Terjemah

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Kemaskini

Terakhir dikemaskini : 28 Ogos 2014
You are here: Laman Utama arrow Profil Korporat arrow Mahkamah arrow MRS Daerah Melaka Tengah
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah PDF Cetak E-mail

Profil

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah dibantu di bahagian Perundangan, Pentadbiran dan Kewangan oleh seorang Penolong Pendaftar, tiga orang Pembantu Pendaftar, seorang Bailif (gunasama Mahkamah Tinggi Syariah), seorang jurutaip dan seorang Pembantu Am Pejabat.

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah juga dianggotai oleh seorang Pegawai Sulh yang menyelesaikan kes secara proses Sulh yang berbidangkuasa olehnya.

Bidang Kuasa

Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) No.7 Tahun 2002, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah :

Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau undang-undang bertulis lain itu tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Yang Di-Pertuan Agong boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas bidangkuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

 

1 Malaysia MSC Portal My Government Portal MAMPU Portal MDEC Portal Melaka Portal JKSM Website E-Syariah Portal


Hak Cipta Terpelihara © 2014, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768.
PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN