Unit Sulh
1- DEFINISI SULH MENURUT PENGERTIAN BAHASA DAN SYARAK
Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti 'putus pertengkaran’ yang membawa maksud perdamaian manakala pengertian syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan atau pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam.
2- DEFINISI SULH MENURUT PENGERTIAN UNDANG-UNDANG
Sulh merupakan suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka, dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi, dikendalikan oleh seorang Pegawai Sulh yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian tercapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.
3- ASAS PERLAKSANAAN SULH
3.1 Al-Quran:
Terjemahan:-
“ Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh daripada suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu adalah baik…”
[Ayat 128 Surah an-Nisa]
3.2 As-Sunnah:
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Perdamaian ( sulh ) atau kompromi adalah perkara harus antara orang-orang Islam, kecuali sulh untuk menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal”.
Hadis Riwayat riwayat Ibn Hibban.
3.3 Ijma’ Para Ulama pula bersepakat memperundangkan sulh ini memandangkan kebanyakan kontrak ada faedahnya termasuklah menyelesaikan perselisihan dan pertelingkahan suami isteri.
3.4 Peruntukkan Undang-Undang:
3.4.1 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) Tahun 2002
3.4.2 Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) 2004
3.4.3 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002
3.4.4 Manual Kerja Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Terbitan 2002
3.4.5 Arahan Amalan Mahkamah Syariah
4. TUNTUTAN & PERMOHONAN YANG BOLEH DIBUAT MELALUI PROSES SULH
Antara kes-kes tuntutan Mal atau permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Dan Mahkamah Tinggi Syariah yang boleh diselesaikan melalui Majlis Sulh merujuk pada Arahan Amalan No. 1 Tahun 2010 adalah:
009 – Tuntutan Gantirugi Pertunangan
016 – Tuntutan Muta’ah
017 – Tuntutan Harta Sepencarian
018 – Tuntutan Nafkah Isteri
019 – Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya
020 – Tuntutan Cagaran Nafkah
021 – Tuntutan Nafkah Eddah
022 – Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah
023 – Tuntutan Tunggakan Nafkah
024 – Tuntutan Nafkah Anak
025 – Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak
026 – Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak / Nafkah Anak
028 – Tuntutan Hadhanah
049 – Tuntutan Gantirugi Perkahwinan
059 – Tuntutan Hak Tempat Tinggal
060 – Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama Semula
062 – Tuntutan Isteri Kembali Taat
5. CARTA ALIRAN PROSES KERJA SULH
063 – Tuntutan Mas Kahwin