Laman Web Rasmi
A- A A+
| A A A A |   Arial | PT Sans | Century |

1akses

Majlis Persaraan dan Apresiasi

27 Mei 2022 | 26 Syawal 1443H (Jumaat) - Majlis Persaraan dan Apresiasi " Aidilfitri Menyanjung Jasa" Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diadakan pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Program ini adalah anjuran bersama Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi MSNM. Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan En Mohd Amran Bin Aman yang telah bersara pada 2 Mei 2022. Selain itu, turut diraikan juga pegawai-pegawai yang bertukar dan penerima-penerima anugerah APC dan APCB MSNM bagi tahun 2021. KKSR juga turut mengambil kesempatan ini dengan mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri sebelum Syawal melabuhkan tirai.

Majlis dimulakan dengan ucapan alua- aluan Yang Dipertua Kelab Kebajikan dan Sukan Mahkamah Syariah Negeri Melaka Tuan Amirrudin Bin Datuk Abdul Latip selaku penganjur bersama program ini. Seterusnya, YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada pegawai yang bersara dan bertukar keluar dari MSNM. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah atas kecemerlangan pada tahun 2021.

Semoga kejayaan mereka menjadi motivasi kepada kakitangan MSNM yang lain. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj sebagai menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh pegawai dan kakitangan yang dirai. En Mohd Amran Bin Aman (Pegawai Bersara) dan Cik Siti Aishah Binti Kamarudin (Wakil Pegawai Bertukar) telah menyampaikan ucapan masing-masing dalam majlis ini. Selanjutnya, program ini telah mengumumkan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 dan Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) 2021. Seramai 7 orang pegawai yang telah bertukar iaitu Cik Siti Aishah Binti Kamarudin, Puan Izzah Hanani Binti Suhaimi, Tuan Mohd Hafiidz Bin Azman, Encik Abdul Karim Bin Ibrahm, Puan Ramlah Binti Kassim, Encik Budreen Bin Ahmad,dan Cik Nur Ariana Binti Arifin diraikan dalam majlis ini.

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin telah dinobatkan sebagai Anugerah Khas Kecemerlangan Unit bagi tahun 2021. Tahniah kepada pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan MSNM, KKSR dan semua urusetia yang menjayakan program ini.

Majlis Persaraan dan Apresiasi “Aidilfitri Menyanjung Jasa” Mahkamah Syariah Negeri Melaka Majlis Persaraan dan Apresiasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka Majlis Persaraan dan Apresiasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Majlis Persaraan dan Apresiasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka Majlis Persaraan dan Apresiasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka Majlis Persaraan dan Apresiasi Mahkamah Syariah Negeri Melaka

FaLang translation system by Faboba