Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Kes Faraid

PENGENALAN

Kes Faraid ialah permohonan menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka Islam. Penentuan pembahagian tersebut dikeluarkan dalam bentuk Sijil Faraid.

Kes Faraid adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah di mana permohonan ini dibuat untuk menguruskan pengiraan dan siasatan serta mengeluarkan Perintah Faraid supaya memenuhi kehendak Hukum Syarak. Permohonan ini digunakan untuk mengelakkan keraguan waris-waris sebelum perintah dikeluarkan.

Pihak - pihak yang memohon akan menggunakan perintah Faraid yang yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk mengefekkan pembahagian harta pusaka si mati.