Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin

Profil

Mahkamah Rendah Syariah Jasin, Melaka mempunyai sebuah dewan perbicaraan yang ditandakan dengan kod 04003 .Mahkamah Rendah Syariah Jasin diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Dari segi urusan Pentadbiran, Perundangan dan Kewangan bagi Mahkamah ini dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar, dua orang Pembantu Pendaftar, dua orang Pembantu Tadbir, seorang Penghantar saman dan seorang Pembantu Am Pejabat. Di Mahkamah Rendah Syariah ini juga dipertanggungjawabkan seorang Pegawai Sulh untuk melaksanakan proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya dan ditempatkan di Mahkamah yang sama. Mahkamah Rendah Syariah Jasin pada awalnya memulakan operasinya di sebuah bangunan lama bersebelahan bangunan RISDA Daerah Jasin, Melaka kemudian telah berpindah di Belakang Masjid Daerah, Jasin (Masjid lama) bersama-sama dengan Pejabat Agama Islam .Pada tahun 2007 Mahkamah Rendah Syariah Jasin telah berpindah ke sebuah bangunan yang baru terletak di Jalan Taman Maju, Jasin Melaka dan beropersai di tingkat satu bersama dengan Jabatan Agama Islam Daerah Jasin yang beroperasi di tingkat bawah sehingga kini.

Bidang Kuasa

Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No.7 Tahun 2002, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah :

Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin

Senarai Hakim-Hakim yang pernah bertugas di Mahkamah Rendah Syariah Jasin

1. Tn. Payate Bin Deman ( Tahun 1990 hingga 1991)
2. Allahyarham Tn.Hj.Mohd Adnan Bin Mohd Amin         (20 Feb.1994 hingga 15 Ogos 1995)
3. Tn.Azzeman Bin Hj.Omar (16 Ogos 1995 hingga 31 Ogos 2001)
4. Y.A.A Tan Sri Dr. Hj.Ibrahim Bin Lembut (1 Okt.1998 hingga 16 Feb. 2002)
5. Tn.Mohammad Khalid Bin Shaee @ Shaii (1 Sept.2001 hingga 31 Mei 2004)
6. Tn.Che Saupi Bin Che Husin ( 1 Jun 2004 hingga 29 Feb.2007)
7. Allahyarham Tn.Jasni Bin Mat Desa ( 1 Mac 2007 hingga 17 Ogos 2008)
8. Tn.Muhamad Yusro Bin Borhan Nordin (3 Sept.2008 hingga 30 Jun 2009)
9. Tn.Abdul Ghani Bin Kiflie (1 Julai 2009 hingga 28 Mac 2010)
10. Tn.Mohd Mirza bin Abdul Rashid (17 Mei 2010 hingga 11 Mac 2012)
11. Pn.Firdawaty Binti Mohammad ( Mac 2011 hingga kini)