal nanti adik ( plantif ) punya. Sedangkan ayah telah pun menamakan sebuah kereta dan sebuah rumah teres yang ayah beli atas nama plantif iaitu semasa dia masih belajar di universiti lagi ( diakui oleh plantif dan tak termasuk dalam kes )
6. Seawal 4 hari selepas kematian ayah , plantif , ibunya dan abang tirinya ( pernah bertugas sebagai pegawai bank ) telah mengeluarkan kebanyakkan duit ayah ( mana yang boleh ) dari beberapa bank ( samada nama ayah seorang atau nama berdua dengannya ).
Pengeluaran demi pengeluaran yang dilakukan plantif tanpa pengetahuan waris lain, maka salah satu bank tidak membenarkan pengeluaran dilakukan kerana jumlahnya banyak ( melebihi tujuh ratus ribu ). Bank berkenaan mahukan surat kuasa dari pejabat pusaka ( walaupun semua sijil-sijil itu ada nama plantif sebagai nama kedua.) .
Waris-waris lain memang tidak pernah dimaklumkan oleh plantif berkaitan akan simpanan ayah yang banyak itu , cuma kami diberitahu oleh plantif dan abang tirinya , ayah cuma meninggalkan 3 keping tanah ( anggaran 5 ekar semuanya ), saham ASB lebih kurang seratus lima puluh ribu dan CIMB Rm 19.90 ( lain-lain disorokkan sehinggalah kes dibawa ke mahkamah ).
Plantif juga pernah membuat sogokan dengan berjanji akan memberi tiga ribu ringgit kepada abang saya sekiranya abang saya bersetuju menandatangi surat yang akan diberi oleh peguamnya ( usahanya untuk menebus sijil)
Balas
# Re : harta pusakaAdministrator 2010-06-09 14:16
Waalaikumsalam w.b.t.

Terdapat isu yang boleh diperjelaskan berkaitan persoalan tuan.

Isu 1 : Hibah, sama ada sijil-sijil saham tersebut hibah atau tidak oleh si mati kepada Plaintif. - Perkara ini akan ditentukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

Isu 2 : Sekiranya harta tersebut diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah bukanlah Hibah, maka encik bersama-sama waris yang lain bolehlah membuat permohonan Faraid terhadap harta tersebut.

Perlu diingat, bekas-bekas isteri kepada si mati boleh menuntut Harta Sepencarian daripada harta si mati yang diperolehi semasa dalam perkahwinan mereka masih berlangsung.

Sekian.
Balas
# Masalah Perkahwinan Dan Rumah Tangga AdikHadzli zul hamran 2010-03-08 16:01
Assalamualaikum...

Saya mempunyai seorang adik perempuan dan telah berkahwin dengan seorang lelaki berasal dari Sabah. Perkahwinan ini telah dilangsungkan di sempadan Thailand pada tahun 2004. Masalahnya sehingga ke hari ini saya tidak mengetahui status perkahwinan mereka, samada dah berdaftar di Malaysia atau belum. Satu lagi kemusykilan ialah pernikahan berwalikan hakim, sedangkan bapa saya masih hidup dan saya sendiri sebagai abang yang sulung pun masih hidup. Minta diperjelaskan oleh pihak tuan.

Masalah kedua, baru-baru ini telah didapati, adik ipar saya telah menjalin hubungan sulit dengan pihak ketiga. Keluarga Pihak ketiga telah dimaklumkan oleh beliau(adik ipar) bahawa beliau telah bercerai dengan isteri (adik saya). Jadi status beliau sekarang ialah duda anak satu. Perkara ini telh diketahui oleh saya dan keluarga melalui perbualan telefon dengan keluarga pihak ketiga. Persoalannya, bagaimana kedudukan hubungan suami-isteri? Adakah telah jatuh talak? Apa tindakan yang boleh saya buat?

