Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah

Profil

Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah, Melaka mempunyai sebuah dewan perbicaraan yang ditandakan dengan kod 04002. Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Dari segi urusan Pentadbiran, Perundangan dan Kewangan bagi Mahkamah ini dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar, dua orang Pembantu Pendaftar, dua orang Pembantu Tadbir, seorang Penghantar saman dan seorang Pembantu Am Pejabat.

Di Mahkamah Rendah Syariah ini juga dipertanggungjawabkan seorang Pegawai Sulh untuk melaksanakan proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya dan ditempatkan di Mahkamah yang sama. Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah sebelum ini telah beroperasi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah Melaka bersama-sama dengan Pejabat Agama Islam . Setelah Pejabat Agama Islam berpindah ke Bangunan OMNO Alor Gajah, Melaka maka Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah telah beroperasi bersendirian di tempat yang lama dengan membuat beberapa pengubahsuaian bagi keselesaan pelanggan dan kakitangan .

Pada tahun 2008 Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah telah berpindah ke sebuah bangunan yang baru terletak di Jalan Taman Seri Bayu, Alor Gajah, Melaka (bersebelahan dengan Masjid Daerah Alor Gajah, Melaka) dan beropersai di Tingkat satu bersama dengan Jabatan Agama Islam Daerah Alor Gajah yang beropersai di Tingkat Bawah sehingga kini.


Bidang Kuasa

Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No.7 Tahun 2002, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah :

Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah

Senarai Hakim-Hakim yang pernah bertugas di Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah

1. Tn. Payate Bin Deman ( Tahun 1990 hingga 1991)
2. Allahyarham Tn.Hj.Mohd Adnan Bin Mohd Amin        (20 Feb.1994 hingga 15 Ogos 1995)
3. Tn.Mohammad Adib Bin Husain (1 Sept.1995 hingga 31 Dis. 2003)
4. Tn.Mohammad Zamri Bin Roslan (1 Mac 2007 hingga Julai 2009)
5. Tn.Saharuddin Bin Selamat (6 Nov.2009 hingga Jan. 2010)
6. Tn.Mohd Saifiddin Bin Othman ( 1 April 2010 hingga 15 Julai 2012)
7. Tn.Amirrudin Bin Ab. Latip ( 25 Jan. 2013 hingga kini)