Terjemah

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Kemaskini

Terakhir dikemaskini : 22 Julai 2014
You are here: Laman Utama arrow Profil Korporat arrow Mahkamah arrow Mahkamah Tinggi Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah PDF Cetak E-mail

Profil

Mahkamah Tinggi Syariah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dibantu oleh seorang Pegawai Penyelidik, seorang Pendaftar, empat orang Pembantu Syariah, dan seorang Bailif.

Mahkamah Tinggi Syariah juga dibantu oleh seorang Pegawai Sulh dari unit Sulh MSNM bagi menyelesaikan kes secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya.

Bidang Kuasa

Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Melaka, dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan tehadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan baginya.
Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Melaka dalam bidang kuasa malnya, "Mahkamah Tinggi Syariah" hendaklah :

A) Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding itu ialah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu berhubungan dengan :

i.  Pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri ;
ii.  Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i)
iii. Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak ;
iv. Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat ;
v. Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak ;
vi. Perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam ;
vii. Perisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya ; dan
viii. Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

B) Mempunyai bidang kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara jenayah, dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh ;

i. Dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan ; dan
ii. Dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula.

C) Mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atasa semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, samada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

 

1 Malaysia MSC Portal My Government Portal MAMPU Portal MDEC Portal Melaka Portal JKSM Website E-Syariah Portal


Hak Cipta Terpelihara © 2014, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768.
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN