Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Rayuan Syariah

Profil


Mahkamah Rayuan Syariah dianggotai oleh 7 orang ahli panel yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan diketuai oleh Ketua Hakim Syarie sebagai Pengerusi serta dianggotai oleh 6 orang hakim rayuan syarie. Panel rayuan dibantu oleh Ketua Pendaftar dan seorang Pegawai Penyelidik. Dalam satu-satu sidang perbicaraan , hanya 3 orang daripada & orang ahli panel yang akan dilantik sebagai hakim perbicaraan.


Bidang Kuasa

 Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya.

Mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas mahkamh Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

Mahkamah Rayuan Syariah juga berbidangkuasa untuk membatalkan sabitan, mengenepikan, mengurangkan, mengakaskan, mengesahkan, mengubah hukuman, perintah atau keputusan, menolak rayuan atau menyabitkan yang dituduh dan menghukumnya mengikut undang-undang, menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana dijalankan oleh Mahkamah pembicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula diadakan bagi kedua-dua kes jenayah dan mal.

Seksyen 55 enakmen Pentadbiran Agam Islam ( Negeri Melaka) 2002 telah menerangkan secara terperinci tentang bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah. Seksyen tersebut menyatakan seperti berikut

1. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.

2. Apabila suatu rayuan daripada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

3. Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah itu hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan yang difikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu.


Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Senarai Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Melaka (Sesi 2013-2016)

1. Y.A.A. Tan Sri Ibrahim Bin Lembut
2. Y.A.A. Datuk Mahammad Bin Ibrahim
3. Y.A. Dato’ Seri Haji Md. Yusup Bin Che Teh
4. Y.A. Dato' Haji Hussin Bin Haji Harun 
5. Y.A. Datuk Haji Aidi Bin Moktar
6. Y.A.A. Datuk Haji Mohamad Bin Haji Abdullah
7.  Y.A.A. Dato' Haji Yusof Bin Musa