|
Lawatan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S |
Sempena pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, MSNM telah mengadakan beberapa lawatan ke agensi-agensi kerajaan yang telah meneriman Pensijilan Amalan 5S daripada pihak MPC. Antara agensi yang dilawati ialah Institut Latihan Dan Integriti Melaka (INSPIM) pada 26/3/2010, lawatan ke Politeknik Merlimau Melaka pada 5/5/2010, Yayasan Melaka pada 7/5/2010, dan Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 10/5/2010. Seramai lebih kurang 60 orang kakitangan terlibat dengan lawatan tersebut termasuk Y.A.A Ketua Hakim Syarie, Y.A Hakim-hakim Syarie, pegawai dan kakitangan sokongan. Tujuan lawatan ini adalah bagi mempelajari pelaksanaan 5S di agensi tersebut serta berkongsi pengalaman dalam melaksanakan sistem pengurusan persekitaran yang selesa, berkualiti dan kondusif.
|
|
Read more...
|
|
Bengkel Pelupusan Rekod Mahkamah Syariah Negeri Melaka |
Pada 21 hingga 23 April 2010, Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah melaksanakan satu bengkel bagi pelupusan rekod-rekod jabatan ini. Seramai 30 orang terlibat menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada pihak JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor serta kakitangan MSNM. Bengkel ini di bimbing oleh Encik Syukri bin daripada Arkib Negara Malaysia dan Puan Ruzita Ramli daripada Bahagian Rekod JKSM. Tujuan Bengkel ini dlaksanakan adalah bagi melupuskan rekod-rekod functional (Perundangan) yang telah cukup tempoh penyimpanan 10 tahun berdasarkan Jadual Pelupusam Rekod (JPR). Lebih 4000 fail kes telah berjaya dilupuskan. Bengkel ini juga telah berjaya membantu pelaksanaan program 5S iaitu menyisihkan fail-fail yang tidak perlu untuk dilupuskan serta menyusun fail-fail semasa dengan seragam.
|
|
Read more...
|
|
Majlis Mahabbah JKSM Bersama Masyarakat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2010 |
Majlis Mahabbah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Bersama Masyarakat Peringkat Negeri Melaka Tahun 2010 telah diadakan pada 13 Mac 2010 (Sabtu) bertempat di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghaffar Baba, Jasin, Melaka. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Mahkamah Syariah Negeri Melaka ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan Mahkamah Syariah dalam memperkasakan Nafkah Anak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hj. Ghazali Bin Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.
|
|
Read more...
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
| Results 9 - 16 of 28 |