Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Staff Login

Updated

Last Updated : 6 September 2010
You are here: Home arrow Inquiry
Inquiry PDF Print E-mail

Ruangan ini dikhususkan untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan Pentadbiran, Perundangan dan Kehakiman Syariah.


Comments
Add New Search
Hadzli zul hamran  - Masalah Perkahwinan Dan Rumah Tangga Adik   |2010-03-08 23:01:39
Assalamualaikum...

Saya mempunyai seorang adik perempuan dan telah berkahwin dengan seorang
lelaki berasal dari Sabah. Perkahwinan ini telah dilangsungkan di sempadan Thailand pada tahun 2004.
Masalahnya sehingga ke hari ini saya tidak mengetahui status perkahwinan mereka, samada dah
berdaftar di Malaysia atau belum. Satu lagi kemusykilan ialah pernikahan berwalikan hakim, sedangkan
bapa saya masih hidup dan saya sendiri sebagai abang yang sulung pun masih hidup. Minta
diperjelaskan oleh pihak tuan.

Masalah kedua, baru-baru ini telah didapati, adik ipar saya telah
menjalin hubungan sulit dengan pihak ketiga. Keluarga Pihak ketiga telah dimaklumkan oleh
beliau(adik ipar) bahawa beliau telah bercerai dengan isteri (adik saya). Jadi status beliau
sekarang ialah duda anak satu. Perkara ini telh diketahui oleh saya dan keluarga melalui perbualan
telefon dengan keluarga pihak ketiga. Persoalannya, bagaimana kedudukan hubungan suami-isteri?
Adakah telah jatuh talak? Apa tindakan yang boleh saya buat?

Besarlah harapan saya jika pihak
tuan dapat memberi sedikit maklumat kepada saya. Sekian terima kasih
Administrator  - Re : Masalah Perkahwinan Dan Rumah Tangga Adik   |2010-03-19 06:33:23
Waalaikumussalam Wrt Wbt,

Terlebih dahulu kami amat berterima kasih atas persoalan yang
diutarakan dan dapat kami dapat simpulkan di sini soalan anda tersebut adalah seperti
berikut:-

1) DAFTAR PERKAHWINAN DAN WALI HAKIM

a)Mengikut Mazhab Syafie, seseorang
perempuan boleh berwalikan hakim sekiranya wali berada lebih daripada 2 marhalah (lebih kurang
100km) dengan perempuan tersebut. Namun, perkahwinan yang berwalikan hakim tersebut masih perlu
untuk membuat pengesahan di mahkamah.

b)Anda sebagai abang boleh membuat penyemakan di
Mahkamah di mana adik perempuan dan pasangannya bermaustatin samaada adik anda atau suaminya telah
memohon untuk membuat pengesahan perkahwinan atau belum; atau

c) Sekiranya pihak-pihak telah
memohon untuk pengesahan nikah di Mahkamah dan masih dalam prosiding, anda atau bapa boleh membuat
Permohonan Untuk Mencelah atas tujuan untuk Hakim memfarakhkan (memisahkan) nikah antara mereka
sementara menunggu kes tersebut selesai; atau

d) Wali boleh memohon untuk memfarakhkan
sementara perkahwinan antara mereka dan pada masa yang sama boleh memohon untuk pengesahan
perkahwinan.

2) Pengetahuan bahawa adik ipar telah bercerai dengan adik anda adalah diberitahu
oleh pihak ketiga, maka adalah perlu adik anda sendiri memohon di mahkamah untuk menyiasat sama ada
berlaku pengesahan lafaz cerai dengan mengambil keterangan suami dan saksi-saksi yang
terlibat.

Sekian, terima kasih.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Copyright © 2009 - 2010, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
This site is best view with Internet Explorer 6.0 and above at 1024 x 768 screen resolution.
DISCLAIMER :
The Melaka Syariah Court shall not be liable for any damage and loss of data caused in connection with the use of this site.