Besarlah harapan saya jika pihak tuan dapat memberi sedikit maklumat kepada saya. Sekian terima kasih
Balas
# Re : Masalah Perkahwinan Dan Rumah Tangga AdikAdministrator 2010-03-18 23:33
Waalaikumussalam Wrt Wbt,

Terlebih dahulu kami amat berterima kasih atas persoalan yang diutarakan dan dapat kami dapat simpulkan di sini soalan anda tersebut adalah seperti berikut:-

1) DAFTAR PERKAHWINAN DAN WALI HAKIM

a)Mengikut Mazhab Syafie, seseorang perempuan boleh berwalikan hakim sekiranya wali berada lebih daripada 2 marhalah (lebih kurang 100km) dengan perempuan tersebut. Namun, perkahwinan yang berwalikan hakim tersebut masih perlu untuk membuat pengesahan di mahkamah.

b)Anda sebagai abang boleh membuat penyemakan di Mahkamah di mana adik perempuan dan pasangannya bermaustatin samaada adik anda atau suaminya telah memohon untuk membuat pengesahan perkahwinan atau belum; atau

c) Sekiranya pihak-pihak telah memohon untuk pengesahan nikah di Mahkamah dan masih dalam prosiding, anda atau bapa boleh membuat Permohonan Untuk Mencelah atas tujuan untuk Hakim memfarakhkan (memisahkan) nikah antara mereka sementara menunggu kes tersebut selesai; atau

d) Wali boleh memohon untuk memfarakhkan sementara perkahwinan antara mereka dan pada masa yang sama boleh memohon untuk pengesahan perkahwinan.

2) Pengetahuan bahawa adik ipar telah bercerai dengan adik anda adalah diberitahu oleh pihak ketiga, maka adalah perlu adik anda sendiri memohon di mahkamah untuk menyiasat sama ada berlaku pengesahan lafaz cerai dengan mengambil keterangan suami dan saksi-saksi yang terlibat.

Sekian, terima kasih.
Balas
# Hak Penjagaan AnakAzizul Shah Bin Ahmad Hamidi 2010-03-08 15:04
Assalamualaikum w.b.t

1) Bekas isteri saya telah melanggar arahan mahkamah dengan tidak membenarkan saya bercakap atau berjumpa dengan anak saya. Saya bercadang untuk membuat laporan mengenai tindakan bekas isteri saya itu ke mahkamah. Apakah prosedur yang harus saya lalui?

2)Pada umur berapa tahunkah seseorang kanak-kanak itu dibolehkan untuk memilih dengan siapa kanak-kanak itu hendak tinggal?

Terima Kasih.
Terima Kasih
Balas
# RE: Hak Penjagaan AnakAdministrator 2010-03-08 15:30
Waalaikumussalam wrt wbt,

Kami berterima kasih atas soalan yang ditujukan.

1) Sebagai panduan kepada soalan anda, jika suatu perintah Hak Penjagaan anak telah dikeluarkan oleh Mahkamah, setiap pihak perlu mematuhi apa yang telah dipersetujui (sepertimana persetujuan di dalam Majlis Sulh) oleh pihak-pihak dan/atau diperintahkan.

Jika terdapat sebarang ketidakpatuhan oleh salah satu pihak, maka pihak yang satu lagi boleh memohon di Mahkamah untuk perlaksanaan perintah tersebut atau memfailkan permohonan untuk tukar perintah hak penjagaan dengan mengkhususkan hak akses yang diberikan kepada anda dengan lebih spesifik. Namun di sini jika anda membuat permohonan untuk tukar perintah, permohonan tersebut adalah subjek kepada persetujuan pihak bekas isteri anda dan jika tiada persetujuan maka permohonan anda perlu dibicarakan di hadapan Hakim.

2) Mengikut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, kanak-kanak di bawah umur 9 tahun bagi perempuan dan 7 tahun bagi lelaki perlu diletak di bawah hak jagaan ibu, namun sekiranya anda berniat untuk memohon untuk hak jagaan ke atas anak-anak tersebut apabila anak-anak melebihi umur di atas, anda perlu membuktikan di Mahkamah Yang Mulia bahawa bekas isteri anda telah hilang kelayakan hak jagaan tersebut.

Walau bagaimanapun jika anak-anak memilih untuk tinggal bersama anda, Hakim masih akan mengambil kira kebajikan anak-anak tersebut sebagai faktor utama untuk menentukan siapa yang lebih sesuai untuk menjaga anak-anak tersebut.

Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami melalui talian telefon: 06 2332061 atau hadir sendiri ke Mahkamah.

Terima Kasih.
Balas
# Perceraianazma bte abdullah 2009-11-19 21:09
1)Bolehkah orang lain mengambil surat cerai ?
2)Apa yang perlu dibawa untuk mendapatkan surat cerai?
3)Jika tuan empunya badan tidak ingat tarikh nikah, bagimana pula cara nak dapatkan surat cerai?
Balas
# Re : PerceraianAdministrator 2009-11-19 21:09
Assalamualaikum w.b.t.

