Pada 3.8.2011, Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan mengurniakan suratcara watikah pelantikan kepada 10 orang Hakim Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka di Istana Negara.
Empat daripada mereka telah menerina watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Melaka iaitu Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah, YAA Datuk Mohamad Abdullah, Hakim Rayuan Putrajaya, YAA Datuk Md Yusuf Che Teh dan Ketua Hakim Syarie Melaka , YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim.
Selain daripada itu, YAA Datuk Johdi Toha juga turut sama menerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Melaka.
Pada majlis pengurniaan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, YA Abdul Walid Abu Hassan dan 2 orang hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, YA Mohammad Zamri Roslan dan YA Mohd Yunus Mohamad turut sama menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Yang Dipertuan Agong.
Jabatan ini mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Hakim-hakim yang telah menerima watikah pelantikan tersebut lebih-lebih lagi Ketua Hakim Syarie negeri Melaka, YAA Datuk Mahammad Bin Ibrahim. Semoga dengan pentauliahan ini dapat memberi satu suntikan semangat untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.
Tahniah.