Public Etiquette
ARAHAN DAN LARANGAN MASUK KE DALAM DEWAN
MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
A. ARAHAN
1. HORMAT
Hendaklah hormat kepada Yang Arif Tuan Hakim ketika masuk ke dalam dan keluar dari dewan dengan berhenti dan tunduk sedikit mengadap ke arah Yang Arif Tuan Hakim.
2. TEMPAT DUDUK
Lelaki - Di kerusi bahagian kanan
Perempuan - Di kerusi bahagian kiri3. SENYAP
Ketika Mahkamah sedang bersidang hendaklah diam dan senyap.
4. PAKAIAN
Lelaki - Pakaian sopan/tertib serta bersongkok (jika ada)
Perempuan - Pakaian sopan/tertib, bertudung kepala dan menutup aurat
B. LARANGAN
1. PAKAIAN
Lelaki - Baju T, seluar pendek, rambut panjang melebihi paras bahu.
Perempuan - Baju T, seluar panjang/pendek, mini skirt.2. Menghisap rokok dalam Dewan Mahkamah, bilik saksi/orang kena tuduh.
3. Membaca akhbar/majalah dan lain-lain.
4. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun tidak dibenarkan masuk ke Dewan Mahkamah kecuali dengan kebenaran /perintah Mahkamah.
5. Bersembang/bising, makan, minum atau membawa telefon bimbit yang boleh mengganggu persidangan Mahkamah.
6. Membawa senjata api/tajam dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kecederaan.
7. Bersilang kaki, meletakkan tangan di tempat penyandar, tidur serta duduk sebangku antara lelaki dengan perempuan.
PENDAFTAR,
MAHKAMAH TINGGI/RENDAH SYARIAH,
NEGERI MELAKA