1. Sijil cerai boleh diambil di Pejabat Agama Islam berhampiran. Hanya suami atau isteri sahaja boleh mengambil sijil tersebut.

2. Jika berada di daerah Alor Gajah atau daerah Jasin, sila bawa Kad Pengenalan dan Rekod Perceraian yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah. Sekiranya berada di daerah Melaka Tengah, Kad Pengenalan sahaja yang perlu dibawa.

3. Sijil Cerai yang ada dalam simpanan Pejabat Agama boleh dikesan melalui Nombor Kad Pengenalan, tidak perlu tarikh nikah/cerai.

Sekian terima kasih.
Balas
# Perintah hak penjagaan anakKairul 2009-10-19 13:55
Salam ... Saya telah diperintahkan oleh Mahkamah menyerahkan anak kepada bekas isteri saya, tetapi baru-baru ini anak tersebut telah tidak mahu tinggal bersama ibunya / bekas isteri saya. Apakah tindakan yang perlu saya ambil. Terima kasih
Balas
# Re : Perintah hak penjagaan anakAdministrator 2009-10-19 17:13
Waalaikumsalam...

Apabila Mahkamah telah mengeluarkan sesuatu perintah, pihak-pihak hendaklah mematuhi perintah tersebut. Dalam kes ini, encik hendaklah mengambil tindakan bijak menyerahkan anak tersebut kepada ibunya. Bekas isteri encik boleh mengambil tindakan ingkar perintah mahkamah ke atas encik sekiranya encik tidak menyerahkan anak tersebut kepadanya.
Walaubagaimanapun sekiranya encik tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tentang hak penjagaan anak tersebut, encik bolehlah memfailkan rayuan ke mahkamah dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan tersebut.
Balas
# Penceraianmohd sarif bin abdul hamid 2009-10-19 13:09
Saya telah melafazkan Cerai Talak 1 kepada isteri saya di luar mahkamah semasa percakapan di telefon dan telah memfailkan
di Mahkamah Syariah Alor Gajah Melaka tetapi pihak mahkamah tidak menerima lafaz tersebut kerana saya tidak menyertakan surat nikah
asal. Saya telah cuba mendapatkan surat nikah asal pendua malangnya pihak mahkamah syariah juga tidak menerima lafaz tersebut dibuat.
Saya telah cuba menghubungi isteri saya untuk membawa surat nikah asal di mahkamah ketika mahkamah memanggilnya tetapi beliau bertugas
dan tidak mahu hadir apabila dipanggil oleh mahkamah. Sehingga kini masalah penceraian saya masih lagi belum mendapat kata putus oleh
mahkamah. Saya tidak mahu menanggung dosa begitu lama menggantung cerai terhadap beliau dan juga diri saya sendiri. Saya telah cuba
beberapa kali menghubungi beliau tetapi beliau tidak mahu menjawab telefon saya serta keluarga saya juga telah pergi ke rumah beliau
untuk menyelesaikan masalah cerai kami dan meminta surat nikah tersebut tetapi beliau masih juga berkeras tidak mahu menyerahkannya
kepada saya. Bagaimana penyelesaian bagi kes perceraian saya ini? terima kasih.
Balas
# Re : PenceraianAdministrator 2009-10-19 21:38
- Mahkamah boleh menjalankan perbicaraan walaupun tanpa kehadiran defendan dengan syarat semua usaha penyampaian saman kepada defendan telah dilakukan dan saman berjaya disampaikan tetapi defendan enggan hadir tanpa sebab.
- Berkaitan surat nikah asal, pihak tuan boleh mendapatkan salinan rekod pernikahan daripada Pejabat Agama di mana encik bernikah.
Sekian.
Balas
# Permohonan perceraianMs Lim 2009-10-19 11:57
Assalamualaikum

abang saya dan isterinya hendak membuat perceraian tetapi abang saya berada di JB dan isterinya di N.Sembilan (tinggal dengan keluarganya). Bolehkah permohonan dibuat di Melaka? because its more easy for the both of them.

Mereka ada seorang anak perempuan berumur 2 tahun tetapi dalam dua tahun ini isterinya tidak benarkan abang dan keluarga saya berjumpa dengan anak perempuan (kalau ada duit baru boleh jumpa), itu sebab abang saya pun tidak ada bagi apa-apa untuk membela anak ini.

Tetapi kadangkala kami ada berjumpa dengan anak perempuan ini di rumah Penjaganya secara rahsia. Bolehkah abang saya memohon hak penjagaan terhadap anak perempuannya? sebab latar belakang isterinya tidak bagus.

