Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah

Profil

Mahkamah Rendah Syariah di Melaka Tengah mempunyai tiga buah dewan perbicaraan yang dibezakan melalui sistem koding iaitu 04001 untuk dewan satu, 04004 untuk dewan dua dan 04005 untuk dewan tiga. Setiap dewan akan diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Dari segi urusan Pentadbiran, Perundangan dan Kewangan bagi ketiga-tiga dewan tersebut akan dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar, tiga orang Pembantu Pendaftar, dua orang Pembantu Tadbir, seorang Penghantar saman dan seorang Pembantu Am Pejabat. Di Mahkamah Rendah Syariah ini juga dipertanggungjawabkan seorang Pegawai Sulh untuk melaksanakan proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya dan ditempatkan di Unit Sulh. Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah sebelum ini telah beroperasi berasingan dengan Unit Pentadbiran dan Mahkamah Tinggi Syariah di Bukit Peringgit, Melaka tetapi pada masa kini telah bersama di bawah satu bumbung dan beroperasi pentadbirannya di tingkat dua, Kompleks Mahkamah Syariah, Lebuh Ayer Keroh, Melaka bermula pada 1 Februari 2013.

Bidang Kuasa

Bidangkuasa yang diberikan kepada Mahkamah Rendah Syariah telah dinyatakan dengan jelas di bawah seksyen 50 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002;

(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Melaka dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetepkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun rukun agama islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah

Senarai Hakim-Hakim yang pernah bertugas di Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah

1. Tn. Payate Bin Deman
2. Allahyarham Tn.Hj.Mohd Adnan Bin Mohd Amin
3. Tn.Azzeman Bin Hj.Omar
4. Y.A.A Tan Sri Dr. Hj.Ibrahim Bin Lembut
5. Tn.Mohammad Zamri Bin Roslan
6. Tn.Hj.Shukeri Najib Bin Ab Rahim
7. Tn.Muhammad Yusro Bin Borhan Nordin
8. Tn.Ab.Malek Bin Awang
9. Tn.Mohd Saifuddin Bin Othman
10. Tn.Mohd Mirza Bin Abdul Rashid
11. Pn. Jamiah Binti Husin
12. Tn. Hardi Bin Alias
13. Tn.Mohd Dhiauddin Bin Mohamad Yusoff