Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 1443H

26 April 2022 | 24 Ramadhan 1443H (Selasa) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka (KKSR) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka (PGSM) telah mengadakan Konvoi Sumbangan Skuad Cakna Kasih Ramadhan 2022/1443 setelah program ini dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Kalsom Binti Noordin, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan Negeri Melaka pada 25 April 2022.

Program ini dihadiri oleh pengurusan tertinggi MSNM iaitu YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, YA Tuan Abd Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Azmi Bin Ibrahim, Hakim Makamah Tinggi Syariah, Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah. Selain daripada itu, wakil daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka (PGSM) yang terdiri daripada Ybhg Datuk Adli Bin Ithin, Presiden PGSM, YBhg Datin Rofsinah Binti Rahmat, Timbalan Presiden PGSM, Tuan Amirrudin Bin Datuk Abdul Latip, Yang Dipertua KKSR dan barisan Jawatankuasa KKSR dan PGSM serta peserta Skuad Cakna Kasih Ramadhan 2022/1443H (pegawai, kakitangan MSNM dan peguam syarie negeri Melaka).

YAA Datuk yang mengetuai konvoi sumbangan telah membuat pelepasan di ibu pejabat yang dihadiri semua peserta yang semangat hadir sejak awal pagi. Dalam ucapan YAA Datuk, beliau berpesan agar semua mengambil ibrah dan menjaga adab dan perlakuan sepanjang penyerahan dilaksanakan. YBhg Datuk Adli Bin Ithnin turut menyampaikan ucapan ringkas sebelum memulakan perjalanan. Penerima sumbangan adalah seramai 200 orang yang berada di daerah Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Sungai Rambai dan Masjid Tanah.

Sebanyak 30 buah kenderaan terlibat memulakan perjalanan menyerahkan sumbangan ke destinasi masing-masing pada jam 9.30 pagi. 1001 kisah duka sedih hiba yang dapat digarap sepanjang program ini dilaksanakan di mana ibu tunggal kematian suami, si ayah yang menderita sakit kronik, ayah yang kemalangan, si suami ditinggalkan isteri kerana cacat, ibu tunggal menjaga anak-anak kecil, dan pelbagai lagi kisah yang pastinya memberi keinsafan dan pengajaran kepada semua. Sudah pasti ia menjadi kenangan yang terpahat dalam ingatan agar kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.
Sekalung penghargaan kepada semua kumpulan yang terlibat. Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu mereka yang lebih memerlukan.

KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H
KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H
KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H KONVOI SUMBANGAN SKUAD CAKNA KASIH RAMADHAN 2022/1443H
FaLang translation system by Faboba