Sekian terima kasih.
Balas
# Re : Permohonan perceraianAdministrator 2009-10-19 13:47
Waalaikumsalam wbt.

- Permohonan perceraian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah di mana pihak-pihak bermastautin/tinggal. Oleh itu, permohonan hanya boleh dibuat sama ada di JB atau Negeri Sembilan sahaja.

- Permohonan hak penjagaan anak boleh difailkan sama ada oleh abang puan atau isterinya. Mahkamah akan mempertimbangkan keterangan pihak-pihak dengan mengambil kira kebajikan anak tersebut dalam membuat keputusan.
Balas
# status perkahwinanemy 2009-09-09 16:54
assalamualikum

saya baru mendirikan rumah tangga 3 bulan yg lepas.masalah saya sekarang ialah setiap kali pergaduhan berlaku antara saya dan suami, suami saya pasti akan cakap \'lebih baik kita bercerai\'.selepas berbaik semula suami akan cakap kata-kata yang dilafazkan adalah tanpa niat.saya terasa ragu2 dalam status perkahwinan kami.
Balas
# RE : status perkahwinanAdministrator 2009-09-09 17:39
Waalaikumsalam w.b.t.

Dinasihatkan kepada puan datang ke mahkamah syariah untuk membuat pengesahan cerai. Pastikan dokumen seperti sijil nikah yang asli puan dan suami puan dan saksi (jika ada) untuk perbicaraan. Ini adalah untuk proses pengesahan sahaja sama ada sabit atau tidak sabit.
Sekian.
Balas
# tuntutan nafkah tertunggakiman 2009-09-09 16:52
Assalamualaikum.wbt Saya telah berkahwin dalam tempoh 3 tahun.Pada awal tahun ini kami telah bercerai namun rujuk semula atas desakan keluarga.Namun disebabkan memang telah tiada persefahaman antara kami,maka kami membuat keputusan untuk bercerai secara baik.Sebelum ini saya bekerja jadi suami tidak pernah memberikan saya nafkah dengan sewajarnya,jadi segala perbelanjaan peribadi dan pakai saya dikeluarkan sendiri oleh saya.Hanya setelah kami bergaduh sebelum penceraian pertama suami telah mengarahkan saya supaya berhenti kerja.Oleh itu,beliau hanya memberi saya nafkah hanya apabila saya sudah tidak berkerja lagi.persoalannya,bolehkah saya menunutut nafkah yang tidak diberikan oleh suami sebelum-sebelum ini? Selain dari itu,saya juga pernah keluarkan wang simpanan sendiri untuk membeli sebuah motosikal,tetapi semua urusan pembelian dibuat atas nama suami dengan tujuan memudahkan urusan.Beliau telah menjualkan motosikal terbabit tanpa sebab.Bolehkah saya menunutut ganti rugi wang yang saya keluarkan tersebut memandangkan saya telah tiada sumber pendapatan lagi?
Balas
# RE : tuntutan nafkah tertunggakAdministrator 2009-09-09 17:38
Waalaikumsalam w.b.t.

Puan boleh membuat permohonan ke mahkamah syariah di atas tuntutan nafkah tertunggak, nafkah Eddah, Muta\'ah, harta sepencarian, hutang di dalam perkahwinan, tempat tinggal dalam masa Eddah boleh juga dituntut walaupun perceraian di bawah seksyen 47 kecuali terdapat perintah mahkamah atas persetujuan bersama menggugurkan hak-hak pihak-pihak terbabit. Untuk keterangan lanjut, puan dipersilakan hadir ke mahkamah untuk penjelasan seterusnya.
Balas
# perkahwinan di luar negara??Guest 2009-09-09 16:51
Assalamualaikum....
saya nak buat satu pertanyaan mengenai pernikahan di luar negara (thailand).Jika pasangan yang berkahwin di luar negara sudah bertahun-tahun tetapi masih belum mendaftarkan perkahwinan tersebut di malaysia, bagaimana caranya jika seseorang itu hendak mendaftarkan perkahwinan mereka di malaysia?bolehkah ustazah atau ustaz huraikan perkara ini? sekian terima kasih
Balas
# RE : perkahwinan di luar negara??Administrator 2009-09-09 17:37
Waalaikumsalam w.b.t.

