Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Staff Login

Updated

Last Updated : 6 September 2010

Al-Mau'eizoh

Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W. baginda bersabda : "Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain." (Hadith Riwayat Muslim)
 
You are here: Home
Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali ke-11 PDF Print E-mail

Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Kali Ke-11
Persidangan Tahunan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-11

 

Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah bertuah kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali ke-11 Bagi Tahun 2009  (“Persidangan tersebut”) anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)  yang telah diadakan pada 3 hingga 6Ogos 2009 bertempat di A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka dan peserta-peserta adalah dari kalangan Pegawai-Pegawai Syariah seluruh Malaysia telah menghadirkan diri untuk menjayakan persidangan ini.    

persidangan syariah kali ke-11 

 
Persidangan ini yang bertemakan Syariah: Satu Tranformasi Ummah telah rasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) pada 4hb Ogos 2009 di Ball Room, Club  House A Famosa Resort dan hadir bersama Tan Sri Ibrahim Lembut selaku Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan tetamu kehormat yang lain. Pada perasmian tersebut juga telah mencatat satu sejarah di mana YB Menteri telah melancarkan Buku “Sejarah 10 Tahun Persidangan Tahunan 1999-2008”.


peserta persidangan

Terdapat empat perbentangan kertas kerja sepanjang berlangsungnya Persidangan tersebut di mana adalah seperti berikut:-  

i)    Pembentangan 1
Tajuk              :    Cabaran Pegawai Syariah Dalam Mendepani Transformasi Minda Masyarakat.
Penceramah     :    Y.Bhg Dato’ Faiza Bin Haji Tamby Chik,    
                          Fellow Utama,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ii)    Pembentangan 2
Tajuk             :    Peranan dan Hala Tuju Pegawai Syariah
Penceramah    :    Y.Bhg Prof. Dr. Ahmad Hidayat Bin Buang
                         Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

iii)    Pembentangan 3
Tajuk            :    Membudayakan Anti Rasuah Di Kalangan Pegawai Awam
Penceramah   :    Y.Bhg Dato’ Haji Zajaria Bin Haji Jaafar
                        Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan)
                        Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia

iv)    Pembentangan 4
Tajuk           :    Protokol dan Etiket
Penceramah  :    Puan Rahimah Binti Yeop
                        Ketua Pengarah Kepakaran Perundingan
                        INTAN Bukit Kiara


Pada 5hb Ogos 2009 telah berlangsung acara sukan seperti Futsal, memanah, sukaneka, acara menembak, paintball, dan Go Kart di tempat-tempat yang telah ditetapkan seperti  Sport Planet, Cheng Melaka, Pusat Rekreasi Ayer Keroh,Lapangan Sasar IPK Bukit Beruang, dan Litar Go Kart Ayer Keroh di mana hampir kesemua peserta Persidangan mengambil bahagian dalam kesemua acara sukan tersebut.Pada malam tersebut juga telah berlangsung Majlis Makan Malam Tajaan Negeri Melaka dimana antara tetamu kehormat pada Majlis Malam tersebut adalah YAB Datuk Mohd Ali  Bin Rustam.

Persidangan ini diakhiri dengan Sidang Pleno pada 6hb Ogos 2009 oleh ahli-ahli seperti YA Datuk Haji Abu Bakar Bin Ahmad, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM, YA Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM, YA Tuan Haji Hussin Bin Ahmad, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM dan YAA Tuan Haji Hussin Mohamad Bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan.  Pembentangan Resolusi merupakan acara kemuncak di mana pembentangan resolusi tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mukhyuddin Bin Haji Ibrahim , Pendaftar Kanan (Kehakiman) JKSM.       

Persidangan Pegawai Syariah ini merupakan satu wadah penyatuan fikiran untuk mengumpulkan semua penggerak-penggerak sistem kehakiman syariah daripada seluruh Malaysia di mana dapat berkongsi idea-idea tentang isu-isu yang khususnya melibatkan perkhidmatan, pengurusan, dan perundangan agar institusi kehakiman syariah menjadi lebih kukuh dan dipercayai oleh rakyat.

 
< Prev   Next >
MSC Portal Portal Government JKSM Portal E-Syariah Portal Melaka Portal Fatwa Portal JAKIM portal JAIM Web Mufti Web

Copyright © 2009 - 2010, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
This site is best view with Internet Explorer 6.0 and above at 1024 x 768 screen resolution.
DISCLAIMER :
The Melaka Syariah Court shall not be liable for any damage and loss of data caused in connection with the use of this site.