|
Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Alor Gajah |
20 Januari 2012, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Umar Ali Saifuddin Shaharuddin. Rombongan beliau yang turut disertai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Zabidi Kadir Ahmad , Ketua Bahagian Pengurusan, Ch. Insp. Mohd Yusof Abd Wahab dan Ketua Polis Balai Alor Gajah, Insp. Abd Halim Ithnin dan 2 pegawai yang lain disambut oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah, Tn. Mohd Saifuddin Bin Othman. 
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengambil kesempatan untuk berbincangan beberapa perkara bagi tujuan menyelaraskan gerak kerja kedua-dua pihak untuk melancarkan perjalanan kes-kes di Mahkamah.
|
|
Read more...
|
|
Lawatan Kerja ke Penjara Sungai Udang, Melaka |
13 Januari 2012, Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan lawatan ke Penjara Sungai Udang Melaka bertujuan sebagai pendedahan kepada pegawai dan kakitangan MSNM berkaitan peranan Penjara dan program-progam yang diaturkan kepada banduan terutama terhadap pesalah syariah. Lawatan ini diketuai oleh Y.A.A .Ketua Hakim Syarie, Datuk Mahammad bin Ibrahim dan disertai dengan 20 orang pegawai mahkamah. Lawatan ini disambut oleh Tuan Saidi bin Hamzah, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang. 
Hasil daripada lawatan dan perbincangan yang diadakan beberapa persetujuan dapat dicapai antaranya, penyelarasan penghantaran dan pengeluaran pesalah syariah ke penjara, tempoh pengeluaran OTP, potongan tempoh pemenjaraan, tanggungan kos bagi pesalah mal, dan keberkesanan program-program yang diaturkan kepada pesalah syariah.
|
|
Read more...
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>
|
| Results 1 - 7 of 56 |