Anda hendaklah membuat satu permohonan di mahkamah syariah bagi pengesahan perkahwinan yang berlangsung di Thailand. Anda perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang asli, dua orang saksi yang menyaksikan majlis perkahwinan anda, wali atau jurunikah yang menikahkan perkahwinan anda. Jika syarat-syarat ini dapat dipenuhi, mahkamah boleh mengesahkan sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut hukum syarak.
Balas
# pendaftaran nikah luar negeri (poligami)faisah johan 2009-09-09 16:48
Salam,
Saya dah pun bernikah dgn suami saya di selatan Thai. (poligami) tanpa pengetahuan isteri pertama. Kami hendak daftar pernikahan dan juga dapat pengesahan & tak nak melibatkan isteri pertama. Sekarang ni kami tidak mahu kekecohan berlaku pada pihak isteri pertama. Segalanya masih macam biasa, jika masa pengesahan pernikahan nanti adakah isteri pertama akan libat sama dalam hal ini?..adakah cara untuk tidak libatkan isteri pertama dalam hal ini. Suami saya tak nak apa yang dia dah ada selama ni hancur macam tu sahaja.... Apakah cara yang terbaik untuk atasi masalah ini?
Balas
# RE : pendaftaran nikah luar negeri (poligami)Administrator 2009-09-09 17:12
Waalaikumsalam w.b.t.
Untuk pengetahuan puan, isteri pertama tetap dipanggil demi keadilan pihak-pihak kerana isteri pertama berhak menuntut nafkah dirinya, tempat tinggal, harta sepencarian supaya dia
tidak teraniaya di atas perkahwinan dengan isteri yang baru. Perintah mahkamah amat penting demi masa
depan isteri yang pertama, ini adalah sudah termaktub di dalam undang-undang tetapi di atas budi bicara mahkamah
isteri pertama boleh dipanggil ke mahkamah pada sesi yang berlainan untuk mengelakkan kekecohan yang kemungkinan berlaku semasa kes dibicarakan.
Sekiranya isteri pertama mahu bersama dalam perbicaraan bersama pihak pemohon pertama (suami) dan pihak pemohon kedua (isteri kedua), pihak mahkamah tidak boleh menghalang kerana isteri pertama berhak bertanya soalan kepada
pemohon 1 dan 2 ketika pihak pemohon 1 dan 2 memberi keterangan di dalam mahkamah.
Di dalam mahkamah memberi keputusan tentang nafkah dan harta sepencarian, persetujuan isteri pertama diambil kira. Andainya persetujuan tidak tercapai maka perbicaraan penuh perlu dijalankan...wallahu\'alam.
Balas
# Muaturun borangMd Sharif B Dol 2009-09-01 16:53
Dimana boleh saya download borang permohonan pembahagian harta pusaka, borang MS 3 dan MS 26.
Balas
# Re : Muaturun borangAdministrator 2009-09-01 17:15
Assalamualaikum w.b.t.

Borang permohonan pembahagian harta pusaka tersebut boleh didapati melalui menu Muat Turun/Download. Tajuk borang : Borang Faraid.

Sekian.
Balas
# ISTERI INGKAR PERINTAHAzmer Abu 2009-08-20 10:17
Mohon nasihat tuan berkaitan masalah yang saya hadapi seperti di bawah :
Mahkamah telah mengeluarkan perintah Hak Penjagaan Sementara Anak kepada isteri saya dan Hak Lawatan diberikan kepada saya. Namun demikian pada masa yang ditetapkan pihak isteri tidak memberikan kerjasama ketika saya ingin mengambil anak saya di rumahnya.
Balas
# Re : ISTERI INGKAR PERINTAHAdministrator 2009-08-20 10:24
Apabila Mahkamah telah mengeluarkan perintah pihak-pihak terlibat berkewajipan mematuhi perintah tersebut. Dalam hal ini sekiranya benar bekas isteri encik tidak mematuhi perintah Mahkamah, encik boleh mengambil tindakan melaporkan keengganannya mematuhi perintah tersebut kepada Pegawai Penguatkuasa JAIM untuk tindakan selanjutnya.
Balas
# permohonan ceraiLyn 2009-08-12 20:43
Salam..

Adik saya baru berkahwin pada bulan may 2009 yang lepas dengan seorang pemuda yang berasal dari sarawak. Namun, perkahwinan mereka tidak pernah bahagia. Adik saya tertekan kerana suaminya tidak pernah mengambil tahu kebajikannya. Suaminya juga tidak menjalankan tanggungjawab sbg seorang islam dan seorang suami yang baik. Adik saya ingin memohon cerai dari suaminya dan apa proses yang perlu dilakukan?
Balas
# Re : Permohonan CeraiAdministrator 2009-08-14 23:15
Waalaikumsalam w.b.t.

