Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Staff Login

Updated

Last Updated : 6 September 2010

Al-Mau'eizoh

Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W. baginda bersabda : "Sesungguhnya Allah S.W.T. sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "(Yarhamukallah)". Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadith Riwayat Bukhari)
 
You are here: Home
Majlis Makan Malam & Pelancaran Program Kualiti MSNM PDF Print E-mail
Majlis Makan Malam MSNM
Majlis Makan Malam "Sejuta Penghargaan Seribu Kenangan" dan Pelancaran Program Kualiti

Majlis Makan Malam "Sejuta Penghargaan Seribu Kenangan" dan Pelancaran Program Kualiti (SSR, KPI, MS ISO 9001:2008 & 5S) Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dianjurkan dengan jayanya pada 9 Disember 2009 bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

 

Majlis ini dirasmikan oleh Y.A.A. Datuk Mahammad bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie Melaka. Program 2 dalam 1 ini diadakan adalah bagi menghargai kakitangan MSNM yang telah bertukar ke jabatan lain dan kakitangan yang mendapat kenaikan pangkat, dianugerahkan pingat kebesaran Kerajaan Negeri Melaka serta penerima - penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Pekerja Contoh.

 Majlis Makan Malam MSNM  Majlis Makan Malam MSNM 
Ketua Hakim Syarie merasmikan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Program Kualiti MSNM 

MSNM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan MSNM yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Majlis Makan Malam MSNM Majlis Makan Malam MSNM
Kakitangan MSNM yang hadir bersama keluarga masing-masing
Dengan pelancaran program kualii Star Rating, Key Performance Indicators (KPI), MS ISO 9001:2008 dan 5S menunjukkan keseriusan MSNM dalam melaksanakan program kualiti ini bagi tahun 2010 dan diharapkan warga MSNM menyokong dan bersama-sama dalam menjayakan hasrat mencapai pensijilan tersebut. Semoga 2010 menjadi tahun yang cemerlang bagi MSNM.

Majlis Makan Malam MSNM  Majlis Makan Malam MSNM
Warga MSNM yang berpindah jabatan

 

 
< Prev   Next >
MSC Portal Portal Government JKSM Portal E-Syariah Portal Melaka Portal Fatwa Portal JAKIM portal JAIM Web Mufti Web

Copyright © 2009 - 2010, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
This site is best view with Internet Explorer 6.0 and above at 1024 x 768 screen resolution.
DISCLAIMER :
The Melaka Syariah Court shall not be liable for any damage and loss of data caused in connection with the use of this site.