Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sungai Rambai

Profil

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin Di Sungai Rambai telah di wujudkan pada 8 Mei 2015 dan YB Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan pra perasmian bagi sebuah lagi Mahkamah Rendah Syariah sub daerah di dalam daerah Jasin, Melaka. Mahkamah ini mula beroperasi pada 14 Mei 2016 di Masjid Al-Hasanah Sungai Rambai secara sementara bagi kemudahan pendaftaran dan pendengaran kes kepada penduduk setempat dan masyarakat sekelilingnya iaitu dari kawasan Umbai, Merlimau, Serkam, Sungai Rambai dan lain-lain kawasan yang berhampiran

Mahkamah ini ditadbir oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah di dalam hal Perundangan, Pentadbiran dan Kewangan yang juga dibantu selia oleh seorang Penolong Pendaftar dan seorang Penolong Pegawai Tadbir serta seorang Pembantu Syariah bagi melancarkan perjalanan kes harian. Pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin akan bertugas secara bergilir-gilir di Mahkamah ini sehingga perjawatan baru diwujudkan kelak.

Mahkamah ini juga dianggotai oleh seorang Pegawai Sulh yang menyelesaikan kes secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya.

Majlis perletakan batu asas bagi pembinaan Mahkamah Syariah Sungai Rambai yang baru di dalam Kompleks Al- Hasanah telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi pada 04 Mac 2016 yang lalu.

 

Bidang Kuasa

Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No.7 Tahun 2002, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah :

Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.