Sekiranya pernikahan adik puan tidak dapat diselamatkan lagi setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkannya, adik puan bolehlah memfailkan Tuntutan Perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di mana beliau bermastautin/tinggal.
Borang Tuntutan Perceraian boleh diperolehi di kaunter mahkamah tersebut atau boleh mendapatkan contoh borang tersebut di dalam laman web ini di menu Muat Turun/Download.

Dalam tempoh 21 hari selepas beliau membuat pendaftaran, kes akan disebut/dibicarakan di mahkamah tersebut.

Sekian.
Balas
# Undang-undang syariahazmer abu 2009-07-22 08:56
Apakah laman web yang boleh dirujuk berkaitan undang-undang syariah rumahtangga?
Balas
# RE : Undang-undang syariahAdministrator 2009-07-27 11:48
Assalamualaikum w.b.t.

Berikut merupakan senarai laman web yang boleh dirujuk :
- Setiap laman web Mahkamah Syariah Negeri
- Setiap laman web Jabatan Agama Islam Negeri
- Laman web Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
- Laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sekian, terima kasih.
Balas
# Ex-Parteazmer abu 2009-07-22 08:55
Adakah tempoh tertentu yang perlu dipatuhi untuk tujuan EX parte boleh diketepikan ?
Balas
# RE : Ex-ParteAdministrator 2009-07-27 11:52
Seksyen 194 Enakmen Tatacara Mal memperuntukkan sesuatu Perintah Ex-Parte boleh diketepikan dengan permohonan pihak-pihak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah itu.
Balas
# Nusyuzazmer abu 2009-07-22 08:54
Apakah makna nusyuz dan kesalahan yang disabitkan dengan nusyuz ?
Balas
# re:Nusyuzadministrator 2009-08-17 16:15
Assalamualaikum Wrt Wbt,

Nusyuz merupakan suatu perbuatan seorang isteri atau suami yang tidak taat terhadap pasangan masing-masing mengikut landasan hukum Syara\':-

Contoh:-
1)Isteri Nusyuz:
-keluar rumah kelamin tanpa keizinan suami;
-tidak membuka pintu rumah apabila suami pulang ke rumah;
(apabila suami sudah berada di hadapan pintu);


2)Suami Nusyuz:
-mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami seperti pulang lewat malam sesuka hati tanpa alasan yang munasabah:
-tidak pulang langsung ke rumah kelamin tanpa apa-apa berita.


Kesan daripada Nusyuz:-

1)ISTERI
-tidak wajib ke atas suami memberi nafkah diri,tempat tinggal zahir dan batin

2)SUAMI
-hendaklah ditakzirkan mengikut undang-undang Syara\' dan pandangan hakim yang bijaksana.

Sila rujuk Kitab Fiqh-Al Manhaji karangan Dr Mustafa Bugho,Cetakan Pustaka Salam.
Balas
# Faraid - anak angkatSiti Rohani Yusof 2009-07-09 14:03
Assalamualaikum,

Saya ingin mendapat penjelasan berkenaan dengan pembahagian harta pusaka. Adik lelaki saya telah di beri kepada bapa saudara sebagai anak angkat selepas di lahir. Nama nya telah di \"bin\" kepada bapa saudara dan bukan bapa sendiri. Apabila bapa angkat adik saya meninggal dia telah di berikan harta mengikut pembahagian anak lelaki melalui faraid. Baru ini bapa kami telah meninggal dunia, ada kah adik saya masih berhak menerima sebahagian daripada harta ayah saya mengikut faraid? Di atas budibicara abang saya hendak memberi adik itu sebahgian daripada harta ayah saya, tetapi oleh sebab dia telahpun mendapat bahagian nya terlebih dahulu selepas bapa angkat nya meninggal, maka saya tidak setuju. Adakah pembahagian harta mengikut budibicara mesti mendapat persetujuan daripada semua adik beradik?
Balas
# Re : Faraid - anak angkatAdministrator 2009-07-09 14:59
Waalaikumsalam w.b.t.

1. Anak angkat tidak berhak mendapat harta pusaka daripada bapa angkatnya kecuali ada wasiat atau hibah.

2. Adik puan adalah berhak mendapat harta pusaka daripada ayahnya.

3. Pembahagian mengikut budi bicara dibenarkan oleh syarak selepas ahli waris mengetahui bahagian yang diperolehi masing-masing daripada harta pusaka tersebut. Ini disebut di dalam hukum Faraid sebagai (Taharuj) ahli waris.
Balas
# surat pengesahan konsul general malaysiadiana 2009-06-24 11:13
assalammualaikum..

sy ingin bertanya, jika konsul general malaysia tidak mahu mengeluarkan surat pengesahan pernikahan sy di thailand kerana sy telah masuk ke thailand secara tidak sah, bagaimana??
Balas
# RE : surat pengesahan konsul general malaysiaAdministrator 2009-06-24 11:24
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh...

Dalam membuat pengesahan pernikahan di Luar Negara, pihak-pihak hendaklah membuktikan bahawa pernikahan yang dijalankan adalah sah mengikut hukum syarak. Oleh itu, pihak-pihak hendaklah mengemukakan keterangan-keterangan sama ada melalui saksi-saksi ataupun dokumen-dokumen berkaitan. Surat Pengesahan Pernikahan oleh Kedutaan Malaysia di Luar Negara adalah perlu bagi menyokong dokumen pernikahan ( Sijil keterangan Nikah dan surat pengesahan nikah) yang dikemukakan di Mahkamah. Sekiranya puan tidak mempunyai surat pengesahan pernikahan oleh kedutaan Malaysia, puan hendaklah membuktikan pernikahan tersebut berlaku di negara tersebut melalui lain-lain dokumen seperti passport perjalanan, gambar-gambar majlis pernikahan ataupun lain-lain dokumen yang berkaitan. Puan juga hendaklah mengemukakan saksi-saksi pernikahan untuk siasatan Mahkamah bagi memastikan upacara yang dijalankan menepati rukun dan syarat sah nikah.
Balas
# hukum tidak menjalankan tanggungjawab suami isterisuraya 2009-06-12 11:10
Assalamualaikum....wbt

Seorang sahabat saya telah tidak tinggal serumah dengan isterinya sejak 2 tahun lalu. Isteri sahabat saya itu telah keluar rumah dan tinggal bersama keluarga.
Soalan saya
Apakah hukum keatas si isteri dan sahabat saya itu kerana tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Balas
# Hukum tidak menjalankan tangungjawab suami isteriustaz shukeri najib 2009-06-12 15:03
Nabi Muhammad s.aw ada bersabda:

Artinya: Dari Hakim bin Muawiyyah r.a.h dari bapanya : Aku bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w .Apakah dia hak seorang isteri ke atas suaminya. Jawab Rasulullah s.a.w. Hendaklah Kamu berilah makan isterimu apabila kamu makan ,berikan pakaian apabila kamu berpakaian.Jangan kamu pukul mukanya dan jangan kamu keluarkan perkataan yang keji kepadanya serta jangan kamu tinggalkan dia melainkan didalam rumah.
Riwayat Imam Ahmad ,Abu Daud,al-Hakim.


Dan didalam Hadis yang lain rasulullah s.aw bersabda:

Ertinya: Dari Abi Zar ra. Meriwayatkan dari Nabi saw. Bahawa Allah telah berfirman : Wahai hamba-hambaku sesungguhnya aku haramkan kezaliman itu atas diriKu, maka Aku haramkan kezaliman itu diantara kamu.
(Riwayat Muslim, Hadis 2577)

Islam juga amat menekankan aspek tanggungjawab yang diamanahkan kepada suami terhadap ahli keluarganya , sekiranya sisuami mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua ahli keluarga , satu ancaman telah diingatkan oleh baginda Rasulullah s.aw melalui sabdaNya :

Balas
# tak mahu ceraikan isteriHisham 2009-06-09 16:15
Isteri saya telah menuduh saya menghisap dadah dengan terjumpanya bahan haram tu dirumah kami. Pada hakikat yang sebenarnya bahan haram tersebut bukan kepunyaan saya tetapi kepunyaan kawan saya yang tertinggal barang tersebut ketika menumpang dirumah saya ketika ketiadaan isteri saya dirumah.
Walau apapun, yang pastinya saya tidak menghisap dadah dan saya tidak ada cara untuk mejelaskan hal ini kerana ia tidak mempercayainya. Hal ini telah ia adukan kepada ibu bapanya. Akibat terjumpanya bahan tersebut, isteri saya telah lari meninggalkan saya dan balik ke rumah ibubapanya di sebuah negeri di Pantai Timur dengan membawa anak. ( Kami ada seorang anak lelaki berumur 2tahun 2 bulan. Usia perkawinan kami baru 3 tahun.
Saya amat menyanyangi isteri dan anak saya. Ketika dia meninggalkan saya dengan kembali ke rumah ibubapanya, beliau tidak lansung memberitahu saya. Apabila saya pulang ke rumah saya dapati isteri dan anak saya tiada dirumah. Seminggu selepas itu saya dapat tahu bahawa beliau telah kembali ke rumah ibubapanya.
Bagaimanakah cara untuk saya tidak bercerai dengan isteri saya. Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menceraikan isteri saya kerana saya amat kesian pada anak saya yang masih kecil. Kesan penceraian ini amat berat untuk ditanggung terutama sekali kepada anak saya.
Seandainya saya ditakdirkan juga bercerai, apakah saya boleh mendapatkan hak jagaan terhadap anak saya. Untuk pengetahuan isteri saya berumur 23 tahun dan saya 37 tahun. Saya bekerja dengan kelulusan Sarjana muda dan isteri saya baru bekerja secara kontrak dan hanya mempunyai sijil sahaja.
Balas
# tak mahu ceraikan isteri Administrator 2009-06-09 16:58
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Berdasarkan permasalahan yang diceritakan oleh encik, pihak kami mendapati bahawa perceraian belum lagi difailkan di Mahkamah Syariah. Oleh itu, sebaiknya encik menggunakan peluang yang ada ini untuk berbincang secara baik dengan isteri encik dan keluarganya. Sekiranya benar encik tidak terlibat dengan najis dadah tersebut ada baiknya encik membuat pemeriksaan doctor dengan ditemani oleh isteri encik bagi menjernihkan salah faham yang timbul.Sewajibnya encik menghadkan pergaulan dengan teman-teman yang terjebak dengan najis ini. Berkaitan hak jagaan anak sekiranya difailkan, Mahkamah Syariah akan menentukan siapa yang lebih berhak dengan acces diberikan pada pihak yang satu lagi.Pihak kami mendoakan kebahagiaan keluarga encik.
Balas
# Permohonan penceraianJuraiza Jais 2009-06-04 09:57
Abang saya mendapati isterinya curang dan disaksikan oleh anaknya yang berumur 8 tahun.

Kami ingin tahu apakah procedure yg harus kami lakukan untuk menfailkan penceraian beliau?

Kami juga ingin memohon hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga2 orang anak yg berumur dr 8 tahun - 5 tahun.

Patutkah kami hire lawyer ataupun mengguna khidmat biro bantuan guaman yg ada di mahkamah?

Sementara menunggu proses penceraian ini boleh kan, anaknya duduk bersama dengan abang saya?
Balas
# Permohonan penceraianAdministrator 2009-06-04 10:53
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pihak kami mengharapkan puan menasihatkan abang dan isterinya mencari jalan penyelesaian terbaik terlebih dahulu sebelum kes dibawa ke Mahkamah Syariah. Perkhidmatan Kaunseling di Pejabat Agama juga menjadi alernatif terbaik untuk menyelamatkan rumahtangga abang puan.

Namun demikian, sekiranya ingin juga bercerai, abang puan bolehlah menfailkan pendaftaran Tuntutan Perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di mana dia bermastautin/tinggal. Abang puan perlu menyediakan Penyata Tuntutan yang mengandungi maklumat pernikahan, anak-anak dan sebab-sebab perlu perceraian diluluskan (contoh borang penyata tuntutan boleh didapati melalui laman web kami ini pada menu Muat Turun). Perlu juga dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen pernikahan, laporan kaunseling Pejabat Agama Islam (jika ada) dan lain-lain dokumen berkaitan. Kes abang puan ini akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah dalam tempoh 21 hari selepas didaftarkan.

Bagi memohon hak penjagaan anak, abang puan perlu memfailkan pula kes ini di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan pihak-pihak akan dipanggil di dalam Majlis Sulh untuk mencari jalan penyelesaian sebelum diendorskan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Sementara menunggu kes ini selesai, pihak-pihak boleh memohon Perintah Interim bagi hak penjagaan sementara anak-anak tersebut. Pihak kami menasihatkan sebaiknya pihak-pihak melantik peguam sama ada dari Biro Bantuan Guaman (BBG) atau peguam persendirian (senarai nama peguam boleh dirujuk di dalam laman web ini) bagi melancarkan proses perbicaraan di Mahkamah nanti.
Wassalam